Вы находитесь на странице: 1из 1

K1: Proses dan Bentuk Fluvium

Oleh; Ab Wahab Ibrahim

- Perkara-perkara yang melibatkan tindakan sungai khususnya dalam alur blh dibahagikan kepada 2;

i. Fluvial- merujuk pada aliran air dan hakisan

ii. Fluvialtif –merujuk kepada hasil atau perubahan akibat tindakan fluvial.

Kesemua ini merujuk kepada alur. Pendekatan yang digunakan adalah bersifat sistematik. Persoalan yang
timbul ialah apakah yang menggerakkan sistem itu. Ini melibatkan pengkajian tentang sumber-sumber
tenaga.

- Ciri-ciri sistem yang boleh dilihat ialah fungsinya yang berasaskan pendekatan sistem. Di sini kita cuba
membentuk persamaan geomorfologi di mana ia boleh menerangkan perhubungan yang terdapat di
permukaan bumi.

- Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses dalam alur dan lurah, bahan-bahan yang ada
sistem. Daya-daya yang bertindak dalam sistem, tarikan-tarikan yang berlaku dan gerakbalas (GB) yang akan
terhasil. Semua ini kemudian dirujuk pada lembangan saliran sebagai satu geomorfik asas.

- Lembangan saliran dibahagikan kepada 2 komponen iaitu lurah dan alur.

- Daripada alur beberapa persoalan akan timbul iaitu;

i. apa yang dikatakan bagaimana alur terbentuk,

ii. bagaimana alur yang terjadi berkembang melalui masa,

iii. apakah proses-proses berlaku dalam alur khususnya yang berkaitan dengan gondolan.

- Morfologi alur;

i. alur bentuk tunggal

ii. pola alur yang berbeza.

Ini membawa kepada proses-proses pemendapan, faktor-faktor yang terlibat dan bentuk yang dihasilkan.
Mengapa mendapan berlaku di liku-liku sungai- mewujudkan bentuk-bentuk seperti pulau pasir, delta, kipas
delta dan lain-lain.

- Dengan menggunakan analisis kuantitatif- dengan melihat alur- kita boleh menghubungkan ciri-ciri alur yang
berkaitan.

- Impak manusia ke atas sistem alur, pengubahan alur oleh manusia, kesan terhadap bentuk yang dihasilkan
oleh alur.

Вам также может понравиться