Вы находитесь на странице: 1из 103

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - YAYASAN ISLAM KELANTAN

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - MRSM


SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - NEGERI SEMBILAN
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - PERAK

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan
meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan
ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi
meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan
memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak
menentu.

Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi
pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor
perumahan, kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberikan pelepasan cukai atas faedah pinjaman.
Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan
menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak
serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, penyelenggaraan, dan membaik pulih pelbagai kemudahan
serta prasarana awam. Selain itu, Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan
rakyat. Bon ini bertujuan memberikan peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan.
Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak
RM1000.

Di samping itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan
elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui
pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Justeru, pelbagai program dan
projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti
pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu,
Sabah.

Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti
Amanah Ikhtiar Malaysia, Agrobank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di
bandar dan di luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada
golongan yang kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya, dan ibu tunggal. Bantuan
yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga
kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah
perlindungan wanita, dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai
yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga
kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk
menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan
menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam
kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh
yang telah dibina, kerajaan yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.

(Dipetik dan diubah suai daripada, "Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global"
Berita Harian, 11 Mac 2009)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata kemiskinan tegar?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa peruntukan tambahan telah disediakan oleh kerajaan untuk
meringankan beban rakyat.

Nyatakan dua cara peruntukan tambahan tersebut dibelanjakan.


[3 markah]

(iii) Rakyat juga berperanan dalam menangani krisis ekonomi negara.


Huraikan pendapat anda tentang tiga cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara.
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - SARAWAK

Soalan 1: Rumusan

(30 Markah)

Baca petikan di bawa dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendidikan kepada
pembangunan dan cara menggalakkan remaja berminat untuk melanjutkan pelajaran. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia telah merancang pelbagai strategi dalam usahanya untuk melangkah dari negara
membangun kepada negara maju. Segala dasar yang dirancang oleh kerajaan Malaysia telah menampakkan
kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui rancangan lima tahun. Bermula dengan
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRPJ3) yang mengandungi pelbagai dasar utama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Wawasan
Negara, dan Dasar Pembangunan Nasional, telah membuahkan pelbagai kesan positif terutamanya DEB
yang menjadi jambatan dalam peningkatan daya saing negara. Penganalisis telah membuat kajian bahawa
sektor pendidikan penting dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan memberi sumbangan yang
besar kepada pembangunan negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum,
agama, dan kebudayaan. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional yang
diterapkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah dan peringkat universiti kerana dipercayai melalui wadah
ini, modal insan yang cemerlang dapat dibentuk dan kemuncaknya aspirasi negara untuk menjadi negara
berteknologi tinggi terlaksana. Pendidikan merupakan satu pra-syarat kepada kemajuan kerana pendidikan
dianggap tulang belakang yang dapat membantu masyarakat membangunkan kehidupan dengan lebih baik
dan mengeluarkan seseorang daripada kepompong kedaifan malah apabila rakyat Malaysia telah mencapai
tahap kehidupan yang berstatus tinggi secara tidak langsung negara akan membentuk menjadi negara yang
mampan.

Pendidikan juga menjadi medan primier ke arah memajukan negara kerana melalui ilmu pengetahuan
masyarakat dapat mengubah kedudukan dan membangunkan institusi keluarga agar lebih mantap malah
menjadi peneraju kepada peningkatan ekonomi negara. Lahirnya graduan yang berkualiti telah dapat
mengisi keperluan pekerjaan serta menyeimbangkan pekerja mahir dalam bidang yang benar-benar
dikehendaki untuk mengecap pembangunan yang mantap. Kepentingan ilmu pengetahuan yang cemerlang
dan seimbang dari aspek rohani dan jasmani digabungkan dengan kemahiran kini telah menjadi syarat wajib
bagi pembangunan negara. Begitulah pentingnya peranan ilmu pengetahuan kerana tanpanya kita akan jauh
ketinggalan, malah dipinggirkan dalam usaha memaju dan menjana pembangunan negara.

Sekiranya kita mahu dikenali sebagai bangsa yang bertamadun dan dihormati, kita perlu
mencetuskan idea-idea besar dan tidak hanya menjadi pemerhati dan pengikut setia semata-mata.
Masyarakat Malaysia perlu berpengetahuan tinggi dan menjadi para ilmuan agar bangsa-bangsa asing tidak
memonopoli bidang yang sepatutnya diungguli rakyat di negara kita sendiri. Banyak projek-projek mega
telah dilancarkan, antaranya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) yang membuktikan kekuatan ekonomi jangka panjang yang terancang untuk pembangunan negara.
Kesimpulannya, mempunyai ilmu dan berpendidikan amat penting untuk semua bangsa agar
Malaysia dapat mengorak langkah ke arah negara maju pada tahun 2020. Kita tidak seharusnya menjadi
seperti pak turut yang hanya mengikut apa yang telah dirancangkan oleh negara-negara yang selama ini
menguasai ekonomi dunia. Ilmu amat penting untuk diterokai dan penghayatan ilmu itu sendiri perlulah
telus dan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Moga-moga dengan ilmu yang seimbang dapat
memberi ruang dalam membentuk wadah ke arah kecemerlangan masyarakat dan negara.

Rujukan daripada Pembangunan Negara dan Dasar-Dasar Kerajaan

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan mengunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud mengeluarkan seseorang daripada kepompong kedaifan.


(2 markah)

(ii) Nyatakan manfaat-manfaat yang diperoleh sesebuah keluarga sekiranya mereka mempunyai ilmu dan
kemahiran yang tinggi.
(3 markah)

(iii) Peluang menjawat jawatan tinggi perlu juga ditawarkan kepada kumpulan Orang Kelainan Upaya
(OKU) lepasan universiti.

Pada pendapat anda, apakah peranan yang dapat disumbangkan oleh pihak swasta dalam meningkatkan
taraf hidup golongan OKU?
(4 markah)

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - SBP

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang punca-punca jenayah
pemerdagangan manusia dan kesan-kesan daripada permasalahan ini. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad
yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki
dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International,
pada tahun 2004 dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali
kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk
menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti pemerdagangan manusia berhadapan
dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan
kerana melibatkan banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan
geografinya. Orang yang diperdagangkan direkrut oleh agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun
secara paksa. Pada mulanya, mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik di
negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga
asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia,
Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran
lumayan sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan
pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama, kewujudan pusat hiburan yang beroperasi secara haram
menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di
tengah-tengah negara Asean yang menjadikannya antara lokasi strategik untuk aktiviti pemerdagangan
manusia. Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini
masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang
membawa masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia
menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut
diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksploitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat
permintaan yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.

Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih rendah tentang isu ini
turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan lumayan yang diperoleh oleh sindiket
dengan jumlah yang besar hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan
ini terus berleluasa. Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada
pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa hilang
pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis pihak sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang
lemah seperti hukuman yang ringan turut menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari dan
menggugat hak asasi manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap merupakan jalan terbaik bagi
membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana,”Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia”,
informasiglobalisasi.blogspot.com, 22 Jun 2015, 9.50pm)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata skala yang besar. [2 markah]

(ii) Mengapakah wanita, lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan? [3 markah]

(iii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengawal aktiviti


pemerdagangan manusia. [4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - PULAU PINANG

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan permainan
tradisional dan kekangan yang dihadapi dalam usaha mempopularkannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan tradisional meliputi pelbagai jenis dan bentuk seperti batu seremban, congkak, gasing, guli,
galah panjang, sepak raga, sepak bulu ayam, tingting, konda-kondi, jala itik, wau, rebana, kertuk, tarik upih,
senapang buluh, cop tiang, laga biji getah, dan banyak lagi. Permainan-permainan ini telah berjaya melestarikan
warisan dan budaya nenek moyang yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Walaupun permainan ini untuk
kanak-kanak dan remaja, namun begitu boleh juga dimainkan oleh orang dewasa.

