Вы находитесь на странице: 1из 80

940/1 STPM 2010

PROGRAM GERAK GEMPUR


TAHUN 2010
NEGERI PERAK

SEJARAH

Kertas 1

Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800

Masa : Tiga Jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada
Bahagian B

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

[Lihat sebelah]

1
940/1 STPM

SOALAN GERAK GEMPUR SEJARAH 1 STPM


TAHUN 2010

SEJARAH

KERTAS 1 TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800


(Tiga jam)

Jawab empat soalan sahaja; dua daripada Bahagian A dan dua daripada Bahagian B.

BAHAGIAN A

1. Bincangkan peranan setiap masyarakat dalam tamadun Mesir

2. Huraikan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun awal berdasarkan contoh-


contoh yang sesuai.

3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus


Caesar.

4. Huraikan perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah sehingga abad ke-17 masihi

5. Sejauh manakah peranan pemerintah mempengaruhi matlamat pendidikan dalam


tamadun awal?

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme


di Eropah.

7. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang


Islam.

8. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di


India.

2
BAHAGIAN B

9. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam


pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada
zaman Khulafa al-Rasyidin.

11. Huraikan pelaksanaan etika peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
berdasarkan contoh-contoh peperangan yang sesuai.

12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin
sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17
Masihi.

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab


dalam Islam.

15. Jelaskan sumbangan Al-Istahkri dalam tamadun Islam dan Cheng Ho dalam
tamadun China dalam bidang pelayaran dan geografi.

16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

3
SKEMA JAWAPAN GERAK GEMPUR SEJARAH 1 STPM TAHUN 2010

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Bincangkan peranan setiap masyarakat dalam tamadun Mesir.

PENGENALAN:[3 markah]

1. Definisi organisasi sosial


2. Latar belakang Tamadun Mesir
3. Konsep tamadun

ISI: STRUKTUR SOSIAL DALAM TAMADUN MESIR [7 isi X 3 markah = 21 markah]

1. Raja
• Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur social masyarakat
Mesir.
• Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat
• Merupakan sumber kekuatan
• Bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim negara.
• Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan
oleh pegawai2 tinggi.
• Raja merupakan lambang ma’at (kebenaran @ keadilan)

2. Keluarga Diraja
• Putera2 raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberi pendidikan
semasa kanak2 lagi
• Seorang guru dilantik untuk menagajar mereka pelbagai mata pelajaran
• Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang
ketenteraan
• Lazimnya, putera raja akan ambil bahagian dalam ekspedisi ketenteraan
yang dipimpin oleh bapa mereka.
• Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak2 lagi.
• Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untuk
mengekalkan kesucian keturunan.

3. Golongan Bangsawan/ Pegawai Tinggi


• Raja dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi.
• Kebanyakan pegawai tinggi dilantik drpd kalangan anggota keluarga raja @
saudara-maranya
• Dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan
keluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah.

4. Wazir
• Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan kes2
di peringkat wilayah.
• Tugas2 wazir adalah;
; awasi kerja2 mebina dan membaiki terusan bagi pengairan
; menjalankan banci ternakan dan sumber2 negara
; merekod banjir Sungai Nil
; menyediakan buruh paksa
; mengumpulkan cukai
; awasi ekspedisi diraja, bengkel2 dan projek pembinaan
; memeriksa angkatan tentera
; sebagai penyambut duta2
; mengumpulkan ufti dari luar negara.
4
5. Paderi
• Firaun adalah ketua paderi.
• Paderi mempunyai tugas dalam bidang keagamaan.
• Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam
soal perlantikan raja.

6. Anggota Tentera
• Ramai rakyat biasa terutamanya pekebun2 kecil, artisan dan kumpulam
professional sederhana telah menyertai tentera.
• Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak
mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka.
• Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur ssosial
masyarakat Mesir.

7. Pembantu Raja
• Golongan ini terdiri drpd serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruh
kelas buruh.
• Golongan ini terdiri drpd pekerja2 lombong emas, tembaga, pekerja2 kuari
dan pekerja binaan, golongan membuat barang2 tembikar dan pengangkut
air.
• Tugas utama mereka adalah membina candi2 diraja.
• Mereka bekerja hampir sepanjang tahun.
• Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli.
• Pekerja2 juga diberikan sayur2an, ikan, kayu api, ubat-ubatan dan pakaian.
• Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, wain
dan bir kepada mereka.
• Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk
selesaikan masalah mereka.

8. Petani
• Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas.
• Mereka terikat kepada tuan tanah.
• Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru.
• Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan.
• Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm
pembinaan candi.
• Menjelang pemerintahan kerajaan Baru, para petani menikmati kebebasan
sepenuhnya.
• Tanah2 pertanian dibahagikan kepada bahagian2 yang kecil dan diberikan
kepada tiap keluarga.
• Tanah2 tersebut tidak boleh dipindah milik.
• Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri.

9. Hamba
• Mereka tidak mempunyai kebebasan

KESIMPULAN [1 markah]

Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun.

5
SOALAN 2
Huraikan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun awal berdasarkan contoh-contoh
yang sesuai.

PENDAHULUAN [3 markah]

1. Jenis sIstem pemerintahan


• Monarki/beraja, republik, demokrasi, feudal dan lain-lain.

2. Definisi Pemerintahan:
• satu badan atau organisasi yang dianggotai oleh sebilangan individu yang
dilantik atau dipilih mengikut prosedur perundangan bagi menjawat jawatan
tertentu untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah negara.

3. Tiga komponen penting pemerintahan:


• Perundangan (Parlimen)
• Eksekutif (Kabinet)
• Kehakiman

4. Definisi pemerintahan beraja:


• Sistem pemerintahan yang diketuai oleh seseorang individu yang
menggelarkan diri mereka sebagai raja yang memiliki kuasa mutlak

5. Contoh tamadun yang mengamalkan system pemerintahan beraja;


i. Tamadun Mesopotamia ( Hammurabi)
ii. Tamadun Mesir (Firaun Raja Menes)
iii. Tamadun India (Asoka)
iv. Tamadun China ( Shih Huang Ti)

ISI: Ciri-ciri pemerintahan beraja [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Kuasa Mutlak
• Raja mempunyai kuasa mutlak dan tindak tanduk raja tidak boleh dipersoalkan.
• Raja dianggap mempunyai kuasa istimewa dan kuasa itu dianugerahkan oleh
tuhan
• Kekuasaan raja diperkukuhkan lagi melalui pelbagai adat istiadat dan alat-alat
kebesaran raja
• Dalam pemerintahan beraja, raja dianggap bukan sebagai manusia biasa
tetapi wakil atau anak tuhan yang mempunyai kuasa luar biasa.
• Oleh itu segala tindak tanduk raja hendaklah diikuti oleh rakyat.
• Oleh itu rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja dan rakyat
yang menentang raja akan mendapat hukuman di neraka atau ditimpa tulah.
• Contoh ;
a. Tamadun Mesopotamia
• Raja dianggap dilantik oleh dewa negara kota sebagai wakil tuhan
dan mendapat mandat daripada tuhan untuk memerintah.
b. Tamadun Mesir
• Firaun dianggap sebgai tuhan atau anak tuhan Amon-Re
c. Tamadun India
• Raja juga dianggap sebagai tuhan dan menjalankan fungsi Tuhan
di muka bumi.
d. Tamadun China
• maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan mendapat
mandat untuk memerintah daripada tuhan.

2. Ketua Pentadbir
6
• Dalam bidang pemerintahan raja memainkan peranan utama.
• Raja dianggap sebagai ketua pentadbir dalam pelabagai aspek pemerintahan
dan pentadbiran
• Raja memegang jawatan sebagai ketua panglima tentera, ketua hakim, ketua
rumah berhala atau ketua paderi dll.
• Sebagai ketua tentera, raja akan merangka strategi untuk kempen-kempen
ketenteraan dan bertindak mengetuai pasukan tentera dalam medan
peperangan.
• Dalam bidang keagamaan, raja akan mengawal kerja2 pembinaan dan
pengurusan rumah ibadat, melantik paderi serta menjalankan upacara
keagamaan.
• Contoh dalam Tamadun Mesopotamia, rajanya dianggap sebagai wakil tuhan
untuk menjalankan tugas tuhan di negara kotanya.
• Dalam Tamadun Mesir, orang Mesir anggap raja mereka sebagai tuhan dan
membina pyramid untuk menyimpan mumia dan sebagai tempat roh
bersemadi.

3. Ketua Eksekutif
• Raja adalah ketua eksekutif dalam pentadbiran Negara.
• Baginda dibantu oleh segolongan pembesar atau bangsawan yang dikenali
sebagai menteri.
• Penubuhan system birokrasi adalah penting untuk mewujudkan kelicinan
system pentadbiran negara.
• Di Mesir, firaun dibantu oleh segolongan pegawai yang terdiri daripada kerabat
diraja. Wazir berperanan sebagai ketua hakim dan orang yang memberi
maklumat terperinci tentang Negara kepada firaun.
• Di Rom, pemerintahan Augustus Caesar dibantu oleh Dewan Senat dan
beberapa jabatan khas untuk menguruskan bidang-bidang tertentu.

4. Sumber Undang-undang
• Raja adalah sumber bagi segala undang-undang.
• Undang2 diperkenalkan untuk digunakan di seluruh Negara.
• Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan baginda dan mewujudkan
keamanan.
• Dalam Tamadun Mesir, firaun dianggap sebagai lambang Maat (peraturan,
kebenaran atau keadilan). Baginda mempunyai kuasa penuh terhadap segala
pentadbiran Negara dan membuat segala undang-undang.
• Pada zaman Dinasti Chin, Maharaja Shih Huang Ti mempunyai undang-
undang berdasarkan ajaran Legalisme
• Di Rom, Kod Undang-undang Justinian diperkenalkan dan menjadi peraturan
masyarakat.
• Asoka (Empayar Maurya di India) telah memperkenalkan undang-undang yang
diukir pada tiang-tiang di tepi jalan untuk dibaca dan dipatuhi oleh rakyatnya.
• Di Mesopotamia, kerajaan pusat diperkukuhkan dengan memperkenalkan Kod
Hammurabi.

5. Pentadbiran Provinsi
• Diwujudkan untuk menguasai jajahan yang luas yang tidak boleh diperintah
dengan berkesan dari pusat.
• Kerajaan pusat dikuasai oleh raja.
• Empayar atau negara dibahagikan kepada beberapa wilayah untuk
mewujudkan kelicinan dalam pentadbiran.
• Pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh raja tetapi
kuasa sebenar terletak di tangan raja atau kerajaan pusat.
• Ketua pentadbir biasanya ialah gabenor yang dbantu oleh pegawai2 lain.

7
• Di Mesir, jawatan mayor atau datuk Bandar dilantik untuk menjalankan
pentadbiran wilayah
• Di India, wilayah dibahagikan kepada daerah dan kampung.
• Maharaja Akbar (kerajaan Moghul) membahagikan empayarnya di India
kepada 18 wilayah.
• Di China, pentadbiran provinsi dijalankan oleh wizurai, gabenor dan bendahari.

KESIMPULAN [ 2 markah]

1. Pemerintahan beraja yang dijalankan telah menjadikan tamadun awal


berkembang.

SOALAN 3
8
Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar.

A. Pendahuluan [ 3 markah]

1. Tamadun Rom yang muncul selepas kejatuhan Yunani berjaya membentuk


empayar yang luas kerana mempunyai pasukan tentera yang kuat.
2. Organisasi ketenteraan Rom jelas ketara dalam aspek matlamat ketenteraan,
dasar ketenteraan, taktik peperangan, organisasi tentera, penyusunan tentera
dan peralatan perang.
3. Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom
sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa
sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan
disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari
ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas
apabila Rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan
laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom
juga menggunakan kapal laut.
4. Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti,
pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar
serta lumba kuda. Gimnasium dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan
tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa.

B. Isi: Sistem ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Klasik


[5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Matlamat Ketenteraan
• Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan kekuasaan politik
ke benua Asia, Afrika dan Eropah.
• Bertujuan untuk menguasai kegiatan ekonomi.Rom berjaya menguasai
kegiatan perdagangan setelah menawan wilayah-wilayah di sekitar laut
Mediterranean.

2. Dasar Ketenteraan
• Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai.
• Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian manusia.

3. Taktik Peperangan
• Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan kekejaman
terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi atau menimbulkan
perasaan takut atau bimbang dalam kalangan musuh.
• Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera musuh.

4. Organisasi Ketenteraan
• Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun Rom,
tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples.
• Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat
bergerak bebas di medan peperangan.
• Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang terdiri
daripada 4000 hingga 6000 askar.
• Legion diketuai oleh Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai
Tribuni.
• Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta dilengkapi
senjata seperti lembing.

5. Penyusunan Tentera
9
• Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan askar
kepada 16 orang sebaris.
• Pada zaman Augustus, Praetorian Guard diwujudkan untuk menghadapi
serangan orang Gasar di kawasan sempadan.

6. Peralatan Peperangan
Peralatan yang digunakan ialah lembing, pedang, perisai, tombak dan kuda.

C. Kesimpulan [ 2 markah]

1. Tamadun Rom mempunyai sistem ketenteraan yang tersusun.

2. Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom membina empayar yang
kuat.

10
SOALAN 4

Huraikan perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah sehingga abad ke-17 masihi.

PENGENALAN

1. Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal melalui pernerokaan terhadap sumber alam sekeliling ,
pemburuan dan pemungutan.Petani yg menjalankan kegiatan pertanian berasaskan
konsep sara diri adalah utk keperluan keluarga dan kegunaan seharian. Mereka
menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan spt padi, ubi, keladi, sayur2an dan
buah-buahan melakukan kegiatan pengutipan dan pengumpulan hasil-hasil hutan
spt damar, rotan dan buah-buahan

2. Komersil ialah aktiviti jual beli urus niaga sesuatu barangan dan perkhidmatan.
Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yg menjalankan kegiatan
penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan secara besar2an. Dalam
sistem komersil ini, pedagang akan mendapat keuntungan yg banyak. Berlakunya
pengkhususan ekonomi. Berlakunya peluasan hubungan.

3. Kapitalisme ialah aktiviti ekonomi dagangan bebas yg mengeluarkan modal yg besar


dan mengutamakan keuntungan serta pengeluaran modal yg banyak. Kapitalis
adalah sistem ekonomi yg dikuasai oleh golongan yg mempunyai modal yg besar
dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Mereka melindungi harta
persendirian dan berlaku inisiatif/usaha2 individu. Mereka mengumpul modal dan
pelaburan utk kepentingan keuntungan dan bukan kepentingan sosial.

4. Perdagangan bermula apabila manusia mula keluar daripada ekonomi sara diri.
Mereka mula menukarkan barang yg dihasilkan utk mendapatkan barangan
keperluan yg lain. Kegiatan menukar barang spt ini dikenali sebagai sIstem barter.

ISI:
Perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah sehingga abad ke-17 masihi

1. Mata Wang Sebagai Alat Pengukur


• Perdagangan berasaskan system barter diamalkan secara meluas di
Eropah sebelum kemunculan tamadun Greco-Roman
• Sistem barter ini mula berubah apabila mata wang digunakan sebagai alat
pengukur nilai pada zaman itu.
• Tetapi kegiatan perdagangan berasaskan system ini masih diamalkan di
Eropah sehingga abad ke-15/16 khususnya di kawasan pedalaman.

2. Penggunaan Mata Wang Secara Meluas


• Sistem barter merosot apabila mata wang digunakan secara meluas dalam
abad ke-18 dan seterusnya.

3. Kemunculan Semula Bandar2 di Eropah


• Kemunculan semula bandar2 di Eropah khususnya di Itali pada abad ke–
13 telah membawa perubahan besar ke atas system perdagangan di
Eropah.
• Di bandar2 inilah munculnya golongan saudagar baru yg meluaskan
kegiatan mereka ke seluruh Eropah.
• Di sini munculnya institusi perniagaan seperti bank, syarikat insurans,
persatuan saudagar dsb yg memudahkan lagi urusan pertukaran barangan
yg berasaskan kpd penggunaan mata wang.
• Di bandar2 Italy inilah terasasnya system ekonomi kapitalisme yg
kemudiannya meluas ke seluruh Eropah.
4. Kebebasan
• Saudagar2 di Itali memperolehi kebebasan menjalankan kegiatan mereka.
11
• Pihak berkuasa tidak menghalang kebebasan para saudagar untuk berurus
niaga, mengumpulkan kekayaan dan meluaskan kegiatan mereka.

5. Institusi Bank
• Dgn dibantu oleh institusi bank dan perniagaan lain, saudagar dapat
menjalankan kegiatan dgn lebih mudah.
• Contohnya, bank2 memberikan pinjaman modal dan mengeluarkan bil2
pertukaran kpd saudagar2.

6. Syarikat Insuran
• Syarikat insuran mengeluarkan jaminan ke atas modal saudagar2 utk
mengurangkan risiko mereka.
• Dgn kemudahan2 ini, hubungan perdagangan menjadi lebih teratur dan
berjalan dgn licin.

7. Kemunculan Negara Bangsa


• Kejatuhan wilayah2 feudal dan kemunculan system negara kebangsaan
Eropah dalam abad ke-14/15
• Ini menggalakkan kpd perkembangan perdagangan apabila terhapusnya
pelabagai bentuk halangan ke atas perdagangan yg diwujudkan oleh
system feudal dahulu.

8. Peranan Pemerintah
• Berikutan dgn kejatuhan feudalisme di Eropah, kegiatan perdagangan
menjadi unsur penting dalam aktiviti 2 ekonomi di Eropah.
• Pihak pemerintah (raja mutlak) tidak sahaja memberikan galakan kpd
perdagangan tetapi juga melindunginya.

9. Keseragaman dalam Timbangan, Sukatan & Peraturan


• Perdagangan menjadi lebih mudah apabila ada keseragaman dari segi
kaedah timbang dan sukat, peraturan dan undang2 yg melindungi hak
pemilik2 komoditi dan modal.
• Terdapat juga institusi2 yg berfungsi dari segi menyediakan kemudahan2
kredit dan kewangan.
• Kemunculan unsur2 tersebut menjadi asas kpd perkembangan system
perdagangan di bawah ekonomi kapitalisme di Eropah.

KESIMPULAN

1. Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah Barat apabila berlakunya


Revolusi Perindustrian yang bermula pada abad ke – 18 M.

2. Menerusi sistem ini negara Eropah menjadi kaya dan menguasai ekonomi dunia.

SOALAN 5

12
Sejauh manakah peranan pemerintah mempengaruhi matlamat pendidikan dalam
tamadun awal?

PENGENALAN [ 3 markah]

1. Latar belakang tamadun awal: lokasi dan masa (Mesopotamia, Mesir, China, India,
Rom dan Yunani)

2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentuk
keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmani
dan rohani. Pendidikan berkembang kerana pertambahan penduduk.

