Вы находитесь на странице: 1из 9

TEKNIK JIGSAW DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN ALAT PERKUSI

MENGIKUT CORAK IRAMA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT


Oleh:
THARANI RAJENDRAN

UNIT MUZIK
Tharanigril@gmail.Com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kemahiran murid dalam memainkan alat perkusi mengikut
corak irama dengan teknik jigsaw dalam kalangan murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan di
Padang Serai. Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah yang sering timbul dalam kalangan murid.
Masalah tersebut adalah murid keliru ketika memainkan alat perkusi mengikut corak irama. Kajian telah
dijalankan dengan memainkan alat perkusi mengikut corak irama dengan teknik jigsaw. Teknik ini telah
bertindak sebagai teknik yang baru untuk membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mereka
dalam memainkan corak irama dengan menggunakan alat perkusi semasa sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan. Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus untuk meningkatan kemahiran memainkan
alat perkusi mengikut corak irama dengan menggunakan kaedah teknik jigsaw. Hasil tinjauan awal
menyatakan bahawa murid tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang berbeza secara
individu. Intervensi yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik jigsaw bagi membantu murid-murid
menangani masalah berkenaan serta membantu mereka memberi tumpuan dalam memainkan alat perkusi
mengikut corak irama meter yang berbeza. Daripada dapatan kajian, saya dapati murid-murid telah
menguasai cara memainkan alat perkusi mengikut corak irama dan telah dibuktikan melalui keputusan
ujian akhir corak irama yang menunjukkan perkembangan yang baik. Murid- murid mampu memainkan
alat perkusi mengikut corak irama dalam meter yang berbeza melalui teknik jigsaw dengan lebih baik.

Kata kunci : Teknik Jigsaw, Corak Irama, Alat Perkusi.

PENGENALAN

Pendidikan Muzik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting diterapkan dalam
kurikulum sekolah rendah. Hal ini kerana Muzik merupakan suatu elemen universal yang
telah menjadi sumber ketenangan kepada semua lapisan masyarakat. Bagi memenuhi
hasrat tersebut, Kurikulum Sekolah Malaysia berhasrat untuk membangunkan anak-
anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013.

Dalam penghasilan muzik, suatu perkara yang perlu dikuasai oleh murid ialah
memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Harapan yang dicurahkan melalui
kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kaedah teknik jigsaw
dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan corak irama meter yang berbeza
dengan menggunakan alat perkusi.

Menurut, Sunartombs (2009),Teknik jigsaw adalah teknik pembelajaran koperatif


dimana murid-murid g memiliki tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran tersebut. Jadi , bermain alat perkusi mengikut corak irama yang berbeza
mengikut teknik jigsaw dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan, ketrampilan
belajar koperatif, serta membantu untuk menguasai kemahiran memain alat perkusi
mengikut corak irama secara mendalam. Kemahiran-kemahiran tersebut murid tidak
mungkin diperoleh jika mereka berusaha untuk mempelajari secara individu.

