Вы находитесь на странице: 1из 11

Modul Gerak Gempur 1

1. Manakah yang benar mengenai keperluan rohani mengikut Abraham Maslow?


A. Mendapat perlindungan daripada polis
B. Membeli sebuah kereta mewah
C. Membeli pakaian
D. Menerima ijazah dengan kepujian oleh pihak universiti

2. Pernyataan manakah yang benar tentang maksud pengeluaran?


A. Proses mengeluarkan barang daripada bahan mentah
B. Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia
C. Aktiviti yang melibatkan penggunaan mesin dalam pengeluaran
D. Proses mengagihkan barang lebihan daripada pengeluar

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan faktor pengeluaran X.

• Kayu balak
• Susu getah
• Logam

Apakah punca faktor pengeluaran X tersebut?


A. Modal C. Buruh
B. Tanah D. Usahawan

4. Usahawan boleh dibezakan daripada peniaga dari segi ……


A. tahap kerajinan
B. aktiviti jual beli
C. motif pengeluaran
D. menjalin hubungan dengan pengguna

5. Antara yang berikut, yang manakah sumbangan usahawan kepada masyarakat?


I Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
II Memberi khidmat nasihat penduduk setempat
III Menggunakan sumber alam negara
IV Meningkatkan taraf hidup masyarakat

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

1|Page
6. Apakah maksud pengkhususan ……..
A. Aktiviti melakukan dua atau lebih tugasan dalam satu masa
B. Penumpuan dalam satu jenis pekerjaan atau bidang tertentu
C. Tidak memerlukan pembahagian tugas mengikut proses
D. Melibatkan kos melatih pekerja yang tinggi

7. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti seorang usahawan.

Syarikat Indah Sdn. Bhd. telah mengeluarkan jus kurma yang telah diperkaya dengan bahan yang mampu
meningkatkan kecergasan tubuh badan. Keluaran tersebut telah dipasarkan dan dijual di pasar raya dan premis
perniagaan yang terpilih.

Apakah kegiatan yang dilakukan oleh usahawan itu?


I. Pelaburan
II. Perniagaan
III. Pengeluaran
IV. Perbankan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

8. Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis perniagaan.

 Menggunakan mata wang yang sama


 Sukatan dan timbangan yang sama

Apakah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut?

A. Perniagaan borong dan runcit


B. Perniagaan import dan eksport
C. Pengeluaran langsung dalam negara
D. Pengeluaran tak langsung dalam negara.

2|Page
9. Gambar dibawah berkaitan dengan

Apakah fungsi tersebut?


A. Mempamerkan barang
B. Menyelaraskan penawaran dan permintaan
C. Melakukan kerja-kerja akhir
D. Menjamin bekalan berterusan

10. Apakah bayaran yang dibayar oleh francaisi kepada francaisor?


A. Bonus
B. Faedah
C. Royalti
D. Komisen

11. Maklumat yang berikut berkaitan sejenis pemborong.

 Pemborong membekalkan barang kepada peruncit dan mengawasi pergerakan stok.


 Pemborong melakukan pemeriksaan stok dan menjamin bekalan yang berterusan.

Pilih jenis barang yang biasanya diedarkan oleh pemborong yang mempunyai ciri-ciri di atas.
I. Roti
II. Ais krim
III. Bahan binaan
IV. Minuman dalam kotak

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. I dan IV

3|Page
12. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dokumen bagi sesuatu urus niaga.

Berapakah bayaran yang perlu dibuat oleh Encik Ali pada 22 Februari 2015?
A. RM 5 000
B. RM 7 600
C. RM 7 200
D. RM 6 400

13. Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis barang.

Apakah kaedah jualan yang biasanya digunakan untuk memasarkan barang tersebut?
A. Prabayar
B. Konsainan
C. Jualan tunai
D. Bayaran tertunda

14. Manakah kelebihan perniagaan antarabangsa kepada pengeluar?


A. Meningkatkan taraf hidup pengeluar
B. Meminimumkan risiko kerugian
C. Mengurangkan persaingan
D. Menikmati ekonomi bidangan

4|Page
15. Apakah kesan kadar pertukaran wang asing yang tidak stabil kepada peniaga yang terlibat dalam perniagaan
antarabangsa?
A. Boleh mendapat untung melalui aktiviti spekulasi
B. Dapat rancang aktiviti import atau eksport dengan yakin
C. Menghadapi risiko kerugian kerana tidak dapat tentukan kadar pertukaran
D. Memerlukan kos untuk upah pakar bagi meramal kadar pertukaran asing

16. Maklumat di bawah ini berkaitan sejenis dokumen.

• Dokumen ini merupakan pesanan yang dihantar oleh pengimport kepada pengeksport.
• Butiran yang terkandung dalam dokumen ini ialah jenis kuantiti barang yang dikehendaki.

