Вы находитесь на странице: 1из 43

SPM 2017 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 Johor – SET 1)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak
asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma
orang gaji di rumah ini faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak
tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang
dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia
pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa
sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi
makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya
budak kecil lagi.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan alasan-alasan Aiman menolak pelawaan Nek
Sinah apabila diajak makan.
[2 markah]
(ii) Kesibukan bekerja menyebabkan ibu bapa tidak banyak meluangkan masa bersama anak-
anak.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu Aiman bagi
memastikan Aiman tidak berasa terus diabaikan oleh ahli keluarganya?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 1
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Alasan-alasan Aiman
P1 Aiman belum lapar 1
P2 Belum hendak makan lagi 1
P3 Hendak menunggu Kak Dapnia balik 1
P4 Hendak makan bersama dengan Kak Dapnia 1

(ii) Tindakan ibu Aiman


P1 Sediakan makanan untuk Aiman/ makan bersama-sama 1
P2 Bertanyakan/ membincangkan/ menyelesaikan masalah yang dihadapi 1
P3 Sentiasa ambil berat pelajaran Aiman 1
P4 Beribadat/ bersolat bersama-sama 1
P5 Sentiasa menegur/ memberi nasihat 1
P6 Memujuk/ menenangkan perasaan/ berkongsi suka duka/ kegembiraan 1
P7 Beri hadiah/ pujian atas kejayaan Aiman 1
P8 Menemani Aiman mengulang kaji/ belajar 1

(iii) Nilai dalam petikan:


P1 Berfikiran terbuka/ Positif 1+1
Contohnya: Nek Simah tidak mahu Aiman bercakap tidak baik tentang ibu dan kakaknya
kerana mereka pasti ada urusan penting

Nilai dalam keseluruhan drama:


P1 Amanah 1+1
Contohnya: Selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan
PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia
menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.
P2 Ketegasan/ tetap pendirian 1+1
Contohnya: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan
pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya, Hal ini adalah
kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman.
P3 Bertanggungjawab 1+1
Contohnya: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya
agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN
Contohnya: Walaupun sibuk bekerja, beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila
Aiman berdepan dengan masalah, beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba
menyelesaikannya.
P4 Patriotisme/ Cinta akan negara 1+1
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol
kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu
menghargai tanah air kita.
P5 Kasih sayang 1+1
Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali
namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta
melayannya seperti cucu sendiri.
(PERCUBAAN BM SPM 2017 Johor – SET 2)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Halaman 2
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

CIKGU DAHARI Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca berita
tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar
rasanya.
CIKGU DAHARI Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia
berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan
kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program
ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana
dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan
kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang
menyertai PLKN.
[2 markah]
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut
mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan melaksanakan program mengikut acuan sendiri
kepada remaja di negara ini?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sasaran PLKN
P1 Pembinaan sahsiah diri 1

Halaman 3
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

P2 Membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau 1
remaja Malaysia
P3 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1
P4 Membentuk perwatakan positif 1

(ii) Kebaikan melaksanakan program PLKM mengikut acuan sendiri


P1 Remaja bangga akan negara sendiri/ menghargai negara 1
P2 Memupuk jati diri yang kental/ identiti negara 1
P3 Melahirkan remaja yang berdisiplin/ bersahsiah terpuji 1
P4 Sanggup berjuang mempertahankan negara 1
P5 Mengukuhkan kerjasama/ perpaduan erat 1

(iii) Nilai dalam petikan:


P1 Berfikiran terbuka/ positif 1+1
Contohnya: Nora memberitahu cikgu Dahari dia dan rakan-rakannya ramai yang
terpilih dan teruja untuk menyertainya. Mereka juga tidak sabar menyertai PLKN
P2 Berbangga 1+1
Contohnya: Cikgu Dahari menyokong tindakan Nora dan rakannya. Dia rasa bertuah
kerana negara kita mempunyai remaja seperti mereka yang sentiasa sedia
berkhidmat untuk negara.

Nilai dalam keseluruhan drama:


P1 Amanah 1+1
Contohnya: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan
PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana
dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya
P2 Ketegasan/ tetap pendirian 1+1
Contohnya: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan
pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini
adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
P3 Bertanggungjawab 1+1
Contohnya: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-
muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
Contohnya: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila
Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba
menyelesaikannya
P4 Patriotisme/ Cinta akan negara 1+1
Contohnya: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya
Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya
bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
P5 Kasih sayang 1+1
Contohnya: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir
Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya
serta melayannya seperti cucu sendiri.

Halaman 4
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 Johor – SET 3)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

CIKGU DAHARI Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca berita
tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar
rasanya.
CIKGU DAHARI Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia
berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan
kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program
ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana
dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan
kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan diperoleh remaja yang
menyertai PLKN.
[2 markah]
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut
mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan melaksanakan program mengikut acuan sendiri
kepada remaja di negara ini.
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan yang lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 5
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sasaran PLKN
P1 Pembinaan sahsiah diri 1
P2 Membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau 1
remaja Malaysia
P3 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1
P4 Membentuk perwatakan positif 1

(ii) Kebaikan melaksanakan program PLKM mengikut acuan sendiri


P1 Remaja bangga akan negara sendiri/ menghargai negara 1
P2 Memupuk jati diri yang kental/ identiti negara 1
P3 Melahirkan remaja yang berdisiplin/ bersahsiah terpuji 1
P4 Sanggup berjuang mempertahankan negara 1
P5 Mengukuhkan kerjasama/ perpaduan erat 1

(iii) Nilai dalam petikan:


P1 Berfikiran terbuka/ positif 1+1
Contohnya: Nora memberitahu cikgu Dahari dia dan rakan-rakannya ramai yang
terpilih dan teruja untuk menyertainya. Mereka juga tidak sabar menyertai PLKN
P2 Berbangga 1+1
Contohnya: Cikgu Dahari menyokong tindakan Nora dan rakannya. Dia rasa bertuah
kerana negara kita mempunyai remaja seperti mereka yang sentiasa sedia
berkhidmat untuk negara.

Nilai dalam keseluruhan drama:


P1 Amanah 1+1
Contohnya: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan
PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana
dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya
P2 Ketegasan/ tetap pendirian 1+1
Contohnya: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan
pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini
adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
P3 Bertanggungjawab 1+1
Contohnya: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-
muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
Contohnya: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila
Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba
menyelesaikannya
P4 Patriotisme/ Cinta akan negara 1+1
Contohnya: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya
Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya
bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
P5 Kasih sayang 1+1
Contohnya: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir
Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya
serta melayannya seperti cucu sendiri.
(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 1)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Halaman 6
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai
Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik, pasti
abang tak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai
program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat. Buang
masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat
makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat
RM50.00 lagi ... ha ... ha ... ha.
POSMEN Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit
dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh
nanti.
AIMAN Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak yang
abang nampak.
AIMAN Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan
positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah
cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat program itu, abang tengok dia dah rajin
tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat
dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan
positif dalam diri dia.
AIMAN Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara?
[2 markah]
(ii) Sebagai anak remaja yang berwawasan, bagaimanakah anda menunjukkan perasaan cinta akan negara?
Kemukakan cadangan anda.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Aiman yang terdapat dala petikan di atas dan satu perwatakan yang lain
daripada keseluruhan drama tersebut..
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


Halaman 7
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(i) Sebab Aiman tidak berminat menyertai PLKN


P1 menganggap program PLKN hanyalah membuang masa dan tenaga 1
P2 tidak mahu bersusah payah. 1
P3 beranggapan Program PLKN tidak mendatangkan faedah. 1
P4 pada pendapatnya, program ini hanyalah sesuai untuk golongan miskin 1
sahaja, sedangkan bapanya seorang yang kaya.