Permainan tradisional bukan sahaja menjadi kegiatan riadah, bahkan mempunyai fungsi pendidikan
dalam kalangan masyarakat. Jika kita menelusuri sejarah permainan tradisional, permainan ini dimainkan oleh
generasi terdahulu untuk pelbagai fungsi, misalnya untuk menguji kekuatan antara dua orang individu,
pembesar atau negara. Permainan tersebut dapat merapatkan interaksi sosial, menanamkan nilai kejujuran dan
berfikiran kritis. Malah, permainan tradisional dapat mempererat hubungan dalam kalangan pemain. Bagi
permainan tradisional yang lebih popular seperti wau, gasing, dan kertuk, akan menarik penyertaan yang lebih
ramai. Hal ini telah menjadi serampang dua mata untuk mengukuhkan budaya bangsa di samping mengekalkan
perpaduan dalam kalangan rakyat. Permainan tradisional juga boleh dimainkan di mana-mana dan pada bila-bila
masa sahaja.

Setiap permainan tradisional menuntut pemainnya untuk berfikir, mengatur strategi, dan memilih teknik
terbaik untuk memenangi pertandingan. Tindakan ini secara tidak langsung mengajar seseorang untuk berfikir
agar melakukan sesuatu perkara dengan baik dan bijaksana. Tanpa strategi dan teknik yang berkesan, sudah
pasti permainan menjadi hambar dan berakhir dengan kekalahan. Pendek kata, permainan tradisional dapat
menjadi salah satu unsur pembangunan modal insan.

Permainan tradisional juga merupakan salah satu cara bagi seseorang anak atau remaja disosialisasikan.
Apabila dewasa, mereka akan menjadi anggota masyarakat yang berkualiti. Berbeza dengan permainan moden,
permainan tradisional tidak memerlukan peralatan atau gelanggang khas, malah peralatan yang diperlukan
mudah didapati di sekeliling tempat tinggal. Manakala, permainan moden memerlukan kos yang tinggi dan
memerlukan peralatan yang khusus untuk memainkannya.

Dalam konteks masyarakat kini, permainan tradisional sangat penting untuk dihidupkan semula bersama-
sama dengan permainan moden. Permainan moden diperhebat kerana dipertandingkan di peringkat dunia,
manakala permainan tradisional harus disuburkan untuk menjadi popular dalam kalangan rakyat. Negara perlu
terkenal bukan sahaja melalui penyertaan dan kemenangan dalam permainan moden yang bertaraf dunia,
bahkan turut dikenali dengan identiti warisan nenek moyangnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Remaja dan Permainan


Tradisional”, Hanapi Dolah, Dewan Siswa, September 2009)
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengatur strategi.

[2 markah]

(ii) Nyatakan perbezaan yang wujud antara permainan tradisional dengan permainan moden.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah boleh mempopularkan semula permainan
tradisional dalam kalangan murid?

[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - PERLIS

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mewujudkan
tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat pemakanan yang
tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak terdedah dan tertarik pada iklan makanan segera
berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari. Makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-
rata tempat malahan bukan suatu yang pelik apabila premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak
dibuka di hadapan pintu pagar sekolah.

Makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek pembungkus yang menarik di
samping bungkusan makanan ini dimuatkan dengan hadiah mainan kecil yang cukup mengujakan,
terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil.

Akademik Pediatrik Amerika mencadangkan beberapa kaedah bagi menyusun atur semula jadual
pemakanan dan tabiat makanan seharian anak yang sihat. Kedua-dua pihak perlu sedar akan tanggungjawab
masing-masing dalam mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat. Ibu bapa bertanggungjawab untuk
menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama. Di samping itu, ibu bapa perlu
menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makan untuk anak-anak mereka.

Anak pula perlu bertanggungjawab untuk memilih kuantiti makanan yang perlu dimakan. Hal ini
berkemungkinan memerlukan tempoh masa yang lama tetapi tindakan ini dapat meningkatkan tahap disiplin
dari aspek pemilihan makanan yang berkhasiat. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat
supaya dapat diteladani oleh anak-anak. Selain itu, saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
menerusi Kempen Gaya Hidup Sihat menggalakkan masyarakat mengambil makanan mengikut piramid
makanan dalam menu harian. Melalui amalan ini, masyarakat lebih mudah berbincang tentang tabiat
pemakanan dan jenis makanan yang baik bagi seisi keluarga.

Malahan, ibu bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak dalam tempoh yang kerap. Menu
makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar. Jika mampu, anak boleh dibawa berjumpa pakar
pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan dan khidmat nasihat yang
sewajarnya diperoleh. Nasihat doktor tentang tabiat makanan yang betul lebih dipercayai oleh anak
berbanding dengan nasihat ibu bapa. Daripada perspektif agama, didikan tentang kepentingan penjagaan
aspek pemakanan berdasarkan konsep bersih dan berkualiti menjadi tanggungjawab ibu bapa. Maka, ibu bapa
perlu berusaha sebaik-baik mungkin supaya kaedah pemakanan dan cara hidup yang berkualiti selaras dengan
agama dibudayakan.
Jika pemakanan anak tidak diselaras dan dikawal oleh ibu bapa, anak mudah menghidap
penyakit kronik yang dapat memberikan kesan negatif. Oleh itu, pemilihan makanan yang tepat turut
membantu seisi keluarga memiliki badan yang sihat. Ironinya, kita perlu mengambil makanan yang sihat
supaya individu dan masyarakat menerima kesan positif daripada tabiat pemakanan ini. Jika masyarakat
masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
„Pemakanan Anak Dapat Diatur’ oleh Khairunneezam Mohd. Noor,

15
Dewan Kosmik, April 2015)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata cukup mengujakan. [2 markah]

(ii) Mengapakah anak-anak cenderung memilih makanan segera? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk
mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat? [4 markah]

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - JOHOR

16
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya obesiti dan
tindakan ibu bapa untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak yang tidak normal atau berlebihan, yang boleh
memudaratkan kesihatan. Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini
adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor
yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.

Di Malaysia, masalah ini berkait rapat dengan kegagalan ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat di
rumah Ibu bapa juga gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam atas alasan tidak
sempat untuk memasak. Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah
itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan
dengan cara hidup sedemikian. Keadaan menjadi semakin kronik apabila gaya hidup yang lebih kepada
bersenang-lenang seperti menonton, dan bermain komputer menjadi amalan kebanyakan kanak-kanak pada hari
ini. Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan
bermain komputer.

Pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi dalam makanan segera juga menyumbang
kepada obesiti. Bayangkan, si kecil telah didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak
pada usia awal lagi. Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa obesiti boleh menjejaskan kehidupan seharian
anak-anak mereka termasuk sering tercungap-cungap, berasa gelisah atau mengalami masalah tidur, Sesetengah
ibu bapa pula tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal,
terlebih atau obes.

Corak pemakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan kanak-kanak lebih gemar sajian
mengandungi kadar gula yang tinggi seperti donut manis, mufin, dan coklat roti krim yang banyak dijual di
kantin-kantin sekolah. Penurunan aktiviti fizikal lantaran terlalu menumpukan perhatian terhadap aktiviti lain
termasuk sibuk menghadiri kelas-kelas tuisyen di samping kurang bersenam turut menjadi penyumbang kepada
obesiti. Seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun sebenarnya perlu menikmati lima kumpulan
hidangan iaitu bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan protein, tenusu serta minyak, gula dan garam
dalam kadar tepat, seimbang serta dipelbagaikan. Namun begitu, kegagalan ibu bapa memahami kepentingan
panduan piramid makanan telah menyebabkan anak-anak mengalami obesiti.

Obesiti dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah. Obesiti bukan masalah peribadi atau
individu itu semata-mata tetapi turut menjejaskan pembangunan negara. Obesiti boleh menjejaskan masa depan
kanak-kanak yang berperanan sebagai generasi muda negara pada masa akan datang.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Tangani Obesiti Si kecil,”, Utusan Malaysia,
Julai, 2011)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

17
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin kronik dalam petikan di atas?

[ 2 markah]

(ii) Apakah kesan buruk yang sering dialami oleh kanak-kanak yang obesiti?

[3 markah]

(iii) Tindakan mengharamkan iklan makanan ringan dan makanan segera menerusi media
massa merupakan langkah terbaik mengawal amalan pemakanan kurang sihat dalam
kalangan kanak-kanak di negara kita.

