Вы находитесь на странице: 1из 3

Jurnal

Bilangan Jurnal : Ke-1


Minggu Praktikum :1
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 Julai 2017
Tajuk Jurnal : Masalah kanak-kanak tidak menumpu perhatian
semasa guru sedang mengajar

Masalah
Pada minggu pertama, saya telah mengajar kanak-kanak berumur tiga dan
empat tahun bermula pada 4 Julai 2017. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapat
mengesan masalah kanak-kanak yang paling serius ialah tidak boleh berfokus dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Masalah ini menyebabkan proses P&P
saya terganggu dan terpaksa menghentikan proses P&P semata-mata kerana ada
beberapa kanak-kanak yang suka mengganggu kanak-kanak yang lain dan tidak
memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan guru. Oleh itu, saya berinisiatif
untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak memberikan kesan negatif terhadap
keberkesanan p&p saya.

Analisis Masalah

Dalam pemerhatian saya, kanak-kanak memang sangat aktif dan suka bercakap.
Namun, apabila guru ingin memberi penerangan dan menyampaikan pengetahuan
kepada kanak-kanak, mereka mula menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai
seperti berlari, mengganggu rakan, berbaring di lantai dan sebagainya. Sikap-sikap
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah
yang saya hadapi ini. Berdasarkan berita Utusan Online (2009), antara punca kanak-
kanak “memberontak” adalah kekurangan aktiviti yang menarik minat mereka. Setelah
saya membaca artikel ini, sntara soalan-soalan yang timbul di dalam pemikiran saya
ialah:

- Adakah kanak-kanak tidak berminat terhadap aktiviti pengajaran saya?


- Mangapa kanak-kanak ini bersikap sedemikian?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk menarik minat kanak-kanak?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini?

Daripada tinjauan awal yang saya lakukan melalui temu bual dengan guru-guru
taska, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada
permasalaan ini, iaitu:

- kanak-kanak ingin mendapat perhatian daripada guru


- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak cukup seronok
- Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak

Cadangan
Bagi mengubah masalah dan sikap kanak-kanak supaya berfokus pada pengajaran
guru, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi
masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Antara cadangan saya ialah:
- melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka seperti bermain
- sentiasa memberi layanan yang adil
- sentiasa memerhati keadaan kanak-kanak
- memaklumkan kepada kanak-kanak tentang peraturan sebelum memulakan
P&P
- merancang aktiviti yang mengikut tahap kemampuan kanak-kanak iaitu tidak
terlalu susah atau sebaliknya.

Tempoh Penyelesaian
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari
persekolahan, iaitu dari 12 Julai hingga 18 Julai 2017.

Tindakan Susulan
Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa menimba ilmu
pengetahuan dan kemahiran pada diri sendiri terutamanya cara pengurusan bilik
darjah yang baik dan cara memotivasi serta menarik minat kanak-kanak dalam proses
P&P. Daripada hasil pembacaan yang telah dibuat, saya menyedari bahawa gaya dan
kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan P&P
berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Gaya dan kaedah
pengajaran seseorang guru yang sesuai dapat memastikan kanak-kanak mencapai
objektif yang telah ditetapkan (Mohammad Saidi Usop et.al, 2010). Maka, untuk
memastikan kanak-kanak berfokus pada pengajaran saya, saya perlu merancang
aktiviti yang berpusatkan kanak-kanak dan selaras dengan falsafah, matlamat dan
objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty & Abu Bakar, 2004). Malah, saya juga akan
melaksanakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti aktiviti kumpulan dan aktiviti
individu yang dapat merangsangkan minat kanak-kanak dan melibatkan mereka
secara aktif.
Tambahan pula, saya juga akan berusaha mendekati kanak-kanak supaya
mereka berasa dikasihi dan disayangi. Apabila mereka berasa diambil berat oleh guru,
mereka akan mendengar arahan daripada guru. Maka, saya seharusnya banyak
bersembang dan berbual-bual dengan kanak-kanak untuk menunjukkan kasih sayang
terhadap mereka.

