Вы находитесь на странице: 1из 6

REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU

Saya Jessita Mary a/p Francis, guru pelatih ambilan Jun 2014 telah melibatkan diri dalam
program Bina Insan Guru yang telah diadakan untuk tujuh semester di Institut Perguruan
Tuanku Bainun. Program Bina Insan Guru (BIG) dikhaskan kepada guru pelatih agar
dapat menjadi satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang
dirancangkan dalam BIG guru pelatih dapat mengenal diri dan mampu memgaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai
seorang insan guru. Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal generasi guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan berprofesional berdaya saing dalam menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Saya telah melalui tujuh fasa program Bina Insan Guru (BIG) di mana elemennya
berbeza mengikut setiap semester. Saya telah berpeluang untuk melibatkan diri dalam
program BIG seperti berikut :

Semester 1 (Fasa 1) : Perkhemahan


Semester 2 (Fasa 2) : Khidmat Masyarakat dan Etiket Sosial
Semester 3 (Fasa 3) : Ceramah Etiket Sosial
Semester 4 (Fasa 4) : Perkhemahan Khidmat Masyarakat
Semester 5 (Fasa 5) : Sekolah Cemerlang
Semester 7 (Fasa 6) : Guru Cemerlang

Penglibatan dalam aktiviti Bina Insan Guru ini telah memberikan peluang kepada
saya untuk meneroka ilmu dan pengetahuan yang baharu. BIG Fasa satu iaitu
perkhemahan telah mendorong saya mempelajari beberapa kemahiran baharu seperti
memasangkan khemah, memasak, tidur dalam khemah dan sebagainya. saya juga telah
menimba pengalaman baharu seperti berkayak dan juga kembara dalam hutan. Aktiviti
berkayak merupakan kemahiran yang mencabarkan keyakinan dan keberanian diri saya.
Namun, saya dapat menempuhinya dan menjadikan sebagai memoir yang terindah
dalam alam pembelajaran saya.

1
Nilai murni seperti bekerjasama, bersatu padu, saling menolong dapat
dipraktikkan sepanjang keberadaan saya dalam perkhemahan tersebut yang diadakan
untuk tempoh selama empat hari. Saya telah mengamalkan nilai kerjasama semasa
memasang khemah bersama rakan lain yang terdiri dari bangsa yang berbeza. Kami
telah dibahagikan oleh penganjur kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari kaum yang
berbeza agar dapat mewujudkan nilai perpaduan antara kami. Kami sebagai bakal guru
perlu memiliki kesedaran akan perpaduan agar dapat mencurahkan kepada generasi
akan datang. Dalam perkhemahan ini, nilai bersatu padu dapat diterapkan di mana guru
pelatih melibatkan diri dalam aktiviti secara kumpulan dan bukan berdasarkan perasaan
perkauman.
Perkara ini membuktikan program BIG ini dapat mewujudkan hubungan
silaturahim antara guru pelatih yang terdiri dari kaum yang berbeza. Tambahan pula,
perkongsian khemah di antara guru pelatih semasa tidur selama tiga hari tersebut telah
mewujudkan sikap bertolak ansur di antara kami. Kami juga dapat mengenali antara satu
sama lain dengan lebih baik dan dapat akrabkan hubungan sesama guru pelatih.
Walaupun, aktiviti yang diadakan mencabarkan diri kami, namun, ia telah membantu
mengeratkan hubungan yang baik antara guru pelatih yang terdiri daripada kaum India,
Melayu, Cina dan lain-lain.
BIG fasa pertama, telah menguji diri saya secara keseluruhan dari aspek mental
dan fizikal melalui beberapa aktiviti yang mencabarkan minda dan badan. Aktiviti
perkhemahan ini merupakan satu keperluan untuk mendorong guru pelatih meneroka
kehidupan yang mencabarkan agar tidak menghadapi masalah jika ditempatkan di
kawasan pedalaman di masa akan datang.

Di semester kedua, saya telah melalui BIG fasa kedua iaitu Khidmat Masyarakat dan
Etiket Sosial. Di semester ini, kami dikehendaki untuk melibatkan diri dalam dua aktiviti
(BIG) iaitu membuat amal di rumah orang tua dan juga ceramah mengenai etiket sosial.
Aktiviti pertama berjaya dilaksanakan di Rumah Orang Tua Seri Kenangan yang
bertempat di Bedong, Kedah. Perjalanan dimulakan pada pukul 8 pagi dan telah sampai
ke destinasi pada pukul 8.45 pagi. Kedatangan kami dialukan oleh wakil Rