Вы находитесь на странице: 1из 10

Mengenang Jasa Ibu Bapa

Pada globalisasi yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah


terutamanya ialah pada masa kini banyak anak yang tidak tahu mengenang budi jasa
ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Mereka sanggup menengking ibu bapa
yang sudah tua dan uzur,malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa
mereka. Oleh itu,kita perlu bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku.
Bagaimanakah masalah ini dapat diatasinya?

Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu


mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya
melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga ibu bapa yang sudah
tua dan uzur dengan baik. Selain itu,mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya.
Contohnya,mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka.

Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap
keluarga. Mereka perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap
anggota keluarga mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu
bapa yang membesarkan mereka. Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai
perasaan cinta yang berkekalan terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya
menjaga ibu bapa mereka yang tua dan uzur dengan cara menjemput mereka tinggal
bersama.

Di samping itu,anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga.


Mereka harus memuliakan setiap anggota keluarga. Contohnya,mereka seharusnya
mengambil kira perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa dan hampa. Mereka
juga harusnya memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang
bahagia. Mereka seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking
ibu bapa yang sudah tua kerana akan menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi
terhadap mereka lagi.

Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai nilai


bertanggungjawab .Mereka harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul
dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna
Keranamu Malaysia

Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat
Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai
cinta akan negara. Kita patut mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada
negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.

Kita perlu mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut
mempunyai kesanggupan dan kerelaan melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai
contoh, pejuang-pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang
penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke
dalam tangan musuh. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela
mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian
untuk negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang
terakhir demi negara yang tercinta .

Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai
hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus
hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya. Rakyat Malaysia perlu mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup
dengan menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh
menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan


kepatuhan yang berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara
kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras
dengan prinsip Rukun negara yang menandakan Raja merupakan tonggak utama
negara ini.

Kesimpulannya,rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan


ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini.
Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja
untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan
kita belum selesai.
PERLEMBAGAAN DEMOKRASI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perlembagaan demokrasi


sejak mendapatkan merdeka daripada penjajah British. Dalam perlembagaan
demokrasi,rakyat berhak memilih pemimpin-pemimpin yang mereka disukai
melalui pilihan raya sama ada kecil atau besar. Dalam perlembagaan
demokrasi,rakyat mempunyai pelbagai hak yang dapat menjamin kehidupan
mereka lebih selamat dan harmonis Oleh itu,setiap rakyat Malaysia seharusnya
mengetahui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia serta
memahaminya.

Selain itu,rakyat Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara. Mereka


mempunyai kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Walaupun mereka
mempunyai kebebasan berucap,tetapi ada haknya. Mereka tidak boleh
mengatakan bahan yang sensitif kepada orang lain kerana ini boleh membawa
kepecahan,kehancuran dan kemusnahan sesama kaum di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.

Seterusnya,rakyat Malaysia juga haruslah mematuhi peraturan dan undang-


undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat diberi kebebasan sepenuhnya asalkan
tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam
perlembagaan.

Secara kesimpulannya,rakyat Malaysia digalakkan penglibatan diri dalam


pembangunan negara. Mereka bebas melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan
dengan mematuhi undang-undang dan perlembagaan supaya negara kita boleh
mencapai wawasan 2020 dan dapat menjadikan Malaysia terkenal di seluruh
dunia. Untuk mencapai wawasan 2020,rakyat Malaysia seharusnya hidup
bersama dengan antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
Pengamalan Nilai Moral dalam Kehidupan Seharian

Perkataan moral bererti kelakuan yang baik dalam pergaulan setiap hari.
Setiap individu mestilah mengamalkan nilai moral dalam diri masing-masing demi
mendapat kehidupan yang sejahtera dan keharmonian dalam setiap hari. Di
samping itu, jika kita mengamalkan nilai moral dalam kehidupan kita akan
membuat kita ke arah yang lebih cerah, lebih bahagia dan lebih cemerlang.

