Вы находитесь на странице: 1из 2

SEJARAH OLAHRAGA DAN LARIAN PECUT

OBJEKTIF KAJIAN

1) Memberi pengajaran tentang olahraga melalui ICT


2) Mengajar tentang asas teknik larian pecut
3) Menyatakan keperluan dan kepentingan larian pecut
4) Antara usaha untuk memperkenalkan acara melalui ICT

1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah olahraga dan larian pecut

Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-
sukan lain. lni disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun
wanita. Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun acara
berpasukan. Kalau dalam permainan lain hanya satu pingat emas sahaja yang yang menjadi
rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar seperti Sukan Qlimpik , Sukan Asia , atau Sukan SEA
sungguhpun lebih dan seorang pemain dalam sesuatu pasukan. Dalam olahraga setiap acara
rnempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja , peserta yang
bertanding mudah memenangi satu pingat emas. Ini bermakna dalam kebanyakan kejohanan
sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Olahraga telah
wujud semenjak 3000 tahun yang lalu. Olahraga pada asalnya telah berkembang di Greece dan
dianggap sebagai sukan yang tertua dan pertama sekali di dunia.

Menurut ‘The encyclopedia of sports’, acara yang pertama sekali dicatat sebagai sukan
olahraga ialah lompat jauh di mana seorang ahli sukan Sparta iaitu chinos berjaya melompat dan
seterusnya mencatatkan rekod lompatan sejauh 23 kaki 1 1/2 inci di sukan Olimpik 656SM. Pada
peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada
permainan seperti membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti dan sukan yang berbentuk
pertempuran. Olahraga kemudiannya bermula dari sukan Olimpik moden yang telah diadakan
buat kali pertama di Greece pada tahun 1896. Sukan olahraga ini telah dianjurkan oleh Persatuan
Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia
diadakan empat tahun sekali dan dilangsungkan sehingga kini. Olahraga merupakan elemen yang
penting dalam sukan Olimpik moden dan dipraktikkan di seluruh dunia kerana nilai pendidikannya
dan peranannya boleh memberi kesan positif kepada fizikal individu.

Kelab olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘ The Necton Guild’. Selepas penubuhan kelab
itu, semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan untuk tujuan menyokong olahraga yang
semakin berkembang. Antara kelab terkenal yang telah ditubuhkan pada masa itu ialah Exeter
College Athletic Club, Oxford Universiti. Manakala kejohanan kebangsaan pertama diadakan pada
tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, semakin ramai atlit daripada
Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu
juga atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara olahraga. Ternyata
kebanyakan peserta dari Amerika syarikat ini yang berketurunan Negro. Kewujudan IAAF telah
berjaya menggerakkan, melaksanakan dan menganjur program olahraga yang telah diubahsuai
dan diperkembangkan secara berterusan. Peranan IAAF sebenarnya adalah sebagai penasihat
dan pengiktirafan kepada semua perjumpaan sukan besar ini.

Manakala lari pecut pula merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Acara pecut atau asacara stade adalah antara acara yang terawal
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini mewakili panjang stadium yang
digunakan. Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.
Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan blok yang
tetap walaupun saiz tapak kaki mereka berbeza. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang - undang dan peraturan khusus serta prosedur dan penjagaan masa yang
tepat. Pada tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan larian seperti
kaedah ‘pencil start’ di mana atlet hendaklah berlari dalam jarak 20meter pertama dengan
memegang pensel. Permulaan larian ini dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.

Lari pecut memerlukan koordinasi bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki.
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat seperti 100meter, 200meter dan 400meter yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
Prinsip asas larian yang betul adalah seperti berlari di atas hujung kaki dan bukannya
menggunakan keseluruhan tapak kaki. Ia dikenali sebagai ‘Ball Feet’. Selain itu, semasa
melakukan larian, kaki belakang hendaklah diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat
oleh kaki tersebut di samping tangan digerakkan sepantas yang boleh. Semasa dalam fasa larian,
leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa, tidak ditegangkan kerana ia memberi kesan
pada larian atlet dan mengganggu sistem tubuh yang berusaha untuk menghabiskan larian. Bagi
seorang atlet, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk memperoleh kejayaan. Lari
pecut dalam olahraga adalah yang terpantas dibandingkan dengan acara yang lain. Larian pantas
ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan,
jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan juga faktor insentif yang bakal
diberikan jika mendapat pingat dalam kejohanan tersebut.

Вам также может понравиться