Вы находитесь на странице: 1из 2

KUALA LUMPUR: Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar mudah

menghadapi cabaran pendidikan alaf baharu yang mendedahkan murid kepada akses dan
aplikasi maklumat lebih luas berikutan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof berkata, guru kini berhadapan
murid yang jauh berbeza dengan anak didik masa lalu dan sebagai pendidik berwibawa
mereka perlu melengkapkan diri dengan teknologi semasa.
"Murid sekarang lebih terdedah maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber dan mereka
cenderung untuk mengetahui dan bertanya secara lebih mendalam yang dengan sendirinya
memerlukan guru melengkapkan diri dengan pengetahuan berlandaskan teknologi terkini,"
katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Guru 2017 yang dipetik dalam laman
sesawang Kementerian Pendidikan menerusi http://www.moe.gov.my, hari ini.
Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan bertema 'Guru Pembina Negara Bangsa'
akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, esok,
manakala Festival Hari Guru 2017 berlangsung di Padang A, Angsana Mall, sejak Jumaat
lalu hingga esok.
Khair berkata, guru juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop global dan teknologi terkini serta
berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Katanya, ini bagi memenuhi enam aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Beliau berkata, Tema Hari Guru Ke-46 pada tahun ini iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'
menjadi bukti betapa pentingnya peranan besar yangdigalas oleh guru dalam
membangunkan modal insan negara.
"Sememangnya tema ini bertepatan dengan aspirasi sistem pendidikan negara seperti yang
dinyatakan dalam PPPM 2013-2025 menerusi anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat yang
menghayati nilai memupuk semangat patriotisme dalam usaha membina satu identiti
nasional yang kukuh dan jitu.
"Malah usaha membina negara bangsa menjadi teras pertama dalam enam teras strategik
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memberi fokus berhubung hasrat
kementerian membangunkan warga negara dari awal persekolahan dengan ciri glokal,
patriotik dan cintakan negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/node/282719
TANJUNG MALIM - Bakat setiap individu yang bergelar guru merupakan faktor penting
kepada kejayaan penyampaian ilmu terutama di peringkat pendidikan awal kanak-kanak,
kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata perkembangan kesedaran di peringkat pengusaha pusat pendidikan kanak-
kanak, tadika termasuk taska di negara ini menjadikan guru yang berbakat serta
berkemahiran tinggi menjadi lebih signifikan.
"Kesedaran ibu bapa kepada keperluan persediaan anak-anak untuk menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan fasa perkembangan seterusnya menjadikan guru
yang bijak berinovasi dengan bakatnya, menjadi penting," katanya ketika merasmikan
Kongres Kebangsaan Guru-guru Tadika 2017 di Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Menjelas lanjut, Kamalanathan berkata bidang pendidikan merupakan aktiviti penting dalam
menjayakan semua projek pembangunan termasuk ekonomi dan pembangunan sosial di
negara ini.
Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025, kepentingan dan peranan guru
dalam pendidikan sejajar dengan matlamat pembangunan mampan dan Transformasi
Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk generasi
baharu, katanya.
"Trend pertumbuhan industri pendidikan sejak tiga tahun kebelakangan ini menunjukkan
permintaan tinggi kepada tenaga pengajar profesional dan ia bukan sahaja kelulusan
akademik semata-mata, malah melibatkan kepentingan potensi dan bakat guru pendidikan
awal kanak-kanak," katanya.
Kongres dua hari itu danjurkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama ABS EDU
Solutions Sdn Bhd dan Goldmind Evolutions Sdn Bhd.
Kongres yang disertai kira-kira 300 guru tadika, pengasuh dan pemilik tadika serta pelajar
bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan sejak 2014
bagi mendapat maklumat terkini mengenai peluang serta ruang pembangunan profesional
dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/guru-berbakat-penentu-kejayaan-
pendidikan-awal-1.706894

Вам также может понравиться