Вы находитесь на странице: 1из 31

1.

0 SEJARAH KAYAK & KANU

Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya
serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga
alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu

Definisi kayak:

Kayak mengikut Kamus Dewan, bermaksud sampan orang Eskimo. Lazimnya kayak
dibina menggunkan kain layer atau terpal, sabut atau serabut. Pada masa ini,
dengan kemajuan teknologi kayak telah dibuat menggunakan “fiberglass carbon”
dan mutunya lebih terjamin.

Objektif:

Psikomotor

 meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan otot.
 meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan mental.
 Memastikan keberkesanan melakukan aktiviti berkayak.

Kognitif

 Meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan mental.


 Mengenali dan mengetahui bahagian-bahagian kayak.
 Melatih dan menginterpretasi isyarat dan pandu arah semasa berkayak.
 Melatih menggunakan teknik yang dipelajari dengan betul.
 Mengetahui cara mengatasi masalah apabila berlaku kecemasan di tengah
lautan.
 Memperoleh dan menimba pengalaman baharu.

Afektif

 Melihat dan menggagumi ciptaan Tuhan.


 Menikmati keindahan alam dan pemandangan di lautan.
 Mendapat ketenangan diri.
 Membentuk sahsiah diri yang terpuji seperti bersungguh-sungguh melakukan
aktiviti, bekerjasama dan toleransi.
2.0 Perbezaan Kayak dan Kanu

KANU

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK

Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara


meluas.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi
air.Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air
sebagai sumber pengangkutan utama mereka.Pengembaraan melalui jalan air lebih
cepat berbanding darat.Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu
juga berpusat di pinggiran sungai.
Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika
untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu.
Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.Di Malaysia, nenek moyang kita
menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan
kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air.Mereka membina kerangkan kanu
daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch.Kenderaan ini
dinamakan kanu Canadian.Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu
yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan
paus dan anjing laut.

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA

Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang
bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika
sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi
aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan
pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan
aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.

John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott.Oleh kerana
sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman.
Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo
membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah
mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik.
Kayak ini dinamakan Rob Roy.

Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan
besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.
Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu
British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di
dunia.

Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan


kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des
Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh
19 buah negara.
5.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA

Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia.Tujuan


utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan.Antara kanu yang
mula-mula digunakan ialah sampan kotak.Perkembangan kayak di Malaysia adalah
seperti berikut:

Sekitar tahun 1960 an- Bermulanya sejarah kayak moden di Malaysia.Ia


diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.
Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya
bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain
itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di
seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa
itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi
kayak di seluruh negara.

Sekitar tahun 1970 an- Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak
negara.Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan.Antara kejohanan yang
telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan
Mengelilingi Pulau Pinang.

Tahun 1980 an- 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan.Ia
merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya
tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata
Malaysia.Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang
kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator
utama perkembangan aktiviti ini.Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah
disalurkan ke seluruh negara.Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

Tahun 1988- Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada
tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya
mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo.Pengembaraan
sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah
menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.Cabaran-cabaran kayak telah
dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan
antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak
Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas
Selat Inggeris.

Tahun 1980 - Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di
Pulau Pinang.

Tahun 1990 - Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu
Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa.Persatuan Rekreasi Wilayah
Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di
Taman Negara.

Tahun 1991 - Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu


displinsukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang
di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat
gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun.

Tahun 1992 - Malaysia mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak


negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan
Malaysia Ke empat di Johor Bharu.

Tahun 1994 - Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada dalam
Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu.

Tahun 1995 - Acara kanu polo pula telah mula diperkenalkan.

Tahun 1996 - Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah
melayakan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Tahun1997 - Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat
gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena SukanSEA.

Tahun 1999 - Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila
menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di
dalam kurikulumnya.

Sekarang - Aktiviti berkayak telah aktif dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi dan
Institut Perguruan.Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan
berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya.Ia juga dijadikan salah satu aktiviti
kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA,
Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada masa kini,
aktiviti kayak mula dikenali sebagai aktiviti dalam air yang popular.

