Вы находитесь на странице: 1из 2

Karangan Surat Kiriman Rasmi

Soalan:

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan bercerita dalam
bahasa Malaysia. Selaku setiausaha persatuan, kamu diminta menulis surat kepada guru besar
untuk memohon kebenaran menggunakan dewan bagi tujuan tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Persatuan Bahasa Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Tanah Putih,

96100 Sarikei,

Sarawak.

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tanah Putih,

96100 Sarikei,

Sarawak. 4 APRIL 2012

Tuan,

Memohon Menggunakan Dewan untuk Pertandingan Bercerita

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan
mengadakan pertandingan bercerita dalam bahasa Melayu untuk murid Tahap 1 dan 2.

2. Pertandingan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 7 April 2012 di dewan sekolah.
Sebanyak 12 orang murid Tahap 1 dan 10 orang murid Tahap Dua akan mengambil bahagian.
Pertandingan akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan akan diselia oleh guru-guru penasihat yang
juga akan bertindak sebagai pengadil.

3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dalam kalangan ahli
persatuan, selain memilih wakil sekolah untuk pertandingan yang serupa pada peringkat daerah.

4. Oleh hal yang demikian, kami ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan
sekolah dan kelengkapannya bagi tujuan tersebut. Kami berjanji akan menjaga semua
kelengkapan dengan sebaik-baiknya selain mengemaskan dewan sebelum dan selepas
pertandingan. Diharap permohonan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


…Joe…..

(JOE ANAK MINAH)


Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Tanah Putih

Вам также может понравиться