Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
i) Jelaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Mercu
Jaya Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan segera yang diceburi syarikat
ini. [18]
ii) Kenalpasti dan huraikan tahap perniagaan yang terlibat dalam menjalankan perniagaan tersebut.
[20]
SKEMA CADANGAN:
1 (a) Jelaskan empat peranan perniagaan kepada pengguna.
[4]
Empat peranan perniagaan kepada pengguna ialah;
Menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Mengagih dan mengedarkan barang dan perkhidmatan supaya sampai kepada pengguna pada
harga berpatutan, dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan pada masa yang tepat
Menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna
Memastikan barang dan perkhidmatan yang disediakan sentiasa mencukupi bagi menampung
keperluan pengguna
Memastikan harga yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan adalah berpatutan dan
mampu dibayar oleh pengguna
Menyediakan barang dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna dapat membuat pilihan
yang bijak
[pilih mana-mana empat 4 x 1= 4m]
(b) Nyatakan enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
sesebuah organisasi
perniagaan. [6]
Enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan sesebuah
organisasi perniagaan ialah;
Menggubal dasar dan peraturan serta undang-undang yang dapat menggalakkan pembangunan
sektor swasta.
Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh organisasi perniagaaan.
Mengeluarkan lesen dan permit kepada organisasi perniagaan supaya mereka dapat beroperasi
secara sah.
Menyediakan kemudahan awam untuk organisasi perniagaan dan masyarakat tempatan.
Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang basgi membangunkan aktiviti
perniagaan.
Menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi penting di dalam negara melalui pemberian
insentif tertentu.
Menjadi penyokong dan pendorong kepada sektor swasta.
Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk organisasi perniagaan yang memerlukan.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1m= 6m]
(d) Nyatakan empat prinsip dalam Pengurusan Kuasliti Menyeluruh (TQM) [4]
Empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah;
Penumpuan pada aspek produk, proses dan manusia
Satu proses yang berterusan
Penglibatan seluruh organisasi
Penekanan pada pelanggan
Pendekatan kerja berpasukan
Pencegahan dan penambahbaikan secara berterusan
[pilih mana-mana empat ; 4 x 1= 4m]
(e) Jelaskan empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran.
[4]
Empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran;
Tekanan persaingan – perlu membentuk dan memasarkan produk baru
Meluaskan pasaran – memerlukan maklumat tentang amalan dan budaya pengguna
di negara lain.
Kos pemasaran yang tinggi – perlu membuat analisis tentang skop persaingan
pasaran dan kehendak bakal pengguna bagi
mengelakkan kegagalan.
Mendapatkan maklum balas daripada pengguna – mengetahui tahap kepuasan
pengguna terhadap produk sedia ada dan jangkaan
penerimaan terhadap produk baru.
Meningkatkan keuntungan syarikat - mengeluarkan produk yang dapat memberikan
nilai jualan yang tinggi.
Meningkatkan daya saing dalam pasaran - maklumat tentang cadangan
penambahbaikan pada produk sedia ada membolehkan
produk yang lebih berdaya saing dikeluarkan.
[pilih mana-mana empat; 4 x 1 = 4m]
(f) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan
keputusan
pembelian sesuatu produk.
[4]
Empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian sesuatu produk ;
Faktor demografi – umur, pendidikan, bangsa, jantina
Faktor psikografi – kebudayaan, kelas sosial, kumpulan rujukan, gaya hidup
Faktor psikologi – motivasi, pengalaman, personaliti, sikap
Faktor situasi – masa pembelian, perasaan semasa membeli, tujuan pembelian dan
cara pembelian
Faktor campuran pemasaran – produk, harga, pengedaran, promosi
[pilih mana-mana empat; [4 x 1 = 4m]
(g) Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi. Jelaskan. [4]
Analisis SWOT ;
Strengths (Kekuatan) – Faktor dalaman yang membantu pencapaian objektif
organisasi.
Weaknesses (Kelemahan) – Faktor dalaman yang membawa kemudaratan atau
kekangan pada pencapaian objektif organisasi.
Opportunities (Peluang) – Faktor luaran yang membantu dan memberi kesan positif pada
pencapaian objektif organisasi.