(ii) Cara menunjukkan perasaan cinta akan negara


P1 menyertai setiap program yang dianjurkan oleh kerajaan. 1
P2 berusaha untuk meningkatkan keterampilan diri dan membina disiplin diri. 1
P3 mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang akhirnya akan 1
menjadi beban kepada negara.
P4 mengelakkan persengketaan 1
P5 memupuk perpaduan antara kaum 1
P6 tidak terlibat dengan gejala negatif yang boleh menjatuhkan imej negara 1

(iii) Perwatakan dalam petikan:


P1 Seorang yang sombong; 1+1
Aiman datang daripada keluarga yang berada dan mengatakan bahawa PLKN
hanya untuk golongan miskin sahaja, sedangkan bapanya adalah orang kaya.

Perwatakan dalam keseluruhan drama:


P1 Seorang yang agresif; 1+1
Aiman menentang keras dan tidak berpuas hati atas pemilihan namanya
sebagai pelatih baharu PLKN. Berharap ayahnya dapat membantunya untuk
pengecualian menjadi peserta PLKN
P2 seorang yang tidak hormat akan orang tua; 1+1
Contohnya dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap
dengan Nek Sinah, pembantu rumahnya
P3 Seorang yang sedar akan kesilapan dan inginkan perubahan; 1+1
Contohnya; Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk
menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari

Halaman 8
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 2)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

KHIR GHAZALI Awal balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah. Ini mesti ada hajat,
sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.
AIMAN Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu yang pelik
hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.
KHIR GHAZALI Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy bercadang nak berehat
di rumah. Tak payah nak soroklah, daddy tahu ada sesuatu yang Aiman fikirkan.
Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.
AIMAN Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat selesaikan
masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.
KHIR GHAZALI Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikir daddy
ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yang
dimahukan. Apa masalahnya?
AIMAN Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.
KHIR GHAZALI Baguslah, apa pula masalahnya?
AIMAN Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu!
KHIR GHAZALI Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu Aiman
pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir
seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah manusia yang
sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta
daripada berusaha.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah alasan yang diberikan oleh Khir Ghazali kepada Aiman tentang kepulangan awalnya
ke rumah pada hari itu?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Aiman tidak berminat untuk mengikuti program PLKN?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terkandung dalam petikan di atas dan satu nilai
kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama

Halaman 9
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sebab Khir Ghazali pulang awal:
P1 Beliau baru selesai daripada kerja luar 1
P2 Hari itu beliau bercadang ingin berehat di ruah 1

(ii) Sebab Aiman tidak berminat PLKN:


P1 mendapat maklumat yang kurang tepat berkenaan kelebihan program PLKN 1
P2 tidak memperoleh pendedahan / maklumat yang jelas tentang kelebihan 1
menyertai program PLKN
P3 memikirkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam program PLKN membebankan dan 1
memenatkan
P4 merasakan program PLKN membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa 1
masalah
P5 tidak mempunyai semangat patriotisme/ cinta akan negara dalam jiwa Aiman. 1

(iii) Nilai Kemanusiaan dalam petikan:


P1 Nilai Ketegasan 1+1
Contohnya: Khir Ghazali menolak permintaan anaknya, Aiman untuk meminta
bantuannya mendapat pepengecualian daripada terlibat dalam program PLKN
dengan tegas.

Nilai Kemanusiaan dalam keseluruhan drama:


P1 Nilai Baik hati 2
Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran untuk menyertai
program PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran
itu.
P2 Nilai Berfikiran Positif 2
Contohnya; Encik Posmen menyatakan Aiman akan mendapat banyak
kemahiran dan pengalaman daripada program PLKN
P3 Nilai Bertanggungjawab 2
Contohnya, Nek Sinah bertanggungjawab menjaga makan dan minum Aiman
dan menasihati Aiman tentang situasi keluarganya
P4 Berfikiran Rasional 2
Contohnya; Khir Ghazali bertindak rasional dan berpendapat dengan menyertai
PLKN, cuti sekolah Aiman dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bertindak
rasional dengan menolak permintaan anaknya untuk mendapatkan
pengecualian untuk menyerta PLKN

Halaman 10
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PULAU PINANG – SET 3)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SUNDARANI Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?


CIKGU DAHARI Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari
luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang
ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
SYUHADA Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Senaraikan objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan punca remaja hari ini kurang berminat untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

Halaman 11
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN):
P1 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja 1
Malaysia.
P2 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional. 1
P3 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni 1

(ii) Punca remaja kurang berminat menyertai PLKN:


P1 berasa jangka waktu di pusat kem PLKN terlalu lama 1
P2 mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM 1
P3 kurang galakan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga. 1
P4 boleh melakukan aktiviti riadah dan santai bersama rakan dan keluarga 1
P5 terbiasa dengan kemudahan arus teknologi yang sedia ada 1
P6 tidak suka terikat dengan sebarang undang-undang / peraturan semasa berada 1
di kem.
P7 inginkan kebebasan. 1

(iii) Latar Masyarakat dalam petikan:


P1 Masyarakat yang berfikiran positif 2
Pelajar yang mendapat tawaran mengikuti PLKN sangat teruja kerana terpilih.
Cikgu Dahari juga sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif terhadap
anak muridnya
P2 Masyarakat pengajar 2
Cikgu Dahari merupakan seorang guru di sekolah Subdarani, Ah Tiau dan
Syuhada.

Latar Masyarakat dalam keseluruhan drama


P1 Masyarakat yang penyayang 2
Nek Sinah menyayangi Aiman walaupun bekerja sebagai pembantu rumah
tetapi sentiasa melayan Aiman sepeti cucunya sendiri.
P2 Masyarakat yang sibuk bekerja 2
Khir Ghazali, ayah Aiman sibuk bekerja dan sering pulang ke rumah pada
waktu malam setiap hari. Ibu Aiman, Masnah juga jarang berada di rumah dan
kakaknya sering sibuk dengan tugasan di universiti.
P3 Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan 2
Aiman berkelakuan kasar dan biadab terhadap pembantu rumahnya, Nek
Sinah yang sentiasa melayannya dengan baik.

Halaman 12
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PERAK)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
NEK SINAH Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam
pedas.
AIMAN Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang
gaji di rumah ini faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak
Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak
balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga
sibuk, malam baru dia pulang.
AIMAN Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja.
Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan.
Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.
(NEK SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap AIMAN yang tidak menghormatinya
dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit).
AIMAN Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada aku. Suruh aku
buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua tu! Daripada aku fikir fasal Nek
Sinah, baik aku tidur.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan drama, mengapakah Aiman tidak mahu Nek Sinah memanggilnya dengan panggilan
‘nak Aiman’?
[2 markah]
(ii) Kebanyakan rakyat yang berkemampuan menggaji pembantu rumah untuk menguruskan hal ehwal
rumah tangga mereka.

Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan memiliki orang gaji atau pembantu rumah di rumah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Nek Sinah yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu perwatakan
Nek Sinah yang lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Halaman 13
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Aiman tidak mahu Nek Sinah memanggilnya dengan panggilan
‘nak Aiman’ kerana
P1 dia bukan anak Nek Sinah 1
P2 Nek Sinah hanya pembantu rumahnya 1
P3 dia sudah dewasa 1

(ii) Kelebihan-kelebihan memiliki orang gaji atau pembantu rumah di


rumah:
P1 menjaga keperluan anak-anak 1
P2 menjaga kediaman / rumah 1
P3 mengurus kerja-kerja rumah 1
P4 membantu majikan yang bekerja di luar 1
P5 majikan dapat fokus terhadap kerjaya 1

(iii) Perwatakan Nek Sinah dalam petikan:


P1 Seorang yang penyayang 1+1
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan memasak
makanan kegemaran Aiman
P2 Seorang yang berbudi bahasa 1+1
Nek Sinah menasihati Aiman agar tidak membuat sangkaan buruk
terhadap ibu dan kakaknya yang tidak pulang ke rumah.

Perwatakan Nek Sinah dalam keseluruhan drama:


P1 Seorang yang bertanggungjawab 1+1
Nek Sinah bertanggungjawab untuk memastikan semua keperluan Aiman
dijaga dengan baik
P2 Seorang yang penyabar 1+1
Nek Sinah tetap bersabar dengan menyedari kedudukannya sebagai
orang gaji di rumah Aiman

Halaman 14
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KEDAH)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa
seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?

Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar
akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut
yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali
rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.

Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan
selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya?
Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?

Tenaga berlebihan? Oh, tidak! Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan
kalsium semasa proses kehamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara
berlebihan semasa proses berkenaan. Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak
berlaku juga ada.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’


Oleh Illias Zaidi
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Apakah bukti Aiman mendapat makanan yang secukupnya?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan


seimbang?
Nyatakan pendapat anda.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]
Halaman 15
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Bukti:
P1 Jari-jemarinya jelas montok 1
P2 Jari-jemarinya gebu 1
P3 Jari-jemarinya kelihatan padat berisi 1

(ii) Keperluan makanan seimbang


P1 Badan kita cergas dan otak kita cerdas 1
P2 Dapat menghindarkan kita daripada pelbagai jenis penyakit 1
P3 Mendapat kesihatan tubuh badan yang baik 1
P4 Menjamin tumbesaran fizikal sempurna 1

(iii) Persoalan dalam petikan:


P1 Persoalan kepentingan gaya hidup sihat/ pemakanan seimbang 1+1
Huraian: Jari Aiman montok, gebu dan berisi kerana mendapat
pemakanan seimbang kerana keluarganya mementingkan pemakanan
seimbang dan gaya hidup sihat
P2 Persoalan hilangnya nilai kemanusiaan 1+1
Huraian: Aiman sering ditampar oleh Babahnya dan tidak mendapat
layanan yang sewajarnya.

Persoalan dalam cerpen:


P1 Persoalan tanggungjawab ibu bapa 1+1
Huraian: Ibu bapa Aiman membawa Aiman untuk menjalani latihan
intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap
P2 Persoalan kebijaksanaan seorang kanak-kanak 1+1
Huraian: Aiman Akil mampu menyelesaikan masalah Matematik tingkatan
5 walaupun dia baru berusia lapan tahun.
P3 Persoalan ketegasan guru mendidik 1+1
Huraian: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana
mengganggu rakan-rakan yang lain semasa belajar
P4 Persoalan kasih sayang seorang ibu 1+1
Huraian: Ibu Aiman Akil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang
sering merotannya.

Halaman 16
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KELANTAN)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
CIKGU DAHARI Sebenarnya cikgu terlihat dengan PLKN ini untuk modul PPSB.

SUNDARANI Apa itu PPSB?


CIKGU DAHARI PPSB itu singkatan bagi Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
AH TIAU Apakah aktiviti untuk PPSB?
CIKGU DAHARI Dalam modul PPSB, pelatih akan diperkenalkan tentang sastera dan budaya.
AIMAN Sekarang zaman teknologi dan maklumat. Apa perlunya sastera dan budaya dalam
kehidupan kita sekarang ini? Nak angan-angan macam Mat Jenin?
CIKGU DAHARI Setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Walau maju
macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka tetap memegang jati diri bangsa
mereka. Hal ini menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri tanpa mengikut acuan
mana-mana individu. Hal ini akan lebih menunjukkan individu yang pintar. Berbalik
kepada soalan untuk aktiviti dalam modul PPSB itu, pelatih akan diperkenalkan dengan
puisi tradisional dan moden, seperti syair, pantun, seloka, gurindam dan nazam. Pelatih
akan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan akan membuat persembahan
pentas selama 10 minit. Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.
NORA Wow, seronok macam itu! Rasa macam artislah pula.
CIKGU DAHARI Kalau nak menjadi artis pun biarlah artis yang berpendidikan. Bukan tujuan modul ini
melatih pelatih untuk menjadi artis. Cuma bertujuan memperkenalkan warisan
kebudayaan milik kita dan kita patut mewarisnya dengan rasa megah. Cukuplah setakat
ini pengenalan untuk PLKN. Nanti kamu semua akan melaluinya sendiri.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah tujuan Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB)
diperkenalkan dalam PLKN?
[2 markah]
(ii) Pengaruh media massa merupakan salah satu punca remaja kini semakin melupakan budaya
warisan sendiri.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh pihak media massa untuk
memupuk rasa cinta akan budaya warisan dalam kalangan generasi muda?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
Halaman 17
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Tujuan Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB)
diperkenalkan:
P1 Memperkenalkan kepada pelatih/ remaja tentang sastera dan budaya 1
P2 Agar pelatih/ remaja mempunyai jati diri tersendiri tanpa mengikut acuan 1
mana-mana individu
P3 Agar pelatih/ remaja mewarisinya dengan rasa megah 1

(ii) Cara-cara pihak media massa memupuk rasa cinta akan budaya
warisan
P1 Menyiarkan/ menerbitkan lebih banyak hasil penulisan tentang budaya 1
warisan
P2 Menayangkan lebih banyak rancangan yang berunsurkan budaya 1
warisan
P3 Mempelbagaikan program yang berkaitan budaya warisan 1
P4 Mengadakan kempen cintai budaya warisan secara berterusan 1
P5 Mewujudkan laman sosial berkaitan budaya warisan 1

(iii) Nilai murni dalam petikan:


P1 Bertanggungjawab 1+1
Sebagai seorang guru, Cikgu Dahari bertanggungjawab untuk
menerangkan PLKN kepada murid-muridnya
P2 Patriotisme/ Cinta akan negara 1+1
Remaja perlu mencintai budaya warisan sebagai tanda cinta akan negara

Nilai murni dalam keseluruhan drama:


P1 Amanah 2
Posmen menjalankan tugasnya dengan amanah iaitu menghantar surat
kepada penerima
P2 Kasih Sayang 2
Nek Sinah melayan Aiman dengan penuh kasih sayang walaupun dia
sekadar pembantu rumah sahaja
P3 Berdikari 2
AIman mahu membuktikan bahawa dia mampu berdikari apabila
menyertai PLKN nanti

Halaman 18
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SARAWAK)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu, apatah lagi setelah menyedari kehadiran
anak gadis Tuan Booth di surau, setiap kali Ahmad Mutawakkil balik ke kampung untuk berceramah.

Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga
tepi kain orang lain – di mata kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin
nombor dua parti di peringkat daerah.

Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut
menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang
Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya,
perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat
buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan
pandangan sempit masyarakat kita … .”

(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil,”


oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Ahmad
Mutawakkil seorang yang sibuk.
[2 markah]
(ii) Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang
tertentu agar kewibawaannya tidak dipertikaikan oleh masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menonjolkan kewibawaannya
sebagai pemimpin masyarakat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Halaman 19
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Bukti yang menunjukkan Ahmad Mutawakkil seorang yang sibuk
P1 jarang-jarang balik ke kampung 1
P2 banyak masanya dihabiskan di bandar 1
P3 menjadi pemimpin nombor dua 1
P4 menguruskan parti di peringkat daerah 1
P5 bertugas sebagai penulis surat khabar 1
P6 bertugas sebagai wartawan 1
P7 kerap mengadakan ceramah 1

(ii) seseorang itu dapat menonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin


masyarakat melalui :
P1 Kekreatifannya mencipta pembaharuan dalam kehidupan 1
P2 Rasional dalam menghadapi sesuatu masalah 1
P3 Sentiasa mempunyai idea yang bernas 1
P4 Sentiasa berusaha untuk memajukan masyarakat 1
P5 Kemampuannya dalam menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan 1
P6 Memiliki ilmu pengetahuan yang banyak 1
P7 Sentiasa bersikap mesra rakyat 1
P8 Sentiasa bersikap prihatin terhadap keperluan rakyat 1

(iii) Persoalan dalam petikan:


P1 Persoalan pengorbanan perasaan demi negara 1 +1
Contoh : Ahmad Mutawakkil lebih kerap berada di bandar berbanding dengan
berada di kampungnya.
P2 Persoalan kepentingan semangat patriotisme 1 +1
Contoh : Ahmad Mutawakkil merangsang orang Melayu untuk bersedia bagi
mengisi kemerdekaan.
P3 Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas 1 +1
Contoh : Ahmad Mutawakkil menjalankan tugasnya untuk mengubah
pandangan sempit bangsanya.

Persoalan dalam keseluruhan cerpen:


P1 Persoalan keperitan hidup pada zaman penjajah 1 +1
Contoh : Penduduk hidup dalam ketakutan semasa zaman Jepun.
P2 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan 1 +1
Contoh : Ahmad Mutawakkil bekerja dengan pihak Inggeris kerana pandai
bertutur, membaca, dan menulis dalam bahasa Inggeris.
P3 Persoalan kepemimpinan pejuang bangsa 1 +1
Contoh : Ahmad Mutawakkil sering mengingatkan penduduk agar tidak
menyokong komunis.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PAHANG)


Halaman 20
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
NORA Aiman, cepat pergi temgok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik.

AIMAN Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar ke?
NORA Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar yang terpilih untuk
menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak nama kau juga.
AIMAN Malaslah aku kalau fasal tu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.
NORA Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri. Jahanam negara kita ini
kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan macam kau.
AIMAN Janganlah merjuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata aku belanja kau
sarapan pagi ini?
NORA Tak payalah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan wang kau boleh
dapat semua perkara yang kau mahukan.
(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini merekasentiasa bersependapat dalam pelbagai
perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke kantin).
SUNDARANI Kau dapat masuk kem mana?
AIMAN Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem untuk askar saja.
Macam Kem Pulada.
AIMAN Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya perkara yang aku
cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk tanya aku, kau dapat kem
mana?
SUNDARANI Kem De Bana, Jempol.
AIMAN Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.
SUNDARANI Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan reaksi Aiman setelah Nora menyatakan yang dia terpilih menyertai PLKN?
[2 markah]
(ii) Sebahagian besar golongan remaja kurang berminat untuk menyertai PLKN. Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minta remaja menyertai program ini?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada drama
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 21
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH

Halaman 22
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(i) Reaksi Aiman


P1 Tidak mahu membincangkan perkara itu 1
P2 Bercadang untuk ke kantin untuk bersarapan 1

(ii) langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minta remaja


menyertai program PLKN:
P1 Menambah baik modul PLKN dengan pelbagai bentuk kemahiran dan aktiviti yang 1
menarik
P2 Prasarana yang lebih selesa 1
P3 Elaun yang tinggi 1
P4 Jangka asa program yang lebih singkat 1

(iii) Pengajaran dalam petikan:


P1 Kita hendaklah cinta akan negara dengan menjayakan program yang dirancang. 1+1
Contoh: Nora kesal dengan sikap Aiman yang tidak berminat dengan PLKN

Pengajaran dalam drama:


P1 Kita hendaklah menjadi warganegara yang bertanggungjawab 1+1
Contoh: Posmen dan Cikgu Dahari memberikan semangat kepada golongan remaja
untuk mengikuti PLKN
P2 Kita hendaklah tegas dalam mengambil tindakan 1+1
Contoh: Khir Ghazali tegas mahukan anaknya Aiman mengikuti program PLKN

Halaman 23
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 TERENGGANU)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PAK HAJI Mengapa tak jawab salam Pak Haji, Azmir? Atau kau tak dengar?
AZMIR Saya dengar
PAK HAJI Habis, mengapa tak jawab?
AZMIR Itu hak saya. Saya akan jawab kalau saya suka seseorang. Pak Haji saya tak
suka, sebab tu saya tak jawab.
PAK HAJI Tak baik tak jawab salam.
AZMIR Itu pendapat Pak Haji.
PAK HAJI Bukan, itu bukan pendapat Pak Haji. Itu hukum agama kita.
AZMIR Hukum. (sinis) Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama sahaja. Orang
sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. Pemimpin kata kita
mesti selalu prihatin. Tapi apabila orang-orang seperti saya sakit, ada orang
seperti Pak Haji ambil tahu? Berapa banyak lagi orang seperti saya ni yang
berkeliaran di luar sana. Ada orang-orang seperti Pak Haji ni ambil berat?
PAK HAJI (Cuba menukar topik). Mir, Pak Haji rasa, daripada cara kau bercakap tu, kau
nampaknya sudah beransur sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak tanya kau. Betul
ke Pak Haji dengar kau dah tukar nama?
AZMIR Memang betul. Mana Pak Haji tahu?
PAK HAJI Ada orang cakap-cakap. Err... apa namanya tu?
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
Oleh Shariff Shaary
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata melanggar hukum.


