Вы находитесь на странице: 1из 15

BAB 2

PERKAITAN ANTARA
PEMBUATAN DASAR (POLICY-MAKING)
DAN ANALISIS DASAR (POLICY ANALYSIS)

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membincangkan perkaitan antara proses pembuatan dasar dan
proses analisis dasar.
2. Menyenaraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam proses
penggubalan dasar.
3. Menyenaraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam proses
analisis dasar.
4. Membincangkan kepentingan proses pengulangan dasar.
5. Membincangkan peranan penganalisis dasar.
6. Membincangkan tujuan perancangan dasar dilakukan.

2.1 PENGENALAN

Dalam pelajaran ini pula, kita akan membincangkan tentang proses


pembuatan dasar awam yang melibatkan beberapa peringkat. Proses
pembuatan atau penggubalan dasar bukan suatu proses yang mudah, tetapi
begitu rumit sekali kerana sesuatu dasar yang hendak dibuat dan seterusnya
akan dilaksanakan perlu mengambil kira kesan dan faedahnya kepada
masyarakat amnya dan negara khasnya. Jadi, para penggubal dasar (aktor)
perlu memikirkan segala strategi dan kesan (outcomes) yang akan timbul
daripada dasar yang akan dilaksanakan. Dalam konteks ini, penganalisis
dasar memainkan peranan penting dalam memberi maklumat yang relevan
kepada pembuat dasar kerana golongan penganalisis ini akan menjalankan
penyelidikan yang sebaik mungkin untuk membantu pihak penggubal dasar
dalam membuat keputusan dasar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Penganalisis dasar membantu pihak pembuat dasar dalam membuat
keputusan bagi mengatasi masalah awam yang dihadapi. Pihak penganalisis
dasar mestilah mampu menyediakan maklumat yang diperlukan untuk
penggubal dasar membuat pilihan yang bijak. Oleh itu, setiap peringkat
dalam proses penggubalan dasar memerlukan penganalisis mnyediakan atau
melakukan penyelidikan yang sewajarnya agar dasar yang digubal dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

17
2.2 PERKAITAN ANTARA PROSES PEMBUATAN DASAR DAN
ANALISIS DASAR

Sebelum kita melihat perkaitan antara proses pembuatan dasar dan proses
analisis dasar awam, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan proses
pembuatan dasar dan proses analisis dasar.

2.2.1 Apakah Proses Pembuatan Dasar?

Proses pembuatan dasar awam melibatkan beberapa peringkat yang dalam


menghasilkan dasar untuk menyelesaikan masalah awam yang dihadapi oleh
pihak kerajaan. Peringkat-peringkat ini boleh dikategorikan dalam tiga aspek
yang makro iaitu peringkat pembuatan keputusan, peringkat pelaksanaan
keputusan dan peringkat penilaian keputusan yang mana akhirnya kita akan
lihat sama ada dasar tersebut diteruskan, atau diteruskan dengan
penambahbaikan atau ditamatkan.

Proses pembuatan dasar melibatkan peringkat-peringkat berikut iaitu:


(i) Penentuan atau penetapan agenda (agenda setting) –
membincangkan bagaimana masalah yang dihadapi oleh rakyat
diambil perhatian dan dimasukkan dalam agenda kerajaan atau
pihak pemerintah untuk diselesaikan. Namun begitu, ada
ketikanya masalah yang dibincangkan bukan datangnya daripada
rakyat tetapi dimulakan oleh pihak kerajaan sendiri seperti isu
kegawatan ekonomi dan dalam konteks ini, kerajaan mengambil
langkah pro-aktif.
(ii) Perumusan dasar (policy formulation) – merupakan proses
yang berbentuk teknikal kerana ia melibatkan alternatif-alternatif
penyelesaian untuk dipertimbangkan oleh pembuat keputusan.
(iii) Pemakaian dasar (policy adoption) – merupakan keputusan
yang dibuat oleh pihak penggubal dasar dalam memilih alternatif
penyelesaian yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi.
(iv) Pelaksanaan dasar (policy implementation) – merupakan
tindakan yang diambil ke atas dasar yang telah diputuskan oleh
pihak penggubal dasar. Peringkat ini juga penting kerana
kejayaan dasar yang diputuskan dalam mengatasi masalah yang
dihadapi dan pencapaian matlamat dasar banyak dipengaruhi
oleh faktor pelaksanaan.
(v) Penilaian dasar (policy evaluation)- menfokuskan kepada
kesan dasar yang telah dipersetujui dan adakah dasar berkenaan
mencapai matlamat yang ditetapkan dan sekaligus menyelesaikan
masalah awam yang dihadapi.

