Вы находитесь на странице: 1из 11

LAPORAN UJIAN PSIKOLOGI

INVENTORI PERSONALITI WARNA

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENGIRAAN SKOR PEMBENTUKAN PROFIL IPW 3

2.0 PENTAFSIRAN PROFIL IPW 4

2.1 PERSONALITI WARNA EMAS 4

2.2 PERSONALITI WARNA HIJAU 5

2.3 PERSONALITI WARNA BIRU 6

2.4 PERSONALITI WARNA JINGGA 7

3.0 ANALISA KESELURUHAN IVENTORI PERSONALITI WARNA SIDEK 9

4.0 KESIMPULAN KESELURUHAN 10

2
1.0 PENGIRAAN SKOR DAN PEMBETUKAN PROFIL IPW

Pengiraan skor dan pembetukan profil bagi ujian ini boleh dilaksanakan secara manual
atau menggunakan program komputer yang khusus untuk mengendalikan pengiraan ini.
Bagi penggunaan pengiraan secara manual, adalah sangat perlu untuk berhati-hati dan
teliti dalam membuat pengiraan bagi mengelakkan berlakunya ralat untuk mendapatkan
jumlah keseluruhan skor. Hal ini demikian kerana, jumlah skor diperoleh yang tertinggi
merupakan petunjuk kepada personaliti warna individu berkenaan.

Pengiraan secara manual adalah dengan mengira jumlah jawapan Ya yang dikira
secara melintang daripada kiri hingga ke kanan. Jumlah Ya bagi setiap baris melintang
akan ditambah dan diisi pada ruangan kotak kanan. Hasil daripada tambahan tersebut,
nilai tertinggi adalah warna personaliti bagi individu tersebut.
Berdasarkan warna tersebut, interpretasi akan dijalankan dan diingatkan bahawa tidak
semua pentafsiran adalah berkaitan dengan individu tersebut dan terdapat beberapa
interpretasi akan mempunyai kaitan dengan individu itu.

3
2.0 PENTAFSIRAN PROFIL IPW
Kesemua skor yang diperoleh perlu diteliti dan dibincangkan setiap satu-persatu.
Berikut merupakan pentafsiran terhadap skor personaliti warna yang diperoleh
berhubung dengan trait-trait personaliti individu berkenaan:

2.1 PERSONALITI WARNA EMAS


Personaliti ini dikatakan bersikap lebih kepada keibubapaan, mengikut adat resam,
bertanggungjawab, setia, tradisional, hidup bersistem, menaruh perhatian, konservatif,
boleh dipercayai, praktis, dan waras fikiran.

Ciri-ciri diri saya


 Saya adalah seorang yang suka menolong
 Saya suka memelihara dan mengekalkan sesuatu adat resam
 Saya menghormati masa
 Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
 Saya menghargai hidup berkeluarga
 Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik
 Saya selalu mengambil tahu tentang sesuatu
 Saya mahu dianggap sebagai seorang yang berguna

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur tempat kerja
 Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian
 Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulan
belakang organisasi
 Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun
terpaksa bekerja lebih masa
 Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan

4
Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak
 Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah
 Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa
 Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran
 Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah

2.2 PERSONALITI WARNA HIJAU


Personaliti Hijau adalah dikatakan cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
seperti merekacipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersikap ingin
tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, bijak dan mahir, berdasarkan teori,
panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berprinsip dan berasakan logik.

Ciri-ciri diri saya


 Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan
 Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru
 Saya cekap dan berkebolehan dalam menjalankan tugas dengan sempurna
 Bersifat ingin tahu, berminat tentang konsep, tanggapan dan idea
 Mempuyai sikap yang tenang dan sabar berprinsip dan jujur
 Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan
 Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, bijak,mahir dan panjang
akal

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya seorang pemikir konsep yang bebas
 Bagi saya, kerja itu adalah suatu permainan
 Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang
 Suka merekacipta model, meneroka idea atau membina sistem bagi memenuhi
keinginan untuk menonjolkan pembaharuan
 Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek
lain dan membiarkan orang lain mengambil dan mengendali projek lama

5
Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak
 Saya seperti lebih tua daripada umur saya dari segi pemikiran
 Fokus saya ialah kepada perkara yang saya minati iaitu mendapat pencapaian
yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya
 Saya tidak sabar dengan kaedah latih tubi atau rutin. Saya mungkin menyoal
guru atau orang lain
 Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar
daripada mereka

2.3 PERSONALITI WARNA BIRU


Personaliti Biru ini melambangkan individu yang bersikap tulen, mesra, mengasihani,
bersimpati, unik, berkebolehan dalam mengalami perasaan dan pemikiran orang lain,
penyayang, setia, mesra dan berseni, orang yang memberi inspirasi, riang dan gembira,
penuh dengan kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Ciri-ciri diri saya


 Saya mahu berasa unik dan seorang yang tulen
 Saya seorang yang mudah bersimpati dan selalu mencari makna dalam
kehidupan
 Saya suka berkarya dan memberi ilham
 Saya seorang yang puitis, taat, mesra dan baik hati
 Saya seorang yang suka membelai, membantu orang lain dan baik hati
 Mudah terasa dan lemah-lembut
 Saya menginginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani
 Ada kebolehan menyelami perasaan dan pemikiran orang lain
 Seorang individu yang romanstis semula jadi