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi mengikut
corak irama melalui teknik jigsaw dalam kalangan murid tahun empat. Not-not yang
digunakan dalam corak irama adalah minim ,krocet dan kuaver dalam meter 2, 3
dan 4 dengan menggunakan alat perkusi loceng, kastenet dan kerincing. 4 4
4
Semasa sesi praktikum fasa tiga, pengkaji telah mengenalpasti peserta kajian
dari tahun empat yang menghadapi masalah untuk memainkan alat perkusi mengikut
corak irama yang mereka pelajari. Peserta kajian juga tidak dapat membezakan
kepanjangan dan kependekkan not krocet, mahu pun not minim. Peserta kajian kurang
berminat dan mengalami kesukaan untuk mengikuti not-not tersebut. Peserta kajian
cepat bosan dan kurang faham dengan ppembelajaran dan pemudahcaraan yang
bersifat formal. Penglibatan murid dalam mata pelajaran Muzik menjadi pasif dan tidak
aktif. Peserta kajian tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama dan
meter yang berbeza. Pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc) mata pelajaran
Pendidikan Muzik hanya berlangsung selama 30 minit sahaja. Peserta kajian gagal
menguasai kemahiran berkenaan dalam jangka masa pendek tersebut.
Walaupun pengkaji telah mengenal pasti variasi masalah yang dihadapi oleh
murid semasa praktikum fasa tiga, namun fokus pengkaji hanya pada masalah
memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter yang berbeza secara
pembelajaran koperatif dan teknik jigsaw. Pengkaji telah memberi tumpuan kepada
kesalahan mandotari yang sering dilakukan oleh murid-murid iaitu, keliru ketika
memainkan alat perkusi yang mengakibatkan murid-murid hilang tumpuan, terikut corak
irama murid-murid lain yang lebih kuat bunyinya dan memainkan alat perkusi secara
suka hati.
Fokus kajian ini adalah membantu murid untuk memainkan alat perkusi mengikut
corak irama dengan kaedah teknik jigsaw. Teknik tersebut adalah teknik yang baru
untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran memainkan corak irama
dengan menggunakan alat perkusi semasa pembelajaran dan pemudahcaraan. Kajian
ini telah dijalankan dengan memberi tumpuan dalam peningkatan kemahiran
memainkan alat perkusi murid mengikut corak irama dengan menggunakan kaedah
teknik jigsaw . Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu peserta kajian dalam
meningkatkan kemahiran memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter yang
berbeza. Sebagai seorang guru muzik yang berinovasi, pengkaji berharap kaedah teknik
jigsaw dapat membantu murid corak irama dengan bantuan alat perkusi. Membaca
corak irama telah memberi input yang sangat besar dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Muzik. Hal ini menyebabkan murid seronok belajar mata
pelajaran Pendidikan Muzik dan mudah mencapai objektif yang dinyatakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam memainkan
alat perkusi mengikut corak irama meter yang berbeza melalui kaedah teknik jigsaw.

SOALAN KAJIAN
a) Bagaimanakah kemahiran bermain alat perkusi mengikut corak irama dapat
meningkatkan melalui teknik jigsaw dalam kalangan murid tahun 4.

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian pengkaji merupakan Tahap 2 iaitu dari Tahun 4. Kajian ini melibatkan 9
orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.
Semua peserta kajian merupakan berbangsa India. Peserta kajian terdiri daripada
berpotensi rendah, sederhana dan juga cerdik dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik.
Pengumpulan data menunjukkan bahawa murid-murid kelas tahun empat tidak
menghadiri kelas tambahan untuk mata pelajaran Pendidikan Muzik di luar waktu
persekolahan dan tidak mempunyai kepakaran dalam memainkan alat-alat muzik.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Perancangan
1) 2 aktiviti intervensi
dan cara mengumpul
maklumat telah
dirancang

Mereflek Tindakan
2) Menjalankan
4) Kekuatan aktiviti yang
dan kelemahan dirancang
3) Memerhatikan
kaedah kajian keberkesanan
aktiviti dengan
kaedah
pengumpulan data
yang dipilih

Memerhati
Rajah 1 : Perancangan Kitaran 1 mengikut Model Kurt Lewin 1946
Terlebih dahulu pengkaji telah menjalankan pengumpulan data awal melalui pemerhatian,
ujian serta temu bual dengan peserta kajian. Pengkaji telah menjalankan Ujian Awal Corak
Irama dan Ujian Akhir Corak Irama untuk mendapatkan data sebelum dan selepas
intervensi. Ujian awal corak irama telah dijalankan sebelum intervensi. Manakala Ujian
akhir corak irama dijalankan selepas intervensi. Pengkaji telah memilih kaedah
pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak. Instrumen yang dipilih amat
sesuai dengan kemahiran yang diperhatikan semasa intervensi. Kaedah temu bual juga
telah dijalankan oleh pengkaji terhadap 9 orang peserta kajian.
Pengkaji telah membahgikan peserta kajian kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan
oren, kumpulan hijau dan kumpulan ungu. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta
kajian. tiga orang peserta kajian tersebut dibahagikan kepada kumpulan kecil yang
berbeza. Pembelajaran teknik jigsaw ini diaplikasikan dalam bentuk kumpulan. Setiap
peserta kajian dari kumpulan besar telah menghadiri kumpulan kecil untuk mempelajari alat
muzik. Seterusnya, mereka telah berkumpul semula ke kumpulan besar untuk
membincangkan ilmu yang mereka pelajari dalam kumpulan kecil.

