Вы находитесь на странице: 1из 4

1. Otak yang cerdas ada pada badan yang cergas.

Kata-kata ini berkaitan rapat dengan gaya hidup


sihat yang disarankan sekarang.

Huraikan perkara-perkara yang dapat diamalkan


oleh pelbagai pihak ke arah gaya hidup sihat dalam
kalangan remaja.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Sememangnya tidak dinafikan bahawa, otak


yang cerdas ada pada badan yang cergas. Kata-
kata ini berkaitan rapat dengan gaya hidup sihat
yang disarankan sekarang. Hal ini demikian kerana,
20 peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia
mengalami kegemukan atau obesiti. Sudah terang
lagi bersuluh, masalah kegemukan boleh membawa
kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Persoalannya, apakah perkara-perkara yang dapat
diamalkan oleh seseorang ke arah gaya hidup
sihat? Bagi merungkai persoalan ini, mari kita
telusuri usaha-usaha ke arah gaya hidup sihat
dalam kalangan remaja.

(ibu/ isi) Pada pendapat saya, perkara-perkara


yang boleh diusahakan untuk mengekalkan gaya
hidup sihat dalam kalangan remaja ialah kerajaan
mengadakan kempen kesihatan. (hari/huraian) Hal
ini demikian kerana, kerajaan saban tahun
mengadakan kempen kepada masyarakat melalui
media arus perdana. (cari/contoh) Contohnya,
(datang/data) Kementerian Kesihatan Malaysia
telah memaparkan iklan menggalakkan masyarakat
mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek
pemakanan, penjagaan kesihatan, galakan
bersenam dan sebagainya. (hari/huraian) Selain itu,
Kementerian Kesihatan Malaysia juga
mengadakan sesi ceramah ke sekolah-sekolah di
Malaysia. Tujuan program ini dijalankan untuk
memberi kesedaran kepada remaja yang masih
berada di bangku sekolah supaya menjaga
kesihatan lebih awal. (pokok/peribahasa) Situasi ini
selaras dengan peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya. (kacang/ kesimpulan kecil)
Jelaslah, salah satu usaha yang boleh dilakukan
untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat adalah
melalui kempen.

Selain, kerajaan mengadakan kempen


kesihatan, ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-
anak makan makanan seimbang. Hal ini demikian
kerana, tabiat makan yang betul boleh dipupuk
semasa anak-anak masih kecil di rumah.
Sementelahan itu, ibu bapa boleh menyediakan
makanan seimbang kepada keluarga. Misalnya, ibu
bapa perlu menyediakan hidangan lengkap dalam
kumpulan yang betul seperti karbohidrat, protein,
vitamin, serat, dan mineral. Kajian daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia, seseorang yang
mengambil makanan yang seimbang tidak akan
mengalami obesiti dan mereka dapat mengelakkan
daripada mudah mengalami penyakit berbahaya
seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi,
kencing manis, dan sebagainya. Langkah proaktif
ini, amat selari dengan peribahasa Melayu sediakan
payung sebelum hujan. Sudah terang lagi bersuluh,
amalan makan makanan seimbang menjamin
pengekalan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, langkah


yang proaktif dalam mengekalkan kesihatan tubuh
badan adalah dengan melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala. Seseorang yang sudah
memasuki usia 40-an perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali.
Langkah awal ini dapat mengelakkan seseorang
daripada terkena penyakit berbahaya kerana
mereka sentiasa memantau tahap kesihatan
masing-masing. Tamsilnya apabila seseorang
berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan, doktor akan memberikan nasihat dan
panduan dalam penjagaan kesihatan. Tambahan
pula, tanda-tanda awal penyakit berbahaya seperti
tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung
juga dapat dikenal pasti dan langkah mengawalnya
boleh diambil segera oleh individu tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan, pemeriksaan
kesihatan secara berkala mampu mengekalkan
tahap kesihatan seseorang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah


proaktif dalam amalan gaya hidup sihat dalam
masyarakat di Malaysia. Seharusnya masyarakat
Malaysia dengan kerjasama pihak kerajaan
mengambil langkah sederap, bahu membahu bagai
aur dengan tebing bekerjasama dalam usaha murni
ini. Melalui kerjasama padu ini diharapkan rakyat
Malaysia akan menikmati kesihatan yang berkualiti
bagi menjamin produktiviti dalam aktiviti seharian.
Badan sihat otak cerdas.

Вам также может понравиться