6.0 Rasional

Walaupun kayak telah diterima sebagai sukan yang menyeronokkan dan digemari
oleh orang ramai dalam masyarakat umum, namun tidak semua memahami dan
berpengetahuan yang luas dalam ajktiviti kayak. Kayak merupakan suatu aktiviti
sukan yang menuntut keberanian, kesabaran, dan ketahanan fizikal, mental dan
emosi. Aktiviti ini dapat memberi satu pendidikan yang memebina. Aspek
pengetujuan pendidikan aktiviti ini termasukklah bahagian-bahagian kayak dan cara
pengendaliannya, kemahiran asas kayak serta langkaah-langkah keselamatan. Oleh
yang demikian dengan adanya aktiviti kayak ini dapat memberi ilmu pengetahuan
dan dapat di kongsi dengan generasi akan datang.

7.0 Objektif

Selepas menjalankan aktiviti sukan ini, peserta dapat :

1. Menguasai kemahiran asas kayak


2. Mengetahui, mengenali, dan melebelkan bahagian-bahagian kayak dan
pendayung
3. Membina ketahanan fizikal dan mental
4. Memberi keseronokan dan pengalaman dalam mengendalikan kayak
5. Membina keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kekuatan dalam
menghadapi dan mengatasi halangan yang tiba.

8.0 JENIS-JENIS KAYAK


1. Creek Boat

•berguna untuk yang baru menceburi atau mengenali olahraga dayungkerana stabil
dan mudah dikendalikan.

2. Sprint Boat

•digunakan untuk pertandingan.•Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya,


sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan
yang baik.
3. Kayak Polo

•bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnyalebih leper
bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing.KanoPolo ini khusus
digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.

4. Inflatable Kayak

•gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan


panjang.Dayaapungan tinggi, stabil dan ringan, sesuai untuk yang baru bermula.

5. Squirt

•bentuk tipis dan ruang dalam hanya boleh memuat kaki pendayung.Berbentuk
pendek (2.5M ke bawah). Kayak jenis ini mampu menyelam diair, sesuai untuk
Rodeo di arus deras seperti enders dan cartwhell
6. Slalom

•mencakup dua hal iaitu kelajuan dan kestabilan, panjang sekitar 6m dan bahagian
depan tajam, bahagian belakang besar

7. Downriver Boat

•panjang sekitar 4m, deck leper, depan lancip, memudahkan pendayunguntuk


masuk celah di pagar slalom.
8. Sea Kayak

•digunakan untuk aktiviti mengarungi laut, ada ruang yang bebas air
untuk menyimpan peralatan, terdapat kompas untuk navigasi dan ada kemudi
di bahagian belakang kayak.

9. Sit On Top

•digunakan untuk khusus di pantai atau tasik, tidak perlu membuang air,kerana
dilengkapi lubang khusus membuang air. Apabila terbalik mudahuntuk naik kembali
ke perahu, tetapi gerak kayak jenis ini cukuplambat, dan susah untuk melakukan
Eskimo Roll (teknik berguling)

9.0 ANATOMI KAYAK

REKA BENTUK KAYAK


I. Mandesta (berbentuk V)
Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. ini bertujuan untuk memudahkan
memotong air danbergerak dalam garisan lurus dengan pergerakan yang
amat laju. Namun begitu, ia memerlukankemahiran imbangan yang tinggi.
Antara kayak ini ialah kayak yang digunakan di arena pertandingan pecut iaitu
K1, K2 dan K4.

II. Ottersport (berbentuk U)


Bahagian bawah kayak ini pula berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di
semua situasi airdan amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak
dengan aktiviti kayak. Walau bagaimanapun,pergerakannya amat perlahan
dan mudah tersasar haluannya kerana bahagian bawahnya lebihmudah
menampan ombak berbanding kayak lain. Antara contoh kayak ini ialah kayak
rekreasi dan TK(Touring Kayak).

III. Slalom (berbentuk O )


Keratin rentas bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O ataupun bulat.
Ia selalunya digunakan untuk aktiviti arus deras. Bentuknya memudahkan
kemahiran gulingan dilakukan. Ia lebih laju daripada Ottersport. Kemahiran
imbangan yang diperlukan pula sederhana. Kayak ini lebihmudah berpusing
kerana darjah kenaikan bahagian bawahnya (rocker) lebih tinggi berbanding
kayak jenis lain. Contoh kayak jenis ini ialah kayak slalom, kayak polo dan
kayak rodeo.

Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran
dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan
teknologi semasa. disini saya paparkan sedikit penerang mengenai anatomi kayak.
1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)

Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi
sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan
pulaialah bahagian belakang kayak.kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan
mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk
mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.
2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE

GUNWALE LINE / PAINTER LINE ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang
berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu
sesuai dengan berat badannya atau tidak.Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan
sisi kiri disebut "portside".

