Вы находитесь на странице: 1из 11

SEKOLAH KEBANGSAAN

INDAH KENT TUARAN

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PERSATUAN SENI BUDAYA
SK INDAH KENT
1.0 PENGENALAN

Seni dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.


Kebudayaan yang merangkumi adat resam dan amalan masyarakat menjadi
jati diri setiap bangsa di dunia. Melalui kebudayaan, jati diri murid dipupuk
sehingga melahirkan insan yang mampu menjana kemajuan sosioekonomi
dan politik di negara kita. Begitulah pentingnya kebudayaaan dan kesenian
sebagai khazanah warisan yang tiada ternilai harganya. Sistem pendidikan
negara kita tidak melupakan kepentingan seni dan budaya. Hal ini nyata
terlihat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedang giat
dijalankan pada semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

Penubuhan Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent merupakan suatu


inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan murid-murid sebagai insan
yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum.
Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan


murid-murid dengan kebudayaan di negara Malaysia dan juga sebagai
platform untuk mencungkil bakat anak-anak murid di SK Indah Kent dalam
bidang kesenian dan kebudayaan. Selain itu, persatuan ini juga memberi
peluang kepada murid-murid yang berminat untuk menyertai segala
persembahan tarian, nyanyian, lakonan dan muzik tradisional. Dengan
menyertai persatuan ini, ahli-ahli persatuan seni budaya akan didedahkan
dengan asas-asas untuk seni tarian di Malaysia, nyanyian tradisional, seni
muzik tradisional dan persembahan pentas. Persatuan ini juga dapat
membantu murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat
dan bermanfaat pada masa lapang.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent ini bermatlamat


untuk menerapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman kebudayaan di Malaysia untuk meningkatkan keseimbangan jati
diri berlandaskan Falsafah Pendiidkan Kebangsaan iaitu keseimbangan
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan
Persatuan Seni Budaya sebagai medium penting dalam membentuk modal
insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang
menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 RASIONAL

Penubuhan Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent ini adalah penting kerana:

3.1 Persatuan ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para


murid SK Indah Kent untuk mempelajari asas-asas kebudayaan secara
formal.

3.2 Persatuan ini dapat memberi pendedahan kepada para murid tentang
pengetahuan kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia.

3.3 Persatuan ini dapat melatih para murid mematuhi disiplin sama ada
secara fizikal, mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi
kehidupan yang mencabar pada masa akan datang.

3.4 Penubuhan persatuan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan


kefahaman para murid terhadap kepentingan pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum.

4.0 NAMA KELAB

Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent.


5.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent adalah untuk :

5.1. Memupuk semangat cinta akan kesenian dan kebudayaan sebagai


khazanah dan warisan bangsa.

5.2. Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam kesenian dan


kebudayaan dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.

5.3. Membina sahsiah, keterampilan, personaliti dan jati diri serta


pengalaman murid sebagai bekalan mereka untuk berfikir dan
bertindak secara positif dan matang.

5.4. Menyediakan murid dengan pengetahuan dan pengalaman antara


budaya.

5.5. Melatih murid untuk persembahan semasa acara rasmi peringkat


sekolah.

5.6. Menyediakan pasukan kesenian dan kebudayaan sekolah yang


berkualiti.

6.0 KEAHLIAN
Keahlian Persatuan Seni Budaya ini adalah terbuka kepada semua murid SK
Indah Kent yang berminat untuk mempelajari dan menguasai seni dan
kebudayaan yang merangkumi tarian kebudayaan, nyanyian tradisional, seni
muzik tradisional, dan kebudayaan antara kaum di Malaysia.

7.0 JURULATIH
Bagi meningkatkan kualiti Persatuan Seni Budaya SK Indah Kent, persatuan
ini akan dibimbing oleh Puan Siti Shafiqah Binti Rahmat, guru cemerlang
subjek Muzik yang berpengalaman luas dalam bidang kebudayaan dan Cik
Jennifer Esther Rayner, guru subjek Muzik SK Indah Kent.
8.0 LOKASI
Lokasi yang dicadangkan bagi Persatuan Seni Budaya untuk beroperasi
adalah di Bilik Muzik SK Indah Kent.

