Вы находитесь на странице: 1из 3

AnalisisSulalatus Salatin Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah berkaitan kebangkitan,

kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang
pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke
Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari
Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528.
Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah
ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.

Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat
di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di
Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan
sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah
Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi
tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah
Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah
mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja
Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei
1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di
Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia
memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh
dikatakan menyerupai konsep sejarah sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China,
sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

PENGARANG SULALATUS SALATIN : TUN SRI LANANG

Tun Sri Lanang merupakan timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad
Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah
dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada
ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh
Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah
menetap di negeri Samalanga. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama
Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah
mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur
Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau
telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana.

Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaituSulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang
merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang
beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat agama Sultan Aceh, telah
memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal
rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh
Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai
pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan terlengkap
yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.

KANDUNGAN SULALATUS SALATIN

Tun Sri Lanang telah menghasilkan sebanyak 15 bab dalam Sulalatus Salatin ini. Dalam setiap bab,
dipecahkan pula kepada beberapa bab-bab kecil mengikut kesesuaian penulisannya. Berikut adalah
perincian sinopsis dalam Sulalatus Salatin :

PERINCIAN SINOPSIS

Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi dan kemudian berkahwin
dengan Puteri Syahrul Bariah. Raja Suran turun ke Dika dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri.
Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat tiga orang putera iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila
Utama. Kesemua anak-anak Raja Suran menjadi raja di negeri masing-masing. Nila Utama menggunakan
nama Seri Teri Buana semasa menjadi raja dan mahu berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun dan
diadakan waad di antara mereka. Seri Teri Buana gemar mengembara sehinggalah berjumpa dengan
Singapura.

Badang merupakan seorang hamba yang beroleh gagah setelah memakan muntah hantu dan
akhirnya dimerdekakan oleh tuannya. Merah Silu dan Merah Caga merupakan dua bersaudara. Merah
Silu menahan lukah dan mendapat cacing gelang yang apabila direbus bertukar menjadi emas. Merah
Caga ingin membunuh saudaranya itu kerana merebus cacing tersebut dan akhirnya Merah Silu
melarikan diri sehinggalah bertemu dengan sebuah tempat yang diberikan nama Semundera. Tuan Jana
Khatib datang ke Singapura dan menunjukkan kepandaiannya menilik sepohon batang pinanh di
hadapan istana raja sehingga membuatkan raja murka lalu membunuhnya.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya untuk diberikan kepada Seri Nara Diraja atas tujuan
mendamaikan Melaka dan kemudian berkahwin dengan Puteri Raden Galuh Cendera Kirana. Hang Tuah
difitnah bermukah dengan dayang raja dan dihukum bunuh. Orang-orang Melaka yang diketuai Tun
Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah memakan kangkung yang dibelah tanpa dikerat.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar kerana sepak raga terkena destar Tun Muhammad. Sultan
Mansur Syah merajakan Tun Muhammad di Pahang.

Raja Cempa menjumpai seorang budak dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Raja
Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis “salam” disebut “sembah”. Selepas Telanai
Terengganu pulang, Sultan Muhammad menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai itu. Sultan
Muhammad Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Seri Wak
Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Bendahara
Putih mati dan digantikan dengan Bendahara Seri Mahara Tun Mutahir. Sultan Mahmud menitahkan
pembesar untuk meminang Puteri Gunung Ledang dan muncul seorang tua memberitahu syarat-
syaratnya.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu tentang kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud
mahukan Tun Teja meskipun ketika itu menjadi tunangan orang. Hang Nadim berjaya melarikan Tun
Teja. Laksamana Khoja Hasanpergi ke Pahang dan berjaya melarikan gajah Ai Kening. Sultan Mahmud
Raja Zainal dibunuh dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Raja Legor ingin menyerang Pahang
atas suruhan Raja Siam. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di
hadapan raja. Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka dan Sultan Mahmud telah berguru dengan beliau.

Bendahara Seri Maharaja telah mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Nina Sura Dewana
memberi rasuah kepada Bendahara Seri Maharaja dan ini telah dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul membuat
fitnah bahawa Bendahara Seri Maharaja mahu membunuh Raja Mendaliar. Peringgi telah menyerang
Melaka di bawah pimpinan Alfonsod'Albuquerque tetapi serangan kali pertama gagal. Berlaku
pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang Bintan dan
Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan
baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak
Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar,
iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat
Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda
membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja
Fatimah hamil. Sultan Muzaffar Syah pula jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah.

SUMBER

A.Samad Ahmad (2008). Edisi pelajar: sulalatus salatin sejarah melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Вам также может понравиться