3. HULL

Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis
kayak tersebut untuk apa digunakan.

4. DECK (Geladak)

Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan
melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali
sebagai"foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai"afterdeck".

5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)

Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit
ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.

6. SEAT (Tempat Duduk)

Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam
beberapa jenis iaitu Standar (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana
(biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras dan
tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan).

7. TOGGLE

Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow)
dan Belakang (Stern)

8. COAMING
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi
sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray
cover.

9. KNEE BRACE

Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan
sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

10. TOWLINE / DECKLINE

TOWLINE / DECKLINE ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan
kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).

11. KEEL

Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

12. BUOYANCY

Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow)
dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah tenggelam.

13. FOOTREST

Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki,


bentuknya terdiri dari bar(dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama
dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead
(bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

14. DECK EYE / EYE CLEAT

ECK EYE / EYE CLEAT ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di
atas geladak.

15. EYE PIT


EYE PIT ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada
jenis kayak-kayak tertentu.

16. HATCH

HATCH ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang
dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk
kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

17.BACK STRAP

Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang,
berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang
sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian
belakang pendayung.

10.0 CARA-CARA MEMBAWA KAYAK

Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak.antara
kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan,
kelekan di pinggang, berpasangan, pikulan di bahu berpasangan.

Pikulan di bahu berseorangan.

· Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo.
Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan
keseimbangan kayak.Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi
menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah
tangan lagi memegang pendayung.

Kelekan di pinggang berpasangan.

· Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua
orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di
bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah
memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke
atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang
dekat.

Pikulan di bahu berpasangan.

· Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan


pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan
mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang
dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.

Angkat menggunakan tangan

Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle
dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk
mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

11.0 TEKNIK-TEKNIK DALAM KAYAK

- Teknik-teknik Memilih Kayak

1. Berdasarkan Ukuran dan berat

Ukuran memegang peranan penting dalam pemilihan kayak yang sesuai. Jenis
kayak disesuaikan dengan postur tubuh.

2. Keseimbangan

Keseimbangan sangat perlu dalam memilih kayak. Kayak yang berbadan panjang
dan lebar ukurannya memiliki keseimbangan yang tinggi.

Keseimbangan terdiri daripada : keseimbangan primer dan keseimbangan sekunder.


Keseimbangan primer adalah keseimbangan yang susah untuk terbalik dan cukup
stabil, dan akan mudah terbalik apabila sudah lepas dari pusat gravitinya.

Keseimbangan Sekunder adalah keadaan yang tidak begitu stabil bila berada di
dalam kayak, dan sukar untuk berbalik apabila telah melepasi pusat gravitasinya.

3.Rocker

Rocker bermaksud cekukan pada bahagian bawah (hull) hingga ke bahagian bow
atau stern kayak. Kayak yang “rocker” besar akan mudah berputar dan “rocker” kecil
sukar untuk berputar tetapi mudah bergerak lurus dan laju.
-Teknik Menyimpan Kayak.

Kayak boleh disimpan di atas rak. Teknik ini akan menjimatkan ruang kawasan
simpanan. Terdapat pelbagai jenis rak yang boleh disediakan.Bentuk yang paling
popular ialah sistem rak sarang burung merpati. Idea utama sistem ini ialah untuk
menyimpan kayak di atas pepara yang bertingkat-tingkat. Pepara rak ini boleh
diperbuat daripada kayu ataupun besi.Ia seharusnya dibalut dengan selapis bahan
yang licin serta lembut. Ini bertujuan untuk mengelakkan kayak yang diletakkan di
atas pepara ini daripada calar ataupun rosak. Kayak pula boleh diletakkan secara
mendatar ataupun mengiring bergantung kepada keluasan pepara. Teknik pepara ini
kerap digunakan di kelab-kelab kayak yang mempunyai kawasan penyimpanan yang
luas. Contohnya ialah Kelab Tasik Putrajaya dan Pusat Kegiatan Air Tanjung
Bungah, Pulau Pinang. Kayak yang ringan dan diperbuat dari komposit (karbon,
kevlar, gentian kaca) boleh disimpan dengan menggunakan teknik kerusi. Melalui
teknik ini kayak diletakkan di atas penyangga yang berbentuk kerusi di bahagian
bow dan stern. Ia merupakan teknik menyimpan kayak yang mudah alih serta tidak
melibatkan sebarang struktur kekal. Namun begitu, ia hanya sesuai digunakan di
kawasan yang luas. Teknik ini kerap digunakan pada kayak perlumbaan. Selain itu,
ia juga amat sesuai digunakan dalam proses memeriksa dan juga membaikpulihkan
kayak.

