Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 Pengenalan

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan tentang
dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
pengkarya berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni.

Penggunaan elemen-elemen seni dalam penghasilan karya asemblaj adalah sangat


penting. Preble, Sarah. (1994), ‘Form is what we see; content is what we interpret as the
meaning of what we see’. Ianya tidak lengkap jika kita tidak menyentuh tentang ‘form and
content’ atau bentuk dan makna didalam sesuatu penghasilan hasil karya seni terutamanya seni
asemblaj.

Dalam pembelajaran seni asemblaj, elemen bentuk dan ruang adalah bahasa yang tidak
dapat dipisahkan. Bentuk fizikal dan ruang fizikal senantiasa menjadi olahan oleh pengarca.
Disebabkan sifat semulajadi didalam disiplin ilmu seni yang lebih menekankan kepada cantuman
bahan-bahan tertentu serta penggunaan elemen-elemen seni secara fizikal (3D) maka ianya
adalah satu pendekatan yang sangat baik untuk pelajar mendalami konsep asas bahasa seni
tampak.

Definisi Asemblaj
Asemblaj merupakan cantuman bahan-bahan kutipan yang disusun dan dibentuk menjadi karya
yang mempunyai maksud tertentu. Idea penghasilan sama ada karya dua dimensi atau tiga
dimensi yangterhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai.Ia merupakan cabang daripada
abstrak ekspressionisme.

Hasilan karya mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu
makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua
dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahagian atau komponen yang
berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna.

1.1 Asemblej 2D dan 3D

Asemblaj 2D merupakan karya yang seni rupa yang dapat dilihat secara permukaan dan dari
segi panjang lebar serta keindahannya. Biasanya berupa gambar dan ukiran,dan hanya dapat
dinikmati dari depan atau satu arah saja.contoh Asemblaj 2D.

Manakala Asemblaj 3D merujuk kepada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar atau
nyata. Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa serta disentuh. Asemblaj 3D juga
merupakan objek yang bersifat konkrit, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah.
Contoh karya 3D
1.2 Alat Dan Bahan/Teknik Asemblej

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya asemblaj
bergantung pada pemilihan kriteria tajuk olahan karya yang hendak dihasilkan. Kebiasaannya
bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan
menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni
ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar Pelbagai alat
dan bahan seperti gam, kayu, bahan buangan dan sebagainya yang sesuai mengikut tajuk dan
aktiviti.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat
binaan. Antaranya ialah melalui teknik, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan
dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang
digunakan.

1.3 Contoh Hasil Karya Pelukis Tempatan (Syed Ahmad Jamal Dan Anthony Lau)

ANTHONY LAU

Tajuk : ”Rimba’ (1969)

Bahan : Besi
Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi

'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu


02. ASEMBLAJ

Bahan Asemblaj berperanan seiring dengan elemen-elemen seni yang lain dalam
memberi makna kepada sesebuah hasil asemblaj. Hasilan akhir karya asemblaj bukan sahaja
bergantung kepada subjek atau tema, komposisi elemen-elemen seni tampak tetapi juga hasil
gabungan kesan daripada bahan dan teknik.

Teknik akan berpandukan kepada bahan. Bahan berperanan di dalam memperjelaskan


bentuk asemblaj secara fizikal dan realistik. Diantara bahan yang sering digunakan ialah gam,
playar, ragum, gunting, bahan terbuang dan sebagainya. Manakala sekarang ini bahan-bahan
daripada industri banyak sekali digunakan dalam proses pemorigami asemblaj seperti besi,
simen, plaster of paris, kepingan logam, timah, tembaga dan banyak lagi yang boleh didapati
dikedai-kedai pertukangan.

2.1 Ciri-Ciri Asemblej

Asemblaj boleh dianggap menarik dan cantik apabila memenuhi kriteria pembuatan,
olahan yang kemasan serta memenuhi specifikasi idea yang hendak dizahirkan.

Bahan dan segalanya mestilah kuat, kukuh dan selamat. Ianya juga perlu difikirkan
untuk jangka hayat yang lebih lama supaya hasil karya lebih lama boleh dilihat. Bahan juga
boleh dipelbagaikan dengan cara adunan dan pemasangan yang baik kerana ianya boleh memberi
satu gubahan yang artistik.