Dokumen yang mempunyai ciri-ciri di atas ialah...


A. invois eksport.
B. invois konsular.
C. sijil asal usul
D. inden.

17. Manakah menerangkan maksud Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?


A. Sebuah bengkel yang mempunyai modal sebanyak RM 100 000 dan pekerja seramai 200 orang.
B. Syarikat RXZ Sdn. Bhd. yang mempunyai nilai jualan tahunan RM20 juta dan pekerja seramai 100 orang.
C. Kilang Zanex Bhd. yang mempunyai modal sebanyak RM 5 000 000 dan pekerja seramai 500 orang.
D. Firma Guaman Rosli& Rakan Co. yang memperoleh untung sebelum cukai sebanyak RM200 000 dan
pekerja seramai 20 orang.

18. Maklumat yang berikut menunjukkan kebaikan bagi kewujudan Industri Kecil dan Sederhana(IKS).

• Merapatkan jurang pendapatan


• Upah yang lebih tinggi bagi pekerja kurang mahir

Kebaikan tersebut merupakan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari segi....
A. mengurangkan pengangguran.
B. mengagihkan pendapatan negara.
C. membuka peluang pekerjaan.
D. mengurangkan penghijrahan.

19. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pengurus perniagaan bagi memastikan kehilangan dan kecurian stok
dapat dikenal pasti?
A. Memeriksa stok yang diterima
B. Merekodkan stok dalam buku stok
C. Mengawal stok perniagaan
D. Memperagakan stok perniagaan

5|Page
20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri perkongsian?
I. Setiap rakan kongsi menyumbang modal ikut kadar yang dipersetujui
II. Untung rugi dibahagi mengikut persetujuan
III. Perniagaan dikenakan cukai pendapatan syarikat
IV. Menanggung liabiliti terhad

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

21. Jadual di bawah ini menunjukkan nama perniagaan dan jenis milikan.
Nama Perniagaan Jenis Milikan
Syarikat Yuen Sendirian
I Syarikat sendirian
Berhad
II Lembaga Bekalan Air Koperasi
Chong Kuan and Son (M)
III Perkongsian
Sdn. Bhd.
Perbadanan Insurans dan
IV Perbadanan awam
Deposit Malaysia (PIDM)

Pasangan manakah yang benar?


A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. II dan IV

22. Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?


A. Menangguhkan penggunaan wang bagi membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak masa hadapan
B. Menangguhkan penggunaan wang pada masa sekarang untuk menukarkan hak milik barangan kepada
wang tunai
C. Mendapatkan pulangan pada masa depan atas penangguhan penggunaan wang pada masa sekarang
D. Menyimpan wang dalam akaun simpanan semasa untuk menjamin masa depan keluarga

23. Antara yang berikut, yang manakah peranan Bursa Malaysia kepada pelabur?
A. Menerima komisen daripada penjualan saham
B. Melindungi kepentingan pelabur
C. Mencari keuntungan atas penjualan saham
D. Membantu pelabur memilih saham yang sesuai

24. Cik Zakiah mempunyai 5 000 unit syer dari Syarikat Perdana Berhad dengan nilai tara RM0.50 seunit. Jika
jumlah dividen yang diterima ialah RM250 setahun, berapakah dividen yang diisytiharkan?
A. 5% C. 15%
B. 10% D. 20%

6|Page
25. Apakah kelebihan menyimpan dalam Akaun Simpanan Tetap?
A. Jumlah minimum simpanan yang rendah daripada simpanan biasa
B. Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila masa
C. Kadar faedah lebih tinggi daripada simpanan biasa
D. Pelanggan diberikan buku cek

26. Encik Musa, seorang peniaga runcit yang memiliki akaun semasa memerlukan modal tambahan bagi membeli
stok kedainya.
Apakah perkhidmatan bank yang dapat membantu mengatasi masalah Encik Musa?
A. Draf bank
B. Overdraf bank
C. Pindahan kredit
D. Pinjaman bercagar

27. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perkhidmatan bank.


 sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh
menggantikan pembayaran secara tunai
 menyediakan fungsi kad ATM
 menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran
Apakah jenis perkhidmatan tersebut?
A. Kad Debit
B. Kad Kredit
C. Draf bank
D. Overdraf bank

28. Pilih pasangan yang betul.


Institut Kewangan Lain Fungsi
I Syarikat Pemfaktoran Tidak menyediakan akaun semasa
II Syarikat Pajakan Membolehkan peniaga menyewa aset
III Syarikat Kewangan Peniaga mendapat tunai segera dengan menjual
dokumen hutang
IV Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Membantu peniaga kecil mendapat pinjaman pada
kadar faedah minimum
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. II dan IV

29. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang insurans?