3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah guru,sekolah,kolej dan


universiti. Organisasi dan pelaksanaan pendidkan adalah berbeza mengikut
tamadun China,Mesir,India, China danYunani.

4. Kaitan dengan soalan agama menjadi matlamat utama pendidikan tamadun awal.
Namun begitu aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan, kemanusiaan dan
keintelektualan turut memainkan peranan penting.

ISI : Matlamat pendidikan dalam tamadun awal [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

Faktor Pemerintah

1. Birokrasi

a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan


dan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan
dalam pendidikan di China yang bertujuan menjalin hubungan persaudaraan
dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China.
b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran
Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan
melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggunggjawab.

2. Ketenteraan

a. Sparta – untuk melahirkan warganegara yang sedia berkorban untuk Negara


kota.Mereka dilatih menjadi tentera dengan latihan yang ketat.
b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kepada ketenteraan
kerana golongan peer yang minoriti sentiasa menghadapi serangan daripada
golongan helot.

3. Kemanusiaan

c. Athens – melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan
intelektual. Masyarakat yang cemerlang dapat menyumbang kepada diri dan
Negara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang untuk
jasmani.
d. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato,
menghafal retorik (hasil sastera), membaca, menulis supaya bijak
berbicara.Mereka juga diajar musik utk keseimbangan emosi.

4. Keintelektualan

13
a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan intelektual.
b. Yunani – menekankan falsafah. Mereka mengganggap manusia sebagai
haiwan yg rasional dan manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda. Jadi,
pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua perkara tadi. Dasar
dan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut negara kotaYunani.
c. Di Athens, kemudahan pendidikan dikendalikan oleh golongan Sophis.
Matlamatnya ialah melahirkan warganegara yang boleh memberi mewujudkan
hubungan yang lebih erat antara warganegara

5. Melahirkan golongan profesionalisme

a. Rom – menekankan aplikasi ilmu yang praktikal melahirkan jurutera yang


dapat membina sistem pengairan,bangunan dan jalan. Oleh itu Rom terkenal
dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya
memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
b. Mesopotamia-melatih jurutulis (scribes) yang bertujuan menjalankan
pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang2 yang dimiliki oleh rumah
berhala dan istana. Dari segi pentadbiran dan ketenteraan, jurutulis
dikehendaki menghasilkan surat perjanjian, urusan surat menyurat,mengikuti
rombongan ketenteraan dan menyenaraikan banduan serta harta rampasan
perang.
c. Mesir – melahirkan golongan professional yang bekerja sebagai
setiausaha/kerani dalam ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan.

Faktor –faktor lain

6. Keagamaan

a. Mesopotamia dan Mesir – melahirkan golongan pendeta/paderi India -


melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Penekanan pendidikan di
India juga adalah untuk menyediakan manusia ke arah menghadapi kehidupan
selepas mati. Kedatangan orang Aryan ke India telah membawa kepada
kemunculan system kasta dan kelas.
b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iatu memelihara dan
memperkukuhkan sistem kasta. Akibatnya, pendidikan yang diberikan adalah
berbeza-beza mengikut kasta supaya dapat mendalamipengetahuan tentang
profesion kasta mereka.

7. Patriotisme

d. Rom-melahirkan rakyat yang setia kepada negara. Empayar Yunani, Rom,


India dan China adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam
semangat patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.

C. Penutup [ 2 markah]

1. Agama bukan semata-mata menjadi matlamat utama pendidikan Tamadun Awal


tetapi ada faktor lain yang mempengaruhinya seperti jurutulis, kemanusiaan,
patriotisme, untuk diri sendiri, kesejahteraan masyarakat dan keagungan
Negara.
2. Jurutulis yang boleh membantu mereka menyimpan rekod pentadbiran,
perdagangan, keagamaan serta harta kuil atau rumah berhala di samping
menyimpan rekod tentang kekayaan di ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah
berhala atau istana.

SOALAN 6
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.
14
PENDAHULUAN (3 markah)

1. Maksud sekularisme:

Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari
segala urusan kehidupan manusia.

2. Tujuan pemikiran sekularisme:

Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahan


pemikiran pada zaman Renaisans.

3. Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:-


- John Locke
- Niccolo Machiavelli
- Francis Bacon

ISI (5 isi X 4 markah)

1. Perkembangan zaman Renaisans

Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme,


individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspek
keduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah mempengaruhi
perkembangan sekularisme di Eropah.

2. Fahaman humanisme, individualisme dan realisme

Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme dan


realisme. Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budi
pekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengan
keduniaan. Kehendak manusia perlu diutamakan. Manusia mempunyai keupayaan
untuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasib
malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Pemikir liberal seperti
John Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedah
pendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

3. Kemunculan idea dan pemikiran baru dalam agama Kristian

Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang
ajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John
Calvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa
gereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikan
Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan
yang menjadi asas kepada sekularisme.

4. Sistem Pendidikan

Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telah


mempengaruhi perkembangan sekularisme. Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandar
utama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yang
bersifat humanisme seperti:
- guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi
- orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains

15
- kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja
- pendidikan terbuka kepada semua rakyat

5. Perkembangan sistem ekonomi baru

Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi di


Eropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkan
kekayaan. Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalan
bidang ekonomi. Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Canon Law dengan
membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. Fahaman ini memberi peluang
kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru yang bebas daripada
kawalan gereja dan peraturan lama.

6. Kemunculan falsafah politik baru

Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politik


baru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke.
Marsilo Padua dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undang-
undang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harus
melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran Negara. Ini menjadi asas kepada
kemunculan sekularisme. Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negara
bangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasa
dan menguasai kekayaan (sekularisme).

KESIMPULAN (2 markah)

1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada
kehidupan selepas mati.

2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementing aspek kebendaan
dan kekayaan.

16
SOALAN 7
Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang Islam.

PENGENALAN [ 3 markah]
1. Pelayaran bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat dengan
menggunakan laluan air.
2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan
yang baru dijumpai atau diduduki.
3. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Barat
4. Latar belakang sejarah pelayaran dan penrokaan Tamadun Islam.

ISI:
Perbandingan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang
Islam. [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Agama

Orang Barat
Penjelajahan juga didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian.
Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-negeri Islam diIberia -
untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Didasarkan
konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian,
maka penyebaran agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat.
Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk
menghancurkan kuasa Islam.

Orang Islam
Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada
zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman
untuk kegiatan dakwh. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai
pendakwah Islam yang menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam.
Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka,
Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik
Jawa.

2. Ekonomi

Orang Barat
Orang Eropah amat memerlukan barangan yang dihasilkan di Timur khususnya
rempah- ratus. Permintaan yang tinggi untuk rempah-ratus membuat negara2
Eropah berlumba2. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan. Selain
itu, mereka juga memerlukan barangan lain seperti ubat-ubatan, kapas dsb.
Menjelang abad ke-15, pemintaan untuk barang-barang dari timur melebihi
pembekalan. Pedagang2 Islam dan Italy menguasai pedagangan dengan Timur.
Mereka meraih keuntungan yang besar dengan menjual barang2 tersebut pada
harga yang tinggi. Kemajuan dalam bidang sains teknologi melahirkan
semangat ingin tahu di kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasan2 baru
yang belum pernah diterokai. Mereka tidak mahu bergantung kepada
pedagang2 Arab. Oleh itu negara-negara Eropah ingin mencari jalan laut ke
Timur untuk meperoleh barang2 tersebut pada kadar harga yang rendah dan
memecah monopoli saudagar2 Islam.

Orang Islam
Pada zaman Khalifah Al – Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan
hubungan perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam yang terkenal
sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dengan barat.
Meraka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia

17
Tenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah
dan sutera dari Timur.

3. Dorongan

Orang Barat
Golongan pemerintah/raja menggalakkan penjelajahan terutama ke Timur untuk
mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan kekayaan negara. Golongan
pemerintah menggalakkan individu2 untuk menjelajah ke dunia baru. Mereka
dijanjikan kekayaan dan pangkat juika berjaya menubuhkan jalinan perdagangan
dengan kawasan baru. Contoh; Vasco da Gama telah diberi gelaran Count of
Vidiguira kerana kejayaannya menemui jalan ke India dan dilantik menjadi
wizurai di India.

Orang Islam
Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan
penerokaan. Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin
ayat 82 dan Surah al- Haj ayat 46. Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :
Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan
manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.

4. Ingin tahu / inkuiri

Orang Barat
Faktor Zaman Renaissans yang berrnula pada kurun ke-13 TM. menggalakkan
munculnya semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnya
tanah-tanah di luar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga
mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah. Pada dulunya,
perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah
bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada masa itu
dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan
Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah
mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

Orang Islam
Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari
petempatan mereka. Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dan sebagainya.
Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke
kawasan lain.

5. Politik

Orang Barat
Untuk meluaskan kuasa politik, mereka berlumba-lumba untuk menjajah
kawasan baru. Mereka bersaing agar kawasan baru tidak ditakluki oleh orang2
Islam. Orang Portugis percaya kejayaan dapat belayar jauh dan mempunyai
tanah jajahan yang luas merupakan satu kebanggaan. (glory). Orang2 Inggeris
datang ke Timur untuk mencari tanah jajahan dan menjadi kuasa baru.

Orang Islam
Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat
oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah
Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan
wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah
berjaya dikuasai oleh Islam.

18
6. Persaingan

Orang Barat
Negara2 Bangsa seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing
antara satu sama lain untuk meneroka kawasan2 baru di benua Asia, Afrika dan
Amerika. Tujuannya untuk mendapatkan bahan2 mentah seperti rempah-ratus,
sutera, tembikar dan pasaran baru bagi barang2 mereka.

Orang Islam
Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan
Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah
ratus di Timur. Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan
penjelajahan.

Kesimpulan [ 2 markah]

1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas
baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan
serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam.

2. Penjelajahan dan pelayaran kuasa-kuasa Eropah telah meninggalkan pelbagai


kesan dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kuasa2 Eropah
seperti Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Belanda menjadi kuasa penjajah di luar
benua Eropah.

19
SOALAN 8
Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India.

PENDAHULUAN: (3 markah)

1. Maksud Kesenian
¾ indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan
menerangkan sesuatu.
¾ Dalam bahasa Inggeris disebut art yang berasal daripada bahasa Yunani yang
membawa makna kecekapan dan kebolehan.
¾ Kesenian juga berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran,
cara atau kaedah.
¾ Kesenian meliputi satu bidang yang luas antaranya ialah kesusasteraan, muzik,
seni ukir, seni lukis dan seni bina.

2. Tamadun India
¾ terbentuk di kawasan Sungai Indus dan merupakan salah satu tamadun terawal
di dunia.
¾ Perkembangan pesat perdagangan, perbandaran dan faktor-faktor lain yang
telah memajukan tamadun ini dalam pelbagai bidang termasuk kesenian.

ISI:
Pengaruh Agama Dan Kepercayaan Ke Atas Perkembangan Kesenian Tamadun
India (4 Isi X 5 Markah)

1. Seni Ukir
• Seperti tamadun lain, seni ukir India adalah bermotifkan agama, mitologi dan
mewakili falsafah politik zaman-zaman tertentu.
• Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dan
kuil
• Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa
dan tembaga
• Patung-patung terracotta yang pelbagai bentuk termasuk patung-patung lelaki
dan perempuan digunakan sebagai objek pemujaan
• Seni ukir juga merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam
upacara keagamaan
• Ianya digunakan sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan
perayaan keagamaan. Contohnya kuil di Ellora yang dibina daripada batu-
batu besar.
• Perkembangan awal kesenian bercorak keagamaan di India adalah hasil
daripada penyebaran agama Buddha. Asoka adalah pemerintah Maurya yang
beragama Buddha teragung dan merupakan penaung dalam bidang kesenian.
Contoh yang dapat dilihat ialah Tugu Edik Asoka, tiang junjung dan patung-
patung di Sarnath – kekal hingga sekarang.

2. Kesusasteraan
• Kesusasteraan Vedik adalah kesusasteraan yang tertua dan dianggap suci,
Veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan merupakan asas
budaya agama Hindu.
• Kesesasteraan Vedik dibahagikan kepada empat iaitu Samhita, Brahmana,
Aranyaka dan Upanishad.
• Samhita adalah koleksi mazmur, mantera dan doa bagi menjalankan upacara
korban.
• Brahmana merupakan himpunan prosa mengenai panduan menjalankan
upacara-upacara pemujaan
• Ranyaka dan Upanishad merupakan tafsiran falsafah mengenai tuhan,
manusia dan dunia.
• Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan penting

20
• Hasil sastera India dapat dilihat seperti syair, nyanyian dan bentuk cerita
• Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan kesusasteraan
Tamil
• Kesusasteraan sanskrit terbahagi kepada sastera vedik , epik dan sekular
• Kesusasteraan Tamil terbahagi kesusasteraan sangam , epik , etika dan
bhakti
• Semua hasil sastera membincangkan agama Hindu , Buddha dan Jainisme
• Sastera adalah lambang kemegahan masyarakat Hindu seluruh dunia
• Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabharata menjadi
ikutan hingga kini

3. Seni Bina

• Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim.
Agama-agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha
dan Islam.
• Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang
• Rumah-rumah kediaman dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi dan bekalan
air.
• Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang
lurus, longkang dan terusan
• Tempat mandi awam “The Great Bath“ menunjukkan kemahiran tinggi dalam
seni bina. The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter lebar
dan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di
sekelilingnya.
• Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah
• Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora.
• Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India
• Seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 sm. Sami-sami Buddha
mengasaskan Vihara yakni komuniti keagamaan untuk menyebarkan
pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata.
• Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan
penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi, image hauses dan
chapter houses.
• Lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja dan
bangsawan dan yang diperintah (rakyat). Sebagai contoh pembinaan Stupa
iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan
para alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan
peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontonan.Contoh
stupa yang terkenal di Sanchi, Barhut, Sarnath dan Amarawati.
• Kuil-kuil Jaina pada Zaman Jainisme didirikan dengan memotong batu-batu di
lereng bukit. Kuil yang terkenal ialah Kailasanatha di Ellora. Orang Jaina
membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri beratus-ratus rumah
berhala kecil.
• Keunikan seni bina Hindu pula dilihat pada pembinaan kuil. Antara kuil Hindu
yang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah Kuil Rajarana dan
Lingaraja di Bhubaneshwar, Kuil Sasbahu di Gwalior, Kuil Kandariya dan
Mahadewa di Khajuraho dan Kuil Suria di Konarak.

4. Seni Lukis
• Berkembang sejak zaman lampau khususnya pada dinding, rumah, istana,
kuil dan candi-candi.
• Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis profesional
• Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara di pergunungan Ramgarh
bertarikh abad pertama atau kedua SM.
• Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta yang mengisahkan tentang
peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Buddha.
• Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di India
21
5. Seni Muzik

• Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India


• Menjelang zaman vedik lagu-lagu suci kitab veda dinyanyikan dalam upacara-
upacara pengorbanan. Semasa menyanyikan lagu ini penekanan diberikan
kepada sebutan dan intonasi. Lagu-lagu Rig veda dinyanyikan dalam tiga nada
yang berbeza iaitu udatta, anudatta dan svarita.
• Sejak zaman awal lagi, muzik Hindu berkaitan dengan kepercayaan
keagamaan, upacara-upacara rutual dan persembahan Istana. Dengan
demikian, muzik India bercorak keagamaan dan sekular. Muzik bercorak
keagamaan ialah dikenali sebagai Marga dan muzik sekular dikenali sebagai
Desi.
• Epik-epik agung seperti Ramayana, Mahabharata dan Badgavadgita
dipengaruhi unsur muzik

KESIMPULAN: (2 markah)

1. Pencapaian senibina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian


sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara.

2. Walau bagaimanapun kemajuan senibina tamadun awal telah mengalami banyak


kemerosotan dan runtuh tetapi ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

22
BAHAGIAN B

SOALAN 9
Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w.

PENDAHULUAN: ( 3 Markah )

1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong
perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan
mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali


sebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam.
Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di
Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada
perkataan hijrah.

3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan
Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah
di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan
Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan
mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin
berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

ISI:
Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )

1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan di Makkah :

a. Menerima dan mempertahankan agama Islam


• Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama
menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru
disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang
mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama
berjuang dengan Nabi Muhammad.

• Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin
Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam
bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal
ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar
al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara terbuka. Mereka
semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan
sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan
dan para pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan


• Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang
sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau
pun mental.
• Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan
pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi
memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar b Yassir
yang mati dibunuh dan penyiksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah.
23
c. Sanggup berkorban nyawa dan harta
• Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan
Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar
dan Uthman. Antara yang mereka banyak lakukan ialah membeli hamba-
hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat
dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin
Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.

• Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai


markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi
dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan
dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan.

• Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam


atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang
telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan
Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi Muhammad sewaktu Hijrah..

d. Menjalankan usaha dakwah


• Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara
sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah.

• Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk


Makkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan
Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin
Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-
Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

• Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin
yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan.
Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha
dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah
• Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki
semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu
pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah.

• Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan


sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama
yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh
Amir b. Rabiah dan isterinya.

• Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin)
berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

Peranan di Madinah

a. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.


• Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin
umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan.
Contohnya selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab
bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk
Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai
kejayaan yang besar.

24
• Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah
Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain
dapat menjalan kegiatan dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di
Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan Masjid di tengah-tengah kota
Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat
dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.

b. Mengukuhkan ketenteraan Islam


• Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian
besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak
kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh
tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib
dan lain-lain.

2. Peranan Golongan Ansar

Peranan di Makkah

a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w


• Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan
kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di mana orang-orang Makkah
menentangnya dengan hebat.

• Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi


meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju
Madinah.

• Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah


kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada
peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

• Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda


bersama para sahabatnya telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh
golongan Ansar.

Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam


• Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan
Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1
dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

• Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk


membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama
Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab
menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan
kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

• Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam
cepat tersebar.

25
b. Membantu golongan Muhajirin
• Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang
ke Madinah dari Makkah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.

• Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan


tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada
yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran


• Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan
buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti
semasa menghadapi peperangan .

• Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka


dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan
Khandak.

KESIMPULAN:( 1 Markah )

1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri


dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.

2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang


mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan
Madinah.

26
SOALAN 10
Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.

PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin


2. Konsep dan ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
3. Syura dan baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah.

ISI: Konsep Syura Dalam Proses Pelantikan Khalifah Pada Zaman Khulafa
Al-Rasyidin ( 4 x 5markah =20 markah )

1. Pemilihan Khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia merupakan


perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di
Balai Bani Saadah, perbincangan berhemah serta penerimaan masyarakat Madinah
yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai
demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. Malah perlantikan baginda
turut dibaiah oleh masyarakat Madinah.