Threats (Ancaman) – Faktor luaran organisasi yang membantutkan dan memberi
kesan negatif pada pencapaian objektif organisasi.
[4 x 1 = 4m]
(h) Jelaskan masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas
pekerja dalam sesebuah
organisasi. [6]
Masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas pekerja
dalam
sesebuah organisasi;
Kekurangan maklumat / pengetahuan / kemahiran - pengurus tidak mengetahui prosedur yang
betul untuk melaksanakan tindakan disiplin / kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk
menangani isu disiplin
Sukar mengumpul bukti – mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kes disiplin
Perasaan bersalah – pengurus merasakan kesilapan pekerjanya berpunca daripada kelemahan
gaya pengurusannya
Tindakan mahkamah – menghadapi risiko didakwa oleh pekerja jika tindakan disiplin gagal
dilaksanakan mengikut peraturan
Ketiadaan dokumentasi – pengurus tidak menyimpan rekod yang sistematik tentang masalah
prestasi / kesilapan pekerja yang lalu
Hubungan interpersonal – bimbang pelaksanaan tindakan disiplin akan menjejaskan hubungan
baik dengan pekerjanya
Ancaman terhadap diri dan keluarganya – takut terhadap kemungkinan pekerja akan membalas
dendam dengan mengancam keselamatan diri dan keluarga
Unsur bias / berat sebelah – tindakan pengurus mungkin dipengaruhi oleh unsur prejudis atau
bersifat melindungi pekerja lain.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]
(i) Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi
pekerja.
[6]
Masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi pekerja;
Penilaian bersifat subjektif
Kecenderungan membuat penilaian dari perspektif yang berlainan kesan perbezaan jantina,
budaya dan lain-lain
Hasil pemerhatian yang kurang tepat
Kegagalan membuat penilaian secara berterusan dan konsisten
Penilaian bersifat berat sebelah akibat unsur prejudis atau salah faham
Kecenderungan menyembunyikan perkara –perkara tertentu semasa penilaian untuk menjaga
hati pekerja
Daya ingatan yang kurang baik menyebabkan penilai hanya mengingati perkara / kejadian yang
baru berlaku.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]
(j) Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi yang
berkesan. [6]
Tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan;
Dilakukan secara berterusan – dijalankan sepanjang masa dan bukan hanya pada
akhir tahun.
- dapat mempertingkatkan ketepatan dan
kebolehpercayaan.
Dilakukan berdasarkan spesifikasi dalam huraian kerja – berpandukan kepada bidang
tugas yang telah diamanahkan supaya adil dan berkesan
Adil dan saksama – proses penilaian tidak dipertikaikan oleh pekerja dan
menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan pekerja.
Menggunakan kaedah yang sistematik – penilai mesti mengetahui aspek yang dinilai
dan menggunakan teknik penilaiana yang betul
Menghasilkan perbandingan yang tepat – perbandingan dapat dibuat dengan mudah
dan konsisten antara seorang pekerja dengan pekerja
yang lain dalam jabatan yang sama
- Perbandingan juga dapat dibuat antara
pekerja dalam satu jabatan dengan pekerja dalam
jabatan lain
[pilih mana-mana tiga; 3 x 2 = 6m]
Bahagian B
- Pembiaya [1]
Ialah pihak yg meminjamkan modal modal kewangan kepada perniagaan [1] dan kepentingan
perniagaan kepada pembiaya ialah membolehkan pembiaya membiayai perniagaan dan
memperoleh pendapatan dalam bentuk keuntungan dan faedah berdasarkan modal yg
dipinjamkan. [1]
- Pekerja [1]
Ialah yg menyumbangkan tenaga fizikal atau mental kpd perniagaan [1]. Kepentingan
perniagaan kepada pekerja ialah memperoleh pendapatan (gaji @ upah) dan dapat meningkatkan
taraf hidup pekerja. [1]
- Pesaing [1]
Ialah syarikat atau perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama dengan perniagaan
yang dijalankan. [1] Kepentingan perniagaan kepada pesaing ialah dapat organisasi mencari
kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan @ menggalakkan inovasi.
[1]
[mana-mana 4 x 3 = 12m]