Вы находитесь на странице: 1из 8

PENGENALAN

Mental state assessment atau nama lainnya MSE ialah sebuah ujian yang dilakukan untuk
menilai tahap kewarasan seseorang melalui dari segi percakapan, keterampilan pesakit
serta tingkah laku. Selain itu juga gaya dari segi pertuturan dan gangguan persepsi pesakit
dapat dinilai dalam ujian ini.

Ia adalah sebahagian daripada satu cara atau langkah bagi menilai tahap kesihatan pesakit
dari segi kita mewawancara dengan mereka. Walaupun kita melihat dari pandangan kasar
bahawa sesetengah pesakit ini seperti orang biasa, akan tetapi apabila meneliti dan
mendalami dalam proses wawancara ini, dari situ dapat menilai status mental seseorang
pesakit tersebut. Penilaian status mental iaitu memerhati keadaan pesakit, percakapan
dengan pesakit, eksplorasi saat melakukan wawancara dengan pesakit serta pemeriksaan
secara formal.

Melihat kepada pengkaji MSE ini, iaitu Guy E Brannon (2013) menyatakan pemeriksaan
status mental adalah alat yang paling penting dan perlu digunakan untuk mendiagnosis
dalam kesihatan psikiatri seorang pesakit dengan cara mendapatkan maklumat pesakit
untuk membuat diagnosis yang tepat. Proses pemeriksaan pesakit perlu dimulakan sejak
awal lagi agar kita dapat menilai tentang masalah dan penyakit yang dihadapinya.

Oleh demikian juga, saya ada memperolehi maklumat dari fakta internet di laman
ensiklopedia telah menyatakan bahawa pemeriksaan status mental. Adalah penting untuk
menilai dalam memproses penilaian keadaan pesakit bagi pesakit-pesakit psikiatrik. Ia
adalah cara untuk memerhati dan menerangkan keadaan pemikiran pesakit dari semasa ke
semasa dengan menyelaraskan keadaan pesakit serta sikap tingkah laku, perasaan dan
affect, percakapan, proses pemikiran, kandungan pemikiran, persepsi, kognitif dan
kewarasan mental dalam membuat keputusan.
TUJUAN MELAKUKAN MENTAL STATE EXAMINATION

Tujuan pemeriksaan status mental adalah untuk menilai tahap pemulihan dan kemerosotan
mental seseorang. Dalam fungsi kognitif yang dapat dicari dalam temubual diantara pesakit
adalah dalam menilai status mental termasuk masa, tempat serta identiti diri dan ingatan
yang kuat dalam hal-hal jangka masa panjang atau pendek. Selain itu juga, keupayaan
dalam matematik dan intelektual, pemeriksaan masalah yang diberikan kepada orang tua
dan pesakit lain sedang dinilai dalam kemahiran keseluruhan fungsi pesakit diantaranya
kesukaran dengan bahasa pengiraan yang mudah, perancangan dalam melakukan sesuatu
tugasan dan juga masalah dalam kehilangan ingatan. Keputusan pemeriksaan status mental
mungkin memberikan cadangan ujian lanjut atau jenis ujian tertentu yang diperlukan.
Langkah pemeriksaan status mental perlu dilakukan secara berulang kali agar dapat menilai
tahap normal dan keabnormalan terhadap keadaan pesakit.
TANDA-TANDA PESAKIT MENGALAMI GANGGUAN ATAU MASALAH MENTAL

Terdapat banyak tanda manifestasi klinikal penyakit mental dapat diketahui sekiranya kita
memberi perhatian terhadapnya. Antara tanda-tanda penyakit tersebut ialah

1. Paranoid (cemas atau perasaan takut) pada masalah yang biasa, manakala bagi
orang normal tidak perlu ditakuti atau dicemaskan.
2. Terjadi perubahan diri yang cukup bererti kepada pesakit
3. Kekacauan dalam alam pikir iaitu yang dapat dilihat dari isi perbicaraannya, misalnya
dalam percakapan
4. Jiwa kacau sehingga tidak dapat membezakan realiti dan fantasi
5. Terjadi perubahan sistem pemakanan yang tidak seperti biasa
6. Pola tidur terjadi akibat perubahan yang tidak seperti biasa atau normal
7. Memiliki emosi atau perasaan yang mudah berubah-ubah. Merasa depresi, sedih
atau stress yang meningkat tinggi secara berterusan
8. Kesulitan dalam melakukan pekerjaan atau tugasan harian walaupun pekerjaan
tersebut telah dilakukan selama bertahun-tahun dan telah menjadi kebiasaan
9. Memiliki pemikiran untuk mengakhiri masa hidup atau dengan cara yang membunuh
diri
10. Delusi adalah keyakinan seseorang yang tidak rasional (tidak masuk logic akal)
meskipun telah dibuktikan secara objektif bahawa keyakinannya itu tidak rasional,
namun penderita tetap meyakini tentang kebenarannya. Sering berfikir atau
mengelamun yang luar dari realiti
11. Perasaan pesakit (affect) tumpul dan mendatar. Gambaran perasaan ini dapat
terlihat dari wajahnya yang tidak menunjukkan ekspresi
12. Menarik diri atau mengasingkan diri (withdrawn). Tidak mahu bergaul atau kontak
dengan orang lain, suka mengalamun( day dreaming).
13. Halusinasi tentang sesuatu perkara sehingga menunjukkan seseorang itu menjadi
tidak normal.
GENERAL APPEARRANCE (PENAMPILAN UMUM)

Penampilan umum adalah penting untuk dinilai bagi memberi gambaran awal tentang
kemampuan pesakit dalam menguruskan penjagaaan kendiri serta menjalankan aktiviti
harian kehidupan (ADL). Perhatikan samada keadaan muka, rambut serta kuku pada tangan
pesakit. Perhatikan tahap kekemasan diri seseorang pesakit adalah kemas atau selekeh.
Perhatikan samada pesakit kelihatan pucat, letih atau tidak bertenaga. Selain itu perhatikan
juga badan pesakit samada kurus atau gemuk.

