Вы находитесь на странице: 1из 25

KERTAS KERJA

BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN


SOSIAL (PEERS) DAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA
(SEGAK) BAGI GURU-GURU PJPK PENDIDIKAN KHAS 24 OKTOBER 2016
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SABAK
BERNAM 2016

TEMPAT :
DEWAN TERBUKA, SMK SERI BEDENA

TARIKH :
24 OKTOBER 2016

HARI :
ISNIN

PESERTA :
GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SABAK BERNAM

ANJURAN BERSAMA:

SMK SERI BEDENA

PPD SABAK BERNAM


KERTAS KERJA
BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) BAGI
GURU-GURU PJPK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH
SABAK BERNAM 2016

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum


Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh
pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti,
perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu
seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari
aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah
laku yang sihat dalam kehidupan.

Selain penekanan pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam


subjek Pendidikan Kesihatan. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini juga diwujudkan selari
dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah
Rendah dan Menengah. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang
perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap
item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu
penilaian yang standard dapat diukur.

Bengkel yang dilaksanakan ini akan memberi pendedahan kepada semua


guru PJPK pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Sabak
Bernam mengenai (PEERS) dan (SEGAK). Selain itu juga, bengkel ini akan memberi
tunjuk cara kepada guru-guru bagaimana melaksanakan dan mengaplikasikan
(PEERS) dan (SEGAK) di sekolah terutamanya kepada murid-murid pendidikan khas.

2.0 RASIONAL

i. Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga,


masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup
sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat
panjang yang berkualiti.
ii. Sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

1
3.0 OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga,


masyarakat serta persekitaran.
2. Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan
menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu
berkaitan dengan kesihatan.
3. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan melakukan ujian kecergasan
4. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu
serta melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu
melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Hari Isnin (24 Oktober 2016)

5.0 TEMPAT

Dewan Terbuka SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor

6.0 SASARAN

36 orang guru-guru Pendidikan Khas (24 orang Sekolah Rendah) dan (12 orang
Sekolah Menengah) yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan dalam Daerah Sabak Bernam. Selain itu, 6 orang fasilitator jemputan yang
akan mengelolakan bengkel ini. Senarai fasilitator dan guru ada di lampiran 1.

2
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tuan Haji Mokhtar bin Manijo


Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Sabak Bernam

Pengerusi : Puan Wan Shamsiah Bt Wan Yusoff


Pengetua SMK Seri Bedena

Naib Pengerusi : En. Rosli bin Jarai


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas,
PPD Sabak Bernam

Naib Pengerusi II : Puan Norhayati Bt Jupri


Penolong Kanan Pendidikan Khas, SMK Seri Bedena

Naib Pengerusi III : Puan Hajah Nor Faridah Bt Jajuli


Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Bedena

Setiausaha : En. Shahrol Nizam B. Mispan

Bendahari : En. Muhamad Murizal B. Josti

Ahli Jawatankuasa

Bacaan doa : En Mat Huda B. Sanusi

Pendaftaran peserta : Pn Norasheana Bt Abd Rahim

Juruacara : En Mohd Yusof B. Abd Manap

Persediaan tempat : Tn Haji Basri B. Arsat

Peralatan : Pn Adlin Juliana Bt Jaaffar


Pn Nor Azlina Bt Shafie

Dokumentasi : Pn Nor Azma Bt Saidina Abu Bakar

Jamuan Peserta : Pn Suhana Bt Mohamed Royani


Pn Siti Rulizah bt Nor Hatim

Buku Program : Pn Siti Rohani Bt Napiah

Cenderhati : Pn Siti Haslinda Bt Mohammad

3
8.0 JADUAL PROGRAM

7.30 pagi – 8.00 pagi - Pendaftaran peserta


8.00 pagi – 10.30 pagi - Taklimat mengenai SEGAK
Praktikal SEGAK
Ujian 1
Ujian 2
Ujian 3
Ujian 4
10.30 pagi – 11.00 pagi - Kudapan
11.00 pagi – 12.30 - Taklimat mengenai Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS).
LDK mengenai PEERS
12.30 tghari – 1.30 ptg - Ucapan Perasmian Penutup dan
Penyampaian Sijil kepada wakil setiap sekolah
 Ucapan Puan Wan Shamsiah Bt Wan
Yusoff (Pengetua SMK Seri Bedena)
 Ucapan En Kama Bin Shaffeei (Pegawai
Pendidikan Khas, Jabatan Negeri
Selangor)
1.30 ptg – 2.00 ptg - Makan Tengahari dan bersurai.