2.2.2 Apakah Proses Analisis Dasar?

Analisis dasar merupakan nasihat yang berorientasikan pelanggan yang ada


kaitannya dengan keputusan dasar yang dibuat dan nasihat yang diberikan
hendaklah mengambil kira nilai-nilai sosial yang dipegang dalam masyarakat.
Dalam konteks ini, kerajaan merupakan pelanggan dan penganalisis dasar
18
merupakan individu-individu atau organisasi dalam kerajaan atau bukan
kerajaan. Tentu anda masih ingat dalam kursus MGD2123 Dasar Awam,
anda telah didedahkan dengan sumber-sumber dasar awam yang terdiri
daripada sumber luaran dan sumber dalaman. Analisis dasar yang baik perlu
mengambil kira kepentingan nilai-nilai sosial dan kesan yang bersifat
komprehensif atau menyeluruh. Nilai sosial ini juga merangkumi kecekapan
ekonomi selain daripada kestabilan politik. Hasil daripada analisis dasar ialah
merupakan nasihat yang mudah kepada pembuat keputusan iaitu kenyataan
yang mengaitkan tindakan yang akan dilakukan dengan keputusan yang
dibuat. Contohnya, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru merapatkan jurang
ekonomi antara kaum yang wujud di Malaysia. Ada kalanya kesan dasar yang
diputuskan agak kompleks dan tidak menyeluruh seperti kesan Dasar
Ekonomi Baru masih tidak mampu meningkatkan pegangan ekuiti golongan
Bumiputera sebanyak 30% seperti yang dihasratkan. Oleh yang demikian,
matlamat ini diteruskan kepada dasar yang berikutnya iaitu Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara.

Proses analisis dasar juga melibatkan peringkat-peringkat berikut iaitu:


(i) Penstrukturan masalah (problem identification) –
mendefinisikan masalah yang dihadapi, melakukan diagnosis
punca wujudnya masalah dan seterusnya mensisntesiskan
pandangan yang berbeza mengenai masalah yang dihadapi.
(ii) Peramalan (forecasting) – membincangkan tentang apa yang
akan berlaku pada masa akan datang akibat daripada mengambil
langkah-langkah atau alternatif-alternatif yang dicadangkan.
Setiap alternatif penyelesaian akan diukur dan dibuat anggaran
tentang kesan yang bakal berlaku.
(iii) Pengesyoran (recommendation) – memberi cadangan kepada
pihak pembuat keputusan berdasarkan kajian peramalan yang
dibuat ke atas kos dan faedah untuk setiap alternatif yang
dicadangkan. Selain itu, aspek externalities, kesna limpahan,
peringkat risiko dan uncertainty juga diketengahkan kepada pihak
penmbuat keputusan.
(iv) Pemantauan (monitoring) – merupakan peringkat
pengumpulan maklumat semasa keputusan dasar dilaksanakan
kerana maklumat yang diperoleh dapat membantu dalam menilai
dasar yang dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk menjawab
persoalan mengenai sama ada dasar dijalankan dengan baik atau
doing the thing right.
(v) Assessment – merupakan peringkat yang akan melakukan
assessment ke atas keseluruhan perjalanan dasar dan melihat
kembali sekiranya dasar yang diputuskan dan dilaksanakan tidak
mencapai matlamat atau hasrat yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan.

Adakah anda dapat membezakan kedua-dua proses ini? Amnya, kedua-dua


proses ini merupakan saling berkaitan antara satu sama lain. Menurut Dunn
(1944), proses analisis dasar awam merupakan suatu siri aktiviti yang bersifat

19
intelektual. Namun begitu, proses atau aktiviti ini berlaku dalam persekitaran
yang bersifat politik. Aktiviti-aktiviti atau persekitaran yang bersifat politik
inilah dikenali sebagai proses pembuatan dasar. Proses pembuatan dasar
merupakan satu proses yang saling bergantungan atau interdependent yang
meliputi peringkat-peringkat yang telah pun diterangkan seperti di atas.

