Вы находитесь на странице: 1из 6

CONTOH SOALAN EDUP 3023 MEI 2013

SOALAN STRUKTUR

1. Perkembangan manusia ialah perubahan kualitatif dalam biologi,kognitif dan sosio emosi
individu

a) Jelaskan faktor utama yang mempengaruhi prose sperkembangan manusia (5m)

b) Ilustrasi bagaimana pengetahuan tentang perkembangan manusia dapat diaplikasikan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah (10m)

2. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak melalui empat peringkat

a) Terangkan ciri-ciri pemikiran kanak-kanak pad aperingkat operasi konkrit (5 m)

b) Kemukakan bagaimana guru boleh menggunakan pengetahuan tentang perkembangan kognitif


kanak-kanak untuk meningkatkan pengajaran dengan berkesan (10m)

3. Lawrence Kohlberg mencadangkan bahawa perkembangan penaakulan moral seseorang individu


berlaku melalui tiga tahap moral

a) Jelaskan satu tahap perkembangan moral Lawrence Kohlberg (5m)

b) Kemukakan cara-cara guru dapat mempengaruhi perkembangan moral murid (10m)

4. Masalah penglihatan boleh menjadi halangan kepada pembelajaran di kelas perdana

a) Nyatakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan (5m)

b) Perincikan cara-cara guru dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan
dalam bilik darjah (10m)

SOALAN ESEI

1. Setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya tersendiri


Bincangkan peranan guru menangani perbezaan individu dalam bilik darjah (20m)

2. Siti merupakan seorang murid Tahun 2 yang peramah, rajin dan sanggup mencuba tanpa diarah.
Namun beliau merasa kurang yakin dan kecewa kerana sering dikritik oleh gurunya dan dia
beranggapan bahawa rakan-rakannya tidak melayannya dengan baik
Merujuk pada Teori Perkembangan Psikososial Erikson, huraikan tindakan yang boleh diambil
oleh guru untuk membantu Siti menangani konflik pada peringkat ini dan seterusnya dapat
berfungsi dengan baik pada peringkat berikutnya (20m)

3. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungan Kementerian


Pelajaran termasuk sindrom down, autisme ringan , ADHD ,terencat akal minimum dan disleksia.
Bincangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai ADHD semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (20m)
CONTOH SOALAN EDU 3023P MEI 2014

SOALAN STRUKTUR

1. Jean Piaget telah memberi banyak sumbangan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak

a) Jelaskan konsep skema daalam proses asimilasi (5m)

b) Cikgu Lily seorang guru sekolah rendah ingin membantu murid-muridnya yang berada pada
peringkat umur tujuh hingga lapan tahun dalam perkembangan kebolehan psikomotor mereka
Cadangkan aktiviti –aktiviti yang sesuai untuk Cikgu Lily laksanakan agar dapat membantu
murid-muridnya dalam perkembangan kebolehan psikomotor mereka (10m)

2. Pada pendapat Sigmund Freud personaliti manusia terbentuk sejak dilahirkan dan mempunyai
tiga komponen personaliti(id, ego dan superego) yang mengarah perlakuan manusia

a) Jelaskan bagaimana superego membantu dalam membentuk personaliti seseorang individu (5m)

b) Murid-murid sering memberi alasan untuk membela perlakuan diri supaya dapat mencermin
peribadi terbaik dan mengurangkan kebimbangan
Bincangkan bentuk-bentuk hela bela diri yang biasa digunakan oleh murid (10m)

SOALAN ESEI

1. Menurut Lev Vvgotsky, persekitaran sosio budaya mempengaruhi perkembangan bahasa dan
kognitif kanak-kanak
Sebagai seorang guru, bagaimankah anda boleh mewujudkan persekitaran sosio budaya yang
menyokong perkembangan bahasa dan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah
dalam konteks negara Malaysia (20m)

2. Daniel seorang murid Tahun 3 kerap mengharapkan bantuan kawan-kawannya untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru sering menyalahkan orang lain terhadap kesilapan dirinya
Beri cadangan –cadangan untuk guru Daniel membantunya meningkatkan perkembangan konsep
kendiri yang positif (20m)
CONTOH SOALAN EDU 3023P NOV 2014

SOALAN STRUKTUR

1. Faktor baka dan persekitaran mempengaruhi terhadap perkembangan manusia.

a) Terangkan bagaimana faktor tersebut mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak (5m)

b) Sebagai seorang guru bincangkan cara bagaimana guru dapat membantu murid dalam
perkembangan fizikal mereka (10m)

