Вы находитесь на странице: 1из 2

Kepentingan Seni Warisan Bangsa

1.Mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum


Rakyat dapat mengetahui seni warisan kepelbagaian kaum di Malaysia
Sambutan Hari Kemerdekaan - seni warisan dikenal pasti melalui identiti kaum,
pakaian, bertudung, bersongkok - rakyat Malaysia bertukar-tukar pakaian -
contoh, perempuan Cina memakai baju kurung
Tarian - semua kaum boleh menari pelbagai jenis tarian tradisional
Muzik akustik - setiap kaum mempunyai alat muzik yang sama, cuma melodi
yang berbeza - contoh, gendang
2.Mempopularkan makanan tradisional setiap kaum
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) membantu mempromosikanmakanan
tradisional di pasaran dalam negara dan luar negara Masyarakat luar dapat
mengenali dan mencuba makanan warisan bangsa Malaysia - contohnya, asam
pedas dan nasi lemak (orang Melayu), capati dan tose (orang India), sup ginseng
(orang Cina)
Menjadikan makanan tradisional sebagai menu utama dalam majlis rasmi dan
hidangan di hotel-hotel Menu lMalaysia yang mewakili makanan utama setiap
kaum di negara ini dapat dinikmati oleh rakyat dan pelancong luar
3.Memperkenalkan permainan tradisional
Melambangkan identiti bangsa
permainan tradisional bangsa Melayu seperti sepak takraw dapat diterima di
peringkat antarabangsa dan dijadikan acara dalam sukan SEA. Permainan
layang-layang diterima oleh semua bangsa di dunia dengan pengiktirafan
Festival Layang-layang Sedunia 2012 di Pasir Gudang, Johor sebagai acara
tahunan yang disertai oleh pelbagai negara di dunia
Mengenali asal usul warisan - mengetengahkan permainan tradisional secara
tidak langsung memberikan pengetahuan tentang asal usul dan teknik permainan
tersebut kepada generasi muda
Membentuk jati diri - pelbagai kaum melibatkan diri dalam permainan
tradisional tanpa prejudis, malah berasa bangga dapat bersama-sama
mempelajari permainan tersebut
4.Meningkatkan aktiviti pelancongan
Pelancong-pelancong domestik atau antarabangsa dapat mengenali budaya di
Malaysia melalui program seperti inap desa - merasai suasana di kampung -
dapat menyaksikan pelbagai tarian yang berbeza dari pelbagai kaum seperti
kuda kepang, zapin, tarian Sumazau, tarian kipas dan sebagainya terutamanya
pada malam kebudayaan
Keindahan cara hidup dan budaya pelbagai kaum dikagumi pelancong
Kepelbagaian hasil kraf tangan seperti batik, tembikar dan anyaman dijadikan
cenderahati sebagai kenang-kenangan
Pengekalan dan tinggalan sejarah menarik minat para pelancong untuk melihat
keunikan ciptaan warisan negara
5.Pendidikan dan pengetahuan kepada generasi baharu
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda yang merupakan
tunggak negara melalui pendidikan
Merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara untuk
mempertahankan negara tercinta - contoh, Tugu Negara dan Kota A Famosa
Mencapai target negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dari
aspek pendidikan seperti mata pelajaran Sejarah, Muzik dan Kelab Kebudayaan
di sekolah
6.Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan
Pemandu pelancong dapat memperkenalkan dan menerangkan seni warisan
bangsa di Malaysia melalui tempat yang dikunjungi
Peragawan dan peragawati memperagakan fesyen pakaian tradisional yang
mewakili setiap bangsa dan kaum yang berlainan di hotel-hotel dan majlis rasmi
Pemuzik dapat memperkenalkan muzik tradisional pelbagai kaum dan membuat
persembahan di pusat-pusat pelancongan
Pembuat kraf tangan dapat menghasilkan kraf tangan untuk dijadikan buah
tangan pelancong - pelukis batik dapat memasarkan dan mengkomersialkan
batik yang kini mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia

Вам также может понравиться