Вы находитесь на странице: 1из 2

LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SJKT SEGAMBUT

BIDANG KUASA DAN TUGAS

1. Ketua Pengawas
1.1 Lambang Kewibawaan Lembaga Pengawas
1.2 Mengatur jadual tugas harian semua pengawas
1.3 Bertanggungjawab terhadap segala urusan dan aktiviti Lembaga Pengawas
1.4 Ketua Komander bagi Kem Pengawas.
1.5 Memimpin pengawas membantu dalam pengelolaan Hari Ucapan Sekolah pada akhir
Tahun.

2. Timbalan Ketua Pengawas


2.1 Membantu Ketua Pengawas dalam urusan berkenaan disiplin semua pengawas.
2.2 Menganjurkan Bengkel Tugasan Harian untuk semua pengawas.
2.3 Mengelolakan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas.
2.4 Membantu Ketua Pengawas dalam urusan kebajikan semua pengawas.
2.5 Menguruskan penyelenggaraan Sistem PA mudah alih serta Sistem PA di Dewan.
2.6 Ketua Operasi Spot Check dan Bengkel Spot Check bagi Pengawas.
2.7 Menjadi Pengerusi Pengelolaan Orientasi Pengawas.

3. Setiausaha
3.1 Bertanggungjawab dalam segala urusan surat-menyurat dan notis Lembaga Pengawas.
3.2 Menyimpan semua data dan rekod kehadiran Pengawas bagi semua aktiviti Pengawas.
3.3 Mencatat minit mesyuarat am dan perjumpaan khas.
3.4 Melapor dan memaklum kepada guru penasihat tentang aktiviti / mesyuarat /
perjumpaan.
3.5 Mengemaskini rekod dalam Buku Lembaga Pengawas dari semasa ke semasa.
3.6 Bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala rekod aktiviti dan dokumen yang perlu
bagi melengkapkan Buku Rekod Ko-Kurikulum bagi Lembaga Pengawas.
4. Bendahari
4.1 Menyediakan Bajet Tahunan Lembaga Pengawas.
4.2 Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Akaun Tahunan Lembaga Pengawas.
4.3 Menguruskan perbelanjaan dan kutipan bagi kewangan Lembaga Pengawas.
4.4 Mengutip yuran tahunan dan yuran penyertaan aktiviti Lembaga Pengawas.
4.5 Mengutip bayaran tag nama pengawas, kemeja-T dan Buku Suara Lasallian Lembaga
Pengawas.
4.6 Merancang pesanan tag nama pengawas dan tag nama emas Konsul Pengawas sesi baru.
4.7 Menjadi Pengerusi Pengelolaan Lawatan Sambil Belajar (Jika ada peruntukan).

5. Ahli Jawatankuasa
5.1 Menjalankan tugas harian mengikut jadual tugas.
5.2 Memberi kerjasama yang sepenuh kepada jawatankuasa tertinggi Lembaga Pengawas.
5.3 Membantu menguruskan segala aktiviti sekolah.
5.4 Sentiasa bekerjasama dalam semua urusan Lembaga Disiplin Sekolah.

Вам также может понравиться