Rajah 2.1
Peringkat-peringkat dalam Pembuatan Dasar Awam
dan Analisis Dasar Awam

PENENTUAN
Penstrukturan Masalah AGENDA DASAR

PERUMUSAN DASAR
Peramalan

PEMAKAIAN DASAR
Pengesyoran

PELAKSANAAN DASAR
Pemantauan

PENILAIAN DASAR
Assessment

Sumber: Diubahsuai daripada Dunn (1994:17)

Rajah 2.1 di atas menjelaskan perkaitan antara proses pembuatan dasar dan
proses analisis dasar. Setiap peringkat dalam proses analisis dasar adalah
berkaitan dengan peringkat-peringkat yang terdapat dalam proses
pembuatan dasar awam. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis dasar
membantu pihak pembuat dasar dalam membuat keputusan selain daripada
menyediakan maklumat yang relevan dengan pelaksanaan sesuatu dasar dan
seterusnya membantu untuk melihat sama ada dasar yang diputuskan dan
dilaksanakan mmapu mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari segi
aplikasinya, analisis dasar dapat membantu untuk membaiki dan menjamin
prestasi yang baik dalam proses pembuatan dasar awam.

Bab seterusnya akan membincangkan dengan terperinci kesemua peringkat


yang terdapat dalam proses pembuatan dasar awam. Selain itu, proses
analisis dasar awam juga akan dibincangkan dan anda perlu mampu melihat
bagaimana proses analisis dasar awam ini wujud dalam setiap peringkat yang
terdapat dalam proses pembuatan dasar awam.

20
SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam


proses pembuatan dasar awam?
2. Senaraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam
proses analisis dasar?
3. Apakah kaitan antara proses pembuatan dasar dan
proses analisis dasar?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3 PROSES PENGULANGAN DASAR

Proses pembuatan dasar ini berlaku dalam satu bentuk kitaran atau policy
cycle. Selepas penilaian dilakukan, kerajaan akan melihat kembali sama ada
dasar tersebut akan diteruskan atau ditamatkan. Kebiasaannya, dasar
diteruskan dengan melakukan beberapa penambahbaikan. Proses
pengulangan dasar penting dilakukan supaya tindakan susulan dapat
dilakukan dengan baik kerana ianya mampu mengukur kenapa sesuatu dasar
tidak mencapai matlamat yang ditetapkan. Antara kepentingan proses
pengulangan dasar menurut Sabitha (1997) ialah:
(i) Dapat membantu para penganalisis dan pembuat dasar
melakukan beberapa pembetulan bagi kesilapan dan kelemahan
yang telah dikenal pasti semasa penilaian dilakukan ke atas dasar
yang sedia ada supaya dasar berkenaan menjadi lebih mantap
dan baik daripada yang sebelumnya. Kesilapan dalam mengenal
pasti simptom kepada masalah dan bukannya kepada punca
masalah yang sebenar.
(ii) Pengulangan ini penting kerana ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan dalam sesuatu jangka masa tertentu, tetapi ia
memerlukan beberapa tindakan susulan.
(iii) Dengan adanya proses pengulangan dalam pembuatan dasar
awam ini penting dalam membantu mengurangkan kesan yang
kurang baik hasil daripada sesuatu dasar. Ada ketikanya,
maklumat yang diperoleh adalah sedikit dan kurang berlakunya
komunikasi yang jelas dalam penyampaian maklumat tersebut.
(iv) Pengulangan dalam pembuatan dasar awam dapat membantu
para pembuat dan penganalisis dasar untuk lebih bersedia dan
memahami secara mendalam berkenaan dengan masalah yang
hendak diselesaikan melalui dasar yang dilaksanakan atau
masalah baru yang dihasilkan oleh dasar yang dilaksanakan.
(v) Proses pengulangan dilakukan kerana ada dasar yang telah
dilaksanakan tidak konsisten dan mengurangkan masalah-
masalah yang kompleks sifatnya.
21
(vi) Proses pengulangan dapat membantu mengurangkan kesilapan-
kesilapan yang telah dilakukan semasa pelaksanaan dasar.

Banyak dasar yang telah dilaksanakan di Malaysia sejak negara kita merdeka
hingga ke hari ini. Dalam konteks Malaysia, Dasar Pendidikan Negara
(DPN) telah dikemaskinikan daripada Penyata Razak 1956 yang termaktub
di dalam Ordinan Pelajaran 1957. DPN telah disemak semula pada tahun
1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib yang seterusnya
menjadi Akta Pelajaran 1961 setelah diluluskan oleh Parlimen. DPN terus
diperkukuhkan melalui pindaan Akta Pelajaran 1972. Kemudiannya Akta
Pendidikan 1995 telah diluluskan pada 20 Disember 1995 oleh parlimen
bagi menggantikan Akta Pelajaran yang sebelumnya (Sabitha, 1997).