Saya telah menyediakan tiga jenis corak irama iaitu meter yang berbeza dan
menyediakan tiga jenis alat perkusi iaitu loceng, kasternet dan kerincing. Peserta kajian
2
bernombor satu dari setiap kumpulan telah belajar corak irama meter dan belajar untuk
4
bermain alat perkusi. Peserta kajian bernombor dua dari setiap kumpulan telah belajar
3
corak irama meter manakala peserta kajian bernombor tiga telah belajar corak irama
4
4
meter dan cara bermain alat perkusi. Mereka belajar secara bergilir-gilir untuk memain
4
alat perkusi mengikut corak irama yang disediakan.

𝟐 𝟑 𝟒
𝟒 𝟒 𝟒

Memain alat perkusi Memain alat perkusi Memain alat perkusi


Loceng, kastenet & Loceng, kastenet & Loceng, kastenet &
kerincing mengikut kerincing mengikut kerincing mengikut
2 3 4
corak irama meter corak irama meter corak irama meter
4 4 4
Jadual 1 : Memain alat perkusi melalui teknik jigsaw memain alat perkusi mengikut corak
irama

Pengkaji telah membahagikan 3 kumpulan iatu kumpulan oren,hijau dan ungu. Setiap
kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Dalam setiap kumpulan, peserta kajian
2
bernombor 1 telah belajar cara bertepuk tangan mengikut corak irama di stesen .
4
peserta kajian bernombor 2 dalam setiap kumpulan telah belajar cara bertepuk tangan
3
mengikut corak irama di stesen dan peserta kajian bernombor 3 pula belajar cara
4
4
bertepuk tangan mengikut corak irama di stesen . Selepas mereka menguasai cara
4
bertepuk tangan mengikut corak irama masing-masing, mereka telah pergi ke kumpulan
asal mereka dan mengajar dan membimbing ahli-ahli kumpulan mereka sampai ahli
kumpulan mereka mahir dalam bertepuk tangan mengikut corak irama.
Sebelum bermain alat perkusi mengikut corak irama, peserta kajian dilatih untuk
bertepuk tangan mengikut corak irama. Latihan diberi sehinggah peserta kajian mahir
dalam menepuk tangan mengikut corak irama. Selepas mereka bertepuk tangan dengan
betul mengikut corak irama meter yang berbeza dengan teknik tigsaw baru mereka telah
menguasai cara memain alat perkusi mengikut corak irama meter berbeza.
2
Selepas itu, peserta kajian bernombor 1 telah belajar corak irama meter
4
bersama alat perkusi loceng, kastenet dan kerincing. Seterusnya, peserta kajian
bernombor 1 telah mengajar ilmu yang mereka peroleh kepada ahli kumpulan asal
2
mereka iaitu memain alat perkusi mengikut corak irama meter dan cara bermain alat
4
3
perkusi mengikut corak irama. Peserta kajian 2 telah belajar corak irama meter .
4
bersama alat perkusi loceng kastenet dan loceng. Selepas itu, ahli kumpulan nombor 2
telah mengajar ilmu yang diperoleh kepada ahli-ahli kumpulan asal mereka tentang
3
meter . dan cara bermain alat perkusi mengikut corak irama. Peserta kajian 3 telah
4
4
belajar corak irama meter bersama alat perkusi loceng, kastenet dan kerincing.
4
Selepas itu, ahli nombor 3 telah mengajar ilmunya kepada ahli kumpulan asal mereka
4
tentang meter dan cara bermain alat perkusi mengikut corak irama yang betul.
4
Cara menganalisis data

Pemerhatian
Setelah menjalankan intervensi pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap
perkembangan murid, penguasaan murid dan kefahaman murid tentang alat perkusi.
Semasa proses pemerhatian berlangsung pengkaji telah mencatat hasil pemerhatiannya
dalam senarai semak. Terdapat beberapa kriteria pemerhatian yang ditentukan oleh
pengkaji, iaitu, dapat menepuk dan memainkan alat perkusi mengikut corak irama, dapat
menepuk dan memainkan alat perkusi mengikut tempoh dan meter yang konsisten serta
kelancaran peserta kajian dalam memainkan alat perkusi mengikut corak irama.
Pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian juga diambil kira seperti tumpuan
peserta kajian perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Data pemerhatian telah dikumpul dengan menggunakan borang senarai
semak, borang anekdot yang dilampirkan.