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Beverly Anne Daniel


Guru Besar SK Indah Kent

Naib Pengerusi : En. Timothy Kayne Kelvin


Penolong Kanan Kokurikulum SK Indah Kent

Setiausaha : Cik Christine

Bendahari : En. Ryan Kenny

Guru Penasihat 1 : Pn. Lynda Dominic

Guru Penasihat 2 : Pn. Lai Ming Juan

Jurulatih 1 : Puan Siti Shafiqah Binti Rahmat


Guru Cemerlang subjek Muzik SK Indah Kent

Jurulatih 2 : Cik Jennifer Esther Rayner


Guru subjek Muzik SK Indah Kent
9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Pelaksana akan dipilih di kalangan murid selepas penubuhan


persatuan. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana.

AJK pelaksana adalah seperti berikut :

Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Naib Bendahari :
Ketua Kumpulan Tarian Tradisional :
Ketua Kumpulan Muzik Tradisional :
Ketua Kumpulan Nyanyian Tradisional :
AJK Persembahan Pentas : i)
ii)
iii)

AJK Pemakaian : i)
ii)

AJK Peralatan : i)
ii)

Nota : Jika ahli Persatuan Seni Budaya melebihi 25 orang, maka bilangan AJK
Pemakaian dan AJK Peralatan akan bertambah mengikut keadaan.
9.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

BIL AHLI JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB


1. Pengerusi - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
2. Naib Pengerusi - Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
3. Setiausaha - Mencatat kehadiran ahli
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
4. Naib Setiausaha - Membantu setiausaha dalam menjalankan segala
tugas dan tanggungjawabnya.
- Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
5. Bendahari - Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
6. Naib Bendahari - Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu
ketiadaan Bendahari.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7. Ketua Kumpulan Tarian - Membantu menjalankan tugas dalam segala
Tradisional program dan aktiviti tarian tradisional.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
8. Ketua Kumpulan Muzik - Membantu menjalankan tugas dalam segala
Tradisional program dan aktiviti muzik tradisional.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
BIL AHLI JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB
9. Ketua Kumpulan Nyanyian - Membantu menjalankan tugas dalam segala
Tradisional program dan aktiviti nyanyian tradisional.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
10. AJK Persembahan Pentas - Membantu menjalankan tugas dalam segala
program dan aktiviti yang berkaitan dengan
persembahan pentas.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
11. AJK Pemakaian - Membantu menjalankan tugas dalam segala
pemakaian ahli-ahli semasa persembahan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
12. AJK Peralatan - Membantu menjalankan tugas dalam segala
peralatan yang diperlukan dalam persembahan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Sumber Pendapatan:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Yuran keahlian setahun 10.00
2. Sumbangan PIBG Akan dibincang jika ada persembahan
3. Sumbangan Unit Kokurikulum Akan dibincang jika ada persembahan
11.0 KEHADIRAN / PENYERTAAN
11.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan sepanjang tahun.

11.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut


dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan dibuang dari
persatuan akan dilaksanakan sekiranya gagal berbuat demikian.

12.0 MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN

 Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia


 Asas-asas seni tarian di Malaysia
 Asas-asas nyanyian tradisional
 Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
 Kebudayaan antara kaum di Malaysia

13.0 CADANGAN AKTIVITI PROGRAM

Jadual aktiviti Persatuan Seni Budaya akan dijalankan seperti jadual berikut :

Latihan dan Sasaran


Hari Masa
Pembelajaran
2.00 p.m. Tarian Terbuka kepada semua murid
Selasa – yang berminat
4.00 p.m.
2.00 p.m. Nyanyian / Muzik Terbuka kepada semua murid
Khamis – Tradisional yang berminat
4.00 p.m.
9.00 a.m. Persembahan pentas Ahli persatuan yang terlibat
Sabtu – dalam persembahan pentas
12.00 p.m.
14.0 PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15.0 TINDAKAN DISIPLIN


15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:


 Amaran lisan
 Amaran bertulis

15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

16.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Seni Budaya di SK Indah Kent


merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi
murid tentang seni kebudayaan seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui
setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam Persatuan Seni Budaya dapat melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu
padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk
melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat “SATU MALAYSIA”
dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan persatuan ini. Justeru, adalah
sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Persatuan Seni Budaya ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan SK Indah Kent.
Disediakan oleh :

.............................................................................
(CHRISTINE)
Setiausaha,
Persatuan Seni Budaya
SK Indah Kent.

Disemak oleh :

.............................................................................
(LYNDA DOMINIC)
Guru Penasihat,
Persatuan Seni Budaya
SK Indah Kent.

Disokong oleh :

.............................................................................
(TIMOTHY KAYNE KELVIN)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Indah Kent.

Diluluskan / Tidak Diluluskan :

.............................................................................
(BEVERLY ANNE DANIEL)
Guru Besar,
SK Indah Kent.

Вам также может понравиться