2. Pemilihan secara wasiat memang dianjurkan Islam. Dalam pemilihan khalifah kedua
ini kriteria pemilihan khalifah diutamakan berdasarkan ketokohan, kebolehan,
berhikmah, bijaksana, taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam al-Quran. Malah
perlantikan Umar al-Khattab mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan
kemudian rakyat secara sukarela telah memberi baiah atau taat setia kepadanya.
Pemilihan dan perlantikan ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.

3. Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Jawatan Kuasa Perlantikan Khalifah.


Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan Khalifah sebelum
beliau wafat bertujuan mencari pengganti khalifah ketiga. Majlis ini dianggotai oleh
Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain. Jawatan kuasa ini
telah menemu ramah setiap calon dan mendapatkan pandangan masyarakat
Madinah sebelum membuat sebarang pemilihan dan perlantikan. Cara perlantikan ini
menunjukkan demokrasi dipraktikan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

4. Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam : nilai demokrasi apatah lagi
tiada pemilihan. Justeru itu perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.dianggap tidak
demokratik malah penduduk Syam dan suku Bani Umayyah memang menentang
perlantikan ini. Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar
kerana negara tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa
dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Justeru itu pemilihan dan
perlantikan Khalifah Ali memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan
darurat tersebut. Malah baginda juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah
dan Kufah.

Kesimpulan ( 2 markah )
1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara.
2. Namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap
perlantikan.

27
SOALAN 11
Huraikan pelaksanaan etika peperangan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
berdasarkan contoh-contoh peperangan yang sesuai.

PENDAHULUAN:

1. Konsep peperangan dalam Islam.


2. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan.

ISI : Pelaksanaan Etika Peperangan Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W

a. Mematuhi peraturan serta menuntut keredhaan – Nya.


b. Memberikan pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, Bayar Jizyah ataupun
perang.
c. Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang
telah mati.
d. Tentera Islam dilarang memerangi kanak – kanak, kaum wanita dan orang tua.
e. Dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
f. Dilarang mengejar musuh yang sudah lari.
g. Dilarang memusnahkan hartabenda musuh dan tanaman serta rumah ibadat.
h. Berhenti perang sekiranya musuh minta berdamai.
i. Patuh kepada ketua.
j. Tidak boleh lari dari medan perang.
k. Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

1. Empat ekspedisi penting yang boleh dijadikan contoh seperti;

a. Perang Badar.
b. Perang Uhud.
c. Perang Tabuk.
d. Perang Hunain – Taif.

A. KESIMPULAN.

Etika peperangan dalam Islam bertujuan mencari kedamaian dan membela keadilan.

28
SOALAN 12
Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga
zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

PENGENALAN: (3 markah)

Konsep mata wang dalam ekonomi Islam

1. Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakat


sebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan.
2. Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpa
mengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyai
mutu atau nilai yang sama.
3. Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukan
nilai setiap mata wang yang digunakan.
4. Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahun
yang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti
tidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad.
5. Dalam tamadun Islam , penggunaan mata wang sudah bermula sejak zaman Nabi
Muhammad S.A.W lagi, dengan mengambil model mata wang dinar emas Rom
Timur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai mata wang yang sah.
6. Nabi Muhammad S.A.W. telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang
yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana dapat
memenuhi tuntutan syarak.
7. Selaras dengan perkembangan tamadun Islam, maka pada zaman Khulafa al-
Rasyidin wujudlah mata wang Islam yang mempunyai identiti dan bebas dari
kongkongan mata wang lain.

ISI : Perkembangan sistem mata wang dalam ekonomi Islam (5 isi X 4 markah)

1. Permulaan penggunaan mata wang Islam.


• Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab,
sistem mata wang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada mata wang
Rom dan Parsi.
• Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi,
Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.

2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam.


• Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus
iaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang
masih berteraskan dinar emas dan dirham perak.
• Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yang
tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas,
dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3
gram perak.
• Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis
pusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm.
• Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimah
syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.

3. Pembaharuan dalam mata wang Islam.


• Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah
diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat
Koufi.
• Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualiti
dan piawaian yang masih belum tetap.

29
4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah.
• Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah
telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama
kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir,
Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M.
• Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di
Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq).
• Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan
kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figura
haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur
dan dirham Parsi.
• Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz bin
Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak.

5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan Bani


Abbasiyyah.
• Pada zaman Khalifah al-Ma’mun (813 M – 833 M), percetakan mata wang Islam
telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini
mata wang dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan
lain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak.
• Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah
yang memerintah.

6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan.


• Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emas
mula dilaksanakan.
• Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wang
emas.
• Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan perniagaan dibuat
menerusi mata wang emas.
• Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari
segi penggunaan mata wang emas di seluruh pemerintahan Islam.

Kesimpulan: (2 markah)

1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembangan


ekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secara
berkesan.

2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermula
dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata
wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya.

3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaran


barangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, dan
pembayaran gaji.

30
SOALAN 13
Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.

PENGENALAN (3 markah)

1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil
alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.
2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama
di Nusantara.
3. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan
terancang.
4. Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan
menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee.
5. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh,
usuluddin dan tasawuf.
6. Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:-
; Pendidikan dasar – madrasah
; Pendidikan menengah – rangkang
; Pendidikan tinggi di Ballee
; Kumpulan beberapa Rangkang Ballee – melahirkan dayah
; Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim
dan Bait Mushadah.

ISI : Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 Masihi
(5 isi X 4 markah = 20 markah)

1. Madrasah atau Meunasah


• Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiap
kampung.
• Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan
belajar perkara-perkara asas dalam Islam.
• Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun
Islam, fekah, ibadat dan akhlak.
• Para pelajar juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan
dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat.
• Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis
dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal
al-Muhtadin.
• Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita.

2. Masjid
• Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.
• Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama.
• Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturahman.

3. Rangkang
• Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di
rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.
• Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan
asrama.
• Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang
dimiliki oleh guru yang mengajar.

31
• Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang
yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
• Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
• Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam.
• Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan
pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah.
• Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam
dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab.
• Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain
daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan.
• Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.

4. Dayah
• Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau
Madrasah Aliyah.
• Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah.
• Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan
dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah
balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
• Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam
tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang
menjadi pendakwah Islam di Nusantara.
• Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-
kitab dari Arab.
• Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum.
• Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus
untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan
sebagainya dengan menurut syariat Islam.
• Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik.
• Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh,
Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali
(hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik,
Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya.
• Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Acheh
pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejak
sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.

5. Balai Setia Hukama dan Balai Setia Ulama


• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana
Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan
Balai Jamaah Himpunan Ulama.
• Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan
perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan.
• Balai Setia Ulama – menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengn
pendidikan.

6. Balai Jamaah Himpunan Ulama


• Merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukar
pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat
pengembangan ilmu pengetahuan.

7. Jamiah/Universiti Baiturahman
• Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman.
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid
Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut
ilmu.

32
• Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu
Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-
lain lagi.
• Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga
negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi.
• Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam
Syah (1607 – 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah
Baiturahman (A.Hasjmy).

KESIMPULAN (2 markah)

1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam
seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll.

2. Kesannya – telah membantu menghebatkan perkembangan Islam di Nusantara.

33
SOALAN 14
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam
Islam.

PENGENALAN

1. Latar belakang kemunculan mazhab


• Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam.
• Kemunculan Mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
• Kelahiran Mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif.

2. Aliran-aliran mazhab yang penting


• Antara Mazhab yang muncul . Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah dan Ahli Al-
Sunnah Wa Al-Jamaah.

Isi: Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kemunculan Pelbagai Mazhab Dalam


Islam (5 isi X 4 markah)

1. Faktor Kemunculan pelbagai Mazhab

a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan


mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman dengan
Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis
daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antara
mereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak pernah bertemu dengan
Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan
dan perbezaan itu semakin ketara.

b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah
telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalangan
penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang
Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan
mazhab Syiah.

c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-
Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah
Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu
pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yang
banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah
yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah
Islam.

d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah


menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan
umat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah timbul semula ketika
perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan
berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman
Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan
berlaku perpecahan dan perselisihan di anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas


pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk
agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk
agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka.
Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam
tentang konsep ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.

34
f. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya
pemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah
menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di
luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah
dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan.
Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu
perselisihan yang luas kepada ummah.

g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah


daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing
berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan
Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapakah yang
lebih berhak menjadi khalifah

h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak


dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga
tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.

C.Kesimpulan (2 markah)

1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan
negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.

2. Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi


baharu mengenai isu-isu agama.

3. Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu


pengetahuan.

4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang
taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan
dikalangan umat Islam.

35
SOALAN 15
Jelaskan sumbangan Al-Istahkri dalam tamadun Islam dan Cheng Ho dalam tamadun
China dalam bidang pelayaran dan geografi

PENGENALAN [3 markah]

1. Latar belakang Al Istakahri.


ƒ Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al Farisi al Karhki.
ƒ Beliau hidup pada pertengahan awal abad ke 4H/ 10M
ƒ Beliau berasal dari Istakr (Iran)
ƒ Pernah membuat pertemuan di Sind (India).
ƒ Beliau memberi sumbangan yang begitu besar dalam bidang geografi dan
pelayaran

2. Latar belakang Laksamana Cheng Ho

• Laksamana Cheng Ho (Zeng He/ Sam Poo) telah dilahirkan di Daerah Kun Yang,
Provinsi Yunnan, China pada 1371M ( tahun Hong Wu ke-4).
• Cheng Ho adalah seorang Islam yang berkhidmat dengan Maharaja China ketika
zaman Dinasti Ming.
• Merupakan seorang ahli pelayaran harapan kepada Maharaja Yung Lo.
• Kawasan pertama yang dikunjungi oleh Cheng Ho ialah Kepulauan Melayu pada
tahun 1405M setelah diarahkan oleh Maharaja Yung Lo.
• Laksamana Cheng Ho telah meninggal dunia di Calicut, India pada tahun 1433
M pada usia 63 tahun.

ISI : Sumbangan dan Pencapaian Al Istakahri [ 5 isi X 2 markah=10 markah]

1. Menghasilkan karya
• Beliau telah menghasilkan sebuah kitab yang terkenal iaitu kitab Masalik wa
al-Mamalik. Hasil kerja lain seperti “Risalat” yang cuba menghuraikan tentang
negara Parsi.

2. Melukis semula peta


• Beliau telah melukis semula atlas Islam yang dicipta oleh al-Balkhi. Peta
yang dihasilkan mempunyai keterangan yang lengkap. Ini menunjukkan
beliau telah menjumpai kaedah saintifik dalam pengkajiannya. Peta-peta
yang dihasilkan oleh beliau ialah peta Mesir, Laut Mediterranean, Parsi,
Maghribi, dan Adherbayjan.
• Peta-peta yang dihasilkan beliau telah mendapat beberapa ulasan, sedikit
komen dan pujian oleh Ibn Hawqal.

3. Menghasilkan peta-peta pelayaran


• Beliau merupakan seorang tokoh pelayaran Islam yang terkenal dengan
peta-peta pelayarannya walaupun peta-peta tersebut amat susah untuk
dibuat semula kerana mengelirukan

4. Lawatan
• Sebagai tokoh pelayaran Islam beliau telah banyak membuat lawatan ke
merata tempat.
• Tempat-tempat yang dilawati seperti Makkah, Iraq, Khuzistan, Daylam dan
Transoxiana.

5. Dorongan Kepada Pelayar Lain.


• Beliau juga pernah melawat Sepanyol, dan Sicily dan pernah berkata yang
bermaksud“Tidak ada laut yang lebih indah daripada laut Mediterranean di
mana terdapat kawasan yang diduduki di kedua-dua belah pantai…”

36
• Penerangan itu telah menarik ahli pelayaran Arab lain belayar ke wilayah lain
di mana akhirnya mereka pergi ke Barat dan Selatan Afrika setelah sampai
ke Sepanyol dan Tanja.
• Pelayar Arab tersebut juga telah sampai ke Itali dan Perancis.

Sumbangan Laksamana Cheng Ho : (5 isi X 2 m= 10 M)

1. Laksamana Cheng Ho telah mengetuai 7 ekspedisi secara besar-besaran


meliputi kawasan Kepulauan Melayu, dan merentasi Lautan Hindi ke India,
Sri Langka hingga ke Teluk Parsi, Aden dan pantai Timur Afrika.
• Cheng Ho telah mengetuai ekspedisi pelayaran secara besar-besaran
selama 28 tahun.

2. Pada tahun 1414M, Laksamana Cheng Ho telah berjaya melakukan


ekspedisi pelayaran yang terbesar dalam sejarah pada ketika itu menuju ke
Asia Tenggara.
• Pelayaran tersebut membabitkan 63 buah kapal perdagangan yang bersaiz
besar (440 kaki panjang dan 180 kaki lebar), bersaiz sederhana ( 370 kaki
panjang dan 150 kaki lebar) dan lebih kira-kira 100 buah kapal yang bersaiz
kecil.
• Setiap kapal dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan dengan
membabitkan 27 876 orang termasuk pedagang, pelaut dan askar.

3. Cheng Ho seterusnya berjaya merancang ekspedisi pelayaran terutama ke


sebelah Barat.
• Ekspedisi ini merentasi beberapa jalan laut dan beberapa kawasan iaitu
merentasi Laut China Selatan, Lautan Hindi dan menemui beberapa
kawasan iaitu Kepulauan Melayu, India, Sri Lanka, Teluk Parsi, Aden dan
Pantai Timur Afrika.

4. Laksamana Cheng Ho juga berjaya menerokai kawasan-kawasan baru


dengan mewujudkan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Asia seperti
Sumatera, Jawa, dan Melaka.
• Cheng Ho telah membawa bersama-sama barangan dari China seperti
tembikar dan sutera untuk dijual dan membeli barangan seperti gading gajah,
tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

5. Laksamana Cheng Ho turut melakukan pelayaran untuk mengiringi utusan


daripada Maharaja China untuk negara-negara yang dilawati. Contoh
menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain
sutera kepada sultan Melaka iaitu Parameswara.
• Cheng Ho juga turut mengiringi utusan asing untuk kembali semula ke negara
asal, seperti utusan dari benua Afrika

6. Laksamana Cheng Ho berjaya menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke


seluruh pelusuk dunia melalui ekspedisi pelayarannya.
• Cheng Ho berjaya mengasaskan koloni wilayah naugan seperti Melaka, serta
berjaya mengumpulkan maklumat tentang wilayah asing melalui pelayarannya.

KESIMPULAN [2 markah]

1. Hasil daripada usaha al-Istakhri telah melahirkan kaedah yang saintifik dalam
bidang geografi.
2. Beliau banyak memberi sumbangan dalam memajukan ilmu geografi, malah
lebih baik jika dibandingkan dengan al-Balkhi.
3. Sumbangan Laksamana Cheng Ho memperkukuh lagi Dinasti Ming di China.
4. Laksamana Cheng Ho juga telah menjadikan China sebagai kuasa kelautan
yang unggul pada abad ke- 15 M.

37
SOALAN 16
Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

PENGENALAN (3 markah)

1. Keseniaan berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “ kemahiran, cara atau
kaedah.
2. Dalam konteks tamadun awal, hasilan manusia yang halus dan indah dalam
segala bentuk perdagangan dan profesion dapat juga diistilahkan sebagai
“kesenian”.
3. Konsep seni bina.
a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan
yang indah sesuai maksud dan tujuan.
b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan
keselesaan kepada pemilik .

4. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.
5. Seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan
pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula
zaman Khalifah Umar al Khattab.

ISI: Perbandingan Ciri Seni Bina Islam Dengan Seni Bina Rom. (5 ISI X 4 markah)

1. Tujuan

Seni bina Islam


• menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan
akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah
(rohani, jasmani dan aqidah).
• Bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan .
• Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik
beratkan aspek kegunaan.

Seni bina Rom


• bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja,
dan kemegahan
• Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan dan dan
kehebatan Maharaja.
• Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha
membina bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan
kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M), akueduk, teater, sarkas, jalan
deretan tiang dan forum.

2 .Kegunaan

Seni bina Islam


• mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina
masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunan awam yang lain
diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga
mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan
pusat pengajian.

Senibina Rom

• Juga menekankan aspek unilitarian(untuk kegunaan awam) dengan membina


bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.

38
• Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk
pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penonton seramai 50,000
orang.
• Seni bina awam seperti,kolam mandi (dibina pada zaman Maharaja Caracalla)
yang dilengkapi dengan tembok, bekalan air, perpustakaan , taman, bilik untuk
mengurut, bilik bersenam dan bilik menukar pakaian.

3. Keselesaan

Seni bina Islam


• menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid dibina mempunyai
ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah,
bahkan seni bina Islam memisahkan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan
keselesaan.
• Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat
persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

Seni bina Rom


• Bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan.
• Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang
penonton untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

4. Struktur binaan

Seni bina Islam


• ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjid-
masjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi
tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan
besi.

Seni bina Rom


• Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan
menggunakan batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi
bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.

5. Kekemasan bangunan.

Seni bina Islam


• di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai
estatika .
• Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang
berharga .
• Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan
menarik.
• Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan
hiasan batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di
zaman Abbasiah.
• Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan
jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi
mihrab,dinding masjid dan bumbung istana.

Senibina Rom
• sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan mozek.
• Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah
diperkenalkan dengan hiasan mozek, lapis dinding daripada batu marmar,
lantai yang bercorak serta struktur kubah yang dapat berdiri sendiri,
sehinggakan keunikan bangunan ini terletak pada pembukaan di puncaknya
yang dikenali sebagai ”Occulus”.
39
6. Reka bentuk

Seni bina Islam


• Melambangkan ketaatan kepada Allah.
• Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan
kerohanian.
• Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara.
• Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung
• Bulan sabit dan bintang menjadi lambang kesenian Islam di puncak masjid dan
istana

Seni bina Rom


• Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia.
• Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang
melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar.
• Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh
tiang

7. Hiasan tulisan dan Ukiran

Seni bina Islam


• Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan akidah
dan akhlak islam.
• Tulisan khat dan corak awan larat(kaligrafi) menjadi motif ukiran yang terkenal ,
kerana ianya mencerminkan kesabaran, ketekunan dan ketuhanan.
• Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah

Seni bina Rom


• Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul
• Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu
gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan
kemenangan dan pencapaian Rom.
• Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The
Temple In Jurusalem.

KESIMPULAN (2 markah)

1. Kedua-dua tamadun mempunyai perbezaan yang jelas dalam motif dan pelaksanaan
seni binanya.

2. Tamadun Rom lebih kepada keindahan dan kemegahan, sebaliknya dalam


Tamadun Islam selain menekankan kepada keindahan, juga menitikberatkan soal
ketuhanan.