-Teknik Dayungan Asas

Bahagian ini akan menjelaskan tentang teknik-teknik dayungan yang harus dipelajari
dan dikuasai bagi mereka yang ingin mempelajari sukan kayak. Teknik-teknik ini
penting bagi menjadi seorang pendayung yang mahir.

1. Dayungan ke hadapan (Forward Paddling)


Teknik ini merupakan teknik yang asas dan penting untuk dipelajari.Teknik ini harus
dikuasai dengan baik oleh semua pendayung. .Menurut Izzati Radzi et.al aplikasi
teknik dayung ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu: (2009),

a) Firming
i. Permulaan dayungan dibuat pada peringkat ini.
ii. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata haruslah memandang
tepat ke arah sasaran.
iii. Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan
iv. Jangkaukan tangan kanan ke hadapan dan jangkau mata dayung seberapa
jauh yang boleh.
v. Bengkokkan tangan kiri sehingga paras bahu dan pergelangan tangan kiri
seelok-eloknya separas bahu.
b) Catch
i. Mata dayung dimasukkan ke dalam air.
ii. Jangkau seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.
c) Pull / Draw / Power
i. Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi
menghasilkan daya pergerakan.
ii. Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya
menarik mata dayung ke belakang.
iii. Tangan kiri pula berperanan memberikan tekanan dan tambahan tenaga
kepada mata dayung yang berada di dalam air. Di peringkat ini, tenaga
utama digunakan untuk
iv. Tarik dayung sehingga berada di sisi pinggang.
d) Exit
i. Mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat dayungan di sisi yang
bersebelahan pada peringkat ini.
ii. Mata dayung dikeluarkan dari dalam air.
iii. Pergelangan tangan kanan haruslah memutar batang dayung ke atas agar
mata dayung menghadap permukaan air.
iv. Untuk memudahkan bahagian batang dayung dipusingkan, cengkaman
tangan kiri dilonggarkan. Kemaskan semula pegangan tangan kiri apabila
mata dayung telah dipusingkan sebanyak 90°.
v. Bagi menghasilkan dayungan ke hadapan yang lancar dan efisien,
masukkan mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik
dan menolak mata dayung.
2. Dayungan mengundur ( Backward Paddling)

Menurut Izzati Radzi et.al (2009), teknik ini merupakan teknik dayungan yang
berlawanan dengan teknik dayungan ke hadapan. Tujuan utamanya ialah untuk
mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk, arah dayungan dan
kedudukan badan .

a) Catch

i. Gunakan genggaman yang sama seperti genggaman dayungan ke


hadapan.
ii. Sandarkan badan anda sedikit ke belakang dan pusingkan bahagian torso
kanan ke arah stern.
iii. Hulurkan tangan kanan ke arah stern, jangkau mata dayung seberapa
jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung ke dalam air.
Pastikan mata dayung rapat dengan bahagian sisi kayak.

b) Push and exit

i. Bagi membolehkan kayak mengundur ke belakang, tolak mata dayung ke


hadapan di bahagian kiri dan kanan kayak berulang-ulang kali.
ii. Bagi memastikan kayak tidak melanggar sebarang halangan, lihat arah
pergerakan dan pastikan menuju arah yang lurus.
3. Berhenti

i. Tekan pendayung ke dalam air. Tarik pendayung keluar setelah merasa


tekanan air pada pembilah dan setelah kayak mula berpusing.
ii. Masukkan pembilah pada bahagian sebelah pula. Tahan pada jangka
masa yang lebih lama sehingga kayak berada dalam keadaan lurus.

4. Dayungan sapuan hadapan ( Forward sweep stroke)

Menurut Izzati Radzi et.al (2009), teknik dayungan ini digunakan bagi membelok
atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak.

i. Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke


depan tanpa membengkokkan badan ke hadapan. Dayung mestilah
diletakkan dalam keadaan keadaan yang rendah dan rata.
ii. Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh
ke depan. Peserta perlu menarik dayung ke belakang dalam bentuk
separuh bulatan dengan mengekalkan tangan kirinya dalam posisi yang
lurus.