6
Ciri-ciri saya di tempat kerja
 Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya
mereka menikmati hidup yang lebih bermakna
 Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan
profesion menolong orang lain
 Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya sangat imaginatif
 Agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam sistem dan struktur sekolah
 Saya mahukan pengiktirafan
 Tidak sukakan perbalahan dan penolakan dalam diri saya
 Saya sukakan galakan bukannya persaingan
 Saya tidak suka disbanding-bandingkan dengan orang lain

2.4 PERSONALITI WARNA JINGGA


Personaliti jingga adalah merupakan seorang yang suka mengembara dan sukakan
kepada aktiviti yang lasak. Kebanyakan yang mempunyai personaliti ini lebih suka
untuk berdikari dan sangat cergas tetapi tidak sukakan kepada sesuatu yang
mempunyai peraturan atau terikat.

Ciri-ciri diri saya


 Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
 Menganggap hidup sebagai satu permainan
 Cergas, giat, dan pandai menggunakan kesempatan
 Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan
 Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar
 Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi
menyeronokkan
 Kadangkala mengambil tindakan yang gopoh tetapi bersemangat dan boleh
menimbulkan kesan yang mendalam
7
 Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan
 Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan
mengikut rutin
 Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan
koordinasi fizikal dan alatan
 Saya seorang performer yang semulajadi

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan
untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah
 Saya belajar dengan membuat atau mengalami, bukannya dengan membaca
atau mendengar
 Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan secara fizikal
 Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan
kegembiraan atau keseronokan

 JENIS WARNA BILANGAN PELAJAR( ORANG)

EMAS 23

BIRU 3

JINGGA 9

HIJAU 23

JUMLAH 58

8
Jadual 1 : Bilangan Pelajar bagi 4 jenis warna

25

20

15

10

0
EMAS HIJAU BIRU JINGGA

Graf Bilangan Pelajar Mengikut Warna

3.0 Analisa keseluruhan Iventori Personaliti Warna Sidek

Jumlah pelajar yang menjawab Iventori Personaliti Warna (IPW) adalah seramai 58
orang pelajar yang terdiri darpada Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak.
Personality warna ini mempunyai 4 warna yang menggambarkan personality masing-
masing mengikut warna yang diperolehi oleh mereka,Hasil daripada semakan yang
telah dilakukan mendapati bahawa seramai personaliti warna emas dan hijau
merupakan warna yang tertinggi yang diperolehi oleh pelajar di mana pelajar yang
mempunyai personality emas mencatatkan seramai 23 orang dan pelajar yang
mempunyai personality hijau juga mencatatkan seramai 23 orang. Kedua warna ini
mempunyai nilai ketinggian yang sama. Manakala bagi personality warna biru hanya
mencatatkan seramai 3 orang sahaja pelajar yang mempunyai personality warna ini dan
ini adalah nilai yang terendah berbanding dengan 4 warna yang ada. Warna jingga pula
telah mencatatkan seramai 9 orang yang mempunyai personaliti berwarna jingga.

9
Catatan tersebut adalah catatan yang agak rendah berbanding dengan warna emas
dan hijau..

4.0 Kesimpulan keseluruhan

Kesimpulan yang diperolehi daripada 58 orang pelajar yang melakukan iventori


personality warna ini mendapati mereka adalah golongan yang lebbih kepada warna
emas dan hijau. Di mana personaliti emas menunjukkan mereka seorang yang senang
memaatuhi peraturan seiringan dengan persekitaran mereka sebagai pelajar yang
masih bersekolah. Selain itu juga, sebahagian daripada pelajar ini adalah merupakan
pelajar yang berdisplin. Walaubagaimanapun, warna hijau juga merupakan warna yang
tertinggi dicatatkan yang menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kompleks Gong Badak ini merupakan pelajar yang mempunyai intelektual yang agak
luas dan mempunyai sikap yang ingin tahu terhadap sesuatu sangat tinggi. Namun, nilai
warna biru merupakan nilai yang paling sedikit di catatkan yang di mana menunjukkan
bahawa pelajar sekolah ini masih kurang sifat kerjasama atau sifat suka menolong
dalam masing-masing. Hal ini demikian personality warna biru adalah merupakan
individu yang agak lemah-lembut dan berjiwa tulen berbanding dengan personality
warna jingga yang mencatatkan nilai agak tinggi berbanding biru di mana personality
menunjukkan sesetengah pelajar suka bergerak bebas dengan caranya sendiri.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai warna masing-masing dan personality


warna ini menunjukkan kepada seseorang di mana kekuatan dan kelemahan yang
terdapat dalam diri masing-masing. Inventori ini bukanlah untuk membandingkan warna
yang mana lebih baik tetapi ianya merupakan satu iventori kepada seseorang individu
untuk lebih mengenali diri mereka sendiri melalui iventori personality warna ini.

10
LAMPIRAN

11

Вам также может понравиться