Cadangkan langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.
[4 markah]

18
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - BK1 TERENGGANU

19
20
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - BK9 TERENGGANU

21
22
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - KEDAH

23
24
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 - KELANTAN

25
26
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2015 – MELAKA

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
penjimatan minyak dalam pemanduan dan kesan-kesannya kepada masyarakat. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kenaikan harga minyak mentah dunia seakan-akan tiada cara untuk menyekatnya. Bagi yang
berkemampuan kenaikan sehingga AS$138 setong sudah mula dirasakan apabila harga runcit turut
mengalami lonjakan harga. Kenaikan harga minyak menuntut kita mengikat perut sebenarnya.

Kenaikan harga minyak mentah akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Langkah paling
popular untuk menjimatkan petrol ialah menaiki kenderaan awam yang permintaannya semakin meningkat
dari hari ke hari. Walaupun dalam kalangan pemain industri pengangkutan berpendapat sesiapa yang
menceburi bidang pengangkutan sengaja mencari penyakit kerana kos minyak tidak setimpal dengan
tambang atau tiket, tetapi masih ada syarikat bas yang menambah bilangan bas baru. Mungkin minyak
diesel tidak mengalami kenaikan yang drastik malahan penggunaannya juga amat menjimatkan dan
berdaya saing berbanding petrol yang lebih 'pantas' membakar.

Langkah penjimatan antara yang popular ialah pemasangan NGV iaitu penggunaan gas asli sebagai
ganti bahan api petrol. Sudah terbukti NGV merupakan bahan bakar menjimatkan walaupun harganya lebih
kurang minyak petrol tetapi kerana ketumpatan bahan apinya memungkinkan lebih banyak kilometer
dieksploitasi untuk kadar seliter harga petrol. Lantaran itu banyak syarikat pengangkutan awam seperti teksi
dan MPV lapangan kapal terbang menggunakan NGV bagi kegunaan kenderaan syarikat mereka. Langkah
berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool juga memang boleh menjimatkan
minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan.

Penggunaan petrol yang banyak apabila memandu di jalan raya bertaraf dunia seperti di Malaysia
memang tidak dapat dielakkan kerana pemandu gemar memecut apabila jalan kurang kenderaan. Dalam
situasi ini apa yang dapat dilakukan hanyalah merayu pemandu yang mempunyai sikap begini supaya
menjadi lebih berdisiplin, bersabar dan menepati masa apabila membuat temu janji. Sikap pemanduan
berhemah ini dapat menjimatkan minyak apabila sesebuah kereta dipandu secara konsisten.

Langkah penjimatan perlu diperluaskan di pusat-pusat servis kereta. Antara yang mudah untuk
dilakukan adalah melakukan servis kereta secara berkala dan di tempat servis yang diiktiraf. Selain itu,
beban dalam kereta seperti barang-barang yang tidak diperlukan perlu tinggalkan sahaja di rumah atau di
pejabat. Barang-barang ini menyumbang kepada penggunaan minyak petrol yang optimum. Semakin ringan
kereta semakin jimat penggunaan petrol.
Penganalisis ekonomi Dr. Haim Hilman Abdullah turut mengakui kenaikan harga petrol tidak dapat
dielakkan berikutan trend peningkatan harga bahan api itu di pasaran dunia sejak akhir-akhir ini.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Pemanduan Jimat Minyak oleh Abdul


Razak Idris Utusan Melayu, 2008)

27
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengikat perut.


[2 markah]

(ii) Nyatakan kebaikan kepada pengguna jalan raya apabila mereka memasang NGV?
[3 markah]

(iii) Berjimat cermat perlu menjadi amalan dalam kehidupan seharian.Nyatakan pandangan anda?
[4 markah]

28
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 – KEDAH

29
30
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - YAYASAN ISLAM KELANTAN,
KELANTAN

31
32
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - KELANTAN

33
34
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - KOTA BELUD, SABAH

Soalan 1
Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor jenayah
pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad yang
lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan
kanak- kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004
dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat
sebagai tempat menarik oleh sindiket permerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha
kerajaan memerangi aktiviti permerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini
merupakan jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya
negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, Orang yang diperdagangkan direkrut olah agensi-
agensi pekerjaan secara sukarela mahupun secara paksa. Pada mulanya , mereka diperdagangkan kerana telah
dijanjikan pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini
tidak menyalahi peraturan.

Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari
seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan
Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya
palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama
kewujudan pusat hiburan yang beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti
ini. Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang menjadikan antara lokasi
strategik untuk aktiviti permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan orang 2007
telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus
operandi sindiket yang membawa masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka
memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki
dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga
mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.

Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih rendah tentang isu ini turut
menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan lumayan yang diperoleh oleh sindiket dengan jumlah
yang besar hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa.
Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai
zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa hilang pertimbangan kerana percaya akan janji-
janji manis pihak sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan turut
menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku. Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan manusia
dilihat semakin meruncing dari hari ke hari dan mengugat hak asasi manusia. Kerjasama masyarakat dunia
diharap merupakan jalan terbaik bagi membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada
masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana. “ Globalisasi dan


Fenomena Pemerdagangan Manusia”, informasiglobalisasi,
blogspot.com, 22 Jun 2015

Soalan 2: Pemahaman

35
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing


[ 2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan.


[ 3 markah]

Pemerdagangan orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara


terlibat tetapi mendatangkan implikasi negatif kepada semua pihak
terutamanya kepada keluarga mangsa. Oleh sebab itu, semua pihak perlu
bekerjasama untuk menangani isu ini.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti
pemerdagangan orang?
[ 4 markah]

36
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - MELAKA

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah
dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah
tidak melebih 120 patah perkataan.

Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling
penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat
sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu
dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa
mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia.
Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah
keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menderma
darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma
Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan
menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan
terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah.

Antara kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan yang sangat
menggembirakan apabila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah
secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak.
Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat
menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan
melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka
mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama
dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah
secara percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah,
sudah tentu kena bayar.

Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini boleh membantu
seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, perasaan gembira mendapat pek
percuma seperti makanan, minuman, t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah
juga membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma berfungsi
dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh itu, usaha orang ramai untuk menderma darah
amatlah dihargai. Namun anda layak untuk menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko
rendah iaitu tidak memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus
penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.

Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai
sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh
mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah mengganggap bahawa menderma darah adalah satu
tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’ The
Borneopost.com, 2015)

Soalan 2 : Pemahaman

37
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata secara konsisten. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan
masyarakat.

Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]

(iii) Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma darah.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh


media massa untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah?
[4 markah]

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - MERSING, JOHOR

38
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam
mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan
negara dalam kalangan generasi muda. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun. Diam tidak diam sudah hampir
separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan
Ogos atau juga dikenali bulan kemerdekaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah
generasi muda tidak mengambil endah tentang hari kemerdekaan. Mereka sewajarnya menghayati erti
kemerdekaan dengan mendalam.
Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha keras mereka sendiri dan
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai masalah.
Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh akan memberi kesan kepada usaha pembangunan. Pelbagai
permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti menerusi kes jenayah
dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan bertambah kronik. Penyalahgunaan dadah
pula masih lagi memberi petunjuk bahawa kedudukan masalah ini masih pada peringkat yang membimbangkan.
Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantutkan usaha untuk menjayakan dasar-dasar yang
diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu mengelakkan diri daripada dadah kerana mereka merupakan aset
yang bernilai bagi negara.

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasai detik-detik
kepayahan dalam menuntut kemerdekaan di samping hidup pada zaman yang selesa. Mereka sepatutnya
bertanggungjawab membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Generasi muda juga
perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan
peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju menjelang 2020.

Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal
ini demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal
atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang
pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan
bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan
prinsip demokrasi akan terus diamalkan di samping dapat mengurus negara dengan bijak. Sesungguhnya
kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama
generasi muda.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita,’
oleh Dewan Siswa, Ogos 2015)

39
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membantutkan usaha.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa permasalahan sosial dalam kalangan generasi
muda.

Nyatakan permasalahan-permasalahan tersebut.


