Вы находитесь на странице: 1из 1

KEPENTINGAN SUNGAI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras
dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku
telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan
implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan
sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai. Sungai
yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit kencing tikus. Lama-
kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah
mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung
sebelum hujan.

Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian
kita. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia
menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik.
Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna
akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya
mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika peralatan
berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kuman-kuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk
ke dalam badan kita. Lanjutan itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa
pentingnya sungai dalam kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan
memulihara sungai supaya dapat memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

Вам также может понравиться