Ciri yang seterusnya ialah, penghasilan karya perlulah diterapkan dengan


mengaplikasikan prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni
dan kesatuan yang menarik. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang
menampilkan ciri-ciri estetika. Ciri-ciri bahan dan sifatnya yang tersendiri adalah menjadi
identiti kepada hasilan karya asemblaj. Ciri-ciri bahan dan sifatnya haruslah dihormati dengan
cara mencuba pelbagai kaedah dan teknik bagi mendapatkan keunikan sifat bahan tersebut.
Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj.
i. Menepati Tema dan Tajuk

Hasilan karya harus menepati sasaran yang hendak dizahirkan.Tema bergantung kepada
kehendak perngkarya sama ada bermaksud untuk mencetuskan ktirikan terhadap masyarakat,
sindiran, emosi dan sebaganya.

ii. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan


Bahan binaan ini mestilah sedondong dan saling melengkapi serta mudah diaplikasikan. Karya
semblaj adalah bebas, pengkarya bebas menggunakan apa sahaja bahan terbuang atau yang
bersesuaian dengan kehendak karya. Ini kerana asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman.
Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan
bahan subjek yang mewah dan pelbagai.

iii. Asemblaj yang Kuat Kukuh dan Selamat


Kriteria utamana asemblaj ialah olahan karya hasil daripada cantuman bahan yang memerlukan
alatan yang kuat dan kukuh. Oleh itu, material binaan haruslah kukuh dan selamat.

iv. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik


Pengintegrasian bahan dapat diolah dengan baik. Memenuhi kriteria sebuah karya seni yang
memenuhi elemen reka letak yang baik dan sesuai. ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai
mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek
yang berbeza-beza tetapi dalam satu kesatuan dalam kepelbagaian.

v. Mengaplikasi Asas Seni Reka Estetika dan Etika Pengkaryaan


Mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan. Apabila asas seni reka ini
diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi serta
mewujudkan satu keseragaman olahan seni yang menarik.

vi. Asli Unik dan Berketerampilan


Hasil karya yang unik yang tercipta dari idea serta gabungan manifesto bahan yang tersendiri dan
asli.
2.2 Persamaan Dan Perbezaan Asemblej 2D Dan 3D

PERSAMAAN 2D PERBEZAAN 3D
Ukuran panjang dan lebar. Hanya bole dilihat Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan,
tetapi tidak boleh di sentuh. bina semula dan reka bentuk semula bahan
konkrit yang pelbagai melalui proses artistik
dan estetik

Komposisi objek membentuk cerita, konotasi diperagakan di ruang luar bangunan, di taman-
makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna taman bunga, taman perumahan dan di beranda-
semakin besar gabungan objek yang dibina, beranda pejabat.
semakin besar makna dan cerita.

Memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru,
paksi simetri yang stabil. bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.

Tekstura boleh ditokok tambah pada asemblaj

Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu


mengambil kira rentak, pergerakan, kontra,
keseimbangan, kadar banding dan kesatuan
imej atau objek

Gambar yang lebih menekankan ugkapan nilai-


nilai subjektivitas,
Cantuman daripada pelbagai bahan buangan
yang berbeza
3.0 PERKEMBANGAN KARYA 2D DAN 3D DI MALAYSIA

Ruang lingkup dunia Seni Malaysia mudah dibuka dan diamati kerana jarak masa yang tidak
begitu jauh ditinggalkan. Dengan mengambilkira pandangan sejarawan seni yang membina batu
tanda 1930an sebagai permulaan Seni Lukis Moden Malaysia T.K Sabapathy (1976), Piyadasa
(1976), Muliyadi Mahamood (2001), Mohamed Ali Abdul Rahman (2000), maka baru 70an
tahun usianya. Namun diakui usia yang sebegini sememangnya telah punya pengalaman serta
kematangan yang bukan kepalang. Dalam waktu yang sama melihat seni yang belum ditandai
dengan batu tanda moden tadi turut berlaku. Syed Ahmad Jamal (1992) dengan Rupa dan Jiwa
mengupas penuh kehalusan hasilan Seni Rupa Melayu yang sebelumnya dipandang sebagai
barangan kraf semata. Keilmuan dari barat digunapakai oleh Syed Ahmad Jamal untuk
mengupas keunggulan seni rupa Melayu yang dikatakan jelmaan unsur-unsur dari alam semula
jadi kepada satu bentuk karya seni rupa.