[3 markah]

(iii) Sambutan Bulan Kemerdekaan sering dilaksanakan pada peringkat sekolah.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang anda peroleh daripada Sambutan Bulan Kemerdekaan
tersebut?
[4 markah]

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - NEGERI SEMBILAN

40
41
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - PERAK

[ 30 markah ]

42
buat satu rumusan tentang faktor-faktor
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian berlakunya longgokan sampah. Panjangnya rumusan
longgokan sampah dan kesan-kesan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45
peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal
ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini
disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan
mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka.
Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya
mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan
penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin
berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan
seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan
masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk
menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu
sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius
apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan
tugas secara berkesan.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat
Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli
barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya.
Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya,
amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat
pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula
disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar
dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan
sampah yang tidak terkawal. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat
moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi
jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan.
Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini,
pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan
hidup manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Longgokan Sampah Masalah
yang Tiada Noktah’ oleh Amlir Ayat,
Dewan Masyarakat, November 2011

43
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin serius. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa cara menangani masalah pembuangan sampah yang
tidak terkawal.

Nyatakan cara-cara tersebut. [3 markah]

(iv) Kerajaan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Pada pendapat anda,
bagaimanakah kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan?

Berikan tiga cara.


[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - PERLIS
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - PULAU PINANG
[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pelaksanaan dasar
MBMMBI dan kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kerajaan pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Memartabatkan bahasa
Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya dan sesuai dengan kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama dalam pendidikan berasaskan Akta Pendidikan 1996.

Tujuan utama pelaksanaan dasar MBMMBI ini jelas kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Dalam bidang pendidikan,
bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana banyak buku ilmiah sama ada buku terbitan asal ataupun
buku terjemahan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

Semua guru disarankan agar memahami sepenuhnya maksud dan definisi MBMMBI serta dapat
memaklumkan hasrat dan matlamat pelaksanaaan dasar ini kepada murid-murid dan masyarakat dengan jelas.
Dengan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya kebudayaan bangsa Melayu akan terpelihara dan
seterusnya dapat dilestarikan.

Umum mengetahui bahawa, dalam masyarakat pelbagai etnik, perlu wujud satu medium untuk mereka
saling berhubung. Dasar MBMMBI ini diaspirasikan agar satu bentuk komunikasi yang berkesan dapat
dilakukan dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan dapat memupuk sikap saling menghormati antara satu sama
lain. Di sekolah, para guru perlu membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku agar martabat bahasa itu
dapat diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya.

Bagi perkembangan bahasa Inggeris pula, kepentingan bahasa ini sebagai bahasa kedua tidak dapat
dinafikan. Bahasa Inggeris penting sebagai alat komunikasi antarabangsa dan menjadi medium untuk wacana
ilmu di peringkat tersebut. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan ini juga memberikan penekanan kepada bahasa
Inggeris kerana bahasa ini membantu perkembangan kemajuan dalam sektor perniagaan dan ekonomi global
pada era globalisasi ini. Kesimpulannya, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris kena pada tempatnya dan tepat pada masanya. Marilah sama-sama kita menjaga dan memartabatkan
budaya bangsa kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana MBMMBI, Buletin


Pendidikan, Disember 2010)
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memartabatkan budaya.


[2 markah]

(ii) Nyatakan peranan guru bagi memastikan objektif MBMMBI ini dapat direalisasikan?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dapat
ditingkatkan?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - SABAH

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kaunselor dan langkah-
langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah pengetahuan
mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan kriteria
individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor melaksanakan tugas
berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah di
sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah
untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan
tentang cara menangani masalah yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah seperti tanggapan
sesetengah pihak. Perkara ini perlu difahami oleh setiap murid yang mahu mendapatkan bantuan atau khidmat
daripada kaunselor. Kaunselor sebenarnya berperanan untuk memandu murid memahami serta menerima
keadaan diri sendiri supaya mereka dapat meningkatkan perlakuan yang baik dan mengurangkan perlakuan
yang sebaliknya. Sehubungan dengan itu, murid tidak seharusnya menganggap bahawa mereka yang berjumpa
dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata. Tanggapan ini tidak benar sama sekali.
Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor, murid akan dibantu untuk menguruskan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kehidupannya seperti panduan memilih jurusan atau kerjaya yang sesuai dan bukan
memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja.

Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya. Hal ini
penting supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini agar
mereka berpeluang membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup. Pada masa yang sama,
kaunselor bertanggungjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.
Pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan kaunseling seperti ceramah, kursus dan kem motivasi akan
membolehkan kaunselor memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar. Dalam hal
ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran.
Selain itu, kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang
dijalankan. Penyemaian nilai-nilai ini akan meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah.

Sesungguhnya, usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kauseling wajar dilaksanakan agar khidmat


yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid. Sikap
profesional kaunselor dalam melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan imej
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
(Dipetik dan diubah suai daripada, “Memanfaatkan Khidmat Kaunselor”
oleh Nadiah Naufal, Dewan Siswa, April 2012)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mendapat kepercayaan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di sekolah.

Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan yang wajar
dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 – BELAGA, SARAWAK

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri seorang pengetua
sekolah yang cemerlang dan kesan-kesan jika pengetua tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengetua ialah peneraju kepada kepemimpinan sekolah. Memandangkan pengetua merupakan orang
yang paling berpengaruh di sekolah, maka beliau akan menjadi role model atau idola kepada guru dan
kakitangan di bawahnya. Seseorang pengetua perlu mempunyai bakat kepemimpinan yang dapat
membimbing anak-anak buahnya. Kepemimpinan yang berkualiti mampu memacu kejayaan sekolah dan
meningkatkan prestasi akademik murid-murid.

Pengetua perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti isu-isu dan strategi sama ada yang berkaitan
dengan akademik, bukan akademik, dan disiplin murid. Kemahiran ini perlu dimiliki oleh semua pengetua
yang mahu sekolah yang dipimpinnya disegani oleh masyarakat di sekitar sekolah. Seterusnya, seseorang
pengetua hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka hendaklah sentiasa berusaha untuk
memajukan kepemimpinan diri demi kemajuan sekolah misalnya menghadiri seminar, perbengkelan, dan
seumpamanya. Pengetua sebagai penjana transformasi pendidikan hendaklah seorang personaliti yang
mempunyai kualiti peribadi yang cemerlang. Beliau berkemampuan untuk menjelaskan visi dan misi
organisasi (sekolah) kepada semua pihak terutamanya guru dan kakitangan sokongan.

Seseorang pengetua yang menjadi tunggak institusi sekolah mestilah mempunyai time frame dalam
menyiapkan sesuatu program atau projek yang dirancang. Ketepatan masa amat penting kerana beliau akan
memberikan teladan kepada guru, kakitangan, dan murid-murid di sekolah. Pengetua juga merupakan
individu yang mengamalkan konsep pengurus sekolah, iaitu mewujudkan suasana kerjasama antara guru
dengan murid. Pengetua yang berkemampuan untuk mewujudkan suasana yang harmonis tentunya akan
disanjung sekali gus menjadi model kepada orang-orang bawahan dan murid-murid.

Berfikiran terbuka juga merupakan ciri seorang pengetua yang boleh dijadikan contoh. Pengetua
yang mempunyai sikap ini akan sentiasa mendengar pandangan daripada pihak lain seperti guru, ibu bapa
mahupun murid. Dalam pada itu, pengetua hendaklah seorang yang tabah terutama sekali ketika menghadapi
masalah atau cabaran. Blumberg dan Greenfield (1986) pula berpendapat bahawa ciri penting yang perlu ada
pada diri seorang pengetua adalah bijak dan pintar dalam bertindak serta mempunyai daya usaha yang
tinggi. Pengetua hendaklah menjadi contoh dan model yang baik kepada kakitangannya. Selain itu, pengetua
juga hendaklah mempamerkan sikap yang terpuji. Seterusnya, pengetua yang baik akan memberikan
peluang kepada guru-guru dan kakitangannya untuk menonjolkan kepemimpinan mereka. Dalam erti kata
lain, pengetua perlu bersikap profesional dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Jelaslah bahawa seseorang pengetua itu mestilah merupakan individu yang berwibawa dan berkaliber
serta dapat mempamerkan kualiti kepemimpinan dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memimpin.
Ciri-ciri sedemikian membolehkan beliau menjadi seorang yang berpengaruh, dan seterusnya menjadi
peneraju utama sekolah yang menjadi ikutan kepada orang bawahannya serta dapat melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengetua Penjana


Transformasi Pendidikan Negara’ oleh
Izani Hj Daud, Wadah Siswa, 2013)

Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempamerkan kualiti.


