Вы находитесь на странице: 1из 37

Topik 2

Topik 2

Bahan
Kemasan
Bahan Dan
KemasanAlat
Dan
Kelengkapan
Alat
Kelengkapan

Reka Bentuk dan Teknologi


Kod Kursus : RBT 3118
Bahan Kemasan
Bahan Kemasan
Pengikat

Bahan Kemasan, Pengikat, Pengikat


Alat Tangan
Kerja Kayu
Alat Tangan
Alat Tangan, Mesin Mudahalih Kerja
MesinKayu
Mudahalih
dan Tanggam Mesin Mudahalih
Tanggam
Tanggam

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 16


Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )

2. Bahan Kemasan Dan Alat Kelengkapan

2.1. Bahan kemasan

Kemasan
Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan
yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri dan cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang tertentu.

Jenis Bahan Jenis Kemasan Yang Sesuai

 Cat minyak

 Syelek

 Sampang

 Lekar

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 17


 Lilin

 Lekar plastik

 Cat bitumen

 Lepa simen/gipsum Cat distemper

 Cat air/cat emulsi

2.2. Kemasan Cat


Dalam proses pembinaan, kemasan cat merupakan kerja penghabisan yang menentukan
kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan bergantung kepada bahan-bahan
yang digunakan dan juga mengambil kira kosnya. Kebanyakan bangunan bata dan konkrit,
kemasan dengan cat adalah terdiri daripada:

 Cat minyak

 Cat air

 Cat distemper

 Cat kegunaan khas.

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahan untuk memberi lapisan
perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa(simen), konkrit, batu bata, dan lain-lain lagi.
Fungsi cat ialah melindungi bahan-bahan perusahan seperti di atas daripada kerosakan-
kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan
sebagainya. Selain daripada mencantikkan rupanya, cat juga memudahkan proses
pembersihan permukaannya.
Cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida
besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengandungi bahan-
bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner).

Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta
memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan
memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentin.
Kualiti cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan
pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus,
tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 18


2.2.1.Cat minyak
Cat minyak mengandungi pewarna dan cecair minyak linseed. Cat menjadi kering melalui
proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah
berus dan alat penyembur.

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan dilakukan:


a)Lapisan asas – mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna.
b)Lapisan alas – mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang
bermutu.
c)Lapisan kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti
turpentin.

2.2.2.Cat Air Atau Cat Emulsi


Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air
untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan
dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan
yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi
tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini
mudah digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun
disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 19


2.2.3. Cat Distemper
Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan
dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk
mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.

2.2.4. Cat Kegunaan Khas

Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a. Cat Aluminium
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering.
Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam
seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b. Cat Bitumen
Cat ini berharga murah dan mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen. Cat bitumen
memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi.
Digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan.

c. Cat Kalis Kulat


Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalam cat ini.
Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami

kelembapan.

d. Cat Tahan Api


Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan
terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

Cara Mengecat
Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
i. Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah yang penting untuk mencapai kejayaan
proses mengecat. Ia bertujuan untuk menentukan permukaan tersebut licin, besih dan kering.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 20


ii.Bancuhan Cat – cat mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Untuk cat yang
telah lama disimpan, lapisan atas yang telah keras perlu dikeluarkan sebelum dikacau bagi
menggelakkan bahagian yang keras tadi tidak bercampur dengan cat.

iii.Melarutkan Cat - cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya
mudah disapu atau disembur.

iv.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

v. Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu
lapisan yang kuat untuk meneruskan lapisan-lapisan selanjutnya.

vi. Penutup – Lubang paku, retak dan liang-liang pada permukaan kayu hendaklah ditutup
selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-
bahan penutup (putty)

vii.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan
kemasan.

viii. Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan
licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar,
manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang
pemantulan cahaya. Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
- Disapu dengan berus.
- Menggunakan penggelek atau rola
- Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki
atau bekas sembur dan hos getah.

Mengecat Permukaan Konkrit, Lepa Dan Bata


Permukaan baru konkrit dan lepa bersifat alkali disebabkan kandungan simen atau kapur
di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali boleh bertindak balas dengan cat dan
menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui
sejatan mengambil masa yang agak lama. Untuk mencapai kemasan cat yang berkualiti,

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 21


keadaan-keadaan yang berikut perlu dititikberatkan.

a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan
yang tidak sekata
Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan

menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi dicairkan dengan air.

b.Permukaan yang tidak rata


Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan tidak rata perlu

ditampalkan dengan lepa.

c.Tumbuhan kulat dan sebagainya


Fenomena ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan.

Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya,


mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan

tembok dengan menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan


sehingga kering sebelum dicat semula.

a. Kenalpasti lima jenis bahan kemasan dan nyatakan kegunaannya.

b. Untuk mencapai kualiti hasil kerja mengecat, nyatakan faktor-faktor

yang perlu dititikberatkan.

2.5. Syelek
Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Sempang,
Lilin, Lekar plastik dan lekar selulos juga digunakan. Syelek adalah kemasan yang lazim
digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama ‘lac

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 22


bugs’ yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin
syelek larut di dalam alkohol – ‘methylated spirit’.
Syelek digunakan untuk kemasan pada permukaan kayu. Cara mengilat kayu dengan
syelek dinamakan ‘French polishing’. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu
dengan berus. Syelek yang berbentuk serpihan perlu dilarutkan di dalam alkohol sebelum
digunakan ataupun secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di
dalam bekas kaca. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

2.6. Sampang
Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan
(phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 23
pelarut seperti turpentin tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.
Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12
hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai
digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

2.7. Kemasan lilin


Ada tiga jenis lilin iaitu, Lilin keras (carnauba dan ceresine), Sederhana (lilin lebah),
Lembut (paraflin). Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentin dan
menyapukannya ke permukaan kayu. lilin yang cair akan masuk ke dalam ira kayu. Dengan
menggunakan kain lembut, permukaan kayu tadi digosokkan sehingga berkilat.
Pewarna boleh dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau
mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin untuk menghasilkan warna yang cantik
mengikut citarasa sendiri. Jauh diri daripada api kerana turpentin yang digunakan sebagai
pelarut dan turpentin sangat mudah membakar.

2.8.Lekar plastik
Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada ‘polyurethane’ alkyd, urea dan lain-lain lagi
yang akan mengeras melalui tindak balas kimia dengan bahan pengeras (catalyst). Ada
beberapa jenis lekar plastik berupa lutinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan
untuk kemasan dalam dan luar. Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan
cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak.

Lekar yang biasanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia
merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu
ataupun disembur.

a. Terangkan langkah-langkah menyapu syelek yang betul


pada permukaan kayu.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 24


2.9. Kemasan Bahan Lutsinar

Proses kemasan permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-
langkah berikut.

a.Persediaan Permukaan

Pembersihan permukaan mesti dilakukan dengan sempurna. Permukaan mestilah bersih,


licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh
dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan
kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan tepung penyumbat.

b.Rawatan pada permukaan

Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan pada permukaan kayu mengikut jenis kayu
dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti
berikut:

 Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika
perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok
bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis
yang khas untuk kegunaan pada kayu.

a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair
kedua ialah hydrogen peroksida pekat.
b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua
sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian
digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

 Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk
mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang
digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya.
Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur
minyak.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 25


 Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu
dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping
mengurangkan resapan bahan kemasan pada kayu.

 Mengenaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah


kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan
lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiap-
tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun
menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang
tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh
dikemaskan.

Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana
kebanyakan bahan-bahan kemasan bersifat mudah terbakar dan beracun. Perkara-perkara
yang berikut harus diambil perhatian:

a.Bahan-bahan seperti cat, turpentin, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan ditempat

yang jauh dari punca api.

b.Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api dan dilarang
merokok ketika melakukan kerja kemasan

d.Pengaliran udara yang baik amat penting dalam kawasan tempat kerja kemasan kerana

banyak terdapat wap dari bahan-bahan kemasan yang beracun.


f.Jangan menghidu wap bahan-bahan kemasan.

3.0 Kertas Las


Kertas las atau pelelas digunakan dalam kerja kayu.Ia juga dikenali sebagai kertas pasir
atau kertas kaca. Terdapat dua jenis kertas las yang digunakan iaitu:
a. Jenis kering (biasa)
b. Jenis basah.dan kering,

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 26


Jenis basah dan kering digunakan untuk permukaan cat yang tidak rata tetapi perlu digilap
lagi. Kertas las disediakan dalam beberapa gred dari No. 00 hingga No. 3.
Kegunaannya adalah untuk:
• Menyediakan kayu yang telah diketam untuk disapukan dengan bahan pengemas kayu.
• Membuang kecacatan pada permukaan kayu serta menanggalkan bekas-bekas tanda
perkakas.

Cara Menggunakan Kertas Las :


• Bongkah kayu diperlukan untuk memberi tekanan yang sama rata apabila digosok
bersama-sama kertas las.
• Kerja-kerja menggosok adalah mengikut urat / ira kayu. Selepas menggunakan kertas
las kasar, kemaskan benda kerja dengan gred yang halus pula.