4
9.0 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)DALAM
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Kandungan PEERS (75%) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan - digubal berdasarkan


kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran.

 Kesihatan diri dan reproduktif - aspek perkembangan dan perubahan fizikal,


fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan
reproduktif.
 Penyalahgunaan bahan - kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok,
dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
 Kemahiran pengurusan mental dan emosi - kemahiran pengurusan konflik dan stres
dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
 Kekeluargaan - kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan
tanggungjawab ahli dalam keluarga.
 Perhubungan - kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal
yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.
 Pencegahan penyakit - pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.
 Keselamatan - langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman
permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis
dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang
tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman
serta kecemasan.

5
10.0 PROSEDUR SEGAK.

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam
buku panduan.. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur,
keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur
murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa
atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.

Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau
keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.
Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )


2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti
latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac
dan Ogos.Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang
lain pada bulan yang sama.

10.1 Persediaan
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan
aerobik.
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum
menjalani ujian.

10.2 Keselamatan
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak
dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

6
10.3 Prinsip Latihan

Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi


prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:

1.Prinsip tambah bebanan


Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur
berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini
melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.

2.Prinsip perbezaan individu


Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan
aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.

3.Prinsip kekhususan
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan
individu dan jenis sukan yang diceburi.

4.Prinsip kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak
dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.

5.Prinsip kepelbagaian latihan


Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam
sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

10.4 Aktiviti Memanaskan Badan


Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian
kecergasan ini seperti;
1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.
2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

10.5 Aktiviti Menyejukkan Badan


Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian
kecergasan seperti;
1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.
2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

10.6 Pelaporan
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah

7
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Makanan dan bahan peserta kursus

Bayaran peserta RM 10.00 x 36 orang guru 360.00

(24 orang guru sekolah rendah)

(12 orang guru sekolah menengah)

2. Cenderhati Fasilitator

RM 10.00 x 6 orang 60.00

Banner 60.00

Hamper 50.00

Sijil 20.00

Jumlah Keseluruhan 550.00

12.0 KEPERLUAN PERALATAN

BIL BUTIRAN KUANTITI


1 Bangku Step up 4
3 Metronome 90 beats 4
4 Metronome 50 beats 4
5 Stop watch 4
6 Tilam Tekan Tubi 4
7 Muskin tape 3
8 A4 paper 1 rim
9 Borang ujian segak 36
10 Carta arahan dan label 5
11 Dynamax Portable Amplifier 1 set
12 Tilam Sit up 4

8
13.0 PENUTUP

Adalah diharap bengkel ini dapat memberikan sebanyak mungkin manfaat kepada
para peserta amalan kesihatan yang baik serta dapat meningkat dan mengekalkan
kecergasan fizikal yang optimum .

Disediakan oleh,

…………………………………….
(SHAHROL NIZAM BIN MISPAN)
Setiausaha Program
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar,
Selangor.

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………………………… ………………………………
(PN NORHAYATI BT JUPRI) (PN. WAN SHAMSIAH BT WAN YUSOFF)
Penolong Kanan Pendidikan Khas Pengetua,
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar,
SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Selangor.

