Вы находитесь на странице: 1из 5

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan
dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima
kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dr Mansor bin


Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sik dengan diiringi oleh Tn
Hj Ab Manaf b Ismail, Pengetua SMK Jeneri, Yang
Dipertua PIBG, barisan ketua jabatan daerah Sik guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG.

Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU NEGARAKU Negaraku
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء‬
‫والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan Yang Berhormat Dr Mansor bin Abdul


Rahman, Ahli Parlimen Sik

Yang Berusaha Tn Hj Ab Manaf b Ismail, Pengetua


Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri

Yang Dihormati, En Yusop bin Ahmad YDP PIBG Sekolah


Menengah Kebangsaan Jeneri

Yang Dihormati En Ramzi bin Abdul Rahman


Pegawai Penerangan Sik

Yang Dihomati En Khairi bin Ahmad


Penolong Pegawai Risda

Yang Dihormati Pn Rani Anum binti Azhan


Pengurus Bank Rakyat Sik
Yang Dihormati Inspektor Rainol Rayyan bin Masaat
Pegawai Risikan dan Ops Jenayah IPD Sik merangkap
Pegawai Perhubungan Sekolah

Yang Dihormati En Shuib bin Ismail


Penghulu Mukim Jeneri

Yang Dihormati Ustaz Hj Ismail bin Talib


Imam Masjid Kg. Masjid Jeneri

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


En Mohd Nabzrim bin Mohd Nayan

Guru Penolong Kanan HEM,


En Mohd Razis bin Mat Din

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Pn Syarifah binti Che Dah

AJK PIBG SMK Jeneri, barisan Guru-guru, dan


seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan
deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan i-Aspirasi bagi
MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri kali ke-

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun Rastali
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ramli bin Shaari untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************
Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Ramli bin
Shaari atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis
yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari
Ilahi.

Ucapan YDP Warga dewan yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati En Yusop


bin Ahmad selaku YDP PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Yusop bin Ahmad


atas ucapan sebentar tadi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


Ucapan Pengetua majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn
Hj Ab Manaf bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN PENGETUA*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan
kepada Yang Berhormat Dr Mansor bin Abdul Rahman
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri. Dengan segala hormatnya
dipersilakan Yang Berhormat.

********** Ucapan PERASMIAN *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


Yang Berhormat Dr Mansor bin Abd Rahman atas ucapan
perasmian yang penuh semangat sebentar tadi.

Penyampaian Cenderahati Hadirin yang Dimuliakan,


jawatankuasa PIBG-
Perasmi Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri sesi
2016/2017, majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dr Mansor bin Abdul
Rahman diiringi oleh Tn Hj Ab Manaf bin Ismail Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Seterusnya Penyampaian Sijil Penghargaan kepada


Ketua-ketua Jabatan Daerah Sik.

Dijemput …….

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Awal


Persekolahan.

Dijemput ……………………
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berhormat Dr Mansor bin Abd Rahman.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri merakamkan penghargaan terima
kasih kepada Yang Berhormat Dr Mansor bin Abd Rahman.
atas kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan
dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Dijemput tetamu kehormat dan vip untuk ke kantin bagi


menikmati sedikit jamuan ringkas.

MESYUARAT PIBG 2018 Seterusnya, kami serahkan kepada En Yusop bin Ahmad
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri bagi tahun 2018.
Dipersilakan…

Вам также может понравиться