40
940/2 GERAK GEMPUR SEJARAH 2
STPM. JPN PERAK

JABATAN PELAJARAN PERAK

SKEMA JAWAPAN GERAK GEMPUR SEJARAH 2


STPM
2010

SEJARAH

Kertas 2

Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan


Asia Timur (1800 – 1963)

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Kurikulum Sejarah STPM
JPN Perak
Soalan 1

Jelaskan kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Malaysia sebelum campur tangan
British.

Pendahuluan (3/2m)

Sistem ekonomi Malaysia sebelum campur tangan British berbentuk sara diri dan
komersil. Kegiatan ini dilakukan pedagang-pedagang tempatan sama ada di Tanah Melayu,
Sabah mahupun Sarawak. Namun begitu kegiatan ekonomi yang utama sebelum campur
tangan British adalah ekonomi sara diri dengan tanaman utamanya adalah padi. Sebilangan
penduduk pula mengamalkan kegiatan perniagaan dan perdagangan. Ekonomi Malaysia
semakin berkembang apabila berlakunya campur tangan British. Ekonomi sara diri
berkembang kepada ekonomi separa sara diri dan kemudiannya ekonomi komersil. Namun
begitu kegiatan ekonomi komersil ini lebih menguntungkan pihak British berbanding penduduk
tempatan.

Isi: (20m)

A. Pertanian Dagangan

¾ Padi merupakan tanaman utama kegiatan ekonomi sara diri penduduk Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak. Namun begitu terdapat juga penanaman padi yang dijalankan secara
komersil. Di Kedah dan Perlis penanaman padi berorientasikan komersil. Kedah
mengeksport beras ke Pulau Pinang. Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura.
Negeri-negeri lain yang mempunyai lebihan keluaran beras termasuklah Selangor, Perak
dan Terengganu.

¾ Penglibatan British di Malaysia terutamanya di Negeri-negeri Selat menyebabkan ekonomi


komersil berkembang pesat. Tanaman komersil yang diusahakan pada peringkat awal ialah
lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, tebu, ubi kayu dan kopi.

¾ Lada hitam untuk eksport mula ditanam di Pulau Pinang sejak 1790 dan mendapat pasaran
yang baik di Eropah. Pada awal abad ke-19, buah pala dan cengkih turut ditanam di Pulau
Pinang tetapi tanaman yang paling berjaya adalah tebu yang telah diusahakan di Seberang
Prai sebelum 1800 lagi. Pada 1830, Seberang Prai menjadi pusat pengeluaran gula yang
penting di Tanah Melayu.

¾ Kopi pula telah ditanam oleh pengusaha Eropah dan ditanam secara besar-besaran di
Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Namun begitu penanaman menghadapi masalah
penyakit dan kejatuhan harga dan kemudianna di gantikan dengan tanaman lain.

¾ Tanaman ubi kayu turut diusahakan di Melaka, Selangor dan negeri Sembilan pada
pertengahan abad ke-19. Pada pertengahan tahun 1860, terdapat kira-kira 400 hektar
ladang ubi kayu di Melaka. Ubi kayu ditanam secara meluas sebagai tanaman eksport.

¾ Pada awal abad ke-19, beberapa tanaman telah diusahakan secara komersil. Ladang-
ladang gambir yang luas telah diusahakan oleh peladang-peladang Cina di Johor, Melaka,
N. Sembilan dan Selangor. Minat pelabur semakin bertambah apabila cukai ke atas gambir
dihapuskan pada tahun 1834. Gambir dan lada hitam diusahakan di Johor antara 1840
hingga 1860an di bawah Sistem Kangcu atau Surat Sungai yang diperkenalkan oleh
Temenggung Ibrahim dengan memberikan hak bertani kepada taukeh-taukeh Cina
Singapura dan ketua kongsi gelap Cina. Tanaman ini ditanam di kawasan Selat Tebrau dan
sepanjang tebing sungai yang dikenali sebagai kangkar atau kaki sungai.

¾ Gambir dan lada hitam merupakan merupakan sumber ekonomi yang penting bagi Johor.
Menjelang 1860an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dengan 15000
buruh Cina. Pada 1883 16 daerah terlibat dengan penanaman gambir dan lada hitam di
Johor dan pada 1886 Johor muncul sebagai pengeluar utama dunia bagi kedua-dua hasil
pertanian tersebut.

¾ Selain gambir dan lada hitam, Johor juga menghasilkan getah perca, sagu dan koko. Cukai
eksport ke atas keluaran pertanian di Johor dianggarkan sebanyak $7,370.00 pada tahun
1896. Getah perca juga merupakan hasil yang menguntungkan Johor. Getah perca
dieksport ke Eropah dan digunakan sebagai bahan penebat kabel telegraf dasar laut.
Perusahaan ini dikuasai oleh Temenggung Ibrahim dan sebilangan pembesar Melayu dan
pengeluarannya dibantu oleh Orang Asli.

¾ Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian
dan Sarikei – Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan
untuk tujuan eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di
usahakan oleh pelabur Cina daripada Singapura.

¾ Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah
diusahakan sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak
termasuklah Mukah dan Oya. Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang
Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang Cina dan Barat yang mana sebahagian
besar hasil sagu dieksport ke Singapura.

¾ Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi
tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa
buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport
ke Hong kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan
putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal.

¾ Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah.
Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan
China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan
Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang
mahir.

¾ Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok
rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah
mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke
Singapura dan kemudiannya ke Eropah.
B. Perlombongan

¾ Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu yang mana
kebanyakannya di usahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan
buruh Cina . Di Perak kawasan utama pengeluaran bijih timah ialah Hilir Perak, Lembah
Kinta dan Larut yang telah diusahakan seawal abad ke-19 oleh pelombong Cina dari Pulau
Pinang. Kawasan Larut menjadi kawasan perlombongan utama bjih timah selepas 1840an
dan bijih timah mula dieksport mulai 1844. Para pelombong Cina menggunakan teknologi
moden seperti pam dedah dan roda air.

¾ Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut telah dibuka oleh Raja Busu dengan tenaga
kerja yang terdiri daripada lebih 20,000 orang Cina. Kawasan perlombongan Klang pula
diusahakan oleh Raja Abdullah dan memulakan kegiatan eksportnya pada tahun 1859.
Terdapat juga perkongsian di antara pembesar Melayu dengan pelombong Cina dalam
memajukan sektor perlombongan seperti Raja Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut
dan Ngah Ibrahim dengan kongsi gelap Cina di Larut.

¾ Di Sungai Ujung kegiatan perlombongan bijih timah telah bermula sejak 1828 dan telah
berkembang pesat pada pertengahan abad ke-19 di bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal
dan Dato’ Kelana. Eksport bijih timah meningkat dari 7000 pikul pada 1830an sehingga
20,000 pikul pada 1855. Kebanyakannya dieksport ke Negeri-negeri Selat khususnya
Melaka. Di Melaka pula lombong bijih tima mula dibuka sekitar 1840an di Durian Tunggal,
Air Panas dan Kesang.

¾ Pengeluaran bijih timah juga terdapat di pantai timur termasuklah di Pahang, Terengganu
dan Kelantan. Pada tahun 1839 ketiga-tiga negeri tersebut mengeluarkan kira-kira 11,000
pikul bijih timah.

¾ Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas.
Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu
menggunakan buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal
menjadi sumber utama antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19.

¾ Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang
Cina di Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura. Selain itu emas turut dilombong
di Pulai, Kelantan, Raub di Pahang dan Segama di Sabah.

Kesimpulan (2/3m)

Kegiatan ekonomi di Malaysia yang bersifat komersil bukanlahsesuatu yang baru tetapi
telah wujud sebelum abad ke 19 lagi. Kekayaan hasil bumi telah menarik minat pedagang dan
pelabur Cina dan Eropah dalam kegiatan pertanian dagangan dan perlombongan. Tidak
keterlaluan jika dirumuskan sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak, sistem ekonominya bersifat kompleks dan maju mencakupi sistem ekonomi sara diri
mahupun ekonomi komersil.
Soalan 2

Bincangkan Perubahan Pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah


sehingga 1963.

Pendahuluan (3/2m)

Kompeni Berpiagam Borneo Utara menguasai Sabah pada tahun 1881. Pentadbiran
dilakukan dengan menggabungkan institusi Pentadbiran Inggeris dengan institusi tempatan
dalam pentadbiran awam Sabah.

Isi (20m)

A. Perubahan Pentadbiran 1881 – 1946

i) Pentadbiran Gebenor

¾ Sebaik Kompeni Berpiagam Borneo Utara mengambilalih pemerintahan di Sabah pada


tahun 1881, mereka telah memerintah negeri Sabah dengan diketuai oleh seorang Gabenor
yang dilantik oleh Pengarah Kompeni Berpiagam dengan persetujuan kerajaan Inggeris.
Gabenor pertama Sabah ialah W.H Treacher.

¾ Gabenor telah dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan
kompeni seperti Setiausaha Kerajaan Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan.

ii) Pembahagian Unit Pentadbiran

¾ Untuk memudahkan pentadbiran oleh Gabenor Sabah dibahagikan kepada 5 unti


pentadbiran yang setiap satunya dikenali sebagai residensi. Ketua setiap residensi dikenali
sebagai Residen. Setiap residensi di bahagikan kepada 7 buah daerah. Setiap daerah
diketuai oleh Pegawai Daerah. Residen bertugas menjaga keamanan, mengutip cukai dan
perbendaharaan dan keadilan di setiap Residensi.

¾ Setiap daerah pula diketuai oleh seorang Pegawai Daerah. Biasanya dibantu Ketua Anak
Negeri yang bertugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai,
membahagikan tanah,dan menguruskan hal pertanian.

¾ Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pula telah ditubuhkan pada tahun 1915. Majlis ini
berfungsi sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat.Orang tua dilantik untuk
menjaga hal ehwal pentadbiran kampong.Mahkamah Anak Negeri yang wujud berfungsi
sebagai hakim tempatan yang membicarakan kes hukum adat dan syariah.

B. Perubahan Pentadbiran dari tahun 1946 hingga 1963

i) Penubuhan Majlis Penasihat

¾ Pada 15 Julai 1946 Kompeni Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada
kerajaan British.Sabah menjadi Tanah Jajahan British dengan rasminya. Hal ini demikian
kerana Kompeni tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir Sabah kerana sumber
kewangan terhad tambahan pula Sabah mengalami kerosakan yang teruk akibat Perang
Dunia ke-2. Menerusi pentadbiran baru Sabah masih diperintah oleh Gabenor tetapi di
bantu sebuah Majlis Penasihat.

ii) Perubahan Perlembagaan 1950

¾ Pada 17 Oktober 1950 Kerajaan British telah memperkenalkan perlembagaan baru Sabah.
Dalam perlembagaan tersebut menyebut Gabenor Sabah dibantu oleh dua buah badan iaitu
Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli .
Majlis ini bertugas menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar-dasar
kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli dan 4 orang
daripada mereka mestilah warga tempatan. Ahli-ahli untuk kedua-dua badan tersebut
dilantik oleh Gabenor.

¾ Pada tahun 1952 ditubuhkan Majlis Tempatan yang pertama di Kota Belud Sabah.
Seterusnya di Sipitang pada Januari 1955 dan Papar 1956. Majlis ini bertujuan memberi
peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pentadbiran kawasan
masing-masing.

¾ Majlis ini bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti hal-ehwal


kewangan,pendidikan,kesihatan,bekalan air dan elektrik, serta pertanian dan penternakan.
Majlis Tempatan kemudian ditukar kepada Majlis Daerah.

¾ Menjelang tahun 1960 jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Negeri
Sabah telah ditambah. Terdapat 12 orang ahli di dalam Majlis Eksekutif dan 25 di dalam
Majlis Undangan Negeri.
(

Kesimpulan (2/3m)

Perubahan pentadbiran di Sabah memberi impak kepada masyarakat tempatan dari


semua sudut politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi mereka
pengalaman sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Soalan 3

Bincangkan transformasi sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu akibat campur tangan


British dari tahun 1874 hingga tahun 1895.

Pendahuluan (3/2m)

British mula campur tangan secara rasminya di negeri-negeri Melayu selepas


termeterainya Persetiaan Pangkor pada tahun 1874. Melalui Persetiaan Pangkor British mula
campur tangan di Perak, kemudiannya diikuti campur tangan di Selangor, Pahang dan negeri
Sembilan. Dari tahun 1874 hingga tahun 1895 keempat-empat negeri ini di letakkan di bawah
sistem residen. Di bawah pentadbiran sistem residen telah berlaku transformasi bukan sahaja
dari segi politik tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial.

Isi

1. Transformasi Sosial (10m)

i. Pertambahan Penduduk

¾ Kestabilan politik yang berjaya diwujudkan oleh British di bawah sistem residen di negeri-
negeri Melayu telah membawa perkembangan pesat sektor ekonomi. Kemajuan dalam
bidang ekonomi telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara pesat.
Pertambahan penduduk meningkat dengan mendadaknya di negeri-negeri Melayu akibat
kemasukan orang-orang Cina untuk terlibat dalam sektor ekonomi khususnya dalam
perusahaan bijih timah. Selain orang Cina orang-orang India juga turut dibawa masuk oleh
British untuk terlibat dengan ekonomi yang melibatkan kepentingan British iaitu getah.
Orang-orang India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan tenaga
kerja disektor berkenaan. Pada tahun 1891 jumlah penduduk India di Tanah Melayu
seramai 75, 000 orang. Kemasukan secara besar-besaran kedua-dua kaum ini
mengakibatkan jumlah penduduk di negeri-negeri Melayu meningkat secara mendadaknya.

ii. Kelahiran Masyarakat Majmuk

¾ Kemasukan secara pesat orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah merubah
komposisi penduduk di Tanah Melayu atau dengan kata lain terbentuknya masyarakat
majmuk di Tanah Melayu. Ketiga-tiga kaum terpisah antara satu sama lain dan perpaduan
sukar untuk dicapai ini kerana British mahu memisahkan mereka melalui dasar pecah dan
perintah. Kaum-kaum dipisahkan melalui tempat tinggal, orang Melayu tinggal dikampung,
orang Cina di bandar-bandar manakala orang India di ladang-ladang getah. Selain itu
pengenalan kaum adalah berasaskan fungsi ekonomi, orang Melayu dengan kegiatan
ekonomi saradiri, orang India sebagai pekerja ladang manakala orang Cina terlibat dengan
kegiatan perlombongan dan perniagaan. Setiap kaum juga dipisah dengan sistem
pendidikan yang terasing, orang Melayu dengan pendidikan Melayu, orang Cina dengan
pendidikan Cina manakaa orang India dengan pendidikan Tamil. Dasar pecahkan perintah
ini telah menyebabkan perpaduan kaum amat sukar untuk dicapai.

iii. Penghapusan sistem perhambaan


¾ Selepas British campur tangan di Perak, Residen British pertama di Perak J.W.W Birch
cuba menghapuskan sistem perhambaan. Tindakan Birch ini telah menimbulkan tentangan
hebat daripada pembesar Melayu kerana dianggap telah mencampuri adat resam orang
Melayu. Sistem perhambaan merupakan amalan yang diwarisi turun temurun pembesar
Melayu. Sebenarnya penghapusan sistem perhambaan akan merugikan pembesar Melayu
kerana mereka telah kehilangan tenaga kerja. Namun sistem perhambaan telah berjaya
dihapuskan di Perak pada tahun 1884 ketika pentadbiran Hugh Low, usaha
menghapuskan sistem perhambaan turut sama dilakukan di negeri Melayu yang lain.

iv. Perkembangan sistem perhubungan

¾ Di bawah istem residen telah berlaku perkembangan pesat sistem perhubungan. British
membangunkan sistem perhubungan untuk kepentingan ekonominya di negeri-negeri
Melayu. Pada tahun 1885, Hugh Low telah membangunkan jalan keretapi yang pertama di
Perak yang menghubungkan Taiping ke Port Weld sejauh 12.8 km. Pada tahun 1889 jalan
keretapi dibina menghubungkan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Tahun jalan keretapi
dibina menghubungkan Seremban ke Port Dickson dan pada tahun 1895 jalan keretapi
menghungkan Ipoh ke Tapah Road dan Teluk Anson dibina.
¾ Selain jalan keretapi, jalan raya juga turut dibina yang menghubungkan bandar-bandar di
negeri-negeri Melayu. Pembinaan jalan raya ini juga selaras dengan perkembangan industri
permotoran di Eropah selain bermatlamat untuk kepentingan ekonomi British.

v. Perkembangan sistem pendidikan.

¾ Sistem pendidikan berkembang selaras dengan perkembangan sosioekonomi pentadbiran


British di Negeri-negeri Melayu. Pengasingan kaum telah menyebabkan lahirnya empat
aliran pendidikan di Tanah Melayu, iaitu pendidikan Melayu, Cina Tamil dan sekolah
Inggeris. Sekolah-sekolah yang didirikan bertujuan untuk memenuhi keperluan kaum
masing-masing baik darisegi bahasa pengantar mahupun kurikulum. Keadaan ini menjurus
kepada meluasnya jurang perbezaan antara kaum di negeri-negeri Melayu.

vi. Perkembangan kemudahan kesihatan

¾ Taraf kesihtan telah ditingkatkan selaras dengan pertambahan penduduk yang berlaku di
negeri-negeri Melayu. Pertambahan penduduk telah menyebabkan wabak penyakit mulai
merebak disebabkan keadaan tempat tinggal dan kerja yang kotor. Antara penyakit
berjangkit yang menular pada ketika itu seperti malaria, taun, disenteri, beri-beri, batuk
kering dan campak. Pentadbiran British berusaha mengatasinya dengan mendirikan
hospital dan pusat kesihatan kecil sama ada di Bandar mahupun di luar Bandar. Pada tahun
1878, hospital kerajaan pertama didirikan di Taiping dan Kuala Lumpur. Sementara itu pusat
kesihatan kecil didirikan di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar.
Klinik bergerak juga beroperasi di kawasan pendalaman dan sepanjang sungai terutama di
Perak dan Pahang bagi memastikan kesihatan penduduk dalam keadaan memuaskan.