9
10
SENARAI NAMA JURULATIH / FASILITATOR / PESERTA BENGKEL PEERS DAN SEGAK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH
MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2016

24 OKTOBER 2016 (ISNIN)


DEWAN TERBUKA SMK SERI BEDENA
8.00 PAGI -2.00 PETANG

BIL NAMA SEKOLAH CATATAN


1. PN CHITRA A/P PAVADAI@KRISHNAN SMK SERI BEDENA JURULATIH UTAMA PEERS DAN SEGAK
DAERAH SABAK BERNAM
2. EN OMAR FIRDAUS BIN SMK SERI BEDENA GURU PJPK DAERAH SABAK BERNAM
3. PN SITI FAIRUS BT KHAIR PPD SABAK BERNAM PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH SABAK BERNAM (PRASEKOLAH)
4. EN SHAHROL NIZAM BIN MISPAN SMK SERI BEDENA JURULATIH PEERS DAN SEGAK PENDIDIKAN
KHAS DAERAH SABAK BERNAM
5. PN SITI HASHA BT SAARI KOLEJ TINGKATAN 6 JURULATIH PEERS DAN SEGAK PENDIDIKAN
KHAS DAERAH SABAK BERNAM
6. EN AZMA AZUWAN BIN ABDUL AZIZ SMK SUNGAI BESAR JURULATIH PEERS DAN SEGAK PENDIDIKAN
KHAS DAERAH SABAK BERNAM

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH RENDAH

BIL SEKOLAH CATATAN


1 SK SERI UTAMA 2 ORANG GURU PJPK
2 SK SERI MAKMUR 2 ORANG GURU PJPK
3 SK BAGAN TERAP 2 ORANG GURU PJPK
4 SK KHIR JOHARI 2 ORANG GURU PJPK
5 SK BATU 38 2 ORANG GURU PJPK
6 SK BANTING 2 ORANG GURU PJPK
7 SK TELUK RHU 2 ORANG GURU PJPK
8 SK SERI MAWAR 2 ORANG GURU PJPK
9 SK TUN DR ISMAIL 2 ORANG GURU PJPK
10 SK SUNGAI LEMAN 2 ORANG GURU PJPK
11 SK SERI SEKINCHAN 2 ORANG GURU PJPK
12 SK BINJAI JAYA 2 ORANG GURU PJPK

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH

BIL SEKOLAH CATATAN


1 SMK SERI BEDENA 2 ORANG GURU PJPK
2 SMK SUNGAI BESAR 2 ORANG GURU PJPK
3 SMK MUNSHI ABDULLAH 2 ORANG GURU PJPK
4 SMK DATO MUSTAPA 2 ORANG GURU PJPK
5 SMK BAGAN TERAP 2 ORANG GURU PJPK
6 KOLEJ TINGKATAN ENAM 2 ORANG GURU PJPK

11
* PJPK – Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)

Norma ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat
perbandingan dengan ujian SEGAK kali kedua pada tahun 2007. Rujukan norma ini
boleh digunakan untuk ujian sumatif sehingga norma yang piawai dikeluarkan.

LELAKI 13 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 72 ke 73 - 97 98 - 122 121 - 146 147 ke atas
bawah
Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1-9 0
Ringkuk Tubi 41 ke atas 27 - 40 15 - 26 2 - 14 1 ke bawah
Separa
Jangkauan 42 ke atas 33 - 41 23 - 32 14 - 22 13 ke
Melunjur bawah

PEREMPUAN 13 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 70 ke 71 - 99 100 - 130 131 - 159 160 ke atas
bawah
Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 11 - 19 2 - 10 1
Ringkuk Tubi 32 ke atas 9 - 31 8 - 20 1-7 0
Separa
Jangkauan 41 ke atas 34 - 40 26 - 33 19 - 25 18 ke
Melunjur bawah

LELAKI 14 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 73 ke 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas
bawah
Tekan Tubi 37 ke atas 25 - 36 12 - 24 1 - 11 0
Ringkuk Tubi 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 5 - 17 4 ke
Separa bawah
Jangkauan 44 ke atas 35 - 43 25 - 34 15 - 24 14 ke
Melunjur bawah

PEREMPUAN 14 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 70 ke 71 - 98 99 - 128 129 - 156 157 ke atas
bawah
Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 10 - 19 1-9 0
12
Ringkuk Tubi 30 ke atas 20 - 29 9 - 19 1-8 0
Separa
Jangkauan 42 ke atas 35 - 41 26 - 34 18 - 25 17 ke
Melunjur bawah