(2 markah)

(ii) Dalam petikan ada dinyatakan tentang kebaikan yang akan diperoleh jika seseorang pengetua itu
mempunyai bakat kepemimpinan.

Apakah kebaikan-kebaikan tersebut?


(3 markah)

(iii) Keharmonian dalam kalangan warga sekolah amat penting untuk mewujudkan suasana yang
ceria dan selesa di sekolah.

Sekiranya anda seorang pengetua, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk
menjaga keharmonian warga sekolah?
(4 markah)

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - SEGAMAT, JOHOR

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-
kepentingan hutan tanah tinggi dan usaha-usaha untuk mengekalkannya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hutan adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkaya kehidupan
manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks, iaitu melibatkan air, tanah, atmosfera,
tumbuh-tumbuhan, dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa
jenis. Antaranya termasuklah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh,
dan sebagainya. Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia ialah hutan hujan tropika. Di Malaysia juga
terdapat sebahagian kawasan hutan yang berada di tanah tinggi yang melebihi 300 meter dari aras laut.
Hutan ini dipanggil hutan tanah tinggi.

Kebanyakan kawasan hutan tanah tinggi di negara ini menjadi sumber bekalan air bersih. Hutan
tanah tinggi menyimpan air bersih dan melepaskannya apabila kandungan airnya bertambah. Apabila hujan
turun, terutamanya sewaktu musim hujan, hutan tanah tinggi ini akan bertindak menyerap sejumlah besar air
melalui akar pokok. Air yang terperangkap di bawah tanah akan memasuki anak sungai yang membentuk
kawasan bekalan air yang sedia digunakan pada musim kemarau. Hutan tanah tinggi juga bertindak sebagai
penapis semula jadi bagi air hujan. Hutan ini dapat mencegah hujan daripada terus menimpa tanah dengan
terlalu kuat sekali gus dapat mencegah kerosakan bahagian lapisan atas tanah.

Hutan tanah tinggi yang terdapat di banjaran utama negara kita pula merupakan kawasan yang dapat
membekalkan sumber hutan. Hutan tanah tinggi ini membekalkan kayu balak dan ramuan ubat-ubatan.
Kayu balak dan pelbagai ramuan ubat tradisional daripada pokok-pokok di hutan ini menjadi sumber rezeki
bagi sesetengah pihak. Malah, hutan ini menjadi sumber kepelbagaian biologi. Hutan tanah tinggi ini turut
berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan tanah tinggi ini terdapat
berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun, dan kacang yang menjadi sumber makanan hidupan. Selain itu,
hutan tanah tinggi ini menjadi habitat bagi beraneka spesies flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti-aktiviti
manusia yang tidak terkawal telah menjejaskan ekosistem kawasan tanah tinggi tersebut. Antara ancaman
kawasan hutan tanah tinggi ini termasuklah pengambilan sumber galian dan pembalakan serta pengambilan
spesies tumbuhan penting untuk tujuan komersial. Kelemahan dalam perancangan pembangunan dan
pengurusan serta penggunaan tanah secara berleluasa turut menjadi ancaman kawasan hutan tanah tinggi.
Ancaman-ancaman ini perlu dikawal untuk mengekalkan sumber hutan negara.

Faedah hutan tanah tinggi yang lain ialah hutan ini bertindak sebagai tempat rekreasi dan
pelancongan. Misalnya, terdapat beberapa buah taman negara yang terletak di hutan tanah tinggi. Taman
negara ini menjadi daya tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam
semula jadi. Di samping itu, hutan ini juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat
bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan bagi mendapatkan imput baharu untuk
meningkatkan kesihatan masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada“Lindungi Kawasan Tanah


Tinggi”
Oleh Ridzuan Mohamad,Dewan Masyarakat, Mac 2014

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut denga menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata sumber rezeki. ( 2 markah)

( ii ) Pengarang ada mengemukakan beberapa ancaman kawasan hutan tanah tinggi yang perlu dikawal
untuk mengekalkan sumber hutan negara.

Nyatakan ancaman-ancaman tersebut. ( 3 markah)

( iii ) Pada pendapat anda, huraikan kesan-kesan pembalakan secara tidak terkawal di kawasan
hutan tanah tinggi kepada alam sekitar.

( 4 markah)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - SELANGOR

Soalan 1
Rumusan (30 markah)

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif
penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat
tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas.
Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia
berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat
dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan
imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa
Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan
media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat
murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media baru ini.
Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering dijadikan wahana
untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di
sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak
dilakukan dalam Internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin
tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan
wanita dan menarik cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini, menyebabkan Internet
digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut
menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin pemegang hak
ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang
siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan
penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet
sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil
Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna’ oleh Salmah Ali
Majalah Siswa, Jun 2012)
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana?


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan Internet.

Nyatakan kebaikan tersebut.


[3 markah]

Laman web mata pelajaran banyak membantu murid untuk belajar. Terdapat
banyak laman web mata pelajaran yang boleh dilayari oleh murid-murid.

(iii) Pada pendapat anda apakah ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik
minat pelajar?
Kemukakan tiga pendapat anda. [KBAT]
[4 markah]

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - TANGKAK, JOHOR


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani jenayah
siber dan masalah-masalah menangani jenayah siber. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Istilah alam siber digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan
komputer, teknologi maklumat dan pelbagai budaya. Internet merujuk dunia dalam talian sebagai media
komunikasi. Setiap individu di alam siber mempunyai kuasa tersendiri dengan bersembunyi di sebalik nama
samaran. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada jenayah di alam siber seperti mangsa ditipu menerusi
Internet yang melibatkan kerugian wang ringgit, khususnya menerusi laman sesawang “bank palsu”. Pengguna
juga terpedaya dengan propaganda yang belum tentu kesahihannya. Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan
yang perlu dipatuhi oleh pengguna, antaranya penggunaan program antivirus yang menyediakan perlindungan
secukupnya kepada komputer peribadi.

Dalam dunia Internet, terdapat segelintir golongan yang menceroboh sistem komputer yang dikenali
sebagai penggodam. Bagi mengelakkan penggodaman berlaku, kata laluan mestilah sentiasa dilindungi supaya
lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain. Jenayah siber juga boleh berlaku melalui e-mel. Oleh itu,
pengguna jangan sesekali membuka e-mel yang meragukan daripada pihak yang tidak dikenali. Jika pengguna
ingin juga membuka e-mel berkenaan, pastikan tidak terus mengklik pautan yang disediakan kerana lazimnya
transaksi rasmi dalam talian tidak akan menghantar e-mel yang mempunyai pautan di dalamnya. Sekiranya
terdapat lampiran yang dihantar, kita disarankan mengimbas lampiran terlebih dahulu sebelum membukanya.

Selain itu, pengguna hendaklah berhati-hati apabila bersembang dengan orang yang tidak dikenali di
alam siber. Hal ini demikian kerana banyak kes jenayah dan salah laku sosial bermula daripada ruangan
sembang di Internet. Kita juga diharapkan tidak mudah membuat janji temu dengan kenalan di alam siber.
Sekiranya bersetuju bertemu, bermakna sebelah kaki sudah termasuk dalam perangkap penjenayah siber. Begitu
juga pengguna jangan sesekali memberikan kepercayaan dengan mendedahkan maklumat peribadi kepada
individu yang baru dikenali menerusi Internet.

Seterusnya, pengguna jangan mudah membayar wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang
dijanjikan. Pengguna juga jangan mudah menjadi responden soal selidik yang diuruskan oleh individu yang
tidak dikenali di alam siber yang sebenarnya hanya bertujuan untuk menjanakan pendapatannya. Bertitik tolak
daripada situasi tersebut, pengguna Internet usah mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi kaya dengan
cepat menerusi iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Iklan sebegini biasanya meminta
pengguna mengeluarkan sedikit wang sebagai modal. Namun, pilihan terletak di tangan pengguna untuk menilai
maklumat yang dipaparkan dalam Internet itu benar atau sebaliknya.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Etika di Alam Siber”


oleh Zuraidah Hanim binti Md. Akhir, Dewan Siswa, Februari 2013)
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata media komunikasi.