Akta Pendidikan 1995 kemudiannya digubal untuk memantapkan sistem


pendidikan kebangsaan supaya matlamat DPN dapat dicapai dan hasilnya
menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Pengulangan dalam DPN
bertujuan melahirkan generasi baru yang mempunyai tahap pendidikan dan
kecemerlangan dalam bidang pendidikan yang lebih tinggi dan baik. Selain
itu, proses pengulangan dalam DPN bertujuan untuk memperkemaskan lagi
sistem pendidikan di negara kita. Di samping itu, ia juga bertujuan dalam
membantu pihak kerajaan dalam menentukan jumlah belanjawan yang perlu
dikeluarkan untuk bidang pendidikan di negara ini merangka strategi-strategi
baru dalam bidang pendidikan khususnya dengan perkembangan teknologi
maklumat dan pendemokrasian pendidikan di dunia sekarang.

Cuba anda fikirkan dasar lain yang juga melalui proses


pengulangan ini.

SOALAN DALAM TEKS

4. Nyatakan TIGA (3) kepentingan proses pengulangan


dasar dilakukan.
5. Proses pengulangan dasar membazirkan masa dan
wang kerajaan. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.4 PERANAN PENGANALISIS DASAR

Berdasarka kepada perkaitan antara pembuatan dasar dan analisis dasar, kita
sedia maklum bahawa analisis dasar memainkan peranan penting dalam
membantu pihak pembuat dasar membuat keputusan yang baik dan mampu
meningkatkan kebajikan rakyat. Seterusnya, kita akan bincangkan mengenai
22
peranan penganalisis dasar dalam membantu pihak kerajaan membuat
keputusan dasar yang cekap.

Menurut Wildavsky (1979), analisis dasar merupakan an art and a craft as a


science. Penganalisis dasar mestilah mampu untuk mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran asas dalam memberi perspektif yang realistik dan
konsisten mengenai peranan kerajaan dalam masyarakat. Dalam usaha untuk
mengintegrasikan dengan berkesan the art and craft, persediaan kepada lima
prinsip atau aspek berikut adalah penting.
(i) Pertama, penganalisis perlu tahu untuk mengumpul, menyusun
atau mengatur, dan berkomunikasi atau menyampaikan
maklumat yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan
(deadlines) dan access kepada pihak-pihak yang berkenaan adalah
terhad. Penganalisis perlu untuk menghasilkan strategi dan
memahami dengan cepat masalah-masalah yang dihadapi. Ini
termasuklah mengambil kira kos dan faedah untuk setiap
cadangan yang diberikan dan menyampaikan dengan berkesan
kepada pihak pembuat dasar.
(ii) Kedua, penganalisis diperlukan untuk memberi pandangan
mereka berhubung dengan masalah sosial dalam konteks yang
betul. Contohnya, persoalan mengenai bilakah sepatutnya
kerajaan mencampuri dalam urusan atau aktiviti ekonomi
ataupun adakah perlu kerajaan menyediakan sepenuhnya
kemudahan perubatan atau membiarkan pihak swasta melalui
insurans kesihatan yang menguruskan kebajikan kesihatan
rakyat.
(iii) Ketiga, penganalisis memerlukan kemahiran teknikal untuk
membolehkan mereka menjangkakan atau membuat ramalan
dengan lebih baik seterusnya membolehkan mereka membuat
penilaian dengan lebih berkesan mengenai kesan-kesan untuk
setiap alternatif penyelesaian yang dicadangkan
(iv) Keempat, penganalisis mestilah mempunyai pemahaman yang
jelas mengenai tindak-tanduk organisasi dan situasi politik bagi
memudahkan mereka untuk meramal dan sekurang-kurangnya
mempengaruhi agar alternatif penyelesaian diterima dan
dilaksanakan dengan jayanya (feasible). Di samping itu,
penganalisis juga perlu memahami pandangan daripada pihak
penyokong dan pembangkang agar memudahkan penganalisis
mengumpul atau mengatur maklumat dan bantahan dengan
lebih berkesan lagi.
(v) Kelima, penganalisis sepatutnya menawarkan pandangan
berdasarkan kepada nilai etika yang tinggi. Ada ketikanya,
penganalisis berhadapan dengan dilema yang mana kehendak
pihak pelanggan bercanggah dengan kehendak atau pandangan
penganalisis yang lebih mementingkan kepentingan awam.
Dalam hal ini, penganalisis perlulah bijak dalam berhadapan
dengan dilema sebegini.