2. Transformasi Ekonomi (10m)

i. Kewujudan dwiekonomi
¾ British telah memperkenalkan kegiatan ekonomi komersial dan dalam masa yang sama
masih mengekalkan kegiatan ekonomi saradiri. Orang Melayu dikekalkan kegiatan ekonomi
mereka iaitu kegiatan ekonomi saradiri manakala orang barat dan kaum yang baru berhijrah
ke Tanah Mlayu terlibat dengan ekonomi komersial.
¾ British telah memperkenalkan tanaman baru di Tanah Melayu yang berorientasikan ekspot,
contohnya kopi diperkenalkan di Selangor dan Perak. Tanah-tanah baru dibuka untuk
kegiatan pertanian komersial. British juga berusaha untuk memperbaiki kaedah penanaman
padi dan meluaskan kawasan penanaman padi.

ii. Kemasukan pelaburan barat

¾ Di bawah pentadbiran British di Tanah melayu, telah berlaku kemasukan pelaburan modal
secara besar-besaran dari Eropah dan negeri-negeri Selat. Orang-orang Eropah telah
membuat pelaburan dalam sektor perlombongan bijih timah. Dengan modal yang banyak
mereka telah menggunakan kapal korek dalam perlombongan bijih timah. Mereka juga turut
terlibat dalam kegitan perladangan getah. Dengan modal yang banyak mereka telah berjaya
membuka ladang-ladang yang lebih besar di Negeri-negeri Melayu

iii. Perkembangan perusahaan bijih timah

¾ Perusahan bijih timah dan perusahaan yang berkaitan dengannya telah berkembang
dengan pesatnya. Lombong bijih timah milik pemodal British semakin banyak dibuka di
kawasan lembah Kinta. Dengan memiliki modal yang banyak dan kemahiran yang tinggi,
pemodal Eropah telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek.
Penggunaan kapal korek telah membolehkan hasil pengeluaran dapat ditingkatkan secara
berganda. Kesannya pada tahun-tahun 1880-an Tanah Melayu telah menjadi pengeluar
utama bijih timah dunia. Banyak kawasan perlombongan baru telah dibuka seperti di
Ampang, Klang Kuala Lumpur di Selangor dan lembah Kinta di Perak.

iv. Perkembangan tanaman dagang.

¾ Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu juga telah mengakibatkan berlakunya


perkembangan pesat dalam kegiatan pertanian berorientasikan perdagangan. Antara
tanaman dagang yang penting ialah getah. Getah telah dibawa dari Taman Botanical di
Singapura dan ditanam di kawasan kediaman Residen Perak, Hugh Low di Kuala Kangsar.
Antara tahun 1884-1885 Frank Swettenham dan Heslop Hill telah membawa 400 bijih getah
dari Kuala Kangsar untuk ditanam di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Usaha-usaha
yang dilakukan oleh British terutamanya H.N.Ridley, perkembangan Revolusi Industri di
Eropah, kejatuhan harga kopi dan penglibatan pelaburan modal oleh pelabur Eropah telah
menggalakan perkembangan penanaman getah di Negeri-negeri Melayu. Kesannya Tanah
Melayu telah menjadi pengeluar utama getah dunia.

v. Perkembangan kegiatan perdagangan

¾ Berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan kewangan dan perdagangan di Perak,


Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran British. Dalam tempoh 10
tahun pentadbiran British menunjukkan peningkatan dari segi perdagangan dan ekspot,
contohnya hasil perdagangan pada tahun 1876 sebanyak $585 189 telah meningkat kepada
$2 261 954 pada tahun 1885. Begitu juga nila ekspot pada tahun 1889 berjumlah $1 906
952 telah meningkat kepada $9 691 786 pada tahun 1885
vi. Pengenalan kaum berasaskan kegiatan ekonomi

¾ Kemajuan ekonomi di Negeri-negeri melayu hanya menguntungkan kaum pemodal Cina


dan Eropah. Sebaliknya masyarakat tempatan khususnya orang Melayu kekal dengan
kehidupan tradisional di kampung-kampung tanpa terlibat dengan arus ekonomi yang
berkembang pesat. British mengamalkan dasar ekonomi yang berlainan antara orang
Melayu dengan masyarakat pendatang dengan tujuan untuk memisahkan mereka. Lantaran
itulah kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dikenal melalui kegiatan ekonomi mereka. Orang
Melayu dengan kegiatan ekonomi tradisional, orang Cina terlibat dengan perlombongan dan
perniagaan manakala orang India sebagai pekerja ladang dan buruh jalan keretapi Oleh itu
tidak wujud satu rupa bangsa yang bersatu padu di Negeri-negeri Melayu.

Kesimpulan (2/3m)

Perbincangan di atas jelas bahawa pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu dari


tahun 1874 hingga 1895 telah membawa transformasi yang ketara dalam sosioekonomi.
Transformasi sosioekonomi ini telah mewarnai kehidupan masyarakat di Negeri-negeri Melayu
selepas British meninggalkan Negara ini. Kehadiran kelompok pendatang seperti orang Cina
dan India akhirnya menjadi sebahagian daripada penduduk di Tanah Melayu apabila mereka
mula diterima sebagai warganegara. Pengenalan ekonomi moden telah menyumbang kepada
perkembangan ekonomi Tanah Melayu, namun orang Melayu tidak mendapat faedah
daripadanya kerana British tidak melibatkan mereka dengan ekonomi berkenaan, sebaliknya
mereka dikekalkan dengan keguatan ekonomi tradisional.
Soalan 4

Pembentukan Persekutuan pada tahun 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang
diperkenalkan pada tahun 1946 dapat diterima oleh orang Melayu. Huraikan.

Pendahuluan (3/2m)

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 yang dilaksanakan berdasarkan Piagam
Atlantik. Piagam ini pada dasarnya merancang ke arah berkerajaan sendiri bagi tanah-tanah
jajahan British. Namun orang-orang Melayu terutamanya tidak dapat menerima gagasan ini lalu
bangkit menentang sekeras-kerasnya menyebabkan pada 23 Julai 1946, British telah melantik
satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 orang wakil Sultan Melayu, 2 orang wakil
UMNO dan 6 orang pegawai kanan British yang dipengerusikan oleh Sir Malcom Mac Donald
untuk menggubal satu perlembagaan baru untuk manggantikan Malayan Union. Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM 1948) didapati dapat diterima oleh orang-orang Melayu
berbanding dengan Malayan Union 1946 yang mendapat tentangan hebat.

1. Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union (MU) (10m)

a) Kehilangan Kuasa Sultan

¾ Walaupun Perlembagaan MU tidak menghapuskan institusi sultan sama sekali, tetapi


mereka tidak mempunyai sebarang kuasa di dalam memerintah. Kuasa memerintah
dipegang sepenuhnya oleh Gabenor. Jelasnya MU telah merampas kedudukan sultan-
sultan yang hanya sekadar berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu sahaja.
Itupun Majlis Mesyuarat Agama dipengerusikan oleh Gabenor.

b) Syarat Kewarganegaraan Yang Longgar

¾ Perlembagaan MU mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang-


orang bukan Melayu. Disamping prinsip jus soli setiap orang yang bermastautin lebih
daripada 5 tahun di MU boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan.

¾ MU memperakukan hak-hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang. Ini
bermakna hak dan kedudukan orang Melayu akan berakhir. Isu ini merupakan isu bantahan
yang paling keras sekali.

c) Tindakan Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan

¾ Tindakan wakil British, Sir Harold MacMichael memaksa sultan-sultan Melayu menurunkan
tanda tangan juga benar-benar telah mengguris hati orang-orang Melayu. Sultan-sultan
langsung tidak diberi waktu untuk mempertimbangkan keputusan untuk melaksanakan MU
sebaliknya telah diugut untuk diturunkan takhta sekiranya tidak menurunkan tanda tangan.
Contohnya pernah berlaku kepada sultan Kedah.

d) Sokongan Bekas Pegawai-pegawai British

¾ Masyarakat Melayu juga mendapat sokongan daripada bekas-bekas pegawai British yang
pernah bertugas di Tanah Melayu. Mereka adalah seperti Frank Swettenham, Sir Cecil
Clementi Smith, Sir George Maxwell dan Ronald Bradell. Malah Ronald Bradell telah
menjadi penasihat kepada UMNO. Sokongan ini menambahkan lagi semangat orang
Melayu untuk menentang MU.

2. Sebab-sebab orang Melayu menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu 1948 (10m)

a) Struktur Negeri

¾ PTM 1948 terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura dipisahkan daripada PTM dan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan
ditadbir secara berasingan. Rasional British mengasingkan Singapura ialah kerana bimbang
orang Melayu akan dikuasai oleh orang Cina.

¾ PTM 1948 akan diketuai oleh pesuruhjaya tinggi British yang dilantik oleh baginda Queen.
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan berperanan untuk membantu dan memberi nasihat
kepada pesuruhjaya tinggi tetapi beliau tidak semestinya menerima nasihat majlis ini.

¾ Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan untuk menasihati pesuruhjaya tinggi British. Majlis ini
akan bersidang bila-bila masa sahaja jika perlu. Persidangan akan dipengerusikan oleh
salah seorang daripada sembilan orang raja itu.

b) Kedudukan Raja-Raja Melayu

¾ PTM 1948 telah memulihkan kedudukan sultan-sultan seperti kedudukan sebelum perang.
Sultan mempunyai hak kuasa pemerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan
dan Dewan Perundangan Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua
dewan tersebut mestilah disahkan oleh baginda sultan. Jelasnya PTM memulakan corak
kerajaan Raja Berperlembagaan

¾ Kewarganegaraan

¾ Perkara ini diberi perhatian mendalam oleh Jawatankuasa Kerja. Syarat-syarat kerakyatan
kembali menjadi ketat, antaranya ialah ;

a) Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurang-


kurangnya lapan tahun daripada dua belas tahun.

b) Mereka yang telah tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas tahun


daripada 20 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat.

¾ Di sini jelas bahawa PTM 1948 telah melayan sebahagian besar tuntutan orang-orang
Melayu berkenaan dengan pemberian kerakyatan, dan hak keistimewaan orang-orang
Melayu juga terpelihara dalam PTM 1948.

Kesimpulan (2/3m)

Dengan ini jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 jauh lebih
baik daripada Perlembagaan Malayan Union 1946 dan ia dapat diterima oleh orang-orang
Melayu. Namun begitu, Persekutuan Tanah Melayu 1948 mendapat bantahan daripada kaum
bukan Melayu, parti politik berhaluan kiri, dan golongan progresif revolusiner. Ketiga-tiga pihak
ini tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama
berbincang ketika merangka Perlembagaan Persekutuan 1948. Mereka menganggap
Perlembagaan Persekutuan 1948 tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.
Namun begitu rentetan dari Perlembagaan Persekutuan 1948, telah menjadi teras kepada
pembentukan sistem ahli dan seterusnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada
tahun 1957.
Soalan 5

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Pendahuluan (3/2m)

Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah
Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi
British di Asia Tenggara mencadangkan idea serupa. Berikutnya Tunku Abdul Rahman telah
mengemukakan gagasan Malaysia di Persidangan Wartawan-wartawan Luar di Singapura pada
27 Mei 1961. Tunku berpendapat Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur
kerajaan. Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 september 1963 yang terdiri
daripada gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pembentukan Malaysia
didorong oleh beberapa faktor dan keperluan semasa serta jangkapanjang. Ia bermatlamat
untuk mewujudkan sebuah negara yang kuat dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Isi (20m)

1. Menangani ancaman komunis di Tanah Melayu dan Singapura

¾ Ancaman komunis merupakan masalah serius yang dihadapi negara ketika itu. Pada tahun-
tahun 1950-an, fahaman komunis meresap ke dalam kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah
aliran Cina di Tanah Melayu. Pada 1954, agen komunis telah melancarkan mogok terhadap
sebuah syarikat bas.

¾ Pengaruh komunis juga semakin meluas di Singapura. Parti komunis berjaya menyusup
masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PETIR / PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Pengaruh
komunis terus berkembang melalui penubuhan cawangan-cawangan PETIR yang
berhaluan kiri. Kesannya PETIR mengalami kekalahan dalam pilihanraya kecil kawasan
Hong Lim dan Anson pada tahun 1961. Kekalahan ini menguatkan alasan Singapura untuk
menyertai Malaysia.

¾ Seterusnya pihak komunis telah menubuhkan Barisan Sosialis yang diketuai oleh Lim Chin
Siong. Ketidakupayaan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku Abdul Rahman malah Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu,
kedua-dua kuasa besar ini menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.
Idea penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dilihat sebagai
langkah perlu bagi mengekang pengaruh komunis di Singapura khususnya, dan di Asia
Tenggara amnya.

2. Menangani ancaman komunis di Sarawak

¾ Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak permulaan zaman pendudukan


Jepun lagi. Pada 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berfahaman
komunis telah ditubuhkan. Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA) yang merupakan satu
pertubuhan sulit telah memainkan peranan aktif dalam menyebarkan pengaruh komunis
di kalangan pelajar, kesatuan sekerja dan petani.

¾ Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut diresapi oleh fahaman komunis. Inggeris cuba
membanteras gerakan komunisme melalui Operasi Pisang tetapi masih gagal. Parti
Komunis Kalimantan Utara yang didalangi Parti Komunis Indonesia (PKI) turut
menyebarkan fahaman komunis di Sarawak dan ke wilayah-wilayah Borneo.

3. Menyeimbangkan komposisi kaum

¾ Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura hanya akan menyebabkan ketidak


seimbangan komposisi kaum terutamanya peratusan antara kaum Melayu dan bukan
Melayu. Ini kerana Singapura pada ketika itu mempunyai sekitar 75% penduduk Cina;
manakala di Tanah Melayu, orang Melayu hanya mewakili 49% daripada keseluruhan
penduduk, selebihnya orang Cina dan India.

¾ Keadaan ini boleh menggugat masa depan sosio-politik orang Melayu selaku pribumi.
Justeru penyertaan Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia diperlukan bagi
menyeimbangkan komposisi kaum kerana kedua-dua negeri itu mempunyai kadar
peratusan bumiputera yang ramai.

4. Meningkatkan kerjasama ekonomi

¾ Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih
berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan
sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur.

¾ Misalnya Tanah Melayu kaya dengan hasil pertanian komersil dan perlombongan,
Singapura berkembang kerana kemajuan pelabuhan entreport dan perusahaan, manakala
Sarawak dan Sabah lebih banyak bergantung kepada pengeluaran hasil hutan.

¾ Justeru penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka dapat meningkatkan kerjasama di


antara negeri terbabit seterusnya membolehkan pembangunan ekonomi yang lebih
saksama dan menyeluruh dijalankan. Ini sekaligus dapat membangunkan Sarawak dan
Sabah yang kurang sumber hasil.

5. Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak dan Sabah

¾ Inggeris telah berjanji akan memberi kemerdekaan awal dan secara serentak kepada
Singapura, Sarawak dan Sabah sekiranya bergabung ke dalam Persekutuan Malaysia.
Penggabungan ini dapat memastikan keseragaman pentadbiran dalam usaha untuk
mengawal ancaman komunis

¾ Dari segi latar belakang sejarah, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem
pentadbiran yang sama iaitu di bawah Kerajaan Inggeris. Sarawak dan Sabah juga telah
mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa di bawah
penjajahan Inggeris.
¾ Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan
sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi
politik dan sebagainya.

¾ Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo


atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan
Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan Sabah dan
Sarawak dapat dipercepatkan.

Kesimpulan (2/3m)

Dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi


pembentukan gagasan Malaysia. Perjuangan ke arah pembentukan Malaysia juga melalui
proses yang panjang dan berliku. Pada awalnya, gagasan Malaysia menimbulkan keraguan dan
reaksi berbeza dalam kalangan negeri terbabit mahupun negara jiran Filipina dan Indonesia.
Masyarakat Sarawak dan Sabah merasa khuatir akan kehilangan hak bumiputera mereka kelak
apabila bergabung ke dalam Malaysia.Masyarakat Cina Tanah Melayu bimbang akan dominasi
ekonomi masyarakat Cina Singapura. Manakala bangsa bukan Melayu turut bimbang tentang
kedudukan dan hak mereka. Bagi menyampaikan kefahaman yang jelas tentang gagasan
Malaysia dan memperkemas langkah ke arah pembentukan Malaysia maka ditubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold, dan Jawatankuasa
Antara Kerajaan. Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan
penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun Singapura telah keluar
daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 setelah memainkan isu perkauman dalam kempen
pilihanraya.
Soalan 6

Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari


tahun 1957 hingga tahun 1963

Pendahuluan (3/2m)

Dasar luar adalah merangkumi tindakan bagi memastikan kemakmuran dan


kestabilan negara dan keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar
adalah melibatkan politik, sosial dan ekonomi serta budaya. Penentuan dasar luar negara
adalah berdasarkan faktor dalaman negara, faktor luar dan juga kepimpinan negara. Dua
bentuk hubungan luar Malaysia iaitu hubungan bilateral iaitu hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu dan hubungan multilateral iaitu hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan.Malaysia pada prinsipnya ingin menjalinkan hubungan baik dengan semua negara
tanpa mengira latarbelakang dan ideologi negara tersebut.

Isi - Faktor-faktor penentuan dasar luar Malaysia. (20m)

a. Faktor Sejarah.

¾ Hubungan luar juga ditentukan oleh faktor sejarah yang berasaskan rumpun Melayu.
Malaysia mengutamakan negara-negara yang serumpun seperti Brunei, Singapura dan
Indonesia. Malaysia juga mengutamakan hubungan dengan negara-negara bekas tanah
jajahan British kerana mempunyai sejarah dan bentuk pentadbiran yang hampir sama.

b. Faktor corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman

¾ Tunku Abdul Rahman bersikap pro Barat dan anti komunis kerana suasana dunia politik
ketika itu yang sedang mengalami perang dingin. Blok Barat diketuai oleh Amerika dan Blok
Timur diketuai oleh Rusia. Pada ketika itu Tanah Melayu sedang menghadapi darurat akibat
pemberontakan komunis untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan.

¾ Tanah Melayu telah menjalin hubungan dengan lebih rapat dengan negara-negara Barat
yang mengamalkan sistem pemerintahan dan ideologi yang bercorak demokrasi. Hubungan
Malaysia hanya dibatasi kepada Negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan bukan
komunis seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

¾ Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman beliau sememangnya anti komunis dan tidak
bersedia bertolak ansur dengan komunis dan enggan mengadakan hubungan persahabatan
dengan Rusia atau China. Tunku memberi sokongan kuat kepada Amerika dalam
membendung perkembangan komunis di Vietnam.

c. Faktor Ekonomi.

¾ Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara
lain didunia dalam usaha memajukan ekonomi negara. Malaysia merupakan negara
pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan Bristish dan menjalin
hubungan ekonomi dengan maju seperti British dan Amerika Syarikat.
¾ Selepas merdeka, Malaysia mengharapkan pasaran dan modal dari Negara-negara
tersebut. Ini kerana sebahagian besar agensi dan syarikat pelabur utama di Tanah Melayu
masih dikuasai oleh pemodal dari Britain dan Amerika Syarikat.

d. Faktor Politik.

¾ Malaysia mengamalkan system pemerintahan demoktasi berparlimen dan berhak


menentukan hala tuju masa depan sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Malaysia
berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu
bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas dalam pendiriannya menyokong semua
resolusi yang dibuat oleh PBB dalam mengekalkan keamanan dunia.

e. Faktor keselamatan.