Kesimpulan
Pendekatan yang saya ambil telah menampakkan hasilnya apabila tingkah
laku negatif kanak-kanak telah dapat dikurangkan. Saya juga dapat menjalankan
proses p&p dengan lebih lancar dan berkesan. Maka, peranan guru untuk memastikan
kesediaan kanak-kanak dan keadaan bilik darjah yang kondusif semasa sesi P&P
amat penting untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Rujukan

Mohammad Saidi Usop, Siti Zawani Sarumat, Zuraida Inson, Nurul Shuhairiani Ishak
&Nurul Syahida Mohd Fadzil. (2010). Gaya dan kaedah pengajaran guru
prasekolah. Diakses daripada https://docs.google.com/document/d/1lj
SNvJYnWN8eImFSIbWbLJPApmH0h_0B7kw9wpaqrs/edit?copiedFromTrash
Rohaty Mohd Masjud & Abu Bakar Nordin. (2004). Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Utusan Online. (2009). Punca kanak-kanak memberontak. Diaskses daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Вам также может понравиться

  • Imbuhan Ter
    Imbuhan Ter
    Документ4 страницы
    Imbuhan Ter
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Laporan Koko 1
    Laporan Koko 1
    Документ1 страница
    Laporan Koko 1
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Matematik Prasekolah
    Matematik Prasekolah
    Документ1 страница
    Matematik Prasekolah
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Imbuhan Ber
    Imbuhan Ber
    Документ2 страницы
    Imbuhan Ber
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Mingguan 5
    Mingguan 5
    Документ2 страницы
    Mingguan 5
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Imbuhan Men
    Imbuhan Men
    Документ2 страницы
    Imbuhan Men
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Mingguan 4
    Mingguan 4
    Документ2 страницы
    Mingguan 4
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Perlembagaan Rakyat 1947
    Perlembagaan Rakyat 1947
    Документ12 страниц
    Perlembagaan Rakyat 1947
    Leong Mung Ting
    75% (12)
  • Kelas Makanan
    Kelas Makanan
    Документ4 страницы
    Kelas Makanan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Jurnal M1
    Jurnal M1
    Документ3 страницы
    Jurnal M1
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Kaedah Lakonan
    Kaedah Lakonan
    Документ7 страниц
    Kaedah Lakonan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Rujukan
    Rujukan
    Документ1 страница
    Rujukan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Unit Prktikum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim
    Unit Prktikum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim
    Документ1 страница
    Unit Prktikum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Pandangan Tokoh
    Pandangan Tokoh
    Документ3 страницы
    Pandangan Tokoh
    Kelly Leong
    Оценок пока нет
  • Rujukan
    Rujukan
    Документ2 страницы
    Rujukan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Takraw
    Takraw
    Документ8 страниц
    Takraw
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Hak Asasi Kanak
    Hak Asasi Kanak
    Документ9 страниц
    Hak Asasi Kanak
    Kelly Leong
    Оценок пока нет
  • Takraw
    Takraw
    Документ8 страниц
    Takraw
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Ansur Maju Real
    Ansur Maju Real
    Документ1 страница
    Ansur Maju Real
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Документ1 страница
    Isi Kandungan
    Zahid Fahmi
    Оценок пока нет
  • Contoh Amalan Asuhan Yang Berkesan Terhadap Kanak
    Contoh Amalan Asuhan Yang Berkesan Terhadap Kanak
    Документ1 страница
    Contoh Amalan Asuhan Yang Berkesan Terhadap Kanak
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Rujukan
    Rujukan
    Документ1 страница
    Rujukan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Rujukan
    Rujukan
    Документ1 страница
    Rujukan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Biblio Graf I
    Biblio Graf I
    Документ2 страницы
    Biblio Graf I
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Fasa Penerokaan
    Fasa Penerokaan
    Документ5 страниц
    Fasa Penerokaan
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет
  • Menyediakan Persekitaran Yang Selamat
    Menyediakan Persekitaran Yang Selamat
    Документ3 страницы
    Menyediakan Persekitaran Yang Selamat
    Leong Mung Ting
    Оценок пока нет