Вы находитесь на странице: 1из 3

CARA MENINGKATKAN KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat
mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu
ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya
hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan
bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk kepada
kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan
merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen (1996)
kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content
validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan
kesahan gagasan (construct validity).

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian


a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah
dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan.
Di mana dalam JSU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat
objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan
bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk.
Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada
mata pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang menduduki
ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam
sukatan pelajaran. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kami telah membina satu JSU
soalan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 sebelum membina set soalan
berdasarkan JSU tersebut.

b) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara ujian
yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan
yang di dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima
jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki
di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam
kriteria itu.
CARA MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN

Lazimnya, adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang
mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam
situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor berlainan seperti bilangan soalan,
emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk
meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian, guru harus mengurangkan segala
punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang
tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan.
Jika bilik itu bising dan panas umpamanya, murid tidak akan dapat menjawab soalan dengan
sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian, maka jawapannya juga
tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya semasa dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu, guru
haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik.

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu.
Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan
dariapada murid-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian, guru
seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan,
gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang
banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa
kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang rendah
umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita sedia maklum
bahawa tempoh masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza.
Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad.
Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan
ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian
guru untuk diberikan beberapa kali.
Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan
masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali
sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam
ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang
pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus
menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skim
ini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun
penilaian ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin
bertambah bilangan soalan, maka semakin tepat pencapaian murid itu kerana bilangan soalan
ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Вам также может понравиться