Вы находитесь на странице: 1из 6

SSYA 1013

INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY

(A171)

Group C

TUGASAN INDIVIDU

Ulasan Jurnal

NAMA PELAJAR : Nur ‘izzati Binti Abd Halil

NO MATRIK : 238569

NAMA PENSYARAH : Puan Siti Azura Bt Bahadin


1.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini merupakan tugasan individu yang memerlukan pengulasan dua buah jurnal
mengenai isu-isu berkaitan psikologi. Kedua-dua jurnal yang saya pilih merupakan jurnal
hasil kajian ke atas masalah sosial di kalangan remaja. Seterusnya, jurnal-jurnal tersebut juga
mempunyai perkaitan dengan salah satu bab pengenalan psikologi yang dipelajari kami.

2.0 RINGKASAN JURNAL

Jurnal 1 : Permasalahan Sosial dalam Kalangan Remaja Di Selangor : Satu Tinjauan.

Jurnal mengenai permasalahan sosial yang berlaku di Selangor. Selangor mempunyai jumlah
yang paling tinggi di antara negeri lain dalam permasalahan sosial remaja dan hal in amat
menjadi kerisauan kepada kebanyakan pihak Melalui jurnal ini juga dapat merungkai apakah
punca serta penyelesaian bagi isu permasalahan sosial remaja di Selangor.

Permasalahan sosial dikalangan remaja berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu


kemiskinan, kongkongan dan perselisihan keluarga, kurang pendidikan agama dan moral,
masalah psikologi (Psychological suffering), media massa dan Internet serta pengaruh rakan
sebaya. Kesan terhadap permasalahan sosial remaja mengakibatkan kes pembuangan bayi,
keciciran dalam pembelajaran, kerencatan dalam hubungan kemasyarakatan, keruntuhan
institusi kekeluargaan, pembangunan negara terencat atau terbantut dan keruntuhan akhlak
pada masyarakat.

Kajian ini memfokuskan permasalahan remaja yang sering dikaitkan dengan perilaku
delinkuen. Hasil daripada kajian didapati, semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin
rendah kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan
menyalahi undang-undang negara (Fauziah Ibrahim et.al: 2012, 88). Di samping
pengetahuan agama, elemen gejala sosial di kalangan remaja khususnya di sekolah dan di
IPT berupaya ditangani menerusi aktiviti kokurikulum. Seterusnya, hubungan yang lebih
erat antara kaunselor dengan ibu bapa pelajar perlu bagi memantau perkembangan dan
kemajuan pelajar. Tenaga media perlu di gembelingkan dengan mewujudkan program dan
berita media secara terancang dan bersepadu menangani isu remaja. Kerajaan telah
menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi masyarakat terutama ahli muda
masyarakat seperti para remaja daripada gejala sosial dan juga jenayah berkaitan dunia siber.

Untuk menangani fenomena dan tingkahlaku yang negatif yang berkait dengan golongan
remaja, beberapa cadangan berikut perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu.
Penekanan utama di institusi pengajian sama ada pengajian rendah, menengah atau institusi
pengajian tinggi adalah pembentukan akhlak. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting
mengawal tingkah laku anak. Pihak sekolah perlu menyediakan program dan aktiviti
kokurikulum yang boleh menarik pelajar untuk datang ke sekolah seperti program motivasi,
lawatan sambil belajar, kelas komputer dan tuisyen, kembara dan sebagainya. Akhir sekali,
masyarakat setempat juga perlu peka dan prihatin terhadap kegiatan yang dijalankan oleh
golongan remaja dan berusaha sama-sama mencegah tingkah laku yang kurang sihat.

Jurnal 2 : Permasalahan Sosial Dalam kalangan Remaja di Selangor : Satu Tinjauan.

Jurnal ini melakukan kajian terhadap pelajar FELDA yang sering dikaitkan dengan masalah
rendahnya tahap kecemerlangan akademik dan juga antara yang paling ramai terjebak dalam
gejala sosial. Dengan kajian ini, akan memberi tumpuan terhadap dua aspek utama iaitu cuba
meneliti aspek sosiopsikologi dan perkembangan akhlak remaja yang berada di kawasan
peneroka FELDA. Hasilnya nanti diharap dapat memberi data bermakna ke arah
pembentukan dasar yang berguna kepada pihak-pihak terbabit.

Masalah kecemerlangan dalam akademik sering dikaitkan dengan aspek sosiopsikologi,


sosioekonomi dan perkembangan akhlak seseorang pelajar. Pelajar yang cemerlang biasanya
mempunyai tahap perkembangan diri yang mantap iaitu tinggi penghargaan diri, rapat
dengan Penciptanya dan pengaruh luar yang sering membina seperti ibubapa, rakan sebaya
dan persekitaraan hidup yang positif. Bagi pelajar yang lemah keadaan yang sebaliknya biasa
wujud. Kajian ini merungkai beberapa permasalahan yang melihat perbezaan daripada aspek
kebahagiaan di antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain.
Selain itu, pengaruh media juga tidak lari daripada memberikan impak negatif terutamanya
terhadap para remaja yang sedang berhadapan dengan keadaan emosi yang kurang selamat
(emotional insecurity). Bahkan, responden juga menyatakan bahawa cara berpakaian
selebriti mempengaruhi gaya berpakaian mereka dan disamping itu mereka juga berpendapat
banyak pengetahuan seks diperolehi daripada media seperti melalui vcd lucah dan
berpendapat seks sebelum kahwin adalah biasa.

Dapatan-dapatan kajian yang diperolehi dijadikan panduan atau asas untuk memahami
faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan pelajar remaja di penempatan
FELDA. Dapatan kajian ini juga akan membantu pihak yang terbabit untuk merancang
strategi dan program untuk remaja Melayu di FELDA.