Pengamalan nilai moral dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Kita
seharuslah mengamalkan nilai hemah tinggi dalam kehidupan kita demi
mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan. Orang yang mengamalkan nilai ini akan sentiasa
bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang lembut ketika bercakap
dengan orang lain. Ini akan membuat kita disukai dan disayangi oleh rakan-rakan
kita.

Selain itu,kita juga sewajarnya mengamalkan nilai toleransi dalam diri kita.
Nilai ini amat penting kepada kita kerana boleh melahirkan kita sebagai orang
yang lebih bertolak anasir,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kita. Contoh
mengamalkan nilai toleransi ini ialah apabila kita menghadapi sesuatu masalah
atau cabaran,kita mestilah bersabar dan mengamalkan tingkah laku untuk
menyelesaikan masalah ini.

Seterusnya,kita juga harus mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu bersikap


tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain. Individu yang mempunyai nilai kesederhanaan akan mengawal diri
dalam pertuturan dan perbuatan keterlaluan yang boleh mendatangkan akibat
yang buruk kepada diri sendiri kita.

Secara konklusinya,banyak kebaikan dan faedah dapat kita memperoleh


apabila kita mengamalkan nilai moral dalam siri sendiri kita. Oleh itu,semua
masyarakat haruslah mengamalkan nilai moral dalam diri mereka bagi
mengelakkan diri terlibat dalam pembuatan yang tidak baik.
Semangat Kejiranan

Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang


hidup berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan
jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana
harmoni dan aman sesama mereka dan juga paling penting kepada negara dalam
usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.

Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan


masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-
menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh
berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.Ini dapat
menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama secara aman iaitu hidup
berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya.

Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan jurang dalam


komuniti.Pada masa kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat
kehendak dan keselesaan hidup yang semakin terdesak dan menyebabkan
mereka tidak mempunyai masa yang terluang untuk meenziarahi sahabat
jirannya.Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai saling membantu dan
berkerjasama selaras dengan masalah ini.Mereka seharusnya mempunyai usaha
yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatau matlamat.

Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan


negata.lantaran itu,setiap rakyat malaysia harus bertanggungjawap untuk
memupuk semangat kejiranan ini kerana ada ungkapan yang menyatakan bahawa
apabila datang kesusahan dan keupayaan,di situlah nyatakan kawan dan lawan.
Patriotisme

Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-61, iaitu
setengah abab. Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk
meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 61
tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan Sempena 61 Tahun Merdeka dari Yan ke
Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan
sambutan merdeka pada tahun ini.

Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita


sebagai rakyat Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita seharusnya
mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang
terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada
kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang
berfikiran steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan berkelas rendah.

Selain itu, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara.
Kita perlu rela melakukan dan meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa
sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan
telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum
mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish) oleh
British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri.
Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan
maruah bangsa negara sendiri.

Seterusnya, nilai taat setia kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh
semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan
kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini
merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub
pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama Taat kepada Tuhan , Raja dan
Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk
menunjukkan kita memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara.
Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan
rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan
negara akan dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh
masyarakat tempatan.
Kepentingan Aktiviti Perkhemahan

Banyak aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit


beruniform,tetapi tidak ramai yang mahu memanfaatkan aktiviti tersebut dengan
anggapan membuang masa. Oleh hal ini,pelajar perlu memahami sebab-sebab
dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti perkhemahan yang banyak
dijalankan di sekolah walaupun pelajar yang berfikiran negatif sering menolak
daripada ikut serta.

Menerusi aktiviti perkhemahan sebenarnya mendidik kita mengamalkan


nilai berdikari. Kita akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Contohnya ,kita akan dididik cara
memasak,berkemas,menjaga kebersihan,dan memasang khemah.Proses
pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan untuk hidup di rantau orang
tanpa bergantung kepada orang lain.

Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam


menyemai dan memupuk nilai hidup bersama secara aman. Hal ini dikata
demikian kerana melalui aktiviti perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik
antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti
perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan lahirlah bangsa Malaysia yang
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup.

Selain itu,aktiviti perkhemahan juga akan mendidik kita menjadi seorang


yang lebih bertanggungjawab. Menerusi aktiviti perkhemahan,pelajar akan
memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna.
Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang disediakan bertujuan untuk kita
melaksanakan tugas dengan sempurna serta dapat memanfaatkan masa dengan
cara yang betul.

Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang


amat berfaedah. Oleh itu,disarankan pihak sekolah lebih kerap mengadakan
aktiviti seperti ini,sama ada aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di
sekolah.
KESELAMATAN DI JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA

Pada era globlalisasi ini, kian hari kian banyak berlakunya kemalangan jalan
raya tidak kira yang ringan atau yang berat. Hal ini dapat dibuktikanmelalui media
massa yang sering memaparkannya. Sebenarnya, punca utamaberlakunya
kejadian kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaiandan sikap
pengguna jalan raya seseorang itu. Hal ini demikian, pelbagaitindakan haruslah
diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara tindakannya adalah seperti sebagai seorang pemandu, kitaharuslah


mengamalkan nilai kasih saying. Kita harus peka dan prihatinterhadap orang lain
serta menyayangi orang lain secara mendalam danberkekalan. Apabila kita
berada di jalan raya, kita patutlah lebih mngutamakankeselamatan diri dan orang
lain serta prihatin terhadap sesiapa sahaja yangberada di jalan raya. Dengan ini,
masalah kemalangan jalan raya akanberkurangan. Pengguna jalan raya juga akan
selamat dan tidal perlu risau tentang berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak
diingini.

Selain itu, nilai mematuhui peraturan dan undang-undang. Kita haruslah


menerima dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan tanpa
mengirasesiapa dan di mana seseorang itu berada. Hal ini dapat mewujudkan
jalan rayasebagai sesuatu tempat yang selamat dan selesa.

Di samping itu, kita boleh saling bertolak ansur, sabar dan mengawal
diribagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
demikesejahteraan hidup dengan mengamalkan nilai toleransi. Dengan ini,
pengguna jalan raya tidak akan merebut tempat meletakkan kereta atau cepat
naik marahakibat kesesakan jalan raya. Secara tidak langsung, masalah
kemalangan jalanraya dapat dikurangkan serta dihapuskan dan keselamatan diri
dapat dijamin.Kesimpulannya, saya sedar bahawa keselamatan di jalan raya
adalahtanggungjawab kita. Semua pengguna jalan raya haruslah berganding
bahuuntuk menyelesaikan masalah sebelum nasi menjadi bubur agar pengguna
jalanraya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat.
Tanggungjawab seorang anak
Sekumpulan besar anak-anak zaman sekarang melupakan
tanggungjawabdirinya untuk menjaga dan mentaati ibu bapa mereka.
Mereka sering memberialasan seperti sibuk dalam kerjaya atau kerjanya dan
tidak mempunyai masayang lebih untuk menjaga ibu bapa mereka.Anak-
anak sepatutnya memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa merekadengan
penuh amanah.

Selain itu, anak-anak haruslah mengamalkan nilai tanggungjawab


terhadap keluarga iaitu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
individuterhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia. Anak-anak
yang bekerjaluar atau bersekolah di luar patutlah sentiasa menelefon atau
mengutus suratuntuk mengetahui keadaan hidup ibu bapa mereka. Sebaik-
baiknya anak-anak haruslah tinggal bersama ibu bapa dan menjaga
mereka.Amalan menziarahi ibu bapa tidak seharusnya terbatas pada hari-
hariperayaan sahaja. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita
haruslah sentiasa menziarahi ibu bapa walaupun kita sibuk dalam kerja.

Seterusnya, seseorang anak harus mengamalkan nilai kasih sayang


terhadap keluarga iaitu perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap keluarga. Kita jugaharus mengingati jasa ibu bapa yang
bersusah-payah untuk mendidik danmenjaga kita dengan baik.Selain itu,
sebagai seorang anak, kita juga perlu sentiasa menghormati ibubapa
walaupun ibu bapa seseorang mendidiknya dengan tegas. Hal ini keranaibu
bapa ingin membesarkan kita menjada seorang yang berdisiplin dan
bergunakepada negara.

Kesimpulannya, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab


sayasebagai seorang anak. Saya juga sedar bahawa tanggungjawab seorang
anak amat diperlukan untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Вам также может понравиться