Вы находитесь на странице: 1из 3

Segak bergaya putera mahkota,

Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,


Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim….

Pada tanggal 9 oktober 1956 tarikh keramat bagi pasangan bertuah Encik
Haji Omar bin Jamaludin dan Puan Halimah Binti Nasih di kampung Pantai
Remis, Perak apabila dikurniakan seorang puteri. Anak ke -5 dari 8 orang
adik beradik ini diberi nama Duriah binti Omar. Beliau telah dijaga seperti
menatang minyak yang penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau
mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak pada tahun 1963. Maka bermulalah
pencarian ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan
tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun
1969 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Idris sehingga ke tingkatan 3, manakala
tingkatan 4 dan 5 nya di sekolah menengah convent jalan peel, Kuala
Lumpur.

Bukanlah cita-citanya untuk menjadi seorang guru, namun hajat dan


keinginan bapanya yang tinggi untuk melihat beliau berjaya dalam bidang
pendidikan, beliau telah melupakan keinginannya di dalam bidang perubatan
lantas beliau memilih untuk mengikuti latihan asas perguruan di Maktab
Perguruan Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1976. Bermula dari sini, beliau
mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala dugaan
dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah
bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah
semangat yang dimiliki oleh Puan Duriah Binti Omar, Guru Penolong Kanan 1
yang sangat dihormati dan disayangi.

“selamat pagi cikgu” ucapan keramat pertama beliau terima pada tanggal 3
januari 1978 di SJK © Tit Bin, Pantai Remis, Perak. Semenjak tarikh itu,
Cikgu Duriah terus menabur bakti mendidik anak bangsa tidak kira di mana
barada.

Tenanglah tenang air dilaut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.
Bermula tarikh melapor diri pada 3 Januari 1978 sehingga ke hari ini 31
Oktober 2013, Cikgu Duriah telah berkhidmat selama 34 tahun 9 bulan dan
29 hari. Sepanjang tempoh tersebut Cikgu Duriah telah mengajar di 6 buah
sekolah di 4 buah negeri yang berbeza iaitu di negeri Perak Darul Ridzuan, di
negeri Pahang Darul Makmur, di Negeri Sembilan Darul Khusus dan di negeri
Melaka Bandaraya Bersejarah. Sekolah pertama yang mendapat
sentuhannya adalah SJKC Tit Bin, Pantai Remis, Perak iaitu pada tahun 1978
sehingga 1980. Pada tahun berikutnya, Cikgu Duriah berkhidmat di SK Kuala
Tembeling, Jerantut, Pahang Darul Makmur sehingga November 1985. Pada
tahun 1986, Cikgu Duriah berpindah ke SK Jelai, Gemas N.Sembilan dan
berkhidmat disitu sehingga Novermber 1991. Perkhidmatan beliau di negeri
Sembilan selama 6 tahun sahaja kerana pada tahun 1991 Cikgu Duriah telah
berpindah ke negeri Melaka. Di negeri Melaka, beliau telah ditempatkan di
SK Bukit Beruang diikuti dengan SK Kubu dan SK Seri Bandar.

Negeri yang kaya dengan sejarah, Melaka..disinilah segala-galanya bermula.


Beliau telah dilantik sebagai pentadbir ketika berkhidmat di Sk Bukit
Beruang. Selama 13 tahun perkhidmatannya di sekolah ini, beliau telah
memegang beberapa jawatan sebagai GPK Kokurikulum, GPK HEM, dan GPK
Kurikulum sehinggalah tarikh keramat persaraan beliau pada hari ini.

Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegangag kepada prinsip


hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran.
Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut dicontohi. Sikap
prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan
mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam
usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya.

Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan 1 pada
16 julai 2010. Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan
perkhidmatan beliau pada usia persaraan 57 tahun. Sikap keprihatinannya
terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa di mamah usia.
Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu
dan wang ringgit. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri
pada tugasnya sebagai seorang guru.

Terang bulan dimalam hari,


Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,


Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu disaat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu…….~