Вы находитесь на странице: 1из 5

1.

Etika Penguruan
Seseorang guru perlu mematuhi kod etika demi menjaga imej, maruah, status, akhlak
dan keperibadian mereka. Lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia, imej
yang dipertontonkan oleh seseorang guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak
muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan diletakkan di tempat
yang tinggi. Di Malaysia, “Tatasusila Profesyen Keguruan” yang digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah merupakan landasan dan garis panduan
untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

Berdasarkan Tatasusila Profesyen Keguruan Malaysia, tanggungjawab guru


yang pertama adalah tanggungjawab terhadap murid. Guru lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan murid mereka daripada hal-hal lain. Seterusnya, guru
perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Guru juga perlu
merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya. Selain itu, guru juga membimbing atau mengajar
seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di
bilik darjah tanpa sebaraang bayaran. Guru juga perlu menunjukkan suatu cara
berpakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada murid. Bagu tanggungjawab terhadap murid, guru perlu memelihara dan
membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab guru yang kedua adalah tanggungjawab terhadap ibu bapa.


Guru menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru
juga berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumah tangga. Seterusnya, guru juga menganggap
semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru juga perlu
memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Selain itu, guru juga mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid. Di samping itu, guru perlu
mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab guru yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap masyarakat


dan negara. Guru mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Selain itu, guru perlu memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang
yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Seterusnya, guru juga menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Di samping itu,
guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Guru memberi sumbangan untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab guru yang keempat adalah tanggungjawab terhadap rakan


sejawat dan profesion keguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada membuat
sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru. Selain itu, guru tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
boleh menjejaskan kecekapan mereka sebagai guru. Guru juga berusaha dengan
sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab mereka dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan menglaksanannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial. Di samping itu, guru juga sentiasa bersedia membantu rakan sejawat mereka
terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. Guru
juga sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan. Seterusnya, guru akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Secara kesimpulannya, semua guru di Malaysia telah terikat dengan Tatasusila


Profesion Perguruan Malaysia. Jika terdapat guru melanggari peraturan yang
ditetapkan di dalamnya, mereka boleh membawa kepada tindakan disiplin iaitu
termasuk pemecatan jawatan. Dengan peraturan tatasusila yang digariskan dan juga
diketahui oleh semua guru itu, mereka seharusnya tidak melibatkan diri dengan
kegiatan-kegiatan menghasut pelajar.

2. 7 Hukum pengajaran - Gregory

Pada tahun 1884, John Milton Gregory telah memperkenalkan satu hukum mengajar
yang kini terkenal dengan nama "The Seven Laws of Teaching" (Tujuh Hukum
Mengajar). Hukum-hukum tersebut mengandungi prinsip-prinsip yang akan terus
menjadi penting untuk pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Terdapat 7 hukum
mengajar iaitu hukum guru, hukum pelajar, hukum bahasa, hukum pelajaran, hukum
proses mengajar, hukum proses belajar dan hukum ulangan dan penerapan.

Hukum yang pertama adalah hukum guru iaitu guru harus mengenali dan menguasai
bahan pelajaran yang akan diajarkan. Seorang guru yang menguasai perkara ini akan
dapat merasakan lebih selesa ketika dia mengarahkan pemikiran para pelajarnya
serta dapat melibatkan pelejarnya secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu mengenali setiap murid dalam kelas tersebut supaya
beliau dapat menerapkan pengajarannya dalam kehidupan pelajar.

Hukum yang kedua adalah hukum murid iaitu murid mesti mempunyai semangat untuk
memberi perhatian dan menyerap sebanyak mungkin pelajaran yang diberikan.
Manakala bagi guru pula perlu berusaha untuk menarik perhatian dan minat para
pelajar terhadap pelajaran yang diberikan. Contohnya, guru boleh menyediakan
pelajaran yang sesuai dengan kemahiran pelajar untuk menjana dan memupuk minat
pelajar.
Hukum yang ketiga adalah hukum bahasa iaitu guru harus memakai bahasa yang
mudah difahami dan sesuai dengan kemampuan murid. Bahasa yang digunakan akan
berbeza bagi setiap peringkat umur. Oleh itu, Gregory mencadangkan guru untuk
mempelajari teliti tentang bahasa pelajar sebelum pengajarannya. Hal ini kerana iika
guru enggan dan gagal untuk menyesuaikan diri dengan bahasa pelajar, maka
pelajaran yang diberikan akan sukar difahami oleh para pelajar.

Hukum yang keempat adalah hukum pelajaran iaitu bahan mengajar haruslah
membangun dari apa yang sudah ada, ini bermaksud bahawa murid haruslah
menguasai pelajaran yang lalu (lama) sebelum diberikan pelajaran yang baru.
Sekiranya kemajuan dalam pelajaran terlalu cepat dan tidak dapat diikuti oleh
pemikiran pelajar, maka menyebut dan menunjukkan apa yang sudah diketahui
pelajar akan dapat membantu pemahamannya. Sekiranya guru mematuhi prinsip ini,
dia boleh mencapai kemajuan yang lebih pantas dan mencapai pencapaian yang lebih
tinggi.

Hukum yang kelima adalah hukum proses mengajar iaitu guru membantu murid untuk
mengetahui kebenarannya sendiri dan mengembangkannya untuk keperluannya yang
lebih personal. Guru perlu menyediakan latihan, tugasan dan perbincangan untuk
merangsang minda dan keinginan pelajar untuk terlibat dalam proses PdP. Selain itu,
jika seorang murid mendapat keseronokan dari apa yang dia lakukan, dia mungkin
akan meneruskan aktiviti tersebut. Ini dikenali sebagai ganjaran atau pengukuhan.
Kecenderungannya adalah untuk mengulang pengalaman yang memuaskan dan
mengelakkan pengalaman yang tidak memuaskan.

Hukum yang keenam adalah hukum proses belajar iaitu pelajaran yang diberikan
kepada murid harus diberikan dalam suasana yang kondusif agar dapat difahami,
diterima dan dilaksanakan. Seterusnya, guru boleh minta pelajarnya untuk
menceritakan kembali pelajaran yang telah dipelajari dan difahami supaya mereka
dapat faham dengan lebih mendalam. Guru yang baik akan sentiasa menanyakan
“mengapa” untuk mendorongkan pelajarnya berfikir sendiri.

Hukum yang ketujuh adalah hukum ulangan dan penerapan iaitu mengulang,
mengulang, dan mengulang supaya pengetahuan yang telah dipelajari dapat diingat
semula dengan cepat. Hal ini kerana pelajaran yang diperoleh sekali sahaja, tidak
lama lagi akan dilupakan. Selain itu, pengulangan menyediakan peluang untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan menghubungkan pengetahuan
terdahulu kepada situasi baru. Akhirnya, ujian harus diberikan untuk meneguhkan
hasil yang telah dicapai.

Secara kesimpulannya, terdapat 7 hukum mengajar telah dikenali oleh John Milton
Gregory iaitu hukum guru, hukum pelajar, hukum bahasa, hukum pelajaran, hukum
proses mengajar, hukum proses belajar dan hukum ulangan dan penerapan. Hukum
tersebut boleh sebagai satu panduan kepada semua guru untuk menwujudkan proses
PdP yang efektif,

Вам также может понравиться