2.
a) Jelaskan peringkat industri lawan rasa rendah diri menurut Teori Psikososial Erikson (5m )

b) Bincangkan cara-cara gur dapat membantu meningkatkan perkembangan psikososial murid


(10m)

3. Konsep kendiri merupakan persepsi peribadi seseorang terhadap perkembangan dirinya

a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri dengan menggunakan contoh-contoh


yang sesuai (5m)

b) Bincangkan cara bagaimana guru boleh membantu pelajar membina konsep kendiri positif di
dalam bilik darjah (10m)

SOALAN ESEI

1. Baka dan persekitaran merupakan dua faktor yang jelas dan munasabah menunjukkan kita
sebagai jenerasi masa ini
Bincangkan bagaimana pengetahuan anda tentang baka dan persekitaran boleh mempengaruhi
keberkesanan pengajaran subjek pengukhusan anda di dalam bilik darjah. (20m)

2. Vygotsky memperkenalkan konsep scalffolding. Bincangkan bagaimana scalffolding boleh


digunakan untuk membimbing murid-murid sekolah rendah menguasai pembelajaran sesuatu
subjek (20m)
CONTOH SOALAN EDU 3023P MEI 2011
SOALAN STERUKTUR

1. Kanak-kanak mengalami peringkat –peringkat perkembangan emosi yang berbeza mengikut


peringkat umur. Menurut Erikson, perkembangan psikososial kanak-kanak mempunyai ciri-ciri
tertentu

a) Nyatakan dua ciri perkembangan psikososial yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur 6-11
tahun

b) Jelaskan tiga cara yang berkesan bagaimana guru dapat meningkatkan perkembangan psikososial
kanak-kanak optimum

2.a) Jelaskan dua jenis personaliti mengikut Carl Jung

b) Jelaskan 3 cara gurur dalam membantu pelajar membentuk konsep kendiri positif

3. Masalah pembelajaran merujuk kepada pelbagai pemasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak
dalam memperoleh dan menggunakan kebolehan mendengar, bertutur, membaca, menulis ,
menaakul atau mengira

a) Senaraikan 4 kategori masalah pembelajaran

b) Huraikan 2 jenis program yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk membantu kanak-kanak
pintar cerdas merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka

ESEI

1. Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif mengikut tahap-tahap tertentu perkembangan


kanak-kanak. Perubahan kognitif ini dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap
pemikiran seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.

a) Dengan menggunakan pengurusan grafik jelaskan proses keseimbangan kognitif mengikut Piaget

b) Bincangkan 4 cara guru boleh membantu murid-murid sekolah rendah meningkatkan


perkembangan kognitif

2.a) Jelaskan bagaimana baka dan persekitaran mempengaruhi perkembangan personaliti seorang
kanak-kanak

b) Bincangkan 4 kesan sistem keluarga terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak

3. Jonathan adalah seorang yang peramah. Dia suka bermain trompet dan aktif dalam permainan
besbol. Dalam akademik dia mengalami kesukaran dalam mata pelajaran yang melibatkan
membaca. Dalam ujian membaca yang telah dijalankan menunjukkan kebolehan membaca
Jonathan sangat lemah. Masalh pembelajarannya menghalang pencapaian akademiknya.

a) Terangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran


b) Nilaikan implikasi pengajaran dan pembelajaran jika sekiranya Jonathan dimasukkan ke kelas
biasa(normal)
CONTOH SOALAN EDU 3023P MEI 2010

SOALAN STRUKTUR

1
a) Jelaskan tiga implikasi teori Piaget untuk meningkatkan perkembangan kognitif dalam kalangan
murid sekolah rendah ialah

b) Beri dua aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh seorang guru bagi memperkembangkan kanak-
kanak di peringkat pra-operasi

2.
a) Jelaskan 4 ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran disleksia

b) Beri 3 cadangan bagi menolong kanak-kanak disleksia dalam kelas

3.a) Beri 4 faktor yang mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak

b) Bincangkan 5 cara seorang cikgu boleh menggalakkan perkembangan bahasa kanak-kanak


berumur 7-12 tahun

4.a) Jelaskan 4 cara seorang guru boleh laksanakan supaya mengelakan seorang murid terus
mengasingkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran

b) Beri 5 cara bagaimana rakan sebaya dapat membantu mengaktifkan kawannya yang tidak aktif

5.a) Beri 5 ciri pelajar pintar cerdas

b) Beri 5 implikasi pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas terhadap pengajaran dan


pembelajaran
CONTOH SOALAN EDU 3023P MEI 2012

SOALAN STRUKTUR

Вам также может понравиться