5. Dayungan sapuan ke belakang (Reverse sweep stroke)

Berlawan kaedah teknik dayungan ke hadapan.Pendayung didayung dari bahagian


stern ke hadapan bow; tak perlu tukar arah mata dayung.

-Teknik Dayungan Lanjutan

Teknik ini merupakan teknik yang akan dipelajari apabila teknik dayungan asas telah
dikuasai sepenuhnya. Teknik ini susah untuk diaplikasi jika teknik dayungan asas
tidak dikuasai. Namun begitu, teknik ini memiliki prestasi dan daya dayungan yang
efisien.

1. Stern Rudder

Teknik ini digunakan untuk mengemudikan haluan kayak ke kiri dan kanan sewaktu
melalui kawasan yang agak sempit seperti gua. Untuk menukar haluan kayak
dengan cepat, teknik ini amat efektif sekali untuk digunakan. Langkah-langkah untuk
menguasai teknik ini adalah seperti berikut:

i. Tangan kiri memegang bahagian neck dan tangan kanan memegang


tengah bahagian batang pendayung.
ii. Jangkaukan tangan kanan anda ke belakang, pastikan mata dayung
kanan berada di bahagian stern dalam kedudukan rendah.
iii. Tolakkan pendayung ke kanan jauh dari stern dalam bukaan darjah yang
kecil.
iv. Haluan kayak pasti akan berubah ke kiri.
v. Tarik pendayung ke kiri merapat ke arah stern dalam bukaan darjah yang
kecil dan kayak akan berubah haluannya ke kanan.

2. Bow Rudder / Duffek

Teknik ini berfungsi untuk memusingkan kayak dengan cepat melalui teknik
mengemudi bahagian bow kayak. Kelajuan dan pergerakan yang lancar adalah
diperlukan bagi teknik ini.

i. Sewaktu kayak sedang bergerak dengan laju, benamkan mata dayung


kanan di bahagian bow. Pastikan permukaan dayung berada selari
bahagian bow dengan bukaan sudut sebanyak 45° sahaja.
ii. Pastikan tangan kiri berada separas kepala dan lengan dilintangkan
separas dahi.
iii. Sandarkan (edging) sedikit badan anda ke arah yang dituju. iv. Kayak
pasti akan berpusing dengan cepat.

3. Cross Bow Rudder

Teknik ini sama seperti bow rudder iaitu untuk mengemudikan haluan kayak dengan
menggunakan bahagian bow kayak. Pendayung haruslah memiliki daya imbangan
yang tinggi untuk mengaplikasikan teknik ini.

i. Sewaktu kayak sedang meluncur dengan laju, gerakkan bahagian torso kiri
anda ke bahagian kanan.

ii. Jangkaukan tangan kiri melintang ke bahagian bow kanan kayak.

iii. Benamkan seluruh mata dayung ke dalam air dan sandarkan badan ke
sebelah kanan kayak.

iv. Imbangan yang lemah boleh menyebabkan kayak terbalik.

-Merapatkan Kayak

Menurut Izzati Radzi et.al (2009), dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan
untuk merapatkan kayak selari dengan objek untuk tujuan berkumpul (raft-up). Jika
peserta ingin merapatkan kayaknya ke kiri maka tindakan-tindakan berikut
hendaklah dilakukan:

i. Pusingkan badannya ke kanan dengan bahu kirinya ke depan dan bahu


kanannya ke belakang.
ii. Awasi kayak dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh kedua -dua
peserta. Untuk lebih selamat, sternman hendaklah melakukan dayungan
tolakan (push-over) jika bowman melakukan dayungan tarikan ini.
iii. Siku masih perlu dibengkokkan dengan dayung dalam keadaan menegak
di dalam air dan sama dengan pinggang. Kekalkan posisi ini sepanjang
dayungan ini dilakukan.
iv. Dengan keadaan blade dayung yang mempunyai jarak yang sama di

antara satu sama lain dari kayak, peserta perlu menarik tangannya yang di
bawah itu lurus ke dalam dan seterusnya kearah pinggangnya. Selepas itu
blade dayung diputarkan keluar pada 90°.

12.0 ISYARAT DAN KOMUNIKASI

ISYARAT MENGGUNAKAN PENDAYUNG

BERHENTI
 Untuk mengarah semua pendayung berhenti.
 Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
 Dayung diangkat melepasi separas kepala.
BERAKIT/RAFTING

 Untuk mengumpulkan kesemua pendayung.