23
Namun begitu, penganalisis juga membuat kesilapan dalam menghasilkan
cadangan penyelesaian dan memberi nasihat kepada pembuat keputusan.
Sehubungan dengan itu, Meltsner (1976) telah menggariskan tujuh
kesalahan yang dilakukan oleh penganalisis dasar dalam memberi nasihat
dan ianya boleh menggagalkan pelaksanaan dasar.

1. Menyalurkan maklumat atau teguran dalam ruang lingkup yang amat


terhad. Penganalisis tidak memikirkan perubahan persekitaran yang
berlaku dan ada kalanya terikat dengan rutin seharian.

2. Penganalisis memberi nasihat berdasarkan kepada ketidakpedulian


(ignorance) kepada apa yang berlaku di sekeliling atau nasihat yang
diberi tidak berasaskan kepada realiti yang berlaku. Ini mungkin
disebabkan tidak cukup maklumat yang diperoleh atau kegagalan
penganalisis melakukan penyelidikan untuk mendapat maklumat yang
sebenar.

3. Kegagalan penganalisis memberi nasihat dalam tempoh yang


diperlukan dan ini menyebabkan berlakunya pembaziran kerana
nasihat yang diberikan tidak boleh digunakan. Keputusan yang sesuai
ialah apabila penganalisis mampu menyeimbangkan antara aspek
ketepatan (accuracy) dan dalam tempoh yang ditetapkan (being on time).

4. Adakalanya nasihat yang diberikan terlalu cepat dan tidak berdasarkan


kepada penyelidikan yang mendalam dan jitu mengenai punca sebenar
masalah yang wujud.

5. Penganalisis memberi nasihat berdasarkan kepada keadaan semasa


sahaja. Penganalisis hanya bergantung kepada memberi reaksi kepada
peristiwa atau keadaan yang berlaku tanpa mengambil tindakan yang
lebih pro-aktif. Penganalisis tidak sepatutnya terhad kepada isu-isu
yang sensasi dan menonjol (visible) sahaja teapi juga perlu peka kepada
isu-isu yang tidak sensasi dan tidak menonjol (less visible issues) yang
melibatkan kepentingan awam.

6. Wujudnya bias dalam nasihat yang diberi untuk melakukan ataupun


membuat perubahan. Namun begitu, tidak semua dasar perlu dibuat
perubahan dan ada ketika ianya perlu dikekalkan seperti sedia ada.

7. Nasihat yang bersifat politik tidak sesuai dikaitkan dengan nasihat


dasar yang bersifat substantif kerana nasihat yang bersifat teknikal ini
berada di ruang lingkup yang berbeza dengan persekitaran politik.

Sehubungan dengan itu, adalah penting penganalisis membuat


pertimbangan yang sewajarnya dalam usaha untuk memberi nasihat atau
pandangan yang baik dalam membantu pembuat dasar membuat keputusan.
Penganalisis perlu meminimumkan kesalahan yang dilakukan dalam usaha
mereka memberi yang terbaik kepada pihak kerajaan.

24
SOALAN DALAM TEKS

6. Bincangkan TIGA (3) aspek yang perlu diberi


perhatian oleh penganalisis dasar berdasarkan kepada
pandangan Wildavsky.
7. Senaraikan LIMA (5) kesalahan yang sering dilakukan
oleh penganalisis dasar dalam memberi nasihat kepada
pembuat dasar.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.5 PERANCANGAN DASAR

Aspek perancangan dasar juga penting diambil kira dalam menggubal satu-
satu dasar kerajaan. Perancangan juga penting kerana tanpa perancangan
yang bijak dan teliti, maka sukar untuk mencapai sesuatu matlamat. Proses
perancangan juga perlu diberi perhatian oleh pihak penganalisis dalam
memberi maklum balas yang berkesan kepada pihak pembuat dasar.

Perancangan boleh dibahagikan mengikut masa sama ada perancangan


jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Semakin kompleksnya
masalah yang cuba diselesaikan, maka semakin rumit untuk membuat
perancangan. Ini ditambah lagi apabila semakin banyak tuntutan yang dibuat
oleh pelbagai lapisan masyarakat sedangkan sumber amat terhad. Jadi, para
pembuat dasar perlu membuat perancangan dengan teliti yang mengambil
kira atau menekankan setiap masalah yang ada supaya dapat diselesaikan
dengan teratur, sempurna dan terbaik (Sabitha 1997: 121).