[2 markah]
(ii) Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda, kemukakan cara-cara yang
akan anda lakukan untuk membantu rakan yang sakit ketika berada di sekolah?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu
perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Halaman 24
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) maksud rangkai kata melanggar hukum .
P1 Tidak mengikuti peraturan/ undang-undang 1
P2 Melanggar peraturan/ undang-undang 1
P3 Tidak mengikut hukum 2

(ii) Cara-cara membantu rakan yang sakit di sekolah


P1 Memberitahu guru/guru kelas/ guru bertugas 1
P2 Menelefon ibu bapa atau penjaga rakan 1
P3 Menghantar ke bilik sakit/ rehat/ kesihatan 1
P4 Memberi pertolongan/ rawatan awal 1
P5 Membuat panggilan kecemasan/ ambulans 1

(iii) Watak perwatakan Azmir dalam petikan:


P1 Seorang yang berterus terang/berani 1+1
Azmir berterus terang bahawa dia tidak menyukai Pak Haji / Azmir
mengakui bahawa dia telah menukar namanya.
P2 Seorang yang berani menyatakan pendapat 1+1
Azmir berani menyatakan pendapatnya kepada Pak Haji tentang sikap
masyarakat luar yang tidak mempedulikan nasib dirinya dan orang-orang
lain seperti dirinya.

Watak perwatakan Azmir dalam keseluruhan cerpen


P1 Seorang yang tabah 1+1
Azmir tabah mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser
P2 Seorang yang penyayang 1+1
Azmir amat menyayangi Ani sepenuh hati
P3 Seorang yang keras hati/ degil/ tegas 1+1
Azmir tidak mahu mengikut nasihat ibunya
P4 Seorang yang mampu bertutur lebih daripada satu bahasa/ loghat 1+1
Azmir boleh bertutur dalam bahasa Indonesia
P5 Seorang yang setia 1+1
Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani
beranggapan bahawa Azmir gila
P6 Seorang yang menghargai jasa orang lain 1+1
Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang
demi kesejahteraan hidup orang lain

Halaman 25
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 MELAKA)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PAK HAJI Mengapa tak jawab salam Pak Haji, Azmir? Atau kau tak dengar?
AZMIR Saya dengar
PAK HAJI Habis, mengapa tak jawab?
AZMIR Itu hak saya. Saya akan jawab kalau saya suka seseorang. Pak Haji saya tak suka,
sebab tu saya tak jawab.
PAK HAJI Tak baik tak jawab salam.
AZMIR Itu pendapat Pak Haji.
PAK HAJI Bukan, itu bukan pendapat Pak Haji. Itu hukum agama kita.
AZMIR Hukum. (sinis) Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama sahaja. Orang sering
melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. Pemimpin kata kita mesti selalu
prihatin. Tapi apabila orang-orang seperti saya sakit, ada orang seperti Pak Haji ambil
tahu? Berapa banyak lagi orang seperti saya ni yang berkeliaran di luar sana. Ada orang-
orang seperti Pak Haji ni ambil berat?
PAK HAJI (Cuba menukar topik). Mir, Pak Haji rasa, daripada cara kau bercakap tu, kau nampaknya
sudah beransur sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak tanya kau. Betul ke Pak Haji dengar
kau dah tukar nama?
AZMIR Memang betul. Mana Pak Haji tahu?
PAK HAJI Ada orang cakap-cakap. Err... apa namanya tu?
AZMIR (Menunjukkan tanda nama yang tersemat pada bajunya)
PAK HAJI (Sambil merenung tanda nama) Apa namanya ni? Pak Haji kurang jelas pulak.

Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’


Oleh Shariff Shaary
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah Azmir tidak menjawab salam Pak Haji?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat sekeliling
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Azmir?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 26
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Azmir tidak menjawab salam Pak Haji kerana:
P1 Azmir menganggap itu sebagai hak dirinya. 1
P2 Dia akan jawab salam kepada orang yang dia suka sahaja 1
P3 Azmir tidak menyukai Pak Haji 1

(ii) Perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat


P1 Tidak membuli dirinya supaya dia tidak berasa dibenci 1
P2 Selalu mendampingi dirinya agar dia berasa diberi perhatian. 1
P3 Memberi nasihat jika melakukan kesalahan 1

(iii) Persoalan dalam petikan:


P1 Sikap masyarakat terhadap orang yang kurang upaya 1+1
Azmir menganggap dirinya tidak dipedulikan oleh masyarakat

Persoalan dalam keseluruhan cerpen:


P1 kepentingan kasih sayang dalam keluarga 1+1
Azmir mengalami penderitaan kerana kurang mendapat kasih
sayang daripada keluarganya

Halaman 27
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SBP)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk
Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak
kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak
sanggup lagi.
Pelakon II Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua.
Pelakon III Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca
daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Ibu Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke
universiti.
Arif Betul mak cik, tetapi … masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
Pelakon I Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan
perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan
semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
Pelakon II Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung.
Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya
menjadi lebih parah.
Arif Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan
segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik
dan mak cik. Kami minta diri dulu.
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
Oleh Shariff Shaary
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan drama, mengapakah Azmir perlu dibantu?


[2 markah]
(ii) Seorang sahabat anda mengalami masalah tekanan perasaan.
Sebagai seorang yang prihatin, apakan tindakan anda untuk membantu sahabat anda itu?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu later
masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama ini.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
Halaman 28
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sebab Azmir perlu dibantu
P1 Dia amat memerlukan perhatian 1
P2 Dia amat memerlukan kasih sayang 1
P3 Dia memerlukan semangat 1
P4 Dia memerlukan perangsang 1

(ii) Perkara yang boleh dilakukan


P1 Mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka 1
P2 Sering menziarahi mereka 1
P3 Membawa mereka bersiar-siar 1
P4 Memberikan mereka hadiah/ cenderamata 1
P5 Membawa mereka berjumpa dengan kaunselor/ pakar/ ustaz 1
P6 Mengajak mereka melakukan amalan agama 1

(iii) Latar masyarakat dalam petikan:


P1 Masyarakat yang prihatin 1+1
Pelakon I mengajak semua pihak supaya membantu Azmir yang
mengalami tekanan perasaan.
P2 Masyarakat yang malu kerana mempunyai anak yang gila seperti ibu 1+1
Azmir yang tidak boleh menerima keadaan Azmir yang gila.
P3 Masyarakat yang berfikiran positif 1+1
Arif menafikan bahawa Azmir bukan gila tetapi sedang menderita suatu
penderitaan yang tidak tertanggung.

Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:


P1 Masyarakat yang berani 1+1
Azmir berani membidas sikap tidak prihatin pemimpin agama seperti Pak
Haji
P2 Masyarakat yang mementingkan diri 1+1
Ani meninggalkan Azmir kerana dia menganggap Azmir seorang yang
gila
P3 Masyarakat yang kurang bertanggungjawab 1+1
Bapa Azmir yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa Azmir gila
P4 Masyarakat yang mengambil berat akan masalah orang lain 1+1
Doktor yang sentiasa mengawasi tahap kesihatan Azmir.

