Вы находитесь на странице: 1из 5

Sejauh manakah guru telah memainkan peranan bagi menjamin Negara yang harmoni

dan makmur seperti mana yang telah digariskan dalam Kod Etika Keguruan Malaysia.

Pengenalan

Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, manusia dalam
pergaulan antara satu sama lain ini menegaskan apakah yang salah? Perkataan etika atau
ethics berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai,
kaedah-kaedah bagi tingkah laku manusia yang baik. Dari perspektif lain membawa
makrsud etika sebagai prinsip - prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan
(American College Dictionary, 1964). Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai
pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaiatan dengan tindakan-tindakan manusia dalam
bahagian tertentu. Manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai
suatu kewajiban.

Berdasarkan kepada Kod Etika Perguruan Malaysia ini telah memberi kesan atau
implikasi terhadap akauntabiliti para guru. Manakala akauntabiliti kepada sifat
bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan
sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus
Dewan, 2010). Dalam erti kata lain, akaunbiliti ialah tanggungjawab seseorang terhadap
tugas yang diamanahkan kepadanya. Akaunbiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Tanggungjawab yang harus dihayati
dan diamalkan oleh guru terhadap profesion keguruan. Akaunbiliti atau tanggungjawab
seseorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah,
tingngkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Akaunbiliti dibahagikan kepada enam
bahagian. Bahagian pertama adalah akauntabiliti terhadap pelajar, kedua ialah akaunbiliti
terhadap diri sendiri, ketiga ialah akaunbiliti terhadap sekolah, keempat ialah akaunbiliti
terhadap ibu bapa, kelima adalah akaunbiliti terhadap masyarakat dan negara dan
terakhirlah akaunbiliti terhadap masyarakat dan negara. Akaunbiliti terhadap masyarakat
dan negara memainkan peranan yang penting dalam menjamin negara yang harmoni dan
makmur seperti mana yang telah digariskan dalam Kod Etika Keguruan Malaysia.

Akaunbiliti terhadap masyarakat dan negara

Guru mempunyai tanggungjawab memenuhi hasrat negara sebagai rakyat malaysia


berlandaskan prinsip – prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Dalam arena
pendidikan, guru bertanggungjawa dan mempunyai akaunbiliti untuk melaksanakan tugas
sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam Falsafah pendidikan
Kebangsaan. Peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya
bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan
melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal
pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan
kurikulum. Selain itu, guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta
khidmat sosial bagi kepentingan para muridnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Di samping itu,
guru perlu peka terhadap persekitaran komuniti dalam dan menghindarkan diri daripada
dipengaruhi gejala – gejala negative yang mungkin akan mencemarkan imej baik sekolah
dan masyarakat mahupun Negara.

Guru mestilah bersikap positif untuk meningkatka martabat profesion keguruan dalam
khalayak masyarakat. Manakala guru yang bersikap negatif akan mencemarkan maruah dan
martabat kaum guru. Guru adalah bertanggungjawab untuk memberi pendidikan dan
menghasilkan perubahan keatas kendiri muridnya. Kebudayaan masyarakat sentiasa
mengalami perubahan. Justeru itu pendidikan di sekolah tidak memadai lagi penyampaian
pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru
perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir
dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya
ilmu, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budaya
ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan
dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan
guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator,
penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran.

Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid


bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan
tentang pengajaran waktu tersebut. Bukan semata – mata mendengar penjelasan dan
penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid mestilah dipertimbangkan dan
diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan terdapat selain ia berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan
melalui teknologi internet. Ia dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan
perubahan yang berlaku mengikut pengedaran masa.

Tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam
diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah
hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan
bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai
tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring
kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada
Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang
‘first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa
mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam
diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi.
Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan
boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah
guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi
yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani,
intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada
Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan
tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

Para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang baik. Ciri-ciri
interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung, berkomunikasi, menangani masalah,
menyesuaikan diri dan sebagainya. Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala
sehingga pelajar berasa bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan
diri sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat diterima atau
tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan
penerimaan mereka. Seorang guru yang baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala
dengan pelajarnya, sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.

Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada yang berangan
atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau meminta pandangan daripada
pelajar tersebut. Guru perlu memanggil nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima
kasih di atas jawapan dan pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu
menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak sesekali mengherdik
atau menghina pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawan-kawan mereka. Seorang
guru memang perlu bersikap tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah
memarahi pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam lamanya.
Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada kata-kata yang kesat hanya akan
memberikan impak yang lebih negative berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air
ke daun keladi (Nur Faizah,2006).
Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada
masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan
perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah,
kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang
menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan
sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani
secara berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang
membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab
semua guru mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan
setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir pernah mengatakan:

‘Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada


murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup
yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’ (Petikan ucapan beliau pada Sambutan
Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000 ).

Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras
seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi
pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam
aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi,
dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu
tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi di sini
bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat. Peranan
sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan perkembangan
tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga
bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna
selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat

Peranan guru sebagai golongan pendidik sekali gus menjadikan guru sebagai
pendukung obor budaya ilmu yang melayakkan kaum guru sebagai pendukung wawasan
pembangunan masyarakat berilmu dalam menjayakan transformasi pendidikan Negara kita.
Dengan berlakunya ledakan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, disertai dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat, tuntutan supaya kaum guru melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu amat kritikal. Salah satu cara atau wahana ialah melalui proses
membaca. Membaca adalah proses penting yang merangsang pemikiran dan daya
intelektual seseorang. Ia mendorong kepada percambahan idea dan perkembangan
pemikiran yang diperlukan supaya kita tidak hidup dalam kejahilan, ketandusan pemikiran,
tidak peka kepada peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Membaca memberi pelbagai
input baru yang mengukuhkan pembangunan personal, sosial dan intelektual, khususnya
kaum guru. Membaca perlu dijadikan amalan dan diberi keutamaan sebagai salah satu jalan
dalam menjayakan transformasi pendidikan Negara.

Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru


diharapkan dapat berperan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang
dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.
Guru bisa menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Sebagai pengagas atau
mengkomunikasikan ide-ide untuk pembangunan masyarakat. Khususnya bagi guru yang
bertugas di daerah terpencil yang memang guru adalah satu-satunya profesi yang mampu
memberikan pendidikan tidak hanya pada anak tetapi juga masyarakat sekitar.

Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa,


masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab serta peranan yang sangat
penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan
wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam
pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

Вам также может понравиться