Berdasarkan sejarah Asemblaj di Malaysia asemblaj tidak berkembang dengan meluas di


Malaysia seperti catan. Pengasemblaj yang membina asemblaj estetika moden hanya muncul
pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengasemblaj tempatan yang terkenal ialah Anthony
Lau, Latiff Mohidin ,Syed Ahmad Jamal ,Lee Kian Seng dan lain-lain. Pengasemblaj generasi
muda yang aktif ialah Mad Annuar Ismail ,Raja Shahriman Raja aziddin ,Chin Wan Kee ,Wong
Pei Yu dan lain-lain. Seterusnya,Baharuddin Mohd.Arus ,John Hii, Hasnul Jamal Saidon dan
lain-lain ialah pengasemblaj-pengasemblaj yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan
multimedia.

Pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an, seni di Malaysia lebih bersifat tradisi, seperti
goresan kayu, catan cat air, dan catan cat minyak. Ada kumpulan seni yang aktif dan berdaftar,
seperti Penang Art Society (1953), Thursday Art Group (1957), dan Wednesday Art Group
(1956). Pada awal abad ke-20, banyak pelukis berpaling daripada kaedah seni sebenar, iaitu
tujuan asas seni yang banyak meniru alam kepada penjelajahan kaedah pengucapan seni itu
sendiri, atau memasukkan unsur perasaan dan luahan pengalaman.
Kemudian pada era semasa Chin Wan Kee, Wong Pei Yu, Mad Annuar Ismail, Raja
Shahriman Raja Aziddin, dan lain-lain nama baru yang melopori bidang arca asemblaj di
Malaysia. Mereka merupakan generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya
menghasilkan karya.Seni Asemblaj di Malaysia boleh juga di kaitkan dengan ciptaan gabungan
arca asemblaj iaitu bentuk-bentuk berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya,
patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mariyang mempunyai cici-ciri seumpama
itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang diPengkalan Kempas Negeri Sembilan.

Dalam melakukan kajian tentang perkembangan 2D dan 3D di Malaysia, tidak dapat


tidak harus bermula dengan melihat latarbelakang dan perkembangan dunia senilukis Malaysia
itu sendiri. Dalam konteks seni arca, pergerakannya jika dibandingkan dengan catan, agak
terkebelakang khususnya di tahun-tahun 1960an dan 1970an. Antara punca situasi ini adalah
diandaikan ianya berkaitan dengan larangan agama yang menegah penampilan figura manusia
dan haiwan dalam penghasilannya (T.K. Sabapathy, 1976) .

Namun begitu ianya bukanlah suatu yang faktor yang tunggal dan jelas. Antara faktor
lain yang melambatkan perkembangan seni 3D adalah proses yang rumit untuk menghasilkannya,
kesukaran mendapatkan bahan serta kekurangan fasilitis dan akhirnya faktor kuranganya minat
kollektor seni untuk membeli arca. Pemahaman yang cetek serta kekeliruan sering timbul
tentang definisi arca dalam Bahasa Malaysia. Asemblaj juga sering dikaitakan dengan Arca
asemblaj dikelirukan dengan patung berhala, figura dan konsepsi avant garde secara cetek di
mana bahan buangan, kayu teras dan ketulan batu diterima sebagai arca. (Baharuddin Arus 1998).
Muliyadi Mahamood 2001 menyatakan antara lain faktor penyebab lambatnya pergerakan di
Malaysia adalah kerana kurangnya penekanan bidang pendidikan. Sementara Reda Piyadasa dan
Sulaiman Esa mengatakan bahawa “ pada amnya ketiadaan penglibatan dalam seni arca selama
ini dikalangan seniman kita, pasti menunjukkan bahwa mereka itu, selama ini, tidakberapa minat
dalam dimensi reality yang pelbagai itu, tidak seperti mana dalam penghasilan gambar-gambar
molek yang akan digantungkan di dinding” [6]

Tengku Sabri sering menyatakan perihal konsep seni 3D Malaysia yang terlalu
berkiblatkan kebaratan menyebabkan nili seni kraf tempatan terpinggir dan kekal sebagi seni
kraf yang hanya berkembang sebagai hasilan untuk cendermata dan hiasan. Beliau acapkali
meninggalkan persoalan sampai bila pengkarya, sejarawan dan para pendidik akan merujuk
pemikiran barat dalam setiap perilaku dan perkembangan seni arca itu sendiri.