BEHAVIOUR (TINGKAH LAKU)

Penilaian pesakit dalam tingkah laku adalah melalui pemerhatian secara tidak langsung
terhadap kelakuan pesakit semasa sesi penilaian dilakukan. Perhatian yang perlu
dperhatikan dalam aspek tertentu amat penting bagi menilai keadaan pesakit

Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai tingkah laku pesakit iaitu

1. Consentration – adakah pesakit boleh beri perhatian pada perkara yang dicakap atau
dilihat
2. Attension – adakah pesakit boleh memberi perhatian yang sepenuhnya?
3. Comperative – adakah pesakit boleh beri kerjasama
4. Aggressive – bertindak ganas atau kejam
MOOD DAN AIR MUKA

Perbezaan diantara mood dan affect dalam MSE adalah tertakluk kepada beberapa
percanggahan pendapat. Sebagai contoh, Trzepacz dan Baker (1993) menggambarkan
menjejaskan sebagai ‘manifestasi luaran dan dinamik negara seseorang dalaman emosi”
dan perasaan sebagai “ keadaan dalaman utama seseorang pada satu-satu masa”.
Sedangkan bagi Sims(1995) merujuk kepada memberi kesan sebagai “perasaan tertentu
berbeza” dan sebagai perasaan sebagai “keadaan yang lebih berpanjangan atau
perpindahan. Penilaian yang dibuat terhadap keadaan mood pesakit seta air muka yang
ditunjukkan melalui konsep kesepadanan mood yang dialami pesakit dengan air muka yang
ditunjukkan. Air muka (affect) adalah merujuk kepada ekspresi yang ditunjukkan
berdasarkan emosi manakala mood pula ialah emosi yang dialami dalam tempoh waktu
yang tertentu. Individu normal akan menunjukkan mood dan affect yang sepadan seperti
mood sedih dan diekspresikan dengan air muka. Mood dan air muka pesakit berpadanan
dengan keadaan pesakit alami

Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai mood dan affect.

1. Affect
a. range: restricted, blunted, flat
b. appropriateness (kesepadanan dengan mood): appropriate, inappropriate
c. kestabilan: tidak berubah, berubah-ubah (labile)
2. Mood
a. Happiness: eksatatik, elevated, lowered, depressed
b. Irritability: explosive, irritable, calm
c. Kestabilan
Langkah dari segi percakapan yang perlu kita lihat terhadap pesakit

1. Rasional: adakah jawapan munasabah


2. Relevant: adakah jawapan ada kaitan antara satu sama lain
3. Coherence: adakah jawapan boleh diterima
4. Pressure of speech: adakah jawapan yang diberi oleh pesakit mencurah-curah.

Kognitif

Kognitif pula merujuk kepada kapasitii semasa pesakit dalam memproses maklumat

1. Tahap kesedaran: alert, drowsy


2. Orientation: oriented, not oriented
3. Fungsi memori: ingatan jangka pendek/panjang
4. Tumpuan dan perhatian: memberi perhatian, sukar memberi perhatian
5. Pengetahuan am: tahu/tidak tahu
6. Bahasa: keupayaan menamakan objek dan menerima arahan

Pemikiran

Pemikiran pesakit biasanya adalah dengan dinilai melalui dari dalam pemikirannya dan
proses pemikiran itu dijalankan sewaktu itu.

Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai pemikiran pesakit iaitu

1. Konten pesakit
2. Delusi: memiliki kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu yang nyata salah
3. Dibelenggu (preoccupied): pemikiran yang dibelenggu oleh sesuatu
4. Obsesi: pemikiran yang obses terhadap sesuatu
5. Pemikiran depresi: ingin membunuh diri, orang lain atau mencederakan
6. Anxiety: fobia
7. Proses dalam meniliti pesakit
8. Irrelevant: loose of association
9. Kerap berubah
10. Perkataan yang mengarut
11. Pressured speech
Persepsi

Gangguan persepsi yang dinilai melalui persoalan yang khusus diajukan kepada pesakit.
Gangguan persepsi mungkin berlaku dalam tiga keadaan samada dalam bentuk dissociative
syndrome, halusinasi atau ilusi

1. Dissociative syndrome
a. derealisation: pesakit merasakan dunia disekelilingnya adalan bukan realiti tapi
khayalam semata
b. dipersonalisation: pesakit merasakan dirinya bukan lagi dirinya.

2. Ilusi
a. pesakit menganggap sesuatu yang wujud sebagai sesuatu yang lain berbeza
dengan tangapan orang lain.

3. Halusinasi
a. persepsi yang salah terhadap sesuatu tanpa wujudnya peransang kepada lima
pancaindera iaitu visual, audio, olfactori, sentuhan dan lain-lain.
RUJUKAN

1. Ensiklopedia bebas, wikipedia, mental state examination.


http://en.wikipedia.org/wiki/mentalstatusexamination
2. Romirianto.blogspot, pemeriksaan status mental
http://romirianto.blogspot.my/2013/11/pemeriksaan-status-mental.html

Вам также может понравиться