Вы находитесь на странице: 1из 7

Lampiran C

Contoh BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1) Kod Sekolah: WEA 2001

1. Nama Guru
SHAMALAH DEVI A/P SUBRAMANIAM
2. Judul Makna BAHARU Perubahan 3. Bidang: Pengetahuan
Pendidikan Profesional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak 3 bahagian
dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat
tempatan,bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis
akan memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses
perubahan pada peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti
BAHARU perubahan pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran yang agar sesuai
dengan perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang
dimuatkan dalam buku ini perlu saya cuba di dalam P&P saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam P&P. Antara yang paling menarik
minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk pelajar supaya lebih
sempurna dengan memahami hakikat perubahan tersebut. Dalam strategi ini saya dapat meneliti
cara untuk membantu pelajar menjadi lebih berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga boleh
menggalakkan pembelajaran secara bebas. Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat
tanggungjawab pelajar bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
Ulasan Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Nama Guru : Puan Arbayah Binti Aris
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Bota Perak
Judul Buku : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Pengarang : Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
Penerbit :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas
belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar
dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga
sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat.
Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan
guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan
cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka
tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid
dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali,
sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu
bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program
motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula
sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti
cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu
yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan
program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh
murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak
sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu
bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-
hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa
asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid
sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang
negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan
gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori
motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-
murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada
jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai
oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-
pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke
depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-
teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap
tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi
tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi
lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
darjah.
4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.
Lampiran C

Contoh BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1) Kod Sekolah: WEA 2001

1. Nama Guru
SHAMALAH DEVI A/P SUBRAMANIAM
2. Judul Guru sebagai pendorong dalam 3. Bidang: Pengetahuan
darjah Profesional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses
yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi
bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat
tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada
musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar
motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati,
dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya.
Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah
menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh
sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti
mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi
dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang
mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh
pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar
psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan
menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan
supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2. . Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah.
4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat
mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................

Lampiran C

Contoh BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1) Kod Sekolah: WEA 2001

1. Nama Guru
SHAMALAH DEVI A/P SUBRAMANIAM
2. Judul Pengurusan Keselamatan 3. Bidang: Pengetahuan
Kebakaran Di Pejabat-Pejabat Profesional
Kerajaan dan Swasta
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa
penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah
dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa
saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

1.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................

Вам также может понравиться