¾ Dalam tempoh masa 1957-63 merupakan tahap penting dalam dasar luar negara kerana
Tanah Melayu baru sahaja merdeka dan ancaman komunis menjadi masalah utama kepada
Negara. Tanah Melayu sangat memerlukan bantuan dan kerjasama dari Britain , sama ada
segi ekonomi, mahupun keselamatan negara. Atas dasar ini Tanah Melayu mengamalkan
dasar pro-Barat.

¾ Tanah Melayu pada ketika sangat bergantung kepada Britain dari segi pertahanan negara.
Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain
yang dikenali sebagai Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). Melalui perjanjian AMDA, Britain
memberi jaminan akan memberi bantuan tentera jika berlaku ancaman atau pencerobohan
dari luar. Langkah kerajaan menandatangani perjanjian ini disebabkan dua faktor utama
iaitu kedudukan pertahanan negara yang lemah dan pergolakan politik serantau.

f. Faktor geografi.

¾ Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir
semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.
Pengairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal perdagangan antara bangsa dari seluruh
dunia. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meningggalkan kesan
terhadap keselamatan negara kita.

g. Faktor demografi.

¾ Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan
Negara-negara Islam Dasar luar Malaysia juga mementingkan prinsip-prinsip perpaduan
antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Penekanan prinsip ini
adalah sesuai kerana negara Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Seiring
dengan prinsip ini , Malaysia telah menentang dasar perbezaan warna kulit iaitu dasar
apartheid seperti yang pernah diamalkan di Afrika Selatan semasa berada di bawah
penjajahan British. Ini kerana dasar ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia.
Kesimpulan. (2/3m)

Kesimpulannya jelaslah menunjukkan bahawa penggubalan dasar luar negara adalah


ditentukan oleh beberapa faktor yang dapat meningkatkan ekonomi dan keselamatan negara.
Atas faktor inilah kerajaan Malaysia mengambil kira pelbagai aspek dalam menentukan
penggubalan dasar-dasar luar negara.
Soalan 7

Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India pada abad ke-
19.

Pendahuluan (3/2m)

Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan suatu
peraturan yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu
generasi. Di Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Di India amalan
adat dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.

Isi

A Thailand (10m)

¾ Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagi kepada dua
bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmi yang diamalkan oleh
golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosial masyarakat.

¾ Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah membolehkan


pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan
yang paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahan Rama III rakyat perlu
mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan. Rakyat
merangkak masuk dan berada dalam keadaan meniarap ketika mengadap raja. F.A Neale
telah menggambarkan adat ini bahawa rombongan mereka telah disuruh masuk ke balai
penghadapan, dan merangkak masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta
sentiasa meniarap sepanjang masa semasa menghadap raja.

¾ Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut, secara perlahan-lahan beberapa adat yang


didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuai dan dihapuskan
sama sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah meminta golongan Khunnang
memakai baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jika mengikut adat Siam seseorang
Khunnang tidak harus memakai baju.

¾ Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkan kerendahan fikiran


masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnya memakai baju. Mereka yang
tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe).

¾ Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka raja semasa
bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akan dijatuhkan
hukuman, iaitu mata akan dibutakan.

¾ Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba juga dihapuskan oleh
Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di Siam seseorang bapa mempunyai hak mutlak ke
atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai harta atau milik seseorang lelaki (suami).

¾ Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Mereka percaya semangat
yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailand kuasa semangat ini
dipanggil ‘phi’. Kuasa semangat ini dipercayai berada di setiap tempat dan memerlukan
pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalan ahli-ahli nujum, bagi mengelakkan
kejadian buruk yang menimpa masyarakat.

¾ Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalam institusi Sangha
di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep ‘dhammaraja’ dan dipengaruhi
ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkan peranan penting dalam menjaga
kepentingan, keamanan dan pendidikan kepada masyarakat Thailand.

¾ Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana dan Hinayana.
Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan
kehidupan. Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akan meninggalkan kesan
baik atau buruk. Ajarannya terkandung dalam Empat kebenaran Mulia, iaitu Dukka,
Samudaya, Nirodha dan Marga.

B. India (10m)

¾ Masyarakat India Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkan adat yang
berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amat mementingkan peraturan
adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman.

¾ Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksa mematuhi segala
bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segala pantang larang yang
diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segala perbuatan ibu mengandung akan
mempengaruhi anak dalam kandungan. Berdasarkan adat ini, beberapa pantang larang
harus dipatuhi agar ibu dan bayi dalam kandungan tidak didekati oleh roh jahat.

¾ Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan perbuatan
mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkan menjadi insan
yang berguna.

¾ Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan juga penting.
Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakat di Asia Timur,
terutamanya dalam masyarakat China.

¾ Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri
kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami
semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikan kesetiaan isteri kepada suami.
Pada tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta 1829.

¾ Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayah Timur Laut India.
Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan melakukan rompakan dan
pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri dengan mencekik pengembara sehingga
mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829, William Bentinck telah berusaha
menghapuskan golongan Thug.

¾ Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat pada masa itu.
Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak
perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi
perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung
penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak. Adat ini juga
dihapuskan oleh Lord William Bentinck.

¾ Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi amalan
masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila mereka kematian suami.
Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih.
Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke
rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, Lord Delhousie telah memperkenalkan Akta
Perkahwinan Semula dan golongan balu dibenarkan berkahwin semula.

¾ Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam seperti matahari, angin,
pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebut dipercayai bernyawa dan
membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia. Masyarakat India akan melakukan
upacara pengorbanan dan penyembahan yang diiringi dengan pembacaan dan nyanyian
Mazmur daripada veda.

¾ Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepada tiga dewa utama
yang dikenali sebagai ‘trimurthi’ iaitu Dewa Brahman (Dewa Pencipta), Dewa Vishnu (Dewa
Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah). Agama ini menekankan Hukum Karma dan
kelahiran semula. Mereka berusaha untuk mencapai ‘Nirvana’ atau ‘Moksha’ supaya tidak
dilahirkan semula.

Kesimpulan (2/3m)

Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian
lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya
adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan
dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa
pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat
yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang
dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.
Soalan: 8

Terangkan perubahan pentadbiran di Filipina dari tahun 1821 – 1946 dan di India dari
tahun 1858 - 1947

Pendahuluan (3/2m)

Filipina mengalami beberapa perubahan pentadbiran dari tahun 1521 hingga 1946. Kuasa-
kuasa asing seperti Sepanyol dan Amerika Syarikat telah menguasai pentadbiran Filipina dalam
tempoh tersebut. Kehadiran Sepanyol sejak tahun 1521 telah banyak mengubah struktur
pentadbiran masyarakat tempatan. Pentadbirannya diletakkan di bawah status tanah jajahan
Mahkota bagi Raja Sepanyol. Manakala India pula sejak tahun 1858 Kerajaan British telah
mengambil alih pentadbiran India daripada Syarikat India Timur Inggeris. Lord Canning telah
dilantik oleh Ratu Victoria sebagai Wizurai pertama.

Isi

A) Perubahan Pentadbiran di Filipina di bawah Sepanyol (1821 – 1946) (10m)

i) Sistem pentadbiran Filipina (1821- 1863)

¾ Di bawah pentadbiran langsung Sepanyol, sebuah Majlis Indies telah ditubuhkan atas nama
raja yang bertindak mengawal hal ehwal dalaman Filipina.Tugasnya termasuklah
mengeluarkan arahan daripada raja dan mengadili kes-kes di Filipina. Pada tahun 1837 ,
majlis ini telah dibubarkan dan tugasnya telah diserahkan kepada Majlis Menteri.

ii) Sistem pentadbiran Filipina (1863- 1898)

¾ Pada tahun 1863 tugas ini diambil alih oleh kementerian Kolonial di Madrid dan dibantu
Majlis Filipina. Di Filipina terdapat jawatan Gabenor Jeneral sebagai ketua esekutif. Tugas
pentingnya ialah untuk melaksanakan dikri raja dan undang-undang daripada Sepanyol
serta dikri yang dikeluarkan oleh beliau sendiri. Gabenor juga bertugas mengawal dan
menyelia pegawai kerajaan serta mengawasi kutipan cukai.

¾ Selain bidang eksekutif, gabenor General mempunyai kuasa yang besar dalam bidang
legislatif dan kehakiman serta ketua tertinggi di dalam angkatan tentera Filipina. Walaupun
jawatan tertinggi di Filipina ketika itu Gabenor Jeneral, tetapi beliau masih boleh awasi oleh
empat badan penting iaitu,

a) Mahkamah Tinggi Filipina ( Royal Audiencia)


b) Mahkamah Khas (Residencia)
c) Pegawai sivil (Archbishop)
d) Visitador- pegawai yang akan ditugaskan untuk menyiasat keadaan di tanah jajahan

iii. Sistem pentadbiran Filipina di bawah Amerika Syarikat (1898 -1935)

¾ Sistem pentadbiran Filipina mengalami perubahan lagi selepas Amerika Syarikat ,


mengalahkan Sepanyol pada 1898. Pihak Amerika Syarikat telah menubuhkan pentadbiran
tentera di Filipina. Seorang Gabenor Tentera telah dilantik mengetuai kerajaan Filipina.
Pemerintahan ini bertahan selama 3 tahun sehingga 1901.

¾ Selepas itu Filipina ditadbir di bawah kerajaan sivil yang berpusat di Manila. Gabenor Sivil
mengetuai pemerintahan. Gabenor sivil yang pertama ialah William H. Taft.Beliau dibantu
Naib Gabenor. Amerika kemudian menukar jawatan ini kepada Gabenor Jeneral. Pada
tahun 1907 diwujudkan dewan perhimpunan.

iv) Pentadbiran Komanwel Filipina (1935 – 1946)

¾ Pada tahun 1935, Filipina dijadikan sebuah negara Komanwel menururt undang-undang
Tydings- McDuffie. Komanwel ini meletak Filipina dalam zaman peralihan 10 tahun sebelum
diberi kemerdekaan penuh pada 4 Julai 1946.

¾ Dalam tempoh tersebut penduduk Filipina diberi hak menubuhkan kerajaan sendiri dan
mengadakan pilihan raya. Quezon merupakan Presiden pertama negara Komanwel Filipina.

¾ Beliau mewujudkan jawatan pegawai baru, biro dan majlis seperti Majlis Pertahanan
Kebangsaan, Majlis Ekonomi Kebangsaan, Majlis Pendidikan Negara, Institut Bahasa
Kebangsaan dan Pejabat Pendidikan Dewasa. Selain Mahkamah Tinggi dua lagi
mahkamah diwujudkan iaitu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Hubungan Industri.

B) Perubahan Pentadbiran di India ( 1858 – 1947) (10m)

i) . Akta Kerajaan India 1858

¾ Pada 2 Ogos 1858 satu Akta untuk kerajaan yang lebih baik di India (Act for the Better
Government of India) telah diluluskan. Mahkota British memegang teraju kerajaan di India.
Syarikat Hindia Timur Inggeris yang selama ini mentadbir India telah di bubarkan. Jawatan
Presiden Lembaga Pengawal kini ditukar kepada Setiausaha Negara dan dibantu oleh satu
Majlis yang terdiri dari pegawai-pegawai syarikat yang telah bersara. Pasukan tentera SHTI
telah dibubarkan dan diserapkan ke dalam tentera British dan tentera lautnya dimansuhkan.

¾ Pemerintahan British di India meletakkan Wizurai atau Gabenor Jeneral sebagai


pemerintah tertinggi. Manakala wilayah-wilayah diIndia dipecahkan kepada beberapa
pentadbiran seperti bahagian dan daerah. Pentadbiran daerah dikendalikan oleh Pegawai
daerah. Lord Canning telah dilantik sebagai Wizurai yang pertama pada 1 Nov 1858.

¾ Menjelang 1858, Akta Piagam 1953 telah diperbesarkan menjadi 12 orang ahli untuk tujuan-
tujuan perundangan.Ahli-ahlinya terdiri daripada Gabenor General, Ketua Turus Agung, 4
Orang ahli biasa Majlis Kerja Tertinggi 2 orang Hakim dan 4 orang wakil kerajaan-kerajaan
Bengal, Madras, Bombay dan Wilayah Barat Laut.

ii). Akta Majlis-Majlis India 1861

¾ Pada tahun 1861, kerajaan British telah meluluskan pula Akta Majlis-Majlis India.Mengikut
Akta ini Majlis Gabenor general diperbesarkan dari 4 kepada 5 orang ahli. Tiap-tiap ahli
dipertanggungjawabkan ke atas beberapa jabatan kerajaan.untuk tujuan perundangan
Majlis ini diperkukuhkan oleh ahli-ahli tambahan yang berjumlah antara 6 atau 12 orang dan
mewakili berbagai kepentingan.

iii) Akta Majlis Majlis India 1909( Pemulihan Morley-Minto)

¾ Menjelang abad ke-20 golongan nasionalis India mula menuntut hak berkerajaan sendiri
.Lord Morley Minto telah mewujudkan Akta Majlis India . Akta ini mengakui melalui prinsip
pilihan raya bagi majlis perundangan Pusat dan Wilayah.Orang India diberi hak untuk
dilantik ke Majlis Eksekutif Wilayah dan Pusat serta pejabat India di London.
¾ Dalam akta ini dua orang India, seorang muslim dan seorang Hindi dilantik ke Majlis India di
London dan ke Majlis Wizurai sendiri. Orang-orang India juga dilantik di dalam Majlis-majlis
Kerja di wilayah-wilayah. Majlis Perundangan negara telah diperluaskan Bilangan ahli
ditambah dari 25 ke 60 dan 27 orang hendaklah dipilih.

iv) Laporan Montagu-Chelmsford 1917

¾ Selepas Perang Dunia tamat pada 1917, nasionalis India menuntut hak berkerajaan sendiri
selaras dengan deklarasi British pada 1917 yang mengatakan India akan diberi taraf
berkerajaan sendiri.Kesungguhan British dilihat apabila Setiausaha Negara E.S. Montagu
melawat India dan bekerjasama dengan Wizurai India Lord Chelmsford . Pada tahun 1818
beliau mengemukakan laporan Montagu-Chelmsford. Laporan ini menjadi asas kepada Akta
Kerajaan India Disember 1919 dan dikuatkuasakan pada 1921.

¾ Menurut akta ini sistem pemerintahan dualapis (diarcy) diperkenalkan kepada kerajaan-
kerajaan wilayah. Badan pemerintah terbahagi kepada 2 bahagian dengan Gabenor
sebagai pengerusi. Satu bahagian mempunyai dua atau empat orang ahli Majlis dilantik
oleh Mahkota British. Separuh bilangannya mesti daripada kalangan orang India. Mereka
bertanggungjawab kepada Setiausaha Negara. Gabenor menguasai ‘perkara-perkara
tersimpan’ seperti Jabatan Undang-undang dan Ketenteraman, kewangan dan hasil.

¾ Satu bahagian lagi terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh Gabenor dari
kalangan orang-orang India yang dipilih ke dalam Majlis Perundangan Manakala menteri
menguasai ‘ Perkara-perkara yang dipindahkan’ seperti kesihatan awam, pelajaran,
kerjaraya, kebajikan sosial dan pertanian.

v) Akta Kerajaan India 1935

¾ Pada tahun 1935 Akta Kerajaan India telah diluluskan yang mengandungi prinsip-prinsip
berikut;

a) Satu persekutuan seluruh India mengandungi wilayah-wilayah di bawah Gebenor-gebenor,


wilayah-wilayah di bawah Ketua-ketua Pesuruhjaya dan negeri-negeri India yang Bersekutu.

b) Otonomi di wilayah-wilayah , kerajaan-kerajaan wilayah hendaklah bertanggungjawab


kepada satu badan perundangan di tiap-tiap wilayah Gabenor.

c) Pemindahan tanggungjawab di kedua-dua kerajaan Pusat dan wilayah dengan beberapa


perlindungan tertentu.
¾ Walaupun akta ini memberi autonomi kepada wilayah-wilayah dalam banyak bidang
pentadbiran ia tidak memuaskan hati parti-parti politik India. Parti Kongres menolak dengan
alasan akta ini tidak memberi sistem berkerajaan sendiri yang sepenuhnya.

vi) Akta Kemerdekaan India 1947

¾ Selepas Perang Dunia ke-2 , 1946 pilihan raya diadakan di India yang menyaksikan Parti
Kongres memenangi 57 kerusi dan 30 kerusi dimenangi oleh Liga Muslim daripada 102
kerusi yang diperuntukkan. Pada Ogos 1946 Muhammad Ali Jinnah pemimpin Liga Muslim
melancarkan kempen membentuk negara baru untuk umat Islam. Kempen ini mencetuskan
rusuhan kaum di seluruh negara.

¾ Rundingan di London membawa dua cadangan oleh Lord Wavell iaitu British kekal di India
dalam tempoh 10 tahun atau merdekakan India secepat mungkin. Lord Mountbatten telah
diyakinkan oleh Jinnah betapa perlunya mewujudkan sebuah negara yang berasingan untuk
umat Islam. Mahatma Ghandi akur dengan kehendak itu walaupun tidak bersetuju dengan
pemisahan tersebut.

¾ Mengikut Akta Kemerdekaan India 1947 yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 15
Ogos 1947 pemisahan Pakistan dan India berkuatkuasa dan British juga berundur daripada
India. Pandit Jawaharlal Nehru dilantik menjadi Perdana Menteri India, manakala
Muhammad Ali Jinnah memimpin Pakistan.

Kesimpulan (2/3m)

Perubahan-perubahan pentadbiran yang dialami oleh Filipina dalam tempoh 500 tahun
telah memberi banyak pengalaman kepada penduduk tempatan mentadbir negara sendiri.
Filipina berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Julai 1946. India juga mengalami
pelbagai rintangan terutama sekali halangan kaum yang menimbulkan pelbagai rusuhan kaum.
Kemuncak rusuhan itu mengakibatkan terpisahnya India dengan Pakistan walaupun
kemerdekaan dapat dicapai pada 15 Ogos 1947.
Soalan 9

Huraikan tindakbalas masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa Barat di


Filipina dan di Vietnam pada abad ke-19.

Pendahuluan (3/2m)

Kedatangan kuasa Barat di Filipina dan Vietnam dalam menimbulkan reaksi daripada
penduduk tempatan. Di Filipina terdapat pelbagai penentangan penduduk tempatan kerana
pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menindas penduduk tempatan. Mereka
telah di tindas dalam aspek seperti ekonomi, politik dan sosial. Di Vietnam pula kedatangan
Barat telah menimbulkan rasa curiga dan takut berlaku campur tangan dalam negara mereka.
Oleh itu pemerintah Vietnam telah mengambil pelbagai langkah seperti mengamalkan dasar
pintu tertutup bagi menyekat pengaruh dan campur tangan Barat di negara mereka.