Ujian awal corak irama dan ujian akhir corak irama


Pengkaji telah menggunakan ujian awal corak irama dan ujian akhir corak irama untuk
mengumpul data. Ujian awal dan akhir corak irama ini dijalankan semasa membuat
corak irama meter yang berbeza. Ujian tersebut dijalankan selama 15 minit bagi setiap
kumpulan. Ujian awal dan Ujian akhir, dijalankan untuk menilai peningkatan peserta
kajian dalam menguasai teori muzik dengan membuat corak irama mengikut meter yang
diberikan. Empat aktiviti telah dijalankan, Ujian awal dan ujian akhir corak irama
dijalankan terhadap semua kumpulan untuk mengetahui keberkesanan intervensi yang
dijalankan. Hasil Ujian awal dan Ujian akhir corak irama juga dicatatkan dalam bentuk
pie cat. Pengkaji telah memilih peserta kajian berpotensi rendah, sederhana dan
cemelang untuk mendapatkan data yang wajar.
Temu bual
Semasa proses temu bual pengkaji telah menggunakan analisis secara manual dengan
membaca keseluruhan transkrip temu bual yang telah dijalankan bersama peserta kajian
untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

Cara menyemak data

Pemerhatian

Ujian awal dan


Temu bual Rajah 2 : Data Triangulasi
akhir

Rajah 2 : Data Triangulasi

Triangulasi merupakan salah satu proses yang menggunakan variasi teknik


pengumpulan data untuk meningkat kesahan data. Setelah menganalisis data, pengkaji
telah membuat triangulasi data berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi dari setiap
instrumen yang telah digunakan seperti rajah di atas. Hasil data pemerhatian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam penguasaan semasa
234
bermain alat perkusi mengikut corak irama meter . Pemerhatian dari segi video,
444
rekod anekdot dan juga senarai semak telah mengumpul semasa peserta kajian
bermain alat perkusi secara koperatif teknik jigsaw. Semasa pemerhatian, pengkaji
memerhati cara memegang alat perkusi, cara menepuk tangan mengikut corak irama
dan sebagainya.
Di samping itu, hasil dapatan temu bual juga menunjukkan bahawa peserta
kajian dapat memberi respon yang positif berbanding dengan respon yang diberi
sebelum pelaksanaan intervensi. Kedua-dua dapatan ini selari dengan hasil ujian awal
dan ujian akhir. Ujian awal dan ujian akhir jelas mengambarkan peningkatan peserta
kajian dalam membuat corak irama meter yang berbeza.
Berdasarkan hasil yang diperoleh melalui instrumen pemerhatian, ujian awal dan
ujian akhir serta temu bual didapati bahawa pembelajaran secara koperatif teknik jigsaw
berjaya meningkatkan kemahiran hantaran atas kepala dalam kalangan peserta kajian.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 2 : Pemerhatian
JADUAL PEMERHATIAN

ITEM 1
1 2 3 4 5
Tidak boleh Dapat Tidak Dapat memain Dapat memain
memegang alat memegang alat mengetahui alat pekusi alat pekusi
pekusi loceng pekusi dengan nilai not dalam loceng,kastenet loceng dan
dengan cara betul corak irama dan kerincing kastenet
yang betul mengikut corak mengikut corak
irama. irama meter
berlainan
234
444

Melalui pemerhatian, peserta kajian dapat melihat peningkatan yang ketara semasa
bermain alat perkusi seperti loceng, kastenet dan kerincing secara koperatif teknik jigsaw
seperti tertera dalam jadual 2. Dalam kalangan peserta kajian, kerjasama dan saling
berinteraksi secara bersemuka semasa mereka bermain alat perkusi mengikut corak irama
2 3 4
meter dan . Hal ini meningkatkan minat peserta kajian dalam bidang muzik dan juga
4 4 4
mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif. Semua kumpulan
melalui pembelajaran secara koperatif teknik jigsaw dan bekerjasama antara satu sama lain
telah mencapai keputusan yang amat baik semasa bermain alat perkusi mengikut corak irama
meter yang berbeza. Setelah mengenalpasti peserta kajian dari kumpulan oren, kumpulan ungu
dan kumpulan hijau yang bermain alat perkusi loceng , kastenet dan kerincing mengikut corak
2 3 4
irama meter dan yang berkaitan, pengkaji telah membuat satu jadual untuk melihat
4 4 4
perbandingan jawapan mereka
120