Gred Bagi Kertas Las :

Gred Jenis Kegunaan


00 Halus Untuk mendapatkan permukaan yang halus
0
1
1½ Sederhana Digunakan sebelum gred halus
F2
M2
S2
2½ Kasar Memberikan permukaan kasar seperti mengeluarkan
3 Kasar sekali permukaan bercat

4.0 Tepung Penyumbat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 27


Tepung penyumbat digunakan untuk menutup liang-liang kayu sebelum kerja kemasan
dilakukan. Biasanya kapur paris merupakan penyumbat yang lazim digunakan. Lain-lain
penyumbat tiruan boleh didapati di kedai barang-barang logam, contohnya penyumbat poly. Ia
disediakan dengan membancuhkannya dengan air supaya menjadi adunan.
Adunan itu kemudiannya disumbat ke dalam liang-liang atau urat-urat kayu.
Penyumbat yang berlebihan pula hendaklah ditanggalkan dengan menggosokkannya dengan
kertas las apabila ia kering. Cara menggunakannya dengan betul ialah campur dan bancuh
kapur paris dengan air sehingga pekat. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara
menggosokkannya merentasi urat kayu dalam gerakan membulat dengan menggunakan alat
yang sesuai. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering kemudian gosokkan dengan
kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

5.0 Pelarut
Pelarut ialah sejenis bahan yang meruap dan cepat sejat pada permukaan. Pelarut digunakan
untuk menipiskan minyak supaya dapat digunakan dengan berus. Antara jenis-jenis pelarut
ialah
Turpentine : Digunakan untuk pelarut cat dan varnish.
Spirit metil : Digunakan sebagai pelarut untuk syelek.
Penipis (thinner) : Digunakan sebagai pelarut untuk sampang.

6.0 Jenis Pengikat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 28


6.1. Paku

Paku biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut
yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada aluminium, tembaga dan
loyang.

 Apabila membeli paku, nyatakan

o saiz atau panjangnya

o bentuk kepala

o jenis bahan buatannya

o diameter batang

o kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram

 Memilih saiz atau panjang paku:

o untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2½ kali tebal
kayu pertama.

o untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3½ kali tebal kayu pertama.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 29


6.1. Jenis-jenis paku

6.1.1. Paku Kepala Rata

 kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu
 digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat

6.1.2. Paku Panel


 kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke dalam permukaan kayu

dengan menggunakan penebuk paku

 digunakan untuk kerja halus dan kecil

6.1.3. Paku Payung


 kepalanya berbentuk payung
 disadur dengan zink supaya tahan karat

 digunakan untuk memasang atap zink

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 30


Cara-cara memaku:

memaku tegak

 untuk benda kerja kayu yang nipis


 paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul

memaku serong

 memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh


 paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul

6.2. Skru

Skru digunakan untuk:

o melekatkan kepingan kayu


o menguatkan tanggam

o memasang engsel dan kunci

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 31


Skru biasanya diperbuat daripada keluli lembut, tembaga atau loyang. Semasa membeli
skru, butir-butir berikut perlu dinyatakan:

o jenis bahan
o jenis kepala

o diameter

o panjang

6.2.1. Jenis-Jenis Skru

o skru kepala bulat

 digunakan untuk melekatkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu
 kepalanya timbul sebagai hiasan

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 32


Skru Kepala Benam

 digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal, memasang kunci dan engsel pada
pintu
 kepalanya terbenam di bawah permukaan kayu

6.2.2. Kebaikan Menggunakan Skru


 memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku
 skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda kerja

 kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan

Cara memasang skru:


 pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya berdasarkan ketebalan kayu yang
dicantumkan
 panjang skru kepala benam seharusnya 2 kali tebal kayu cantuman yang pertama

 gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan diameter batang skru pada kayu
cantuman

 benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi benam

 uji saiz lubang benam denagn skru kepala benam


RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 33
 pasang dan ketatkan skru kepala benam dengan pemutar skru sehingga kepalanya
terbenam

6.3. Glu

Glu digunakan untuk mencantumkan dua kepingan kayu supaya menjadi kukuh dan kekal. Ia
juga digunakan untuk:

o melekatkan kayu papan lapis


o menguatkan tanggam kayu

o melekatkan MDF dan mounting board

 Glu boleh didapati dalam dua jenis iaitu:

o glu haiwan

o glu tiruan

 Glu tiruan lebih meluas penggunaannya dan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

o glu PVA (Polyvinyl Acetate)

o glu sentuh

 Kebaikan glu PVA:

o sesuai untuk cantuman kepingan kayu

o amat sesuai untuk menguatkan tanggam kayu

o sesuai untuk kerja pemasangan kecil

o lebih kuat dan kukuh daripada lekatan glu sentuh

 Kebaikan glu sentuh:

