Вы находитесь на странице: 1из 5

1.

0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan persetujuan pihak
pengurusan mengenai cadangan pelaksanaan Kolokium Bersepadu Ko-
Kurikulum Badan Beruniform ILP Kuala Terengganu - ”Flashback & Move
On The Right Track”.

2.0 LATAR BELAKANG


Kolokium Bersepadu Ko-Kurikulum Badan Beruniform ILP Kuala Terengganu
– “Flashback & Move On The Right Track” akan dijalankan pada 02 & 03
Disember 2015 bertempat di Lake Kenyir Resort, Taman Negara, Kuala
Terengganu selama 2 hari 1 malam.. Kolokium ini merupakan agenda julung
kali diadakan bagi menyemak dan menyusun atur keberkesanan setiap
aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan badan
beruniform di institut yang terdiri Bulan Sabit Merah Malaysia, Pasukan
Bomba Dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi
mencapai sasaran secara holistik.
Perlaksanaan kolokium ini bertujuan untuk pendedahan kepada
barisan tertinggi di dalam persatuan bagi menanyakan soalan dan menilai
kerja yang dibentangkan. Justeru, kami telah merangka kolokium ini untuk
melihat impak positif persatuan bagi pembentangan aktiviti pada tahun
semasa dan perancangan pada masa akan datang dan seterusnya badan
beruniform di institut lebih terancang dan efektif untuk tempoh masa akan
datang.

3.0 RASIONAL
3.1 Kolokium ini bertujuan menjadikan platform kepada barisan tertinggi
di dalam badan beruniform bagi membentangkan laporan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan bagi menyemak dan menyusun atur semula
agenda yang telah dilaksanakan serta merancang pelan tindakan
yang bersesuaian berkaitan hala tuju badan beruniform pada masa
akan datang.

1
3.2 Kursus ini sangat penting bagi sumbang saran idea dalam
membantu pengurusan tertinggi untuk bergiat aktif seterusnya dapat
memberi impak positif dalam persatuan badan beruniform masing-
masing.

4.0 OBJEKTIF
Objektif Kolokium Bersepadu Ko-Kurikulum Badan Beruniform ILP Kuala
Terengganu – “Flashback & Move On The Right Track” adalah seperti
berikut:
4.1 Memupuk sumbangsaran idea dalam badan beruniform masing-
masing melalui aktiviti “Brain Storming”.
4.2 Menjadikan pengurusan tertinggi dalam badan beruniform saling
bantu membantu, berkerjasama, berdikari dan semangat
berpasukan yang tinggi.
4.3 Memberi pengalaman baru kepada pengurusan tertinngi persatuan
badan beruniform dalam merangka setiap aktiviti yang akan
dijalankan kelak.
4.4 Meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui
aktiviti fizikal dan mental.
4.5 Sebagai pengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan di dalam persatuan badan beruniform .

5.0 PELAKSANAAN
5.1 TARIKH
Pelaksanaan Kolokium Bersepadu Ko-Kurikulum Badan Beruniform ILP
Kuala Terengganu – “Flashback & Move On The Right Track” dijadualkan
untuk dilaksanakan pada 02 & 03 Disember 2015.

5.2 TEMPAT
Perlaksanaan Kolokium Bersepadu Ko-Kurikulum Badan Beruniform ILP
Kuala Terengganu – “Flashback & Move On The Right Track”.

2
6.0 URUSETIA/JURUFOTO DAN TENTATIF
Senarai nama urusetia dan jurufoto seperti di Lampiran A. Manakala
tentatif boleh dirujuk di Lampiran B.

7.0 PESERTA
Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang ahli pengurusan tertinggi
persatuan badan beruniform iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia, Pasukan
Bomba Dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang
terdiri daripada 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan serta boleh dirujuk
di Lampiran C.

3
8.0 ANGGARAN KOS
Berdasarkan kepada kadar kelayakan hotel dan elaun makan peserta yang
akan terlibat adalah berjumlah RM7,600.00 untuk 2 hari 1 malam. Manakala
kos bagi keseluruhan secara pakej adalah RM5,520.00. Oleh itu kos
penjimatan adalah sebanyak RM2,080.00. Kadar kelayakan hotel dan
elaun makan pegawai adalah seperti di Lampiran D.
Anggaran kos untuk menganjurkan Kolokium Bersepadu Ko-Kurikulum
Badan Beruniform ILP Kuala Terengganu – “Flashback & Move On The
Right Track” adalah seperti berikut:

BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH


1 Penginapan dan Pakej Sebutharga Pakej Bengkel di Lake RM5,520.00
makanan Kenyir Resort merangkumi :
01 x Garden View Villa / Go Green Villa
01 x Sarapan Pagi di Restoran Tembat
01 x Makan Malam di Restoran Tembat
01 x Kudapan Malam
01 x Lake Cruise
= RM5,520.00
2 Pengangkutan Menggunakan Kenderaan Jabatan (Bas) -
disediakan ILP Kuala Terengganu
JUMLAH ANGGARAN RM 5,520.00
KESELURUHAN

9.0 KESIMPULAN
Kejayaan pelaksanaan kolokium ini diharap dapat mempertingkat lagi tahap
komitmen, semangat kerjasama serta sikap bertanggungjawab di kalangan
semua peserta kolokium bagi memartabatkan badan beruniform masing-
masing khususnya di institute. . Sehubungan dengan itu, diharap cadangan
kursus ini dapat dipertimbangkan untuk diluluskan kerana gandingan erat
semua pihak dalam menganjurkan kursus ini bakal memberi kesan positif
dalam jangkamasa panjang kepada peserta, organisasi dan negara.

4
Disediakan oleh,
Osfarizal bin Othman
Pegawai Psikologi

Disemak & Disokong oleh,


Norlela binti Mustaffa
Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
Bp Pengarah ILP Kuala Terengganu

Tarikh : 29 Oktober 2015

________________________________________________________________

Diluluskan oleh,
Chin Phaik Yoong
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia

Вам также может понравиться