Pengkarya di Malaysia kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media
dan juga material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ua isu-isu yang tersendiri
berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran. Terdapat asemblaj yang berbentuk
realis dan berimej abstrak. Keperluan asemblaj ini sekadar nilai keindahannya. Oleh itu
seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya asemblaj ini
dipamerkan didalam galeri

Pengasemblaj di Malaysia sekarang lebih berani menghasilkan karya mengikut idea dan juga
tema-tema yang lebih bersifat idealistic yang mempunyai makna tersendiri. Dari situ dapat
dilihat bahawa pengasemblaj Malaysia telah membawa perkembangan mengikut arus
kemodenan. Antara arcanya ialah yang bertajuk ‘Pertumbuhan’ (1987) dibuat oleh Syed Ahmad
Jamal dari Malaysia yang menggunakan batu marmar putih dan menglibatkan teknik binaan.

Gaya penghasilan seni silih berganti. Perang dunia meninggalkan kesan terhadap sistem
sosioekonomi dan budaya. Walaupun ekonomi dapat dibaik pulih, pengkarya boleh dianggap
sebagai sebahagian daripada penyumbang melalui suara hati yang direkodkan, sama ada secara
peribadi atau kolektif. Hal ini sedikit sebanyak mengubah pendirian manusia, sama ada rakyat
biasa mahupun pemerintah yang paling atas.

Seni di Malaysia tergetar dengan aliran sebegini, walaupun tidak seradikal. Hal ini dapat
dilihat melalui perkembangan seni arca asemblaj, sama ada di tanah air melalui pelukis individu
melalui penyertaan dalam himpunan koleksi balai seni lukis ataupun galeri persendirian.
Pemilihan teknik dan gaya penyampaian aliran sebegini, seperti kolaj, asemblaj, dan foto montaj,
secara digital dan statik mula berkembang. Tema atau mesej yang kritis disampaikan secara
berlembut dan berlapik, tetapi membawa evolusi pembaharuan dalam berkarya.
4.0 HASIL KARYA (PENGGUNAAN THUMBNAIL-PRINT)

Tema:

Tema karya yang dipilih bertajuk “ Wanita-Apabila Gambar Bersuara”

Langkah-langkah Menghasilakn Asemblaj 2Dimensi

1. Membuat Frame Gambar

2. Melekatkan Objek Pada Frame


3. Komponen Labuci, Manik dicantumkan mengikut ritma yang dikehendaki
Alatan & Bahan

Alat yang digunakan;

i. Ragum iii. Gunting


ii. Gam

Bahan yang digunakan ialah;

i. Manik
ii. Labuci
iii. Photo Print

Teknik ; Cantuman & Tampalan


05. KESIMPULAN

5.1 Rumusan

Konsep seni memerlukan satu bentuk pemahaman yang telus dan memahmai konsep dan
makna karya. Oleh itu, menghayati sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus.
Menilai sesuatu karya yang tidak mengikuti etika yang sebenarnya menjuruskan penghayat
seni kepada satu garis pemisahan yang besar. Penghayat perlu bersedia menyiapkan diri
untuk diterima sebagai penghayat seni yang baik. Banyak lagi aspek lainnya yang diolah
didalam komposisi karya arca bagi menghasilkan karya asemblaj kontemporari. Membentuk
dan membuat binaan dalam Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam
menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-murid dalam mengembangkan
pengetahuan, sikap mahupun kemahiran. Kenyataan ini disokong oleh Hastad dan Lacy
(1998) yang menyatakan bahawa peranan utama guru pendidikan seni adalah
memperkembangkan dan mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara semula jadi telah tertanam d
dalam setiap individu murid-murid yang mana potensi murid-murid ini perlu dikembangkan
sehingga domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik dan
produktif.