3.0 KAITAN ISI JURNAL DAN BAB PSIKOLOGI

Berdasarkan bab 4 psikologi iaitu Psikologi Perkembengan Manusia, ada menerangkan


mengenai perkembangan remaja. Di dalam perkembangan remaja, keremajaan diertikan
sebagai tempoh masa di antara usia kanak-kanak dengan usia dewasa. Pada peringkat ini,
juga kebiasaannya manusia sudah mampu menilai sesuatu perkara itu daripada pandangan
orang lain dan menujukkan tingkah laku berbeza dalam situasi yang berbeza berpandukan
apa yang dianggap betul. Oleh itu, remaja sering mengalami konflik-konflik peranaan serta
masalah sosial ketika proses keremajaan ini.

Berdasarkan jurnal pertama, dapat kita kaitkan masalah egosentrisme remaja dengan
masalah emosi. Masalah egosentrisme terjadi ketika remaja itu mula merasa terkongkong,
sedih dan tertekan. Maka dengan ini tejadinya masalah sosial remaja seperti berlakunya kes-
kes remaja lari dari rumah serta remaja yang ponteng sekolah. Perkara ini dipercayai
berpunca dari masalah egosentrisme kerana mereka senang terpengaruh dengan ajakan atau
kata-kata rakan mereka.

Hasil perkaitan kajian jurnal pertama, masalah egosentrisme sebenarnya dapat dibendung
dengan pemberian pengetahuan agama yang cukup kerana dalam didikan agama amat
menekankan aspek saling menghormati.Melalui hubungan kaunseling juga membantu para
remaja melahirkan rasa emosi mereka serta membuat keputusan yang lebih baik kelak.
Aktiviti kokurikulum sangat membantu dalam pembentukan emosi remaja. Melalui aktiviti
kokurikulum, identiti remaja dapat dibentuk dan mereka juga berpeluang memperolehi ramai
kawan. Melalui pembentukan undang-undang dan tenaga media pula, membantu melindungi
para remaja dari masalah emosi tersebut kerana di media sekarang ini banyak memaparkan
iklan-iklan yang berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan remaja serta
tindakan undang-undang yang akan dijalankan.

Berdasarkan jurnal kedua, terdapat kejadian remaja mengahadapi konflik peribadi iaitu
“Krisis Identiti”. Perolehan identiti diri di peringkat remaja adalah amat penting kerana jika
seseorang remaja tu belum berjaya memperolehi identitinya, remaja akan keliru dengan
peranan yang perlu dimainkan dalam hidupnya. Misalnya, disebabkan ketiadaan perolehan
identiti diri, seseorang remaja tidak sedar akan peranan dirinya sebagai seorang pelajar dan
anak. Oleh itu, dia tidak mempunyai minat dalam mengecapi keputusan peperiksaan yang
baik.

Berkaitan dengan jurnal kedua, perkara-perkara yang mempengaruhi konflik peribadi


tersebut adalah sosiopsikologi, sosioekonomi, perkembangan akhlak dan pengaruh media.
Hal ini dapat dibuktikan dalam kajian jurnal tersebut dimana para pelajar yang cemerlang
rata-rata mempunyai sosiopsikologi, sosioekonomi dan perkembangan akhlak yang baik.
Namun, pelajar yang kurang cemerlang pula majoriti sebaliknya, Begitu juga dengan
pengaruh media, kebanyakkan remaja senang terpengaruh dengan fesyen-fesyen di media.
Sama ada fesyen tersebut elok atau tidak, ianya bukan merupakan masalah bagi mereka
kerana keinginan mereka untuk mengikuti fesyen-fesyen terkini adalah lebih tinggi.

Secara kesimpulannya, kedua-dua jurnal ini amat bersangkut paut dengan bab psikologi
pelajaran kami. Kedua-dua jurnal menjalankan kajian mengenai masalah sosial remaja pada
masa kini. Oleh itu, dengan perkaitan jurrnal-jurnal tersebut dengan bab psikologi, sedikit
sebanyak dapat menerangkan kefahaman masalah sosial remaja dari sudut psikologi.
4.0 REFLEKSI & KOMEN

Secara kesuluruhan, refleksi saya mengenai perkaitan jurnal dengan bab psikologi adalah
terdapat banyak alternatif dari sudut psikologi yang kita dapat jalankan untuk membasmi
masalah sosial ini. Namun, kerjasama semua pihak adalah kunci utamanya agar pembasmian
ini sentiasa berterusan. Pendidikan agama juga amat penting untuk dipratikkan ketika di usia
kanak-kanak lagi kerana majoriti remaja yang bermasalah sosial mempunyai kurang didikan
agama. Peranan ibubapa juga sangat penting dalam mengawal media-media yang
dipertonton anak-anak mereka. Akhir sekali, keperihatinan masyarakat sekeliling amatlah
penting dalam memantau masalah sosial ini. Hal ini kerana, masalah sosial kini semakin
parah disebabkan masyarakat sekeliling tidak bertindak secara lansung tetapi hanya sebagai
pemerhati atau individu yang merakam perkara tersebut untuk diletakkan di media sosial
sahaja.

5.0 PENUTUP

Peratusan kes-kes yang berkaitan masalah sosial di kalangan remaja semakin meningkat dari
tahun ke tahun dan hal ini amat membimbangkan kesemua pihak. Sebagai seorang pelajar,
seharusnya kita memahami mengenai punca-punca dan akibat bagi peningkatan masalah
sosial ini. Hal ini kerana, generasi kini lah yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan.
Akhir kata, perkaitan bab psikologi dan masalah sosial sememangnya berkait dan amat
membantu dalam menjadi salah satu cara pembendungan masalah sosial di kalangan remaja.

Вам также может понравиться