LELAKI 15 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 73 ke 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas
bawah
Tekan Tubi 38 ke atas 26 - 37 14 - 25 2 - 13 1
Ringkuk Tubi 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 6 - 17 5 ke bawah
Separa
Jangkauan 45 ke atas 36 - 44 25 - 35 19 - 24 18 ke
Melunjur bawah

PEREMPUAN 15 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 71 ke 72 - 103 - 135 136 - 166 167 ke atas
bawah 102
Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1-9 0
Ringkuk Tubi 34 ke atas 21 - 33 8 - 20 1-7 0
Separa
Jangkauan 43 ke atas 36 - 42 27 - 35 19 - 26 18 ke
Melunjur bawah

LELAKI 16 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 77 ke 78 - 104 - 131 132 - 158 159 ke atas
bawah 103
Tekan Tubi 37 ke atas 27 - 36 15 - 26 4 - 14 3 ke bawah
Ringkuk Tubi 42 ke atas 30 - 41 16 - 29 4 - 15 3 ke bawah
Separa
Jangkauan 46 ke atas 36 - 45 25 - 35 15 - 24 14 ke bawah
Melunjur

PEREMPUAN 16 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 77 ke 78 - 107 - 137 138 - 166 167 ke atas
bawah 136
Tekan Tubi 29 ke atas 19 - 28 9 - 18 1-8 0
Ringkuk Tubi 31 ke atas 20 - 30 8-9 1-7 0
Separa
Jangkauan 43 ke atas 34 - 42 24 - 33 16 - 23 15 ke bawah
Melunjur
1
LELAKI 17 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 68 ke 69 - 97 98 - 128 129 - 158 159 ke atas
bawah
Tekan Tubi 40 ke atas 28 - 39 16 - 27 5 - 15 4 ke bawah
Ringkuk Tubi 43 ke atas 30 - 42 15 - 29 1-4 0
Separa
Jangkauan 47 ke atas 37 - 46 26 - 36 17 - 25 16 ke bawah
Melunjur

PEREMPUAN 17 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 78 ke 79 - 107 - 134 135 - 162 163 ke atas
bawah 106
Tekan Tubi 27 ke atas 19 - 26 9 - 18 1-8 0
Ringkuk Tubi 31 ke atas 20 - 30 7 - 19 1-6 0
Separa
Jangkauan 44 ke atas 36 - 43 26 - 35 18 - 27 17 ke bawah
Melunjur
JADUAL PENGIRAAN BMI

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

Lelaki

Berat
Umur Berisiko Berat berlebiha
(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan n
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan

Berat
Umur Berisiko Berat berlebiha
(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan n
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health


Promotion 2000)

1
KEPUTUSAN KESELURUHAN

SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH


KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN
PEMARKAHAN

BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN

1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG

2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK

3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK

4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA

5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI

2
UJIAN 1

Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:
Menilai komposisi badan

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:


Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan
bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran


kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

3
UJIAN 2

Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm
Permulaan Naik Turun Bangku
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:


1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan
bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai)
diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki
kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau
sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan
dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini
dibatalkan.
4
UJIAN 3
Nama Ujian:Ujian Tekan Tubi

Tujuan:Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta


otot bahu

Tahap:Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:Lelaki

Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:


1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan
disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan
diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada
menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak
berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara
sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan


5
UJIAN 4

Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot
bahu

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:


1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan
disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
bersilang. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada
menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya
meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara
sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

6
Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

UJIAN 5

Nama Ujian:
Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm


2. Pita ukur
3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan.
Jarak antara pita adalah 10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki
sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
7
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh
bahagian luar pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah
kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah
pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan
yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:


1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.


2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.

Sedia Ringkuk Kedudukan Asal


8
Kiraan Satu Ulangan Lakuan

UJIAN 6
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur

Tujuan:
Mengukur fleksibiliti

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Alat pengukur jangkauan
2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:


1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
9
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang
penanda 23 sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam
keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil
kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak
perlu merekod dalam titik perpuluhan.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu
pelaku.

Sedia Jangkau Rehat

10

Вам также может понравиться