Halaman 29
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 MRSM)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

CIKGU Setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Walau
DAHARI maju macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka tetap memegang jati
diri bangsa mereka. Hal ini menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri
tanpa mengikut acuan mana-mana individu. Hal ini akan lebih menunjukkan
individu yang pintar. Berbalik kepada soalan untuk aktiviti dalam modul PPSB itu,
pelatih akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden, seperti syair,
pantun, seloka, gurindam dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan
dan setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit.
Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.
NORA Wow, seronok macam itu! Rasa macam artislah pula.
CIKGU Kalau nak menjadi artis pun biarlah artis yang berpendidikan. Bukan tujuan
DAHARI modul ini melatih pelatih untuk menjadi artis. Cuma bertujuan memperkenalkan
warisan kebudayaan milik kita dan kita patut mewarisnya dengan rasa megah.
Cukuplah setakat ini pengenalan untuk PLKN. Nanti kamu semua akan
melaluinya sendiri.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan drama, apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program
Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB)?
[2 markah]
(ii) Bidang kesusasteraan kian terpinggir dan kurang mendapat perhatian daripada remaja.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Halaman 30
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Aktiviti-aktiviti
P1 Pelajar akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden, seperti syair, 1
pantun, seloka, gurindam dan nazam.
P2 Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan. 1
P3 Setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit. 1

(ii) Langkah-langkah untuk memartabatkan bidang kesusasteraan tanah


air:
P1 Pihak Kementerian Pendidikan menjadikan subjek kesusasteraan sebagai 1
subjek elektif di semua sekolah.
P2 Pihak Kementerian Pendidikan memperkasakan subjek kesusasteraan di 1
peringkat sekolah.
P3 Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik 1
minat pelajar terhadap subjek berkenaan/ tayangan video/ lakonan
P4 Sekolah menjemput tokoh sastera/ budaya/ sasterawan untuk berkongsi ilmu 1
pengetahuan/ pengalaman
P5 Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari bidang kesusasteraan 1
P6 Dewan Bahasa dan Pustaka/ NGO mengadakan bengkel/ seminar berkaitan 1
bidang kesusasteraan secara berterusan
P7 Ibu bapa menggalakkan/ mengajak anak-anak membaca buku-buku sastera. 1
P8 Media massa membanyakkan rancangan berunsurkan sastera 1
P9 Sekolah menggiatkan aktiviti sastera dalam pertandingan kebahasaan 1

(iii) Nilai dalam petikan:


P1 Patriotisme 1+1
Walau maju macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka tetap
memegang jati diri bangsa mereka
P2 Kerjasama 1+1
Setiap kumpulan membuat persembahan pentas selama 10 minit
P3 Bertanggungjawab/ Cinta akan ilmu/ Nasihat-menasihati 1+1
Cikgu Dahari menasihati Nora supaya mementingkan ilmu pengetahuan
walaupun apa-apa bidang yang diceburinya.

Nilai dalam keseluruhan drama:


P1 Amanah 1+1
Posmen yang amanah dalam menjalankan tugas
P2 Kasih sayang 1+1
Nek Sinah menyayangi Aiman seperti cucunya sendiri
P3 Ketegasan 1+1
Bapa Aiman tegas tidak mahu membantunya mendapatkan pengecualian
untuk menghadiri kem PLKN

Halaman 31
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 YIK)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEMUA PELAJAR Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.

CIKGU DAHARI Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca
berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar
rasanya.
CIKGU DAHARI Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa
sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN
merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di
Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan
membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak
mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat
perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan
positif menerusi nilai-nilai murni.
SYUHADA Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean Adam
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?


[2 markah]
(ii) Penyertaan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) masih lagi kurang diminati oleh
sesetengah pelajar.
Pada pendapat anda, mengapakah ada sesetengah pelajar tidak berminat untuk mengikuti
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.

Halaman 32
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
P1 Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia 1
P2 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1
P3 Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni 1

(ii) Sebab sesetengah pelajar tidak berminat PLKN


P1 Ada pelajar hari ini bersikap angkuh/ sombong/ ego. Contohnya anak orang kaya – memandang rendah 1
PLKN
P2 Atur cara gerak kerja dan latihan PLKN terlalu padat dan memenatkan. Contohnya jadualnya ketat siang 1
dan malam
P3 Banyak pelajar yang tidak boleh berpisah dengan keluarga. Contoh mereka masih usia muda/ mentah 1
P4 Ibu bapa merasakan tempat latihan PLKN tidak selamat. Contoh sangat jauh lokasi di pinggir hutan, 1
bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka terutama wanita.
P5 Pelajar-pelajar sekolah agama/ kuat didikan agama berasa tertekan dari segi nilai sosial/ agama. Contoh 1
pergaulan agak bebas lelaki/ perempuan.
P6 Pelajar beranggapan latihan ini tidak menguntungkan mereka menggunakan masa cuti sekolah/ 1
menyusahkan diri mereka. Contoh mereka tidak boleh kerja sambilan/ belajar ilmu agama/ belajar
tuisyen/ tidak boleh melancong.
P7 Ada ibu bapa bimbang kecacatan terhadap anak mereka terutama wanita yang terdedah panas terik. 1
Contoh kulit muka menjadi hitam dan serangan cahaya panas matahari.
P8 Pelajar menganggap tingkah laku/ sahsiah akan merosot atau terjejas. Contoh bergaul dengan pelajar 1
yang nakal dari sekolah-sekolah lain.
P9 Pelajar berasa takut. Contoh takut dipukul/ dibuli oleh pelajar lain ketika berada di asrama 1
P10 Sikap pelajar yang tidak mempunyai nilai semangat patriotik. Contoh banyak pelajar tidak menyedari 1
akan pentingnya semangat patriotik.

(iii) Pengajaran dalam petikan:


P1 Kita hendaklah bersyukur/ berbangga kerana dipilih untuk menyertai PLKN. 1+1
Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih PLKN.
P2 Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik untuk negara. 1+1
Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani sangat teruja dan berbangga untuk menyertai PLKN.
P3 Kita hendaklah gigih mengajar anak-anak bangsa. 1+1
Cikgu Dahari gigih menerangkan tentang PLKN kepada pelajar-pelajarnya.
P4 Kita hendaklah sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. 1+1
Cikgu Dahari memuji pelajar-pelajarnya yang sudah bersedia untuk menyertai PLKN.
P5 Kita hendaklah memahami matlamat PLKN. 1+1
Cikgu Dahari menerangkan matlamat PLKN kepada pelajar-pelajarnya.
P6 Kita hendaklah bersatu memupuk perpaduan kaum. 1+1
Cikgu Dahari menerangkan matlamat PLKN kepada pelajar-pelajarnya.
P7 Kita hendaklah sentiasa berusaha membentuk perwatakan positif. 1+1
Cikgu Dahari menerangkan objektif PLKN kepada pelajar-pelajarnya
P8 Kita hendaklah memberi sokongan terhadap program kerajaan. 1+1
Cikgu Dahari menggalakkan pelajar-pelajarnya menyertai PLKN.

Pengajaran dalam keseluruhan drama:


P1 Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita . 1+1
Aiman bersikap biadap dengan pembantu rumahnya.
P2 Kita janganlah memandang rendah terhadap program PLKN. 1+1
Aiman bersikap negatif terhadap PLKN.
P3 Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. 1+1
Posmen menjalankan tanggungjawab sebagai seorang posmen dengan penuh amanah.
P4 Kita hendaklah sentiasa memberi nasihat kepada seseorang. 1+1
Posmen memberi nasihat kepada Aiman agar menyertai PLKN kerana banyak faedahnya.