Dengan demikian murid-murid perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka


memiliki pengetahuan tentang hasil-hasil seni dan kraf di samping membina kemahiran dan
menanamkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
(Kementerian Pendidikan 1990). Denganadanya tuntutan tersebut sebaik sahaja guru
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid, ia akan dapat menyumbang ke arah
perkembangan dan pertumbuhan mtelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Olahan bahasa seni tampak yang baik serta gaya atau stail persembahan yang terkini juga
memainkan peranan penting didalam menampakkan hasil karya asemblaj kontemporari.
Begitu juga dengan aspek eksplorasi bahan, pengasemblaj bukan sekadar menggunakan
bahan secara terus seperti tukang. Pengasemblaj sebenarnya menggunakan bahan melangkaui
batasannya dengan kepelbagaian teknik yang dicipta.Perkembangan penggunaan bahan
didalam seni asemblaj adalah begitu mengkagumkan. Pengasemblaj senantiasa peka dengan
perkembangan bahan dan akan senantiasa mencari kepuasan didalam berkarya berdasarkan
kepelbagaian bahan serta teknik. Penggunaan bahan sebenarnya bukanlah menjadi ukuran
nilai yang mutlak didalam menilai hasil karya asemblaj kontemporari Ada pengasemblaj
yang menggunakan bahan-bahan terkini dalam proses menghasilkan karya asemblaj dan ada
juga yang menggunakan bahan konvensional di dalam menghasilkan karya asemblaj
kontemporari. Namun apa yang penting ialah bagaimana karya tersebut di wadahkan dan
memperolehi kepuasan kepada mereka yang meihat.
.

5.2 Refleksi Hasil Karya

Karya asemblaj tema “Wanita -Apabila Gambar Bersuara” menggabungkan naluri, fitrah
dan citra wanita terhadap keperluan dan kehendak yang tidak terbatas. Manifestasi idea ini
lahir daripada refleksi semasa. Wanita kontemporari yang mementingkan keanggunan dan
kecantikan.

Cantuman komponen aksesori seperti rantai, manik, labuci menggunakan gam sebagai
bahan pelekat. Kepelbagaian material digunakan untuk menghasilkan bentuk karya dan
disepadukan dengan padanan warna serta ritma yang membentuk objek. Gabungan bina
semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan
estetik telah menjadikan karya ini begitu menarik.

Setiap bentuk seni bermula dengan satu idea atau konsep. Pengkarya dapat memahami
keutamaan tentang peranan idea dalam seni akan lebih mampu untuk membentuk penyataan
yang berkesan dan lebih berjaya berbuat demikian

Kegiatan asemblaj ini membolehkan saya dapat mengapilkasikan pelbagai kemahiran


yang lebih terancang dan mengandungi nilai kualtit dalam menghasilakan satu-satu rekaan.
Pengetahuan tentan corak dan rekaan ulangan ini dapat;
i. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, penegasan,
kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan cantuman bahan terbuang

ii. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan.

iii. Karya seni inilah yang berperanan membentuk kreativiti saya dalam mengolah
dan mengadun objek-objek terlihat dan diolah dalam bentuk yang mudah. Saya
berpeluang akan mengkaji dan meneliti objek-objek tersebut daripada pelbagai
aspek untuk membentuk satu gambaran baru yang telah dipermudahkan dalam
bentuk karya seni.
BIBLIOGRAFI

Baharudin Arus. 1996. Katlog Pameran Seni Arca Konteporari Malaysia:


Persoalan Tradisi dan Kemodenan. Kuala lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Baharuddin Arus. 1999. Seni arca dalam konteks tradisi dan moden: implikasi
dalam masyarakat. Ipoh: Yayasan Kesenian Perak.

Loy Chee Luen, Mazlina Che Mustafa, Norly Jamil, Azila Alias.(2011). Perkembangan
Seni dan Kraf Kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn Bhd.

Muliyadi Mahamood. 2001. Seni Lukis Moden Malaysia- Era Perintis Hingga
Era Pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.

T.K Sabbaphaty. Tinjauan Seni Arca Moden di Malaysia. Kuala Lumpur; Balai Seni Lukis
Negara, 1997.

Syed Ahmad Jama. Seni Lukis Malaysia 57-87. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1987.

Вам также может понравиться