Isi

A. Filipina (10m)

1. Pemberontakan Casi ( 1807 )

¾ Pemberontakan Casi berlaku kerana kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri


membuat arak ( casi ) . Pemberontak ini telah berlaku di Ilocos.

¾ Industri membuat arak ( casi ) adalah merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan.
Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan dan penggembelengan casi malahan
telah memonopoli industri membuat arak di Filipina.

¾ Rakyat tempatan dipaksa membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Ini menimbulkan
perasaan tidak hati penduduk tempatan dan mereka telah melancarkan pemberontakan.
Pemberontakan ini akhirnya dapat ditewaskan.

2. Pemberontakan Novales ( 1823 )

¾ Tentera Filipina menentang amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.

¾ Dalam pemberontakan ini, tentera Filipina hampir menawan Manila.

3. Pemberontakan Tayabas ( 1840 )

¾ Pemberontakan ini dilancarkan oleh golongan paderi yang diketuai oleh seorang paderi
yang bernama Apolinario de La Cruz.

¾ Pemberontak ini berlaku kerana paderi Sepanyol diberi pelbagai keistimewaan manakala
paderi tempatan dilayan dengan buruk.
¾ Pemberontak Tayabas dapat ditewaskan kerana tiada pemimpin yang berkaliber.
4. Pemberontakan Cavite ( 1872 )

¾ Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera dan paderi. Seramai 200 orang tentera
terlibat dalam pemberontakan ini. Ia diketuai oleh Sarjan Lamadrid.

¾ Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding
dengan tentera Sepanyol.

¾ Dalam pemberontakan ini Sepanyol berjaya membunuh pemimpin tentera dan


menjatuhkan hukuman bunuh kepada tiga orang paderi Filipina iaitu Mariano Comez, Jose
Burgos dan Jucinto Zamaro.

¾ Pembunuhan paderi-paderi ini telah membangkitkan lagi perasaan anti-Sepanyol di


kalangan rakyat.

5. Gerakan Propaganda ( 1882 – 1896 )

¾ Gerakan ini disertai oleh golongan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutamanya
di luar Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.

¾ Gerakan ini muncul kerana tindakan pemerintah Sepanyol yang semakin melampau
sehingga ramai peminpin Filipina dihalau keluar dari Filipina.

¾ Gerakan ini juga turut disertai oleh golongan profesional antaranya ialah Dr.Jose Rizal,
Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.

¾ Mereka mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol dan memperjuangkan perubahan di


Filipina melalui media massa serta perjuangan untuk persamaan taraf antara pegawai
kerajaan Filipina dengan pegawai Sepanyol.

¾ Idea Gerakan propaganda disebarkan melalui akhbar La Solidaridad.

¾ Pada tahun 1887 – 1892 berlaku penganiayaan oleh pegawai dan paderi Sepanyol.
Akibatnya pendapat mereka merosot dan ada di antara mereka diusir. Gerakan Propaganda
telah melancarkan protes terhadap kezaliman Sepanyol.

¾ Pada tahun 1892, Jose Rizal kembali ke Filipina dan menubuhkan Liga Filipina. Liga Filipina
menitikberatkan kemajuan ekonomi bertujuan memberi perlindungan kepada orang Filipina
yang dianiaya dan juga berjuang mewujudkan keadilan.

¾ Penentangan Liga Filipina ini menyebabkan kerajaan Sepanyol membubarkan Liga Filipina
dan Jose Rizal dibuang negeri pada tahun 1892.

6. Revolusi 1896 oleh Katipunan.

¾ Revolusi bersenjata dilakukan oleh Katipunan bagi menggulingkan kerajaan Sepanyol


melalui pemberontakan bersenjata dan menyatukan orang-rang Filipina menjadi satu
bangsa yang kukuh
¾ Liga Filipina ditubuhkan akibat penangkapan Jose Rizal. Liga Filipina ditubuhkan Andres
Bonifacio dengan bantuan Teodoro Plata dan Ladislao Diwa. Misalnya.
i. Adnres Bonifacio – Love of Fatherland, Farewell, Duties of the People.
ii. Jacinto – To My Fatherland, Ligh and Darkness
iii. Dr. Valenzuala – Liberty, Is it fair

¾ Kemelesetan ekonomi di Filipina pada tahun 1893 tidak memberi peluang kepada
Katipunan untuk menguatkan kedudukannya disebabkan Katipunan gagal mendapat
bantuan dari ilustrado yang tidak setuju dengan dasar perjuangan Katipunan yang bersifat
revolusiner. Adres Bonafacio bukan daripada golongan terpelajar. Andres Bonifacio dan
Jacinto cuba meminta bantuan moral dan membeli senjata dari Jepun tetapi tidak berjaya
kerana kekurangan wang.

¾ Pemberontakan Katipunan 1896. Rizal dijatuhkan hukuman bunuh. Katipunan yang


bersedia untuk melancarkan pemberontakan mengalami kegagalan kerana diketahuai oleh
Sepanyol. Ramai ahli Katipunan dipenjarakan. Andres Bonifacio dan ahli-ahlinya berundur
ke bukit-bukit Balintawda dekat Manila. Beliau mengisytiharkan revolusi terhadap Sepanyol.
Pemberontakan ini gagal dan beliau telah digulingkan oleh Emilio Aquinaldo.

¾ Perjanjian Biacnabato ditandatangani antara Katipunan dengan Sepanyol pada Disember


1897. Katipunan bersetuju meletakkan senjata. Sepanyol bersetuju membayar ganti rugi.
Sebagai balas Emilio Aguinaldo mesti meningggalkan Filipina dan pergi ke Hong Kong.

¾ Amerika menyerang Teluk Manila pada tahun 1898. Emilio Aguinaldo dibawa balik untuk
membantu Amerika Syarikat. Pada tahun 1898, Republik Filipina diisytiharkan. Amerika
memerintah Filipina sebagai tanah jajahanya. Katipunan telah dibubarkan.

B. Vietnam. (10m)

Masyarakat Vietnam tidak menerima kehadiran kuasa Barat di negara mereka. Maharaja-
maharaja Vietnam telah mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat kehadiran Barat.

1. Maharaja Gia Long.

¾ Maharaja Gia Long telah berjaya menaiki takhta dan ditabalkan sebagai Maharaja Vietnam.
Baginda menaiki takhta dengan bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Perancis
Pigneau de Behaine. Pada peringkat awal pemerintahannya baginda telah memberi
layanan baik kepada sukarelawan Perancis kerana sebagai membalas jasa dengan bantuan
yang diberikan oleh Pigneau de Behaine dan sukarelawan-sukarelawan Perancis.

¾ Setelah kematian Pigneau ,Maharaja Gia Long tidak lagi suka dengan penglibatan orang-
orang Perancis dan Barat dalam negaranya . Baginda enggan memberi keistimewaan
kepada kuasa Barat. Baginda juga telah mengamalkan dasar pintu tertutup.

¾ Maharaja Gia Long berpendapat bahawa dasar pintu tertutup dapat menjamin keselamatan
dan kedaulatan Vietnam daripada dicerobohi oleh kuasa Barat. Tambahan pula, Maharaja
Gia Long sentiasa mencurigai tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat.
2. Maharaja Minh-mang.

¾ Seorang yang pengikut ajaran Confucius . Baginda juga mengamalkan dasar pintu tertutup.
Beliau sangat benci dengan Barat, bimbang campur tangan Barat terhadap hal-ehwal dalam
negeri

¾ Pada tahun 1822, baginda menolak permintaan utusan British iaitu John Crawford
mengadakan hubungan dengan Vietnam. Baginda berpendapat jika diberi keistemewaan
yang sama, maka kuasa-kuasa lain akan turut menuntut keistimewaan yang sama.
Keadaan akan mencabar kedaulatan dan keselamatan Vietnam.

¾ Dasar Ming-mang terhadap kuasa Barat didapati lebih keras daripada Gia Long. Maharaja
Ming-mang bertindak lebih keras terhadap mubaligh Perancis. Baginda telah bertindak
keras terhadap mubaligh kristian dengan membunuh beberapa orang mubaligh kristian.
Baginda juga telah menutup semua pelabuhan Vietnam kepada kapal-kapal asing.
Perdagangan hanya terhad dijalankan dengan negara China.

¾ Pada tahun 1825, Maharaja Minh-mang mengeluarkan satu undang-undang yang melarang
kemasukan mubaligh Kristian. Maharaja Ming-mang telah menganiaya penganut Kristian
dan telah membinasakan gereja mereka. Dua orang mubaligh Kristian Perancis telah
dihalau keluar Vietnam iaitu Chaigneau dan Vanier.

¾ Perang Candu 1 yang menyebabkan China kalah kepada British telah menyedarkan
Maharaja Minh-mang Vietnam akan menerima nasib yang sama jika masih enggan
menjalinkan hubungan dengan Barat.

¾ Pada tahun 1840, Maharaja Ming-mang telah menghantar satu utusan diplomatik yang
terdiri daripada dua Mandarin dan dua orang juru bahasa ke Perancis. Walau bagai
manapun , utusan ini gagal kerana Raja Perancis, Louis Philippe enggan menerima selepas
Societe des Missioan Estrangeres membuat aduan tentang layanan burut Vietnam terhadap
orang-orang Kristian.

3. Maharaja Thieu Tri ( 1841- 1847 )

¾ Terus mengamalkan dasar tutup pintu. Meneruskan dasar pemencilan dan anti agama
Kristian. Hubungan Vietnam dengan Perancis semakin renggang. Maharaja Thieu Tri terus
mengamalkan dasar anti-Barat dan menganiaya penganut agama Kristian dengan lebih
agresif.

4. Maharaja Tu Duc ( 1848 – 1883 )

¾ Maharaja Tu Duc meneruskan dasar pintu tertutup Vietnam tanpa menyedari kesannya ke
atas China.

¾ Antara tahun 1851- 1852 dua orang paderi Perancis iaitu Father Augustin Schoeffker dan
Father Jean Louis Bonnard dihukum bunuh. Pada tahun1856, seorang mubaligh Katolik
Perancis diseksa dan dibunuh.

¾ Pada tahun 1857 pula, Maharaja Tu Duc membenarkan hukuman bunuh ke atas mubaligh
di Vietnam serta penyokong politik di Perancis. Pada tahun 1852, pemerintah Perancis iaitu
Napoleon 111 ingin memulihkan kegemilangan Perancis. Napoleon telah terhadap Vietnam
tetapi dasar ini tidak disedari oleh Tu Duc. Tu Duc meneruskan dasar penganiagaan yang
agresif terhadap mubaligh-mubaligh Kristian.

¾ Kesilapan Maharaja Tu Duc membunuh Bishop Sepanyol, iaitu Mgr.Diaz atas satu tuduhan
mengambil bahagian dalam satu pemberontakan menentangnya telah melibatkan Sepanyol
dalam pertikaian Vietnam – Perancis.

¾ Perancis telah menghantar wakil mereka, de Montiguy untuk membuat beberapa tuntutan
seperti menjamin kebebasan beragama di Vietnam, menubuhkan sebuah syarikat
perdagangan Perancis di Hue dan melantik seorang Konsul Perancis. Namun semua
tuntutan ini ditolak.

¾ Angkatan Peranci-Sepanyol di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouily telah


menyerang dan menduduki Tourane pada tahun 1858. Sedikit demi sedikit wilayah-wilayah
Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

Kesimpulan. (2/3m)

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa kedatangan Barat ke Filipina dan Vietnam


telah mendapat tentangan daripada pendududukan tempatan. Di Filipina telah terdapat
beberapa penentangan terhadap pentadbiran dan dasar-dasar yang dijalankan oleh Sepanyol.
Penentangan masyarakat Vietnam dilakukan oleh Maharaja-maharaja Vietnam yang anti-Barat
dan anti agama Kristian. Maharaja Vietnam telah melakukan dasar pintu tertutup. Akibat dasar
anti Barat dan agama Kristian wilayah Vietnam sedikit demi sedikit telah ditakluki oleh Perancis
Soalan 10

Huraikan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan di


Myanmar sehingga awal abad ke-20.

Pendahuluan (3/2m)

Peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia telah dapat dikesan
sejak awal abad ke-20 lagi dengan muncul pertubuhan yang berteraskan agama (Islam) seperti
Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Perkembangan
nasionalisme Indonesia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu sosioekonomi (
1912-1921), gerakan politik revolusioner (1921-1927) dan sekular sosiobudaya 1927-1942). Di
Myanmar pula, golongan agama yang berteraskan ajaran Buddha memainkan peranan penting
dalam gerakan nasionalisme di Myanmar terutamanya pada peringkat awal. Gerakan ini
diterajui oleh Persatuan Belia Buddha ( YMBA) dan golongan Pongyi.

Isi:

A. Indonesia (10m)

¾ Pada peringkat awal gerakan nasionalisme Indonesia, golongan agama khususnya ulama
Islam sememangnya memainkan peranan penting. Sarekat Dagang Islam yang diasaskan
oleh Haji Samanhudi memperjuangkan nasib para pedagang batik Jawa daripada
persaingan dan penindasan saudagar Cina dalam perusahaan batik. Islam dijadikan alat
penyatuan rakyat Indonesia dan melaluinya pertubuhan ini dapat memberi dan
menyedarkan penduduk Indonesia tentang penindasan kapitalis Cina di Indonesia.

¾ Pada tahun 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar kepada Sarekat Islam dan dipimpin oleh
Omar Said Tjokroaminato. Pertubuhan ini mengekalkan Islam sebagai alat penyatuan umat
Islam Indonesia. Dengan berteraskan Islam, pertubuhan ini telah mendapat sokongan
penduduk Indonesia untuk memperjuangkan nasib mereka daripada penindasan penjajah.
Penyertaan rakyat Indoneia daripada pelbagai lapisan menjadikan Sarekat Islam sebagai
organisasi politik massa yang pertama di Indonesia.

¾ Perjuangan Sarekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan gerakan ini
digeruni oleh penjajah Belanda. Sarekat Islam juga berjuang untuk meningkatkan taraf
sosioekonomi rakyat Indonesia. Sarekat Islam turut mengkritik Kerajaan Belanda di
Indonesia kerana gagal memperbaiki ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut
berperanan memperjuangkan pembaharuan dalam bidang pendidikan dengan menuntut
penghapusan diskrimanasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah malah menuntut
pendidikan wajib kepada anak-anak yang berumur di bawah 15 tahun.

¾ Sarekat Islam telah menuntut hak berkerajaan sendiri dan ramai golongan nasionalis telah
bergabung dengan Sarekat Islam kerana perjuangannya yang bercorak politik. Pertubuhan
ini juga menuntut penubuhan majlis-majlis daerah dan perluasan kuasa Volksraad dan
mulai 1917, Sarekat Islam mula memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia termasuk
akan menggunakan kekerasan jika perlu.
¾ Selain daripada Sarekat Islam, Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 oleh Haji
Ahmad Dahlan juga menggunakan agama Islam sebagai landasan dalam perjuangannya.
Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam gerakan awal nasionalisme Indonesia
dengan mempertahankan kesucian Islam dan menghadapi ancaman penyebaran agama
Kristian dan budaya sekularisme di kalangan penduduk peribumi Indonesia.

¾ Pertubuhan ini juga berperanan memberikan penekanan kepada usaha meningkatkan


kesedaran umat Islam tentang kemajuan dan pendidikan sebagai cara melepaskan
penduduk daripada belenggu penjajahan Belanda. Pertubuhan ini terlibat menubuhkan
sekolah, klinik, masjid dan perpustakaan. Namun begitu perkembangannya agak lembab
akibat tentangan golongan ortodoks Islam. Walau bagaimanapun kepopularan pertubuhan
ini mula meningkat apabila pada 1930 bilangan ahlinya hanya 24,000 orang dan telah
meningkat kepada 250,000 orang pada tahun 1938. Pertubuhan ini juga mula
mengambilalih peranan gerakan reformis Islam daripada Sarekat Islam yang mula merosot
pada tahun-tahun 1920an.

¾ Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Kiai Hasyim Asjari. Pertubuhan ini
berperanan membela dan mempertahankan keutuhan agama Islam daripada ancaman
penyebaran Kristian. Pertubuhan ini mengendalikan sekolah-sekolah agama Islam yang
bersifat ortodoks, menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu memajukan ekonomi
ahlinya. Walau bagaimanapun, berbanding dengan Muhammadiyah, Nahdatul Ulama
merupakan pertubuhan yang lebih ortodoks dan bersikap prejudis terhadap kemajuan dan
pendidikan Barat.

B. Myanmar (10m)

¾ Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal lebih bersifat keagamaan.


Pertubuhan agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada 1897 dan dikuti oleh
Persatuan Agama Maktab Rangoon pada 1904. Gerakan ini semakin berkembang dengan
penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA )pada 1906 yang diasaskan oleh U May Oung.
Persatuan Belia Buddha merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan
tujuan menyatukan nilai-nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan barat.

¾ YMBA memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme pada tahun-tahun 1916-
1920. Persatuan ini terlibat dalam kegiatan politik disebabkan oleh kesengsaraan ekonomi
akibat Perang Dunia Kedua dan perkembangan pengaruh gerakan kebangsaan di India.

¾ Peranan YMBA dalam gerakan nasionalisme awal di Myanmar dapat dilihat dalam konflik
isu kasut (1916-1918), menuntut sistem pemerintahan dua lapis (dyarchy) dilaksanakan
dan bantahan terhadap akta universiti. Akibat daripada tekanan tersebut, British terpaksa
menggubal undang-undang yang melarang pemakaian kasut dalam pagoda, membuat
pindaan terhadap akta universiti dan sistem pentadbiran dua lapis turut dilaksanakan di
Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan YMBA semakin popular di kalangan rakyat
Myanmar. Kejayaan YMBA turut dipengaruhi oleh kepimpinan nasionalis radikal seperti U
Thei Maung yang bertindakan melakukan pemulauan terhadap kerajaan British.

¾ Golongan Pongyi atau sami-sami Buddha telah memainkan peranan penting dalam
perjuangan kemerdekaan Myanmar sekitar 1916-1935. Kemerosotan pengaruh Sangha
dan sekolah agama Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan
pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan
menyokong YMBA dalam isu kasut dan mogok pelajar. Walau bagaimanapun, Pongyi
ternyata memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme Myanmar terutamanya
di kalangan kaum petani . Dalam gerakan nasionalisme mereka, Pongyi turut menerbitkan
akhbar Wunthanu untuk menyebarkan idea-idea nasionalisme mereka kepada penduduk.

¾ Perjuangan Pongyi kemudiannya berubah menjadi radikal dan agresif dengan kemunculan
U Ottama dan U Wisara. Mereka menuntut pemerintahan sendiri dan menyeru penduduk
menentang polis, mahkamah dan pengutip cukai. Agama Buddha dijadikan sebagai alat
untuk meraih sokongan rakyat.