Perancangan dengan mengemukakan beberapa cadangan merupakan suatu


usaha atau ikhtiar dalam menjamin sesuatu tindakan yang diambil mencapai
matlamat yang digariskan. Dalam proses perancangan ini, ia melibatkan
beberapa aktiviti seperti perbincangan, perundingan dan merangka strategi-
strategi baru dalam mencari formula penyelesaian kepada masalah yang
sedang melanda negara kita. Todaro (1983) menyifatkan perancangan
merupakan suatu tindakan yang sengaja diambil, secara teratur dan
berterusan dalam memilih alternatif yang terbaik atau yang sedia ada bagi
mencapai matlamat-matlamat tertentu. Dengan kata lain, perancangan
merupakan suatu usaha dalam menyediakan beberapa strategi atau cara-cara
tertentu dalam mencapai sesuatu tujuan seperti mencapai tujuan dasar awam
itu dilaksanakan. Contohnya jika kita melihat kemajuan-kemajuan ekonomi
Malaysia, ia banyak bergantung kepada kemampuan Rancangan-rancangan
Lima Tahun Malaysia seperti Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga dan
seterusnya.

25
Berdasarkan kepada Ahmad Atory (1996), proses perancangan mempunyai
tiga cara. Pertama, perancangan bertujuan untuk mengetahui perkara-
perkara berikut, iaitu:
(i) Bagi mempermudahkan pencapaian matlamat yang telah
ditentukan kerana perancangan berkaitan dengan keputusan
yang menentukan kegiatan-kegiatan yang akan dilaksanakan bagi
mencapai sesuatu matlamat.
(ii) Dibuat oleh aktor-aktor pembuat dasar dalam beberapa perkara
yang mereka mempunyai kemampuan dan kepakaran.
(iii) Berkaitan dengan program-program yang akan dilaksanakan
termasuk melibatkan kos dan untung.
(iv) Berkaitan dengan pelaksanaan, yakni sejauhmana sesuatu dasar
itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
(v) Perlu bersifat sederhana tetapi perlu disusun secara sistematik
mengikut keadaan dan keperluan semasa atau persekitaran.
(vi) Berkaitan dengan peramalan dengan mengambil kira beberapa
risiko yang perlu dihadapi pada masa akan datang.

Kedua, perancangan melibatkan beberapa pertanyaan seperti apa, di mana,


bila, bagaimana, siapa dan kenapa seperti:
(i) Apakah kegiatan yang perlu dijalankan dalam rangka pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan.
(ii) Di manakah sesuatu projek atau program itu dijalankan?
(iii) Siapakah yang akan terlibat dalam program berkenaan dari segi
kuasa dan tanggungjawab?
(iv) Bagaimanakah cara melaksanakan kegiatan ke arah pencapaian
matlamat?

Ketiga, mencadangkan proses sebagai suatu masalah yang perlu dipecahkan


dengan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk membolehkan ciptaan
rancangan yang baik. Pembuatan suatu rancangan dapat dipandang sebagai
masalah yang perlu dipecahkan dengan sistematik dengan memahami
perkara-perkara seperti:
(i) Mengetahui secara hakiki masalah tersebut.
(ii) Mengumpul segala fakta yang berkaitan dan membuat
penganalisaan.
(iii) Menentukan hasil daripada penganalisaan yang telah dibuat.
(iv) Melibatkan persediaan ke arah pelaksanaan dasar.
(v) Penentuan hasil yang dicapai.

Manusia hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang akan menentukan


segalanya. Kita yang hanya diberikan akal fikiran adalah untuk berfikir dan
berharap bahawa apa yang kita impikan akan tercapai seperti yang
dirancangkan. Perancangan ini melibatkan penentuan hasil pada masa
hadapan. Di Malaysia, telah banyak perancangan yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan dalam usaha membangunkan negara dan masyarkat sama ada
perancangan jangkamasa panjang atau singkat. Oleh itu, para pembuat dasar
perlu membuat perancangan berdasarkan keadaan sekeliling (Ahmad Atory

26
Hussain 1996), di mana jika kita merujuk kepada teori sistem bahawa
persekitaran merupakan gerak kuasa dalam mempengaruhi proses
pembuatan dasar awam dengan adanya input-input sama ada oleh orang
perseorangan, kelompok, pertubuhan dan parti-parti politik.

Cuba anda fikirkan bentuk perancangan dasar yang telah


dilaksanakan di Malaysia.