100

80

60 Ujian Awal
Ujian Akhir
40

20

0
Oren Ungu Hijau

Rajah 3 : perbandingan pencapaian murid dalam ujian awal dan ujian akhir.

Berdasarkan markah yang diperoleh, saya didapati ketiga-tiga kumpulan tersebut


mencapai peratus yang memberangsangkan. Mereka memperoleh 83 peratus. Jika,
membandingkan pencapaian ujian awal dengan ujian akhir telah berlaku peningkatan
yang ketara. Peningkatan boleh dilihat dalam pencapaian setiap kumpulan semasa
bermain alat perkusi mengikut corak irama berbeza. 83 peratus telah mencapai tahap
maximum dalam memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter yang berbeza
secara pembelajaran koperatif teknik jigsaw. Pencapaian ketiga-tiga kumpulan tersebut
sangat baik dan memuaskan melalui pembelajaran koperatif. Bagi ujian awal ketiga-tiga
kumpulan ini dapat markah yang kurang memuaskan. Selepas ujian akhir, ketiga-tiga
kumpulan dapat markah yang sangat baik dan memuaskan. Hal ini bermakna
pembelajaran secara koperatif teknik jigsaw dapat membantu peserta kajian untuk
meningkatkan kemahiran memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter yang
berbeza.

REFLEKSI
Setelah intervensi berjaya dijalankan, data-data dikumpulkan telah dianalisis dalam
pelbagai cara. Rajah seperti graf bar dan jadual dihasilkan untuk melihat perbezaan
keputusan ujian awal dan ujian akhir. Secara keseluruhannya, kaedah pembelajaran
secara koperatif teknik jigsaw amat membantu pengkaji untuk meningkatkan kemahiran
memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter yang berbeza. Pengkaji
mendapati bahawa pelaksanaan kajian tindakan ini amat membantu untuk
meningkatkan kualiti PdPc pengkaji. Kajian tindakan ini juga sebagai satu titik
permulaan bagi membantu pengkaji mengesan kelemahan-kelemahan yang terdapat
dalam sanubari pengkaji lalu berusaha untuk memperbaikinya. Moga usaha saya tidak
menjadi seperti mencurah air ke daun keladi malah, bermanfaat kepada guru-guru
Pendidikan Muzik dalam membentuk meningkatkan pengetahuan mereka serta
mencapai matlamat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kemahiran bermain alat perkusi mengikut corak irama adalah satu aspek yang penting
dalam kalangan murid sekolah rendah. Melalui kaedah pembelajaran kopertif teknik
jigsaw ini diharapkan boleh membantu murid-murid yang menghadapi masalah bermain
alat perkusi mengikut corak irama dengan betul.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar kaedah pembelajaran koperatif ini
ditambahbaik dengan adanya penggabungan unsur ICT misalnya guru mengadakan
perisian atau persembahan multimedia yang menunjukkan cara bermain alat perkusi
mengikut corak irama langkah demi langkah yang boleh diikuti oleh murid sekolah
rendah.

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunartombs (2009 jun 15). Laman webcoperation


https://sunartombs.wordpress.com/2009/06/15/pengertian-dan-penerapan-metode-jigsaw/
Holloway,M.S. (2004). The use of cooperative action learning to increase
music apreciation students’ listening skills. College Music Symposium

Johnson, D.W., & Johnson, R.T (1999). Learning together and alone: Cooperative,
competitive and individualistic learning (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon

Johnson, D. W. (2014, 11). An Overview Of Cooperative Learning. Akses pada 2017, dari
laman webCo-operation: http://www.co-operation.org/what-is-cooperative-learning/
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. KualaLumpur:
Freemind Horizons Sdn.Bhd’

Вам также может понравиться