 Pendayung diangkat tegak ke atas.

 Mata dayung berada di udara, selari dengan arah bow kayak.

ARAH PERGERAKAN

 Untuk semua kayak bergerak ke kiri, pendayung diletakkan secara melintang


disebelah kiri.

 Untuk ke kanan, pendayung digerakkan ke kanan.

KECEMASAN

 Untuk menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

 Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan


kayak.

CALL OFF

 Untuk memanggil semua kayak pulang ke pangkalan kerana kecemasan.

 Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke


belakang.

13.0 ALATAN KAYAK


Peralatan yang perlu ada dalam menjalankan aktiviti berkayak:

Bil Peralatan Penerangan


1. Neoprene Skull Helmet Dipakai ketika berkayak di sungai
atau berkayak ekstrim
2. Short Sleeve with Spray deck Baju khas untuk berkayak ini direka
dan dijahit bersama ‘spray deck’ bagi
mengelakkan air masuk ke dalam
kokpit. Rekaan tertutup di leher dan
pergelangan lengan adalah untuk
mengelakkan badan basah.
3. Paddle Gloves Memudahkan untuk cengkaman
pada batang pendayung.

4. Buoyancy Aids Didatangkan dengan penggunaan


bahan nilon, penyediaan wisel
keselamatan dan mudah
diselaraskan mengikut saiz dan
keselesaan pengguna.

5. Paddle Shorts Seluar nilon direka dengan kalis air


dan elastik.

6. Bomber booties Bersifat ringan, elastic dan tapak


yang tebal bagi mengelakkan dari
terpijak batu ketika turun dari kayak.
kayak

PERALATAN paddle
wisel
KAYAK

jaket
keselam
atan

PENDAYUNG (PADDLE)

Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang


berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Bahagiannya ialah:
Blade (Bilah mata dayung)

Bade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung.Ia berfungsi untuk
mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai
pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.

Tip (pelindung mata dayung)


Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah
dayung tiada logam.Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada
kerosakan akibat hentakan.

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)


ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang
pendayung.

Neck (leher Pendayung)


bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (bulatan Getah)


bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan
Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan
membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring

Front Of Blade (Permukaan Dayung)


Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk
mengaut air.

Back of Balde (Belakang Dayung)


bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan
yang kuat kepada mata dayung.

Bahan Buatan Pendayung


Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai
jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen
penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan
dijalankan.

Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada ;


- kayu
- Playwood (kayu lapis)
- Fibreglass (gantian kaca)
- Carbon/kevlar
- plastic

14.0 TEKNIK MENYELAMAT KAYAK

Self rescue

Cara menyelamat diri sendiri:


a) Jika kayak akan terbalik, luruskan kaki dan keluar dari kayak dengan segera.
Dalam situasi ini cuba capai mana-mana dari bahagian kayak
b) Jika kayak tidak dipenuhi air, secara serentak kedua-dua peserta mestilah
mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan dengan pantas.
Ini akan membetulkan kedudukan kayak.
c) Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya akan cuba
untuk memanjat untuk menaiki kayak.
d) Setelah rakan depan (bowman) berada di dalam kayak, rakan belakang
(sternman) akan mula memanjat kayak
1. Teknik X rescue
a) Kayak yang terbalik akan dinaikkan ke bahagian depan kayak penyelamat.
b) Bowman dan sternman akan saling bersama membuang air dari dalam kayak
dengan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak seperti papan
jongkang-jongket.
c) Kemudian apabila anda telah pasti bahawa semua air telah dikeluarkan dari
kayak kembalikan kedudukan kayak anda ke kedudukan asal.
d) Seterusnya anda boleh naik semula ke kayak didahului oleh bowman dan
sternman.

15.0 AKTIVITI-AKTIVITI KAYAK


Rafting( rakit)
 Bertujuan untuk berkumpul dalam kumpulan bagi membentuk rakit.
 Isyarat untuk membentuk rafting adalah dengan seorang menegak dayung
dan yang lain akan berkumpul di situ.
 Dalamkedudukan yang sama, setiap ahli akan memegang coaming kiri dan
kanan kayak lain.
 Manakala dayung akan diletakkan di hadapan (deck) dalam kedudukan
malintang.
Capsize (Terbalik)
 Ini bermakna bowman dan sternman akan menterbalikkan kayak.\
 Bengkokkan kedua-dua belah kaki. Letakkan dayung di bahagian
bertentangan untuk capsize. Jika ingin melakukan capsize ke kanan, pastikan
dayung diletakkan disebelah kiri pada kedudukan selari dengan kayak.
 Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan datya tolakkan ,
dalam kiraan tihga terbalikkan kayak secara serentak.
 Apabila kayak , keluar dari kayak dan capai pendayungterlebih dahulu.
 Berenang ke bahagian bow ( bowman ) atau stern ( sternman ).
 Pegang hujung kayak dan kaki diangkat menyilang kayak.
 Tiup wisel untuk mendapatkan pertolongan, terus berpaut pada kayak
sehingga penyelamat datang.