[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan negatif penggunaan Internet kepada
pengguna.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada hari ini, terdapat segelintir pengguna yang menyalahgunakan Internet.
Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab remaja terjebak dengan masalah penyalahgunakan
Internet.
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - TERENGGANU
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengubah budaya.


[2 markah]
(ii) Pengarang berpendapat bahawa sungai-sungai di bandar sebagai tempat paling
memualkan. Nyatakan sebab-sebab pengarang berpendapat sedemikian.
{3 markah}

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan sungai
sebagai destinasi pelancongan?
(4 markah)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - MRSM
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 - SBP
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 – KUCHING, SARAWAK

Soalan1 :Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan sekolah dalam
mentransformasikan pendidikan negara dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid cinta akan
sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sekolah ialah institusi yang paling penting dalam usaha kita untuk menjayakan transformasi
pendidikan negara. Aspek utama yang diambil kira dalam usaha ini antaranya adalah seperti budaya sekolah,
peranan guru, disiplin murid, aktiviti kokurikulum dan aspek kepemimpinan. Perkara-perkara ini bertepatan
dengan peranan sekolah untuk meningkatkan pencapaian semua murid. Perkara paling utama yang perlu
dilakukan adalah untuk melahirkan golongan murid yang mempunyai minat membaca yang tinggi kerana
membaca menjadikan minda murid berkembang serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Selain
pencapaian akademik, pencapaian dalam bidang kokurikulum juga penting kerana kejayaan dalam bidang ini
juga dapat mengangkat status quo sekolah.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak sekolah juga harus menyediakan kelengkapan fizikal yang selesa,
ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, etika kerja
cemerlang dalam kalangan warga sekolah perlu ditekankan. Hal ini dikatakan demikian kerana segala
kejayaan dan kegagalan murid bergantung kepada pihak sekolah, iaitu pengetua dan guru-guru.
Kepemimpinan pengetua dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali dalam mempengaruhi
kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial sekolah juga
mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid antara sekolah di negara
kita.

Sekolah juga harus sentiasa bersedia untuk melakukan setiap perubahan yang dapat memberikan
nafas baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain banyak memberikan ruang kepada guru
untuk berinovasi dalam pengajaran. Dalam masa yang sama, sekolah juga perlu berusaha untuk mengasah
bakat kepemimpinan murid melalui aktiviti kokurikulum yang terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu unit
beruniform, kelab dan persatuan. Bakat kepemimpinan ini dapat diterapkan melalui jawatan yang dipegang
oleh murid-murid seperti pengerusi, setiausaha, bendahari mahupun sekadar ahli jawatankuasa.

Selain melibatkan warga sekolah, pihak sekolah juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan
kerjasama dengan ibu bapa kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan akademik dan
pendidikan moral perlu dilakukan bersama-sama oleh kedua-dua pihak bagi menjamin keberkesanan
hasilnya. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menggalakkan penglibatan pihak luar yang berilmu dalam
aktiviti sekolah supaya usaha yang dilakukan dapat dikembangkan dari semasa ke semasa sejajar dengan
keperluan dalam masyarakat dan negara. Walaupun kemungkinan besar akan menghadapi beberapa cabaran,
prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” boleh diaplikasikan oleh semua pihak.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Sekolah dalam Mentransformasikan Pendidikan Negara’ oleh
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Pelita Bahasa, Bil. 9/2014
Soalan2 :Pemahaman

Soalan2 (a)– Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata transformasi pendidikan. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang mempengaruhi perbezaan dalam pencapaian akademik
murid antara sekolah di negara kita.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain mengaplikasikan prinsip ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, apakah
usaha-usaha lain yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk
meningkatkan prestasi sekolah?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2016 – PAHANG

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca yang merosakkan
perkembangan sahsiah anak-anak dan impaknya kepada anak-anak Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan

Tiada siapa-siapa mengaku mudah menjadi ibu bapa. Susah senang dan kekecewaan membesarkan
anak, lumrah bagi kebanyakan pasangan. Jarang-jarang ditemui anak 'baik' atau ibu bapa sempurna'. Kita
semua biasa membuat kesilapan. Dalam usaha untuk membentuk anak-anak menjadi cemerlang, ibu bapa
kadang kala tersilap langkah dengan tindakan yang keterlaluan sehingga menjejaskan perkembangan sahsiah
anak-anak mereka.

Perkembangan sahsiah anak-anak boieh terencat apabila ibu bapa melakukan kawalan tingkah laku
secara keterlaluan Jika terlalu banyak sekatan atau terlalu mengawal pergerakan, anak-anak menjadi degil
dan melawan.Seharusnya, anak-anak tahu bahawa tindakan ibu bapa sebenamya untuk mengajar yang baik
atau yang buruk. Jika anak banyak karenah, dia sebenarnya mahukan perhatian. Pada masa yang sama, ibu
bapa juga sering membuat semua keputusan untuk anak-anak mereka. Memutuskan sesuatu untuk anak
menyebabkan anak rasa tidak berupaya dan bergantung kepada ibu bapa Menjaga anak tidak bermakna
semua keputusan dibuat oleh ibu bapa Anak juga mahukan pilihan sendiri. Bagi membentuk sikap berdikari,
anak perlu memilih dan belajar membuat keputusan

Sukarnya menjadi ibu bapa pada zaman ini kerenah anak-anak menjadikan kita senng berendam air
mata Bagi ibu bapa yang mudah tersentuh hati, mereka sering mengancam untuk meninggalkan anak-anak
Anak paling takut ditinggalkan kerana sejak kecil anak-anak menyedari mereka tidak boleh hidup tanpa ibu
bapa Sekiranya ibu bapa mengancam meninggalkan anak tanpa mengira alasan, perkembangan jiwa anak
yang masih rapuh akan berasa keselamatannya tergugat Ibu bapa juga selalu menghukum anak-anak ketika
tidak dapat mengawal perasaan Ada ketikanya, hampir semua ibu bapa hilang pertimbangan kerana terlalu
marah sehingga sanggup mencederakan anak. Jika ibu bapa dapat mengawal perasaan, lagi mudah anak
belajar memahami perasaan dan bersimpati kepada ibu bapa mereka.

Ibu bapa juga sering berjanji walaupun tahu tidak berupaya menepatinya Semasa berjanji, ibu bapa
sebenarnya menghidupkan fikiran khayalan anak-anak bahawa apa-apa yang mereka hajati akan
ditunaikan oleh mereka yang tersayang Mereka akan meminta perkara yang bukan-bukan dan menyangka
ibu bapa akan memenuhi setiap permintaan tersebut berdasarkan anggapan mereka sendiri Jika tidak
tertunai. kepercayaan yang dibina terhadap ibu bapa akan tergugat. Selain itu, ibu bapa juga sering
mengelirukan anak-anak dengan arahan yang tidak jelas. Anak mudah belajar apabila menerima arahan yang
jelas. Mereka akan menjadi keliru jika tbu bapa sendirt yang melakukan perkara yang sebaliknya Kettka
mengajar anak berbuat baik kepada binatang tetapi kita sendiri yang mengamayai binatang. arahan itu
menjadi tidak jelas Apabila semua ini kita lakukan, anak tidak mempercayai kita lagi. Kita telah menyebab
mereka marah. kecewa dan tidak selamat.

Kedapatan juga ibu bapa yang sering mengejek anak-anak dengan panggilan yang tidak baik Setiap
perkara yang didengar akan terpahat dalam minda, tersembunyi dalam fikiran bawah sedar sehingga boleh
menganiayai diri anak itu sendiri setelah dewasa Lebih malang lagi, ibu bapa berkomunikasi secara satu hala
sahaja dengan anak-anak Anak-anak diminta mendengar sahaja setiap arahan atau perintah ibu bapa tanpa
diberi peluang untuk meluahkan isi hati mereka Walaupun mereka menjadi pendengar yang setia namun
mungkin menjadi pemberontak pada suatu han nanti. Ingat. kita tidak sempurna. Sebagai ibu bapa, kita
pernah membuat kesilapan. Sifat kanak-kanak keras dan tidak mudah dibentuk Kerosakan akan berlaku
apabila perbuatan ibu bapa yang tidak baik bertaku berulang-ulang daiam tempoh yang panjang. Walaupun
anak-anak bersifat manja namun didik dan lenturlah mengikut acuan yang betul agar perkembangan sahstah
mereka menjurus kepada kecemerlangan dunia dan akhirat

( Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran Membangunkan Sahsiah Anak-Anak


oleh Suraiyati Mohd Salleh,
Majalah ANIS, Bil 02 2015 )

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 ( a ) - Petikan Umum

Rerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

( i ) Berikan maksud rangkai kata apa-apa yang mereka hajati akan ditunaikan

[2 markah ]

( ii ) Ibu bapa tidak harus sepenuhnya membuat keputusan untuk anak-anak mereka.