SOALAN DALAM TEKS

8. Apakah tujuan perancangan dilakukan dalam proses


pembuatan dasar awam?
9. Perancangan boleh dibahagikan mengikut masa iaitu
jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.6 KESIMPULAN

Penghasilan dasar kerajaan memerlukan penyelidikan yang teliti bagi


mengetahui punca wujudnya masalah awam yang dihadapi. Penganalisis
dasar bertanggungjawab dalam membantu pihak pembuat dasar
menghasilkan satu keputusan dasar yang bijak dan apabila dilaksanakan
keputusan tersebut, ianya mampu mencapai hasrat atau matlamat yang
ditetapkan. Selain itu, proses pembuatan dasar awam merupakan satu proses
yang berbentuk kitaran. Oleh itu, proses pengulangan dasar penting
dilakukan bagi memantapkan dasar yang telah dilaksanakan dan bagi
memastikan tindakan susulan lain yang difikirkan perlu dilakukan. Aspek
perancangan juga pelu diambil kira oleh penganalisis dasar bagi memastikan
cadangan penyelesaian yang disyorkan mengambil kira perubahan
persekitaran yang berlaku di sekeliling. Ini bagi mengelakkan kesalahan yang
tidak sepatutnya dilakukan oleh penganalisis dasar dalam memberi nasihat
atau pandangan kepada pembuat dasar.

27
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan analisis dasar awam?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pembuatan dasar awam?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan penentuan agenda dasar?

4. Apakah yang dimaksudkan dengan proses peramalan?

5. Bincangkan LIMA (5) prinsip asas dalam membuat analisis dasar


yang baik?

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Proses pembuatan dasar melibatkan peringkat-peringkat berikut iaitu:


(i) Penentuan atau penetapan agenda (agenda setting).
(ii) Perumusan dasar (policy formulation).
(iii) Pemakaian dasar (policy adoption).
(iv) Pelaksanaan dasar (policy implementation).
(v) Penilaian dasar (policy evaluation).

2. Proses analisis dasar melibatkan peringkat-peringkat berikut iaitu:


(i) Penstrukturan masalah (problem identification).
(ii) Peramalan (forecasting).
(iii) Pengesyoran (recommendation).
(iv) Pemantauan (monitoring).
(v) Assessment.

3. Kaitan antara proses pembuatan dasar dan analisis dasar ialah proses
analisis dasar awam merupakan suatu siri aktiviti yang bersifat
intelektual. Namun begitu, proses atau aktiviti ini berlaku dalam
persekitaran yang bersifat politik. Aktiviti-aktiviti atau persekitaran
yang bersifat politik inilah dikenali sebagai proses pembuatan dasar.
Setiap peringkat dalam proses analisis dasar adalah berkaitan dengan
peringkat-peringkat yang terdapat dalam proses pembuatan dasar
awam. Analisis dasar membantu pihak pembuat dasar dalam membuat
keputusan selain daripada menyediakan maklumat yang relevan
dengan pelaksanaan sesuatu dasar dan seterusnya membantu untuk
melihat sama ada dasar yang diputuskan dan dilaksanakan mampu
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari segi aplikasinya,

28
analisis dasar dapat membantu untuk membaiki dan menjamin prestasi
yang baik dalam proses pembuatan dasar awam.

4. Tiga kepentingan proses pengulangan dasar dilakukan ialah


(i) Dapat membantu para penganalisis dan pembuat dasar
melakukan beberapa pembetulan bagi kesilapan dan kelemahan
yang telah dikenal pasti semasa penilaian dilakukan ke atas dasar
yang sedia ada supaya dasar berkenaan menjadi lebih mantap
dan baik daripada yang sebelumnya. Kesilapan dalam mengenal
pasti simptom kepada masalah dan bukannya kepada punca
masalah yang sebenar
(ii) Pengulangan ini penting kerana ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan dalam sesuatu jangka masa tertentu, tetapi ia
memerlukan beberapa tindakan susulan.
(iii) Dengan adanya proses pengulangan dalam pembuatan dasar
awam ini penting dalam membantu mengurangkan kesan yang
kurang baik hasil daripada sesuatu dasar. Ada ketikanya,
maklumat yang diperoleh adalah sedikit dan kurang berlakunya
komunikasi yang jelas dalam penyampaian maklumat tersebut.