Rescue / menyelamat
 T Rescue
1. Dua kayak iaitu penyelamat dan yang diselamatkan
2. Kedudukan bow kayak yang diselamatkan berada pada tengah kayak
penyelamat (bentuk T).
3. Kayak akan dinaikkan untuk mengeluarkan airdan diatur pada kedudukan
asal.
4. Luncurkan semula kayak pada kedudukan selari dengan kayak
penyelamat (bentuk rakit).
5. Mangsa yang diselamatkan akan menaiki kayak seorang demi seorang
dengan melonjakkan badan dan memasukkan kaki ke dalam cockpit.

 HI Rescue
 Memerlukan dua kayak penyelamat
 Apabila penyelamat sampai, pastikan orang yang diselamatkan
memberikan dayung kepada penyelamat.
 Bow kayak penyelamat dengan orang yang diselamatkan mestilah
kedudukan bertentangan.
 Penyelamat akan melintangkan dayung dan kayak, mangsa yang
diselamatkan akan dinaikkan untuk membuangkan air.
 Terbalikkan kayak pada kedudukan asal dan luncurkan semula ke air
untuk membolehkan mangsa yang diselamatkan naik semula.
 Bowman dan sternman akan akan berpaut semula di tempat masing-
masing.
 Bowman akan naik dahulu. Pegang bahagian bow dan pastikan badan
selesa untuk membuat lonjakan menaikki kayak.
 Duduk di bahagian hujung kaki, beransur-ansur menghampiri coaming,
pegang coamibng dan masuk kedalam kayak dengan sebelah kaki dan
kemudian kaki sebelah lagi.
 Dapatkan dayaung dan seimbangkan kayak ketika seorang lagi
menaikki kayak.

Kembara kayak dalam bentuk Diamond


 Aktiviti ini sekurang-kurangnya memerlukan 10 kayak.
 Kayak hadapan akan bertindak sebagai pemandu arah.
 Kayak belakang bertindak sebagai pemberi arahan.
 Kayak kiri dan kanan memastikan keduduan kayak tidak bertaburan.
 Setiap orang akan mendayung dalam kedudukan serentak kerana jika tidak
serentak maka kedudukan kayak akan lari dari bentuk asal.

16.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN


a. Persediaan sebelum memulakan aktiviti
 Amat menting dalam menguasai asas berenang.
 Pastikan kayak yang akan digunakan tidak mengalami
kerosakan dan begitu juga dengan paddle dalam keadaan yang
selamat
 Pastikan peralatan keselamatan yang lain disediakan seperti
jaket keselamatan.
 Sebelum memulakan aktiviti, aktiviti pemanasan badan perlu
dibuat.
b. Aktiviti regangan
 Pastikan diri dalam keadaan cergas sebelum memulakan aktiviti
 Dalam kayak kekuatan tangan adalah sangat utama.
 Lakukan pergerakan mendayung selama beberapa minit untuk
membiasakan tangan untuk beberapa minit untuk membiasakan
tangan semasa mendayung nanti.
17.0 ISYARAT-ISYARAT SEMASA KAYAK

ISYARAT MAKSUD

1 tiupan wisel pendek Beri perhatian kepada saya

2 tiupan pendek Mudik ke hulu/ naik ke darat

3 tiupan panjang Kecemasan : memerlukan bantuan

1 tangan di udara Tolong

2 tangan di udara Berhenti : beri perhatian kepada saya

Tangan (termasuk lengan menudi ke Bergerak ke tas


kanan

1 tangan menyentuh kepala dengan siku Saya okay ( keadaan baik )


terangkat membentuk “O”

Tangan bergengam/ kelibat diatas kepala Berhenti di sini

Sentuh kepala dengan hujung berkali-kali Teruskan ke muara

Вам также может понравиться