A. Cabang pengeluaran yang mengklasifikasikan jenis-jenis risiko dalam pengeluaran
B. Berfungsi untuk melindungi individu daripada kerugian akibat daripada risiko
C. Berperanan memindahkan sesuatu keluaran ke tempat yang memerlukan
D. Bertindak sebagai penggerak kepada jentera perniagaan

7|Page
30. Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Qasidah.

Puan Qasidah mengalami kecederaan tangan yang serius semasa membeli belah di Pasar Raya Rakan
Borong. Kecederaan tersebut berpunca daripada keadaan lantai yang licin.

Apakah jenis insurans yang melindungi pemilik Pasar Raya Rakan Borong daripada tuntutan Puan Qasidah?
A. Insurans kemalangan peribadi
B. Insurans jaminan setia
C. Insurans liabiliti am
D. Insurans endowmen

31. Manakah yang bukan peranan pengangkutan dalam membantu perdagangan?


A. Mengelakkan pembaziran barang-barang
B. Membantu pengeluar memperkenalkan keluarannya kepada pengguna
C. Memperluaskan pasaran suatu barang
D. Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.

32. Apakah kelebihan saluran paip sebagai alat pengangkutan?


A. Mudah didapati
B. Kos rendah
C. Penggunaan meluas
D. Serahan terus kepada pengguna

33. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu peranan komunikasi.

 Arahan daripada ibu pejabat Bank Yakin Bhd. dapat disampaikan kepada cawangan-cawangan di
seluruh negara.
Apakah peranan tersebut?
A. Memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan
B. Mempertingkatkan sistem pengurusan bank
C. Mempercepatkan urusan perniagaan
D. Menyebarkan maklumat

34. Maklumat yang berikut menunjukkan beberapa buah syarikat komunikasi.


 Nationwide Express
 DHL
 City Link
Jenis perkhidmatan yang diberikan ialah…...
A. penghantaran barang melalui kontena dengan segera.
B. penghantaran surat dan bungkusan penting dengan segera.
C. penghantaran surat dan bungkusan penting melalui Pos Malaysia.
D. penghantaran surat dan bungkusan penting melalui kapal terbang.

8|Page
35. Maklumat yang berikut berkaitan ciri-ciri sejcnis gudang.

• Terletak di kawasan pelabuhan


• Menyimpan barang-barang bercukai yang cukainya belum dijelaskan

Apakah jenis gudang yang mempunyai ciri-ciri tersebut?


A. gudang berbon.
B. gudang awam.
C. gudang pemborong.
D. gudang penyetoran sejuk.

36. Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?


A. Menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna
B. Menghadapi persaingan daripada bilangan pengeluar yang ramai
C. Menentukan harga dan saluran agihan yang sesuai
D. Menjamin keuntungan yang tinggi

37. Antara yang berikut, faktor manakah yang pcrlu dipertimbangkan oleh peniaga semasa memilih media
pengiklanan?
I. Keuntungan jualan
II. Sasaran pengguna
III. Jenis barangan
IV. Luas pasaran

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

38. Antara yang berikut, yang manakah bentuk pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan?
I. Pengecualian cukai
II. Elaun pelaburan semula
III. Potongan hasil keluaran
IV. Elaun cukai pendapatan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

9|Page
39. Maklumat berikut berkaitan dengan tanggungjawab pengeluar.

• Menghasilkan barang yang selamat, tidak membahayakan kesihatan


• Menjual pada harga yang berpatutan

Apakah tanggungjawab tersebut?


A. Menganggotai persatuan pengguna
B. Mengkritik sikap pengguna
C. Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik
D. Mengamalkan pengiklanan yang beretika

40. Maklumat yang berikut menunjukkan cara pembelian barang.

• Membeli barang pada masa lapang


• Membandingkan harga sebelum membeli
• Membeli semasa tawaran istimewa

Manakah yang benar tentang pernyataan di atas?


A. Membeli secara bijak
B. Hak-hak pengguna
C. Kempen inflasi sifar
D. Tanggungjawab pengeluar

10 | P a g e
SKEMA JAWAPAN MODUL GERAK GEMPUR 1(KERTAS 1)
1. D 21. B
2. B 22. C
3. B 23. B
4. C 24. B
5. B 25. C
6. B 26. B
7. C 27. A
8. A 28. D
9. C 29. B
10. C 30. C
11. A 31. B
12. B 32. B
13. A 33. A
14. D 34. B
15. C 35. A
16. D 36. B
17. B 37. D
18. B 38. A
19. B 39. C
20. A 40. A

11 | P a g e

Вам также может понравиться