o amat sesuai untuk melekatkan bahan-bahan yang berlainan jenis seperti logam
dengan kayu atau plastik dengan kayu

o menjadi keras dan melekat dengan cepat apabila pelarutnya kering

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 34


Langkah mengglu dengan glu PVA:

o bersihkan kedua-dua permukaan kayu yang ingin dicantumkan


o sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kayu dengan berus

o apit dengan ketat bahagian yang dicantumkan dengan apit G

o bersihkan lebihan glu pada cantuman dengan kain basah

o biarkan glu kering pada cantuman sebelum menanggalkan apit G

 Langkah mengglu dengan glu sentuh:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 35


o bersihkan kedua-dua permukaan kepingan logam dan kayu yang ingin
dicantumkan

o sapu sedikit glu sentuh pada kedua-dua bahagian kepingan logam dan kayu
dengan pengikis

o biar glu sentuh kering selama 2 hingga 5 minit sebelum dicantum

o tekan rapat bahagian cantuman untuk memastikan cantuman yang kekal

7.0 Alatan Tangan

7.1. Pita Pengukur

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 36


 Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.
 Pita pengukur biasanya berukuran antara 3 hingga 6 meter.

7.2. Pembaris Keluli


 Mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran.
 Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan lazimnya berukuran 300 mm (12")
panjang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 37


7.3. Sesiku L
 Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya.
 Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.

 Ia berfungsi untuk:

o membuat garisan bersudut tepat (90°)

o menguji kepersegian

o menguji kerataan permukaan kayu

7.4. Tolok Penanda


 Digunakan untuk:

o membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu

o menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu

 Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 38


o taji sentiasa tajam

o skru tangan diketat dengan betul

o muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila


menggunakannya

7.5. Tolok Serong


 Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°.
 Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong.

 Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa
bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

7.6. Gergaji Tangan


 Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis :

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 39


o mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
o membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu

 Saiz gergaji di tentukan oleh:

o panjang bilah
o bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)

 Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 40


7.7. Gergaji Puting
 Digunakan untuk:

o memotong kayu bersaiz kecil

o memotong tanggam kayu

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 41


 Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.

 Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm
dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

7.8. Gergaji Lengkung Halus


 Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
 Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.

 Mata gergaji dipasang menghala ke hulu atau sebaliknya

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 42


7.9. Tukul Warrington
 Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan.
 Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

7.10. Tukul Kuku Kambing


 Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
 Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 43


7.11. Pahat Tepi Serong
 Digunakan untuk

o kerja menatal tanggam

o membersihkan bucu tanggam

o kerja meraut

 Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.

 Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm.

 Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi.

 Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° - 30° supaya sentiasa tajam.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 44


7.12. Kikir Parut
 Digunakan untuk:

o merata dan mengikir kayu dengan cepat

o membentuk lengkuk pada tepi kayu

 Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya.

 Ada empat jenis:

o kikir rata

o kikir separuh bulat

o kikir bulat

o kikir tiga segi

7.13. Gandin Kayu


 Digunakan untuk:

o kerja pemasangan projek

o menukul pahat

 Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.

 Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:

o gandin kepala segi empat

o gandin kepala bulat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 45


 Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.

7.14. Mesin Gerudi Mudah Alih


 Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang yang
berdiameter kecil.
 Ia mempunyai tiga bahagian utama:

o Suis - menghidup dan mematikan putaran motor

o Motor - memutar bindu

o Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 46


 Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak atau mendatar.

8.0 Tanggam Kayu.


Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan
bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek
siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:
· Tanggam melebar
· Tanggam siku
· Tanggam pemidang
· Tanggam memanjang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 47


Membuat tanggam

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 48


Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian
kayu. Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku,
tanggam pemidang dan tanggam memanjang.

8.1. Tanggam Melebar


Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah
kategori tanggam melebar.

8.2. Tanggam Siku


Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.

8.3.Tanggam Pemidang
Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula
dikategorikan sebagai tanggam pemidang.

8.4.Tanggam Memanjang
Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap
adalah kategori tanggam memanjang.

Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau “dowel”
yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.
Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk
mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.
Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam
dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

8.5.Tanggam Lekap

Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secara
melintang dihujungnya.
Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan
dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 49
permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu :

 8.5.1. Tanggam lekap siku atau pepenjuru


Digunakan pada sudut pemidang yang kecil

 8.5.2. Tanggam lekap penjuru rencong


Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya
dapat melindungi hujung ira kayu

 8.5.3. Tanggam lekap T


Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan
pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 50


 8.5.4. Tanggam lekap palang
Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

 8.5.5. Tanggam lekap bajang


Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan
dari sebelah luar. Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

8.6. Tanggam temu

Tanggam Temu dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan
bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 51


tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut
tepat.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 52

Вам также может понравиться