Nyatakan kesan-kesan baik sekiranya anak-anak diberi peluang untuk membuat

keputusan sendiri.
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk
menggalakkan anak-anak berbincang masalah dengan mereka?
[ 4 markah ]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 - JOHOR

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan industri
pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun tersebut,
industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan pendapatan
berjumlah RM72 bilion.

Sejak pengenalan Program Tranformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil daripada kempen promosi
tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dan Thailand’. Malahan, industri ini
telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu,
Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema '1 Bilion Pelancong, 1 Bilion
Peluang' telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan
2020. Sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri
itu mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo
sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman langkah-langkah
proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat
aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India.
Langkah ini melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas
baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat
tersebut sebagai suatu destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.

Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi
membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah membolehkan aspirasi
kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan terdapat keperluan untuk
mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan memainkan peranan penting bagi
memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.

[Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi negara’ Berita Harian, Oktober 2015]
Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai merealisasikan potensi ?


[2markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa beberapa usaha kerajaan untuk memajukan industri
pelancongan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut.
[3 markah]

(iii) Masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan industri
pelancongan di Malaysia.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab.
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – KEDAH

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan disiplin
dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan,
etika sosial mahu pun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan
pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia tetap akan berasa bersalah kerana
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga boleh
menjejaskan hubungan antara individu berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya.
Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan
tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk
menyekolahkan anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri murid akan memberi persepsi positif dalam
kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin kelihatan
berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik
lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid daripada
melakukan perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah
dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah.
Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam kelas
semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat belajar dengan
tenang dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar. Lantaran itu, murid dapat
memahami kandungan pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama, murid
tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau lewat
masuk ke kelas. Hal ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program sekolah
dengan lancar. Faktor disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan seseorang
murid dalam pelajaran. Hal ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan, murid yang
mempunyai tahap disiplin tinggi dapat menempa kejayaan cemerlang.
Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu yang
disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam pembelajaran.
Oleh itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid sangat penting dalam
mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid tidak akan ke mana-mana dan sukar
untuk beroleh kejayaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Disiplin
Perisai Kawalan Diri’
oleh Izani Hj. Daud,
Wadah Siswa, Januari 2013
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi positif berdasarkan petikan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kesan jika para murid tidak berdisiplin.

Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi insan yang berakhlak
mulia dan bersahsiah baik.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mendisiplinkan anak-anak?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 - KELANTAN
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – KUALA LUMPUR

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan
kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa.
Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja
terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak
sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada
peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak
memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda
seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai
tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat
pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga
terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami
masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu
berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah
jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami
oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru
dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui
kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami
kemurungan.

Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi
untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada
masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang
sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa
kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal
melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citaka. Keadaan ini
menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang
serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana
yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Atasi Kemurungan Remaja”
Oleh Noor Azam Abdul Rahman
Dewan Masyarakat, September 2015.
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah.
[2markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah
kemurungan.

Apakah alasan-alasan tersebut?


[3 markah]

(iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan
masyarakat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak
terjebak dengan masalah kemurungan?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – MELAKA

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kurang suburnya
perasaan kesetianegaraan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Rakyat negara ini sentiasa mengalu-alukan setiap langkah yang diambil kerajaan untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Namun begitu, kita harus berwaspada kerana kemewahan
pun boleh melalaikan kita daripada mengentalkan perasaan patriotik. Sekalipun banyak tafsiran tentang
patriotisme, namun kesetianegaraan itu tidak dapat lari daripada maksud kecintaan atau rasa
tanggungjawab dan kesediaan berkorban untuk negara dan bangsa.

Jika dihuraikan dengan lebih spesifik, kesetiaan negara itu merupakan suatu ungkapan simbolik
yang menyatakan bahawa setiap rakyat perlu memiliki rasa bangga terhadap negara tempat tumpah
darahnya. Sebagai warganegara, seseorang itu wajib menjunjung tinggi nama baik negaranya. Perkara
yang mendorong berlaku hal sebaliknya daripada perbincangandi atas berpunca daripada sikap kita
yang tidak menyanjung tinggi bahasa kebangsaan baik dalam majlis rasmi atau ketika menggunakannya
dalam urusan awam. Kini, sudah banyak rungutan bahawa anggota masyarakat kurang memberikan
tumpuan terhadap penggunaa n bahasa kebangsaan secara meluas. Kecuaian itu memperlihatkan kita
sendiri kurang bersikap patriotik terhadap bahasa kebangsaan. Jika kita mengambil mudah tentang
perkara ini, maka sukarlah kita hendak mengharapkan orang asing menghormati bahasa kita.

Satu persoalan lain yang hangat diperkatakan ialah masalah rasuah yang didakwa berlaku di
negara kita. Gejala ini merebak jika tidak dibendung kerana perasuah tidak takut melakukannya. Mereka
ini tidak ubah seperti barah yang harus dibanteras agar tidak melumpuhkan keseluruhan sistem
kenegaraan yang kita sanjung selama ini. Berlakunya penularan rasuah ini berpunca daripada semangat
patriotik membenci rasuah yang tidak menonjol dalam kalangan rakyat kita. Sebagai sebuah negara
yang bergerak ke arah mencapai status negara maju, kita sukar membendung kemewahan yang kian
menular dalam masyarakat. Di samping itu, budaya kepenggunaan yang tinggi dan materialisme yang
mencengkam hidup rakyat turut menyebabkan masyarakat alpa akan kesetianegaraan. Walaupun
sebahagian anggota masyarakat kita prihatin akan kesetianegaraan dan berharap agar ada langkah yang
diambil untuk menyuburkannya, namun harapan itu kurang berkesan kerana tidak ada kesungguhan
untuk menggerakkannya. Kesetianegaraan mempunyai ciri ritualnya yang ditanamkan ke dalam sanubari
rakyat khususnya golongan muda.

Pada masa ini, agensi kerajaan dan rakyat kurang menggembleng tenaga untuk menghidupkan
norma kesetianegaraan itu semula. Tambahan pula, generasi pascamerdeka tidak begitu menghayati
semangat hari kebangsaan. Ramai daripada mereka tidak memahami pengertian hari kebangsaan.
Perkara ini akan menghakis rasa kesetianegaraan dalam kalangan golongan pewaris ini. Kita harus ingat
bahawa rasa kesetianegaraan sebagai salah satu jati diri bangsa kita yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama, dan kebudayaan. Jika rasa kesetianegaraan dapat disebatikan dalam jiwa setiap rakyat,
sudah tentu perpaduan rakyat menjadi lebih kukuh dan utuh.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana


Suburkan Perasaan Kesetianegaraan
oleh Abdul Samad, Utusan Malaysia.
Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik.


[2 markah]

(ii) Mengapakah perasuah dianggap sebagai musuh negara?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan bagi memupuk
semangat kesetianegaraan dalam kalangan generasi muda?
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – MRSM
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – NEGERI SEMBILAN
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – PAHANG
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – PERAK
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-
kepentingan menabung bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan
remaja menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi120 patah perkataan.

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga
terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari
ini memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara
itu sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan
ini lama-kelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapanya
mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu
bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung
yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan.

Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala
tangan mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik
golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat- ingat semasa
senang mampu mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal
ini dikatakan demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada
masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau
hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh
daripada keluarga.

Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan
mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari
dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikan kerana kos belajar di
institusi pengajian tinggi agak mahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau
biasiswa, remaja tetap perlu menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit
semasa pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya seseorang itu mempunyai
wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa
ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Amalan menabungdalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin
dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi
batas keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat
cermat dan suka menabung pula akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka
memilih untuk menabung dengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar
faedah tetap ataupun sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan
beberapa syarat lain mengikut syariat Islam. Mereka juga boleh melabur wang dalam saham
amanah yang banyak terdapat di negara kita. Pengurusan kredit secara berhemah ini
membantu golongan remaja mencapai ketenangan minda.

(Dipetik dan diubahsuai daripada‘Budaya Menabung Masih Rendah’, oleh


Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015)
Soalan 2: Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lupa diri.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kaedah menabung yang menguntungkan remaja.

Nyatakan dua kaedah tersebut.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-alasan lain
yang biasanya dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung?

[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – PERLIS
Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan
minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia.
Oleh sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri.
Satu daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang
diperkaya dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu. Ada pelbagai
bentuk minuman berfungsi dalam pasaran. Sebagai contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman
isoton, minuman bertenaga dan minuman herba.

Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang
soya dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet
seperti psilium husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman
berfungsi berupaya menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi
golongan dewasa pula, minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan
kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula,
minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika
belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita selepas
menopaus untuk keseimbangan dalaman.

Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan
yang tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta prebiotik dan probiotik
minuman coklat ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi
masalah obesiti. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil.
Minuman berfungsi dalam bentuk makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus
buah dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah
baik penghidratan semula kanak-kanak kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi
segmen paling pesat berkembang disebabkan oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan
memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan, saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman
berfungsi juga mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna.

Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman.
Minuman yang mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba, seperti ginko dan
echinacea menjadi sangat popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang
makin mendapat tempat di hati pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini mampu
mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat
merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi
atau secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam
kehidupan masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar
sentiasa menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan’
oleh Nurraihana Hamzah,
Dewan Kosmik, Januari 2016

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling
pesat berkembang di pasaran.

Apakah faktor-faktor tersebut? [3 markah]

(iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.

Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi? [4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – PULAU PINANG

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelaburan kepada masyarakat serta
usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru yang menawarkan kelebihan bagi pelaburan
langsung asing. Demi menggamit para pelabur cenderung untuk menanam modal di negara kita,
kerajaan mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama
prasarana yang lengkap. Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk
menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan
menjayakan projek-projek pelaburan asing. Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat
dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh
pihak kerajaan tersebut terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama.

Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi
masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk
bekerja semakin berkurang. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu
dapat menyara kita pada usia tua kelak. Dengan adanya aktiviti pelaburan, banyak peluang pekerjaan
dapat diwujudkan. Hal ini bermakna aktiviti pelaburan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu
terutama dalam sektor perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali gus dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi
dalam kalangan masyarakat dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial serta peningkatan kadar jenayah.
Hal ini sekali gus dapat menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, pelaburan penting untuk
pendidikan anak-anak pada hari ini. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah
semakin mahal. Sekurang-kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa hari ini mampu mengurangkan
bebanan kewangan dalam menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak

Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat mengurangkan
bebanan kewangan rakyat. Hal ini demikian kerana, kenaikan harga barang boleh menimbulkan
keresahan dalam kalangan masyarakat. Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara.
Melabur seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan.
Pelaburan dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara kerana teknologi dari luar negara
serta kepakaran tenaga kerja dibawa masuk ke negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat
memberikan pendedahan teknologi makumat dan komunikasi terkini kepada masyarakat yang
merupakan nadi utama untuk mempergiat pembangunan negara. Pelaburan merupakan pemangkin
pembangunan ekonomi negara. Pelaburan dapat mengatasi kemelesetan ekonomi serta dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan dan
aspirasi negara. Pelaburan awal akan memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan
melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini agar masa depan lebih terjamin.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Pelaburan


Kepada Masyarakat’ Oleh Nazmy Shah Sannusi, Dewan
Masyarakat Januari 2013
Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan keresahan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa kadar pengangguran yang tinggi boleh mengundang pelbagai kesan negatif.

Kemukakan kesan-kesan negatif tersebut.


[3 markah]

(iii) Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan negara.

Jelaskan pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi muda hari
ini melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – SABAH

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi di negara kita yang bijak menguruskan kewangan. Kebanyakan
daripada merekagagal menguruskan kewangan atas pelbagai factor. Antarantya, mereka lebih mementingkan gaya
hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar
atau alat berteknologi tercanggih di pasaran dan bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini
menunjukkan generasi muda perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi semasa
berlakunya kegawatan ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak membazir ketika berbelanja.
Hal ini dikatakan demikian kerana sebilangan daripada mereka gemar membeli barangan berjenama yang mahal
harganya yang menyebabkab mereka menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan. Mereka sepatutnya
menyediakan senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan sentiasa terurus.

Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik wang pinjaman
pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan
bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut. Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat
menguruskan kewangan masing-masing. Dalam hal perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej
perkahwinan yang terdapat di pasaran. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan
masing-masing. Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan penghidupan baru dalam
berkeluarga. Oleh hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu
bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung untuk dijadikan
wang pendahuluan bagi membeli rumah. Sebenarnya,pembelian rumah pada usia muda adalah lebih baik untuk
mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah, mereka perlulah
memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulanan isi rumah.

Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga merancang untuk melancong.
Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kerana pelancongan
merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal
untuk menguruskan kewangan bagi tujuan melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah mengikut nafsu ketika
berbelanja terutamanya apabila kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila mendapat bonus,
pelbagai keinginan akan terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabot baharu dan percutian. Pengurusan
kewangan menjadi semakin mencabar apabila kad kredit mudah dimiliki.Penggunaan kad kredit secara sewenang-
wenangnya menyebabkan penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu, perbelanjaan dengan menggunakan
kad kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam pengurusan kewangan seseorang bergantung pada usaha
masing-masing.

Dipetik dan diubah suai daripada


„Gen Y Suka Membazir‟ oleh Alzahrin Alias,
Berita Harian, 15 Mac 2014
Soalan 2(a) -Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan mengggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengeratkan hubungan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa generasi muda gagal menguruskan kewangan atas
pelbagai faktor.
Kemukakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]

(iii) Aktiviti melancong bersama-sama keluarga memerlukan kos yang agak tinggi. Jelaskan
pendapat anda tentang cara-cara untuk memastikan aktiviti melancong bersama-sama
keluarga tidak membebankan kewangan.
[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – LIMBANG, SARAWAK

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
kemerosotan nilai kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai
kejiranan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan
atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru sesebuah
kawasan kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan pangsapuri. Orang tua-tua pernah
berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat
serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat
kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta membolehkan semua anggota masyarakat memahami
antara satu sama lain sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Sepakat”. Keadaan ini bukanlah
sesuatu yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang
pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-
jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar.
Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan
hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja memaksa masyarakat keluar
pada awal-awal pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk
diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga atau
masa untuk berehat dan bersantai di rumah selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan
pekerjaan. Jurang status sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat
kejiranan apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa
untuk bergaul dengan jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus yang tidak
mahu bergaul dengan golongan yang berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak layak bergaul dengan
mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang berbeza.
Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap saling tidak
mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama bangsa dan agama juga
berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masing- masing sibuk dengan hal sendiri.
Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan sikap dengki atau benci-membenci dalam
kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud dalam kalangan masyarakat , perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung.
Dengan pelbagai gajet dan aplikasi yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam
talian. Tambahan pula, struktur reka bentuk perumahan moden yang berhalangan dengan pagar, tembok,
dan pengawal keselamatan menambahkan sikap individualistik yang sememangnya sudah tersemai dalam
diri.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Kemerosotan Nilai Kejiranan
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Mac 2017)
SULIT 3 1103/2

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata keakraban terhakis. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan mengamalkan semangat kejiranan dalam menjalani
kehidupan bemasyarakat.

Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?


[3 markah]

(iii) Jiran sepakat membawa berkat, jiran keparat membawa mudarat.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran?

[4 markah]
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – SBP
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – SELANGOR
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – TERENGGANU
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2017 – YAYASAN ISLAM KELANTAN

Вам также может понравиться