5. SALAH

6. Tiga aspek yang perlu diberi perhatian berdasarkan Wildavsky ialah


(i) Penganalisis perlu tahu untuk mengumpul, menyusun atau
mengatur, dan berkomunikasi atau menyampikan maklumat
yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan (deadlines)
dan access kepada pihak-pihak yang berkenaan adalah terhad.
(ii) Penganalisis diperlukan untuk memberi pandangan mereka
berhubung dengan masalah sosial dalam konteks yang betul.
(iii) Penganalisis memerlukan kemahiran teknikal untuk
membolehkan mereka menjangkakan atau membuat ramalan
dengan lebih baik seterusnya membolehkan mereka membuat
penilaian dengan lebih berkesan mengenai kesan-kesan untuk
setiap alternatif penyelesaian yang dicadangkan.

7. Lima kesalahan yang dilakukan oleh penganalisis dasar ialah


(i) Menyalurkan maklumat atau teguran dalam ruang lingkup yang
amat terhad. Penganalisis tidak memikirkan perubahan
persekitaran yang berlaku dan ada kalanya terikat dengan rutin
seharian
(ii) Penganalisis memberi nasihat berdasarkan kepada
ketidakpedulian (ignorance) kepada apa yang berlaku di sekeliling
atau nasihat yang diberi tidak berasaskan kepada realiti yang
berlaku. Ini mungkin disebabkan tidak cukup maklumat yang
diperoleh atau kegagalan penganalisis melakukan penyelidikan
untuk mendapat maklumat yang sebenar.
(iii) Kegagalan penganalisis memberi nasihat dalam tempoh yang
diperlukan dan ini menyebabkan berlakunya pembaziran kerana

29
nasihat yang diberikan tidak boleh digunakan. Keputusan yang
sesuai ialah apabila penganalisis mampu menyeimbangkan antara
aspek ketepatan (accuracy) dan dalam tempoh yang ditetapkan
(being on time).
(iv) Adakalanya nasihat yang diberikan terlalu cepat dan tidak
berdasarkan kepada penyelidikan yang mendalam dan jitu
mengenai punca sebenar masalah yang wujud.
(v) Penganalisis memberi nasihat berdasarkan kepada keadaan
semasa sahaja. Penganalisis hanya bergantung kepada memberi
reaksi kepada peristiwa atau keadaan yang berlaku tanpa
mengambil tindakan yang lebih pro-aktif.

8. Tujuan perancangan dilakukan ialah


(i) Perancangan bertujuan untuk mengetahui perkara-perkara berikut,
iaitu:
• Bagi mempermudahkan pencapaian matlamat yang telah
ditentukan kerana perancangan berkaitan dengan keputusan
yang menentukan kegiatan-kegiatan yang akan dilaksanakan
bagi mencapai sesuatu matlamat.
• Dibuat oleh aktor-aktor pembuat dasar dalam beberapa
perkara yang mereka mempunyai kemampuan dan kepakaran.
• Berkaitan dengan program-program yang akan dilaksanakan
termasuk melibatkan kos dan untung.
• Berkaitan dengan pelaksanaan, yakni sejauhmana sesuatu dasar
itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
• Perlu bersifat sederhana tetapi perlu disusun secara sistematik
mengikut keadaan dan keperluan semasa atau persekitaran.
• Berkaitan dengan peramalan dengan mengambil kira beberapa
risiko yang perlu dihadapi pada masa akan datang.
(ii) Perancangan melibatkan beberapa pertanyaan seperti apa, di mana,
bila, bagaimana, siapa dan kenapa seperti:
• Apakah kegiatan yang perlu dijalankan dalam rangka
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan;
• Di manakah sesuatu projek atau program itu dijalankan?
• Siapakah yang akan terlibat dalam program berkenaan dari segi
kuasa dan tanggungjawab?
• Bagaimanakah cara melaksanakan kegiatan ke arah pencapaian
matlamat?

(iii) Mencadangkan proses sebagai suatu masalah yang perlu


dipecahkan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk
membolehkan ciptaan rancangan yang baik. Pembuatan suatu
rancangan dapat dipandang sebagai masalah yang perlu
dipecahkan dengan sistematik dengan memahami perkara-perkara
seperti:
• Mengetahui secara hakiki masalah tersebut.

30
• Mengumpul segala fakta yang berkaitan dan membuat
penganalisaan.
• Menentukan hasil daripada penganalisaan yang telah dibuat.
• Melibatkan persediaan ke arah pelaksanaan dasar.
• Penentuan hasil yang dicapai.

9. BETUL

31

Вам также может понравиться