Вы находитесь на странице: 1из 3

Pelancaran Program 3B /2016

________________________________________
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA DASAR PROGRAM 3B


“BERI SALAM, BERI HORMAT DAN BERI LALUAN”

1. PENDAHULUAN
Amalan beri salam,beri hormat dan beri laluan (3B) bukanlah sesuatu yang baharu.
Ia merupakan sebahagian daripada program Panitia Pendidikan Islam . AMALAN 3B ini
sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam usaha membentuk
hubungan yang mesra dan beradab serta sopan. Konsep dan amalan 3B ini akan
mewujudkan hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada
keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.

Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru,
kakitangan, ibubapa atau tetamu sekolah. Program serta amalan ini akan membentuk
Iklim sekolah dan cermin diri SMKB dalam menyuburkan budaya warga sekolah
berperibadi mulia dan terpimpin.

2. TUJUAN
2.1 Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di
Sekolah.
2.2 Mengurangkan salahlaku pelajar
2.3 Meningkatkan kehadiran pelajar.
2.4 Merapatkan hubungan sesama warga sekolah serta sesama warga
pelajar.

3. OBJEKTIF
Adalah diharapkan amalan ini dapat :
1. Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah
2. Membentuk hubungan yang mesra dan suasana yang kondusif di sekolah
3. Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang
4. Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah
5. Menunjuk ajar adab dan tatacara bermasyarakat.

1
Pelancaran Program 3B /2016
________________________________________
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

4. BUTIRAN PROGRAM
HARI : AHAD
TARIKH : 24 APRIL 2016
MASA : 7.20 PAGI – 8.15 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SMKB.
SASARAN: SEMUA PELAJAR SMKB
ANJURAN: PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM & MAKDIS SMKB.

5. KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 3B


5.1 Pelajar akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti:

- Assalamualaikum cikgu

- Selamat pagi cikgu

- Good Morning teacher

- Apa khabar cikgu

5.2 Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu
memberikan salam.

5.3 Seterusnya pelajar boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda
hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan atau
meletakkan tangan di dada.

5.4 Pelajar juga digalakkan membantu guru dan rakan yang memerlukan seperti:
- Membantu membawa buku, beg dan lain-lain
- Membantu rakan yang sakit atau cedera dan lain-lain

5.5 Galakan tidak berkumpul di kaki lima kelas atau menghormati guru dan pelajar lain
dengan memberi laluan.

2
Pelancaran Program 3B /2016
________________________________________
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

6. TENTATIF
7.20 pagi - Guru dan pelajar mengambil tempat.
7.30 pagi - Pembukaan Majlis & Aluan pengacara majlis.
7.35 pagi - Bacaan Doa.
7.40 pagi - Ucapan & taklimat Penyelaras Program 3B.
7.45 pagi - Persembahan Drama Pendek 3B.
Oleh: PRS Tingkatan 4

8.00 pagi - Ucaptama & Gimik Pelancaran Program 3B.


Oleh: En Chandrasigaran a/l Govindaraju
PK HEM SMKB

8.15 pagi - Majlis Bersurai.

7. PERBELANJAAN
Banner - RM100.00
_________
Jumlah RM100
_________

8. PENUTUP
Kejayaan ’AMALAN 3B’ ini adalah pengembelingan bersama-sama semua pihak
khususnya seluruh warga pendidik di seluruh Negeri Perak. Ini juga adalah aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu
melahirkan murid yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah
diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan pelajar dan
impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan pelajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


........................................ ................................
(FAKHRUR RAZI BIN ABDULLAH)
Penyelaras Program 3B

Вам также может понравиться