Halaman 33
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SABAH)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

AZMIR Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, sistem itu
disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan.
Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang
dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat,
bukan oleh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar daripada
manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa daripada
kuasa.
PELAKON III: (Berbisik dengan PELAKON I). Kau faham apa yang diperkatakan tu?
PELAKON I: (Kepada Azmir). Tidakkah sesuatu sistem itu mempunyai kelemahan tertentu?
Kalau begitu, bagaimana sistem itu hendak mengawal wang, manusia dan kuasa?
AZMIR: Suatu sistem itu mungkin terdapat kelemahan tertentu tetapi sejarah telah
membuktikan bahawa rakyat senantiasa akan membetulkannya. Soalnya, cepat
atau lambat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kemenangan senantiasa
memihak kepada rakyat. Saudara-saudara jangan bimbang, sistem baik adalah
bagaikan segala nilai dan norma serta tradisi yang telah berakar umbi dalam
budaya sendiri. Bagaimana sukarnya kita menolak institusi-institusi tertentu yang
terdapat pada sesebuah masyarakat itu, begitulah sukarnya kita menolak sesuatu
sistem yang mantap dan bertapak kukuh di hati rakyat. (AZMIR kemudian
memegang kepalanya seakan-akan sedang menahan kesakitan).
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
Oleh Shariff Shaary
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah kuasa yang ada pada rakyat terhadap sistem yang dicipta oleh manusia?
[2 markah]
(ii) Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tamadun manusia telah tercatat dalam
sejarah sejak sekian lamanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
Halaman 34
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKA


H
(i) Kuasa yang ada pada rakyat terhadap sistem yang dicipta oleh
manusia
P1 Sistem disahkan oleh rakyat 1
P2 Rakyat yang menentukan sistem 1
P3 Rakyat yang merestui sistem 1
P4 Rakyat yang membenarkan sistem 1

(ii) Kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat


P1 Meningkatkan ilmu pengetahuan 1
P2 Pendidikan etika dan moral 1
P3 Memberikan pengajaran / kesedaran 1
P4 Panduan menerajui negara 1

(iii) Pengajaran dalam petikan:


P1 Kita hendaklah bijak menyuarakan hujah agar dapat meyakinkan orang 1+1
lain
Azmir bijak menjelaskan konsep sistem yang dicipta oleh rakyat dengan
memberikan bukti-bukti sejarah bagi meyakinkan Pelakon I dan II.

Pengajaran dalam keseluruhan drama:


P1 Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan 1+1
Azmir tetap tabah menghadapi penyakit barah otak tanpa diketahui oleh orang lain
termasuklah doktor dan keluarganya.
P2 Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain 1+1
Azmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang
menyumbang kepada kesejahteraan hidup

Halaman 35
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SELANGOR – SET 2)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang hendak kuceritakan di
sini. Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang bermaksud bijaksana itu. Hakim
semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dunia ini penuh
dengan penganiayaan. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah
datuknya yang telah terlepas ke tangan raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat baiknya
Azam, seorang mahasiswa jurusan undang- undang. Mereka bersetuju bahawa ini merupakan satu
penganiayaan dan mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.

Setelah bekerja, Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia melantik
Azam sebagai peguamnya. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan
bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahas dengan fasih dan bernas.

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja meminta
bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai
penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan
ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya.

Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’


Oleh Zurinah Hassan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan perwatakan Hakim

“Tanah itu seharusnya digunakan untuk aktiviti yang bermanfaat bagi negeri ini dan
langkah ini dilihat dapat mengukuhkan kedudukan sektor agrikultur di negeri ini agar kekal
relevan.”
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan
tanah terbiar?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai lain
daripada keseluruhan cerpen itu.
[4 markah]

SKEMA JAWAPAN
Halaman 36
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKA


H
(i) Perwatakan Hakim
P1 Cucu Kaduk 1
P2 Seorang yang terpelajar 1
P3 Belajar sehingga ke universiti 1
P4 Hakim semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang berlaku di 1
sekelilingnya
P5 Sahabat baiknya Azam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang 1
P6 Mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas 1
(ii) Usaha-usaha untuk memanfaatkan tanah:
P1 Menjalankan perniagaan keluarga yang boleh mendatangkan keuntungan 1
P2 Mendirikan rumah sewa untuk disewakan 1
P3 Menjalankan perniagaan keluarga yang boleh mendatangkan keuntungan 1
P4 Bercucuk tanam di kawasan halaman rumah yang boleh dijadikan sumber 1
pendapatan
P5 Membuat pinjaman bank untuk memajukan tanah 1
P6 Menjalankan usaha sama dengan ahli perniagaan 1
P7 Mendapat khidmat nasihat daripada pihak pertanian untuk mengusahakan tanah 1
secara komersial
(iii) Nilai dalam petikan:
P1 Nilai kebijaksanaan 1+1
Contoh: Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang
bermaksud bijaksana itu
P2 Nilai keadilan 1+1
Contoh: Hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah
ditipu

Nilai dalam keseluruhan drama:


P1 Nilai keberanian 1+1
Contoh: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini
P2 Nilai kegigihan 1+1
Contoh: Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa
menanggung hutang yang banyak
P3 Nilai keprihatinan 1+1
Contoh: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh Hakim
dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak
moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus
P4 Nilai tolong-menolong 1+1
Contoh: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya
mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim

Halaman 37
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 WILAYAH PERSEKUTUAN)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“kuasa graviti yang lebih besar dan kuat itu, menetapkan semua planet dalam sistem suria pada
kedudukan orbit masing-masing.”

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya untuk menguliti diri.
Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia tiga beradik. Dia yang sulung. Dua
lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah
Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah
kepada suasana sekitarnya.

“Ah, tambah, kurang, darab, dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aiman mengetis
sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.

“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah, “ yang tengah selalu marah-marah
terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah. Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya
kepada babah dan ibu.

“Mengapa bosan?” Tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu
berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun
baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan maslaah
matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri
Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’
Oleh Illias Zaidi
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan punca-punca Aiman sukar dibentuk.


[2 markah]
(ii) Kanak-kanak genius ibarat permata negara.
Pada pandangan anda, apakh tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mendidik
kanak-kanak genius supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecerdasan mereka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain
daripada keseluruhan cerpen itu yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 38
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKA


H
(i) Punca Aiman sukar dibentuk
P1 Aiman selalu memberontak 1
P2 Aiman selalu marah-marah akan suasan persekitaran 1

(ii) Tindakan-tindakan
P1 Ibu bapa perlu mendidik mereka dengan sempurna 1
P2 Pihak sekolah harus merancang pembelajaran yang sesuai 1
dengan mereka
P3 Kementerian menggubal silibus yang setaraf dengan 1
kebijaksanaan mereka
P4 Golongan yang sama-sama genius dityempatkan di dalam satu 1
kelas
P5 Pihak yang berkenaan menghantar kanak-kanak genius tersebut 1
untuk mengikuti pembelajaran yang bersesuaian dengan
kebijaksaan mereka di luar Negara.

(iii) Latar tempat dalam petikan:


P1 Di dalam kelas Aiman – seisi kelas terdiam dan terpegun apabila 1+1
mendengar jawapan yang diberikan oleh Aiman.
P2 Di bangle keluarga Aiman- Aiman menyindir adik-adiknya yang 1+1
sedang membuat kerja rumah kerana tidak pandai tentang
tambah, tolak, bahagi dan darab

Latar Tempat lain dalam keseluruhan drama:


P1 Di hadapan pokok mempelam- buah mempelam yang jatuh di 1+1
hadapan Aiman secara tiba-tiba mengingatkan dirinya tentang
Isaac Newton.
P2 Di atas pokok kelapa dara- Aiman berpaut pada pelepah-pelepah 1+1
pucuk muda kelapa dara itu dengan sekuat-kuatnya
P3 Stesen Angkasa Antarabangsa- dalam halusinasi Aiman, dia 1+1
membuat kajian di situ.

Halaman 39
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SELANGOR – SET 1)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(Dalam wad pesakit jiwa. AZMIR didatangi DOKTOR).

DOKTOR: Encik Azmir apa khabar?


AZMIR Baik, doktor. Doktor?
DOKTOR: Saya juga baik. Terima kasih. Encik Azmir suka tak kalau saya benarkan
Encik Azmir keluar bersiar-siar di luar sana?
AZMIR Tidak sabar). Saya suka, tuan doktor. Terima kasih, tuan doktor.
DOKTOR: Saya benarkan Encik Azmir keluar bersiar-siar di luar kerana Encik Azmir
telah memperlihatkan kelakuan yang baik, tetapi jangan pergi jauh-jauh.
Selepas bersiar-siar, Encik Azmir mesti balik ke sini semula. Jika Encik Azmir
boleh patuh kepada syarat ini, Encik Azmir boleh keluar sekarang
AZMIR (Sambil keluar). Terima kasih, tuan doktor.
DOKTOR: Jangan pergi jauh-jauh. Encik Azmir hanya boleh pergi di sekitar kawasan ini
saja.

Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’


Oleh Sharif Shaary
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan syarat-syarat yang dikenakan oleh doktor kepada
Azmir.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan statistik daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus
daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang
teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.

Cadangkan perkara yang perlu dilakukan oleh murid untuk menangani tekanan yang
dihadapi oleh mereka dan alasannya.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 40
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKA


H
(i) Syarat-syarat yang dikenakan oleh doktor:
P1 Jangan pergi jauh-jauh 1
P2 Selepas bersiar-siar, mesti balik ke hospital semula 1
P3 Jika Azmir boleh patuh kepasa syarat itu, dia boleh keluar 1

(ii) Cadangan dan alasan


P1 Cadangan: riadah jasmani 1+1
Alasan: dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita
juga dapat berjalan dengan lancar
P2 Cadanga: riadah dari segi minda 1+1
Alasan: dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, komik, novel dan segala bahan-bahan yang
dapat menenangkan jiwa.
P3 Cadangan: mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks. 1+1
Alasan: pelajar boleh menyanyi, menari, dan menjerit. Hal ini boleh membantu pelajar
melepaskan stres sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana-mana sahaja
tanpa mementingkan seni kata lagu tersebut.
P4 Cadangan: meluahkan perasaan kepada sahabat karid ataupun meluahkannya dalam 1+1
diari
Alasan: pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat
karib.
P5 Cadangan: melihat segala masalah itu dari segi positif 1+1
Alasan: Pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerima masalah itu sebagai
panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang.
P6 Cadangan: murid juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang 1+1
realistik dalam kehidupan seharian.
Alasan: bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang
merugikan.

(iii) Pengajaran dalam petikan:


P1 Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka. 1+1
Contoh: Doktor prihatin dengan keadaan Azmir lalu mengizinkannya keluar dari wad pesakit jiwa
itu seketika.
P2 Kita perlulah patuh kepada arahan pihak yang berkuasa agar tidak menimbulkan sebarang 1+1
masalah.
Contoh: Azmir sanggup mematuji syarat yang diberi oleh Doktor untuk dia keluar bersiar-siar

Pengajaran lain dalam keseluruhan drama:


P1 Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat. 1+1
Contoh Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani beranggapan bahawa
Azmir gila.
P2 Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain agar hidup aman damai. 1+1
Contoh Doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di
kawasan hospital.
P3 Ktia hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa dipinggirkan. 1+1
Contoh Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan dan buruh yang menyumbang kepada
kesejahteraan hidup.
P4 Kita haruslah memberikan kasih sayng yang sepenuhnya terhadap anak-anak supaya keluarga 1+1
akan bahagia.
Contoh Bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.

Halaman 41
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PERLIS)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

IBU Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk
Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang
tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik
dah tak sanggup lagi.
PELAKON II Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua.
PELAKON III Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin
berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke
universiti
ARIF Betul mak cik, tetapi ... masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
PELAKON I Pak cik, mak cik ... marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia
memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan
hukuman.
PELAKON II Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit
yang dialaminya menjadi lebih parah
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
Oleh Sharif Shaary
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah ibu berasa malu?


[2 markah]
(ii) Ibu bapa bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak yang menanggung kesakitan.

Sekiranya anda ialah ibu bapa Azmir, apakah cara yang dapat dilakukan untuk membantu
Azmir?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
Halaman 42
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALA SKEMA MARKA


N H
(i) Ibu berasa malu:
P1 Azmir menjadi orang putih 1
P2 Azmir tidak mahu menjadi orang Melayu lagi 1
P3 Orang menyatakan Azmir/ anaknya gila 1

(ii) Cara ibu bapa:


P1 Merujuk doktor pakar/ doktor swasta/ bomoh/ rawatan tradisional/ rawatan Islam 1
P2 Membawa anak berjumpa pakar psikiatri/ kaunselor 1
P3 Mendampingi anak/ menjadi pendengar semasa anak mencurah perasaan/ masalah 1
P4 Memberikan kasih sayang secukupnya 1

(iii) Persoalan dalam petikan:


P1 Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak 1+1
Huraian: Ibu bapa Azmir telah memberikan pelajaran kepadanya sehingga ke universiti.
P2 Keprihatinan dalam kalangan masyarakat 1+1
Huraian: Pelakon I dan Pelakon II mengajak ibu bapa Azmir memberikan perhatian dan
kasih sayang bukan cemuhan dan penghinaan kerana Azmir memerlukan semangat dan
perangsag daripada mereka.

Persoalan lain dalam keseluruhan drama:


P1 Kasih sayang dalam keluarga 1+1
Huraian: Azmir kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya sehinggakan dia
menderita menanggung kesakitan seorang diri di wad gila.
P2 Sikap doktor yang tidak prihatin 1+1
Huraian: Doktor tidak melakukan rawatan yang terperinci dengan mengesahkan Azmir gila
hanya melihat Azmir menghantukkan kepada di dinding tanpa membuat pemeriksaan
dengan teliti.
P3 Percintaan dalam kalangan anak muda 1+1
Huraian: Azmir sangat mencintai Ani sejak di universiti dan masiih mencintai Ani sehingga
ke akhir hayatnya.
P4 Kesetiaan dalam perhubungan 1+1
Huraian: Azmir mempertikai kesetian Ani terhadapnya kerana Ani tidak mempercayai
kesakitan yang ditanggungnya.

Halaman 43

Вам также может понравиться