¾ Pada 1922, Pongyi menubuhkan parti politik Sangha Samatggi yang dipimpin oleh U
Ottama dan menyeru rakyat memulaukan pembaharuan British.. Antara tindakan Pongyi
termasuk menghasut petani melancarkan kempen anticukai terhadap British dan
menyebabkan petani menyertai perjuangan menentang British. U Wisara menganjurkan
kempen anticukai di Tharawady pada 1926 dan akibatnya beliau telah ditangkap dan
dipenjarakan dan tindakan ini telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di
kalangan rakyat.

¾ Peranan Pongyi semakin memuncak apabila terbentuknya pakatan antara Sangha


Samatggi dengan Genral Council of Burma Association (GCBA). Perikatan ini menentang
British dan menuntut kemerdekaan. Keputusan Suruhanjaya Simon mencadangkan
pemisahan pentadbiran antara India dan Myanmar menyebabkan golongan nasionalis
Myanmar tidak sepakat dalam isu ini dan Pongyi menyokong kumpulan anti pemisahan
dengan menubuhkan Liga Anti pemisahan yang dipimpin oleh Dr. Ba Maw dan U Khaw
Myint.

¾ Pongyi menentang pemisahan kerana bimbang akan melambatkan proses kemerdekaan


Myanmar. Peranan Pongyi jelas dalam Pemberontakan Saya San atau Pemberontakan
Tharawady (1930-1931). Pemberontakan yang dipimpin oleh Saya San bertujuan
mengguling pentadbiran Bitish di Myanmar dan memulihkan keagungan agama Buddha
serta berusaha mendapatkan semula tanah-tanah daripada ceti-ceti India. Walaupun
pemberontakan ini gagal setelah Saya San ditangkap dan dihukum mati pada 1931, namun
begitu ia telah menyemarakkan lagi kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan
penduduk Myanmar.

Kesimpulan 2/3m)

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah dirumuskan kepentingan agama dalam gerakan


nasionalisme di Indonesia dan Myanmar. Di Indonesia agama Islam menjadi alat penyatuan
dalam gerakan yang diterajui oleh Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan
Nahdatul Ulama. Di Myanmar pula dalam gerakan yang diterajui oleh YMBA dan Pongyi,
agama Buddha ternyata berperanan besar dalam gerakan nasionalise negara tersebut.
Soalan 11

Bincangkan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Myanmar dan di


Indonesia.

Pendahuluan (3/2m)

Jepun berjaya menduduki Myanmar dan Indonesia semasa Perang Dunia Kedua (1941-
1945). Pendudukan Jepun di Myanmar bermula selepas mengalahkan British pada Mei 1942
dengan bantuan golongan Thakin dalam Tentera Kemerdekaan Burma. Manakala Indonesia
jatuh ke tangan Jepun selepas Kuasa Paksi itu berjaya mengusir penjajah Belanda.
Pendudukan Jepun di kedua-dua negara semasa Perang Dunia Kedua memang dialu-alukan
oleh para nasionalis tempatan seperti Aung San di Myanmar; dan Sukarno dan Hatta di
Indonesia. Pendudukan Jepun selama kira-kira tiga tahun sangat mempengaruhi gerakan
kebangsaan Myanmar dan Indonesia. Golongan nasionalis di kedua-dua negara berazam
mencapai kemerdekaan kerana tertarik dengan slogan dan janji Jepun. Bagaimanapun pada
saat-saat akhir pendudukan Jepun, rakyat di kedua-dua negara telah bangun menentang
Jepun.

Isi

A. Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Myanmar (10m)

¾ Pendudukan Jepun di Myanmar semasa Perang Dunia Kedua merupakan satu tempoh
penting yang mempengaruhi gerakan kebangsaan di negara itu. Kejayaan Jepun
mengalahkan British telah menghapuskan tanggapan bahawa British adalah satu kuasa
agung yang tidak boleh ditewaskan.

¾ Rakyat Myanmar sedar bahawa British tidak dapat melindungi mereka apabila kalah di
tangan kuasa paksi Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Justeru mereka perlu berdikari
menentukan masa depan negara sendiri. Ini membangkitkan keazaman golongan Thakin
memperjuangkan kemerdekaan supaya membolehkan mereka mentadbir negara sendiri.

¾ Semasa memerintah Myanmar, Jepun telah melantik tokoh-tokoh nasionalis tempatan


untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran awam. Jepun telah memberi
jaminan akan membentuk sistem pemerintahan berkerajaan sendiri dan memberi
kemerdekaan kepada Myanmar menjelang tahun 1943.

¾ Jepun telah memberi latihan dan kelengkapan senjata kepada golongan Thakin pimpinan
Aung San. Penubuhan Tentera Kebangsaan Myanmar pada akhir tahun 1943 telah
mengubah gerakan kebangsaan kepada corak ketenteraan.

¾ Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Myanmar pada 1 Ogos 1943. Sebuah Kabinet
dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri, Thakin Mya sebagai Timbalan
Menteri dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
¾ Langkah Jepun tersebut bertujuan menarik sokongan rakyat Myanmar kepada Jepun
dalam menentang pihak British. Bagaimanapun penderitaan hidup rakyat dan kekejaman
pemerintahan tentera Jepun menyebabkan Myanmar menyedari negaranya diperalatkan
untuk kepentingan Jepun. Golongan nasionalis secara beransur-ansur mula hilang
kepercayaan dan keyakinan terhadap kuasa Jepun.

¾ Keadaan ekonomi yang teruk sepanjang pemerintahan Jepun mendorong gerakan anti-
Jepun. Ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Thakin
Aung San telah menubuhkan Tentera Kebangsaan Myanmar Anti-Jepun yang kemudian
nya berkembang lalu membentuk Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) untuk
menentang Jepun bagi menubuhkan kerajaan sendiri. Tentera Thakin berjaya
memusnahkan kawasan-kawasan strategik Jepun.

¾ Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam menawan semula Myanmar dan
menghalau Jepun. Akhirnya pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah, Aung San
telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan Karen, Shan, Kachin, dan
Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyar Anti-Fasis (LPRAF) daripada
pengaruh komunis dalam usaha meyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar.

B. Kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Indonesia. (10m)

¾ Kekalahan Belanda di tangan Jepun semasa meletusnya Perang Dunia Kedua juga telah
membangkitkan kesedaran rakyat Indonesia bahawa Belanda bukanlah suatu kuasa
agung yang tidak boleh ditewaskan. Belanda terbukti gagal menunjukkan semangat juang
yang tinggi bagi menghadapi kemaraan tentera Jepun; sebaliknya telah menyerah kalah
kepada Jepun dengan mudah. Kekalahan ini telah menjejaskan imej dan menjatuhkan
maruah Belanda sekaligus menyemarakkan sentiment anti-Belanda dalam kalangan rakyat
Indonesia.

¾ Sebaik sahaja menduduki Indonesia, Jepun bertindak membebaskan golongan nasionalis


Indonesia yang dipenjarakan oleh Belanda seperti Soekarno, Sutan Sjahrir dan Hatta.
Tujuan Jepun bertindak sedemikian adalah untuk meraih simpati dan sokongan daripada
rakyat Indonesia. Jepun juga secara halus ingin memperalatkan golongan nasionalis untuk
membantu menggerakkan rakyat, memajukan ekonomi dan menyebarkan propaganda pro-
Jepun.

¾ Justeru golongan nasionalis sekular telah diberikan kebebasan berpolitik. Pada Mac 1943,
golongan nasionalis telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan bantuan
Jepun. Selaku Presiden, Soekarno telah menggunakan PUTERA untuk menyebarkan idea-
idea nasionalisme, anti-penjajahan dan anti-imperialisme Barat. Pergerakan PUTERA
berjaya meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Indonesia. Ini telah
menyemarakkan semangat mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan.

¾ Pada September 1943, Pembela Tanah Air (PETA) telah ditubuhkan bagi menyediakan
rakyat Indonesia menghadapi serangan Belanda. Anggota PETA diberi latihan ketenteraan
untuk mempertahankan Indonesia daripada sebarang serangan tentera Kuasa Berikat.
¾ Dalam tempoh satu setengah tahun sahaja angota PETA meningkat kepada 12000 ahli
dan menjadi tulang belakang tentera nasionalis Indonesia bagi menentang kemasukan
semula Belanda ke Indonesia selepas Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945. Pada
masa yang sama, golongan nasionalis Indonesia pimpinan Soekarno telah memperalatkan
PETA untuk menentang Jepun.

¾ Selain itu, Jepun juga menggalakkan pertubuhan dan gerakan Islam untuk menentang
penjajah Belanda. Mereka cuba menyebarkan idea kebudayaan Jepun serta melaungkan
slogan “Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Beberapa keistimewaan
turut diberikan kepada orang Islam. Antaranya ialah membenarkan penubuhan Majlis
Syuro ,Muslimin Indonesia (MASJUMI) pada tahun 1943, penubuhan Universiti Islam,
penerbitan al-Quran, pemberian jawatan penting kepada orang Islam, serta layanan yang
baik kepada orang Islam.

¾ Penubuhan MASJUMI telah membantu mengembangkan lagi semangat kebangsaan


dalam kalangan rakyat Indonesia. Tindakan Jepun juga telah mempereratkan tali
persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia.

¾ Golongan pelajar pula digalakkan untuk menyertai organisasi tajaan Jepun seperti
Seinendan, Gakukotai, Barisan Pelopor, dan Angkatan Muda dan Asrama. Sekolah
Asrama Indonesia Merdeka yang ditubuhkan di Jakarta telah dijadikan wadah oleh
golongan nasionalis terutamanya Hatta dan Sutan Sjahrir untuk membakar semangat
nasionalisme dalam kalangan belia bangkit memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

¾ Bagi menghapuskan pengaruh Belanda, Jepun telah melarang penggunaan bahasa


Belanda; sebaliknya menggalakkan rakyat Indonesia menggunakan bahasa Indonesia
secara meluas dalam kehidupan seharian. Penggunaan satu bahasa secara tidak langsung
telah mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat melangkaui batasan etnik
dan petempatan yang terpisah-pisah.

¾ Selain itu, golongan terpelajar telah diberi peluang menjawat jawatan-jawatan penting
dalam pentadbiran dan teknikal. Pengalaman sebegini telah mencetuskan keyakinan
rakyat untuk memerintah negara sendiri.

¾ Pada September 1944, kerajaan Jepun di Tokyo di bawah pimpinan Jeneral Koiso Kuniaki
telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Oleh itu langkah-langkah ke arah
kemerdekaan dilakukan dengan menubuhkan Badan Penyelidik Usaha Persiapan
Kemerdekaan pada Mac 1945. Soekarno dan Hatta telah berangkat ke Saigon, Vietnam
Selatan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan dengan Panglima Tertinggi Jepun bagi
kawasan selatan. Dalam pada itu, Jepun terpaksa menyerah kalah pada Kuasa Berikat
pada 14 Ogos 1945. Lantas pada 17 Ogos 1945, Soekarno telah mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia.

Kesimpulan (2/3m)

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa pendudukan Jepun


telah membangkitkan semangat nasionalisme anti-imperialisme Barat dan anti-Jepun dalam
masyarakat tempatan di Myanmar dan Indonesia. Pengalaman yang mereka perolehi
sepanjang tempoh pemerintahan Jepun serta isu perjuangan kemerdekaan yang dimainkan
oleh Jepun telah memberanikan rakyat Myanmar dan Indonesia bangun menentang penjajahan
secara terbuka. Golongan nasionalis dan radikal dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat
akhirnya telah bangkit menuntut kemerdekaan negara masing-masing.

Soalan 12

Jelaskan pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan di Filipina selepas Perang Dunia


kedua.

Pendahuluan (3/2m)

Selepas tamat Perang Dunia ke 2, negara Myanmar dan Filipina telah mencapai
kemerdekaan. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh kedua-dua negara ini seperti kemiskinan,
pembangunan dan kekurangan wang bagi melaksanakan projek-projek pembangunan. Antara
keperluan asas yang mendesak bagi kedua-dua negara ini ialah sistem perhubungan, tali air
dan sebagainya. Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah menubuhkan berapa suruhanjaya
bagi membantu negara-negara yang baru mendapat kemerdekaan dari kewangan dan
kepakaran.

Isi.

A. Myanmar. (10m)

¾ Selepas tamat Perang Dunia kedua Myanmar mempunyai potensi baik untuk terus
membangun dan berkembang ekonominya. Potensi Myanmar untuk terus berkembang dari
segi sosial ekonomi adalah kerana sistem pendidikan Myanmar agak tinggi dan kadar
penduduk yang celik huruf juga tinggi. Di samping itu juga, ramai penduduk yang mendapat
pendidikan Barat dan kemudahan prasarana yang paling asas. Ramai penduduk Myanmar
telah menjadi pagawai perkhidmatan awam semasa zaman pemerintahan British. Sistem
perundangan Barat di Myanmar telah dapat berjalan dengan baik.

¾ Ekonomi Myanmar pulih akibat pembangunan pesat dan perkembangan teknologi moden
dalam sektor perlombongan petroleum. Pada tahun 1953 kerajaaan Myanmar telah
menggubal akta memiliknegarakan tanah. Tujuan utama akta ini digubal ialah untuk
membolehkan tanah dimiliki secara kekal oleh petani. Akta ini juga bertujuan untuk
menamatkan bayaran sewa tanah oleh petani. Dengan ini kerajaaan dapat meningkatkan
kawalan terhadap tanah pertanian.

¾ Semasa pemerintahan rejim junta Jeneral Ne Win, Myanmar lebih mengutamakan


hubungan perdagangan dengan negara-negara komunis. Hubungan dengan negara lain
bukan komunis terputus. Kebanyakan kegiatan ekonomi Myanmar dimonopolikan oleh
kerajaan. Tujuan utama dasar ekonomi sosialis adalah untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang dapat menjamin kebajikan penduduk dari segi sosial dan ekonomi. Ia
bertujuan untuk mengurangkan perbezaan golongan miskin dan kaya. Walau
bagaimanapun kebanyakan industri yang dimiliknegarakan tidak mendapat beroperasi
dengan cekap kerana berlaku pemberontakan yang menggugat keberkesanan pentadbiran
negara Myanmar. Di samping itu juga, Myanmar tidak mempunyai tenaga kepakaran dalam
dalam pelbagai bidang yang telah membantutkan lagi perkembangan sosioekonominya.
¾ Perlaksanaan “sosialisme cara Myanmar” selepas tahun 1962 campuran Maxisme yang
telah diubahsuai dengan keadaan setempat, agama Buddha dan kebencian tentera
terhadap kapitalisme. Dasar ekonomi merupakan percubaan ke arah revolusi sosial dan
ekonomi bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjamin kebajikan ekonomi dan
sosial, di samping mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.
Walaubagaimana pun perlaksaaan dasar ini telah membawa kesan yang buruk kepada
ekonomi Myanmar kerana dasar ini telah menunjukkan berlakunya kelembapan dan
kemunduran dari segi ekonomi.

B. Filipina. (10m)

¾ Selepas tamat Perang Dunia ke 2, ekonomi Filipina masih lagi bercorak pertanian.
Penduduk Filipina bergantung hidup kepada hasil pertanian. Filipina sebagai pengeluar
utama dunia kelapa dan abaka.Hasil kelapa telah menyumbangkan sebanyak 70% hasil
pengeluaran negara.Antara tahun 1956 hingga tanun 1960 Filipina menghasilkan 1.4 juta
tan metrik kelapa kering dan 11.6 juta tan metrik gula. Gula merupakan bahan eksport yang
penting ke Amerika Syarikat

¾ Padi merupakan tanaman utama makanan yang utama. Penubuhan Institut Penyelidikan
Padi Antarabangsa di Los Banos menyebabkan hasil pengeluaran padi meningkat Filipina
juga telah melaksanakan Revolusi Hijau dalam sektor perikanan. Di samping memajukan
perikanan laut dalam dan pinggir pantai, kerajaan juga berusaha gigih memajukan
akuakultur.

¾ Perusahaan perlombongan juga turut dijalankan. Kuprum merupakan bahan eksport utama
di Filipina. Di samping itu minyak juga dilombong di pinggir laut ke pulauan Visayan. Sektor
perindustrian dimajukan sejak tahun 1950an. Pada tahun 1958 ,sektor perindustrian di
Filipina telah menyumbang sebanyak 36% kepada hasil pendapatan negara. Perindustrian
giat dijalankan dijalankan di kawasan Manila dengan tumpuan utama dalam bidang industri
ringan, pembungkusan, pemasangan dan pemprosesan. Industri besi dan keluli juga
diusahakan di di Ilagan City, Kepulauan Mindanao. Pada tahun 1957, industri ini telah
menyumbangkan jumlah keluaran sebanyak sebanyak 58,000 tan metrik. Bagi meningkat
kemajuan sektor ini kerajaan telah mengenakan larangan ke atas beberapa barangan
import untuk menggalakkan industri berasaskan barangan eksport.

¾ Ekonomi Filipina juga bergantung kepada perdagangan luar. Sektor ini kebanyakkannya
dikuasai oleh orang Cina yang tertumpu di pelabuhan dan bandar-bandar utama Filipina.
Antara tahun 1950an dan 1960an orang Cina telah menguasai 23% daripada jumlah
ekonomi Filipina. Sekitar tahun 1960an jumlah penduduk Filipina telah meningkat lebih 27
juta orang. Kebanyakkan penduduk Filipina tinggal di bandar-bandar besar seperti Manila,
Quezon City, Cebu, Davao dan Zamboanga. 90% penduduk Filipina adalah berketurunan
Melayu-Indonesia dan selebihnya keturunan Cina dan Sepanyol.

¾ Kebanyakan penduduk Filipina beragama Kristian. Agama-agama lain yang dianuti oleh
penduduk Filipina ialah Confucuis dan Islam. Pendidikan juga telah diberi keutamaan.
Kadar pendidikan meningkat dari 20% pada tahun 1900 semasa bermula pendudukan
Amerika Syarikat kepada 60% pada tahun 1946. Filipina telah menggunakan bahasa
Tagalog sebagai kebangsaan. Bahasa-bahasa utama lain turut diguna pakai seperti bahasa
Inggeris dan Sepanyol.
Kesimpulan (2/3m)

Dari perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa selepas tamat perang dunia ke-2
Myanmar dan Filipina telah berkembang pesat dari segi social ekonomi. Dari segi ekonomi
kerajaan Filipinaa telah member I tumpuan kepada kegiatan ekonomi tradisiaonal dan memberi
keutamaan kepada perkembangan perdagangan dan perindustrian. Kerajaan kedua-dua buah
memberi tumpuan kepada meningkat pelbagai kemudahan seperti sistem perhubungan,
pendidikan dan kesihatan. Tujuan adalah meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang masih
ketingggalan akibat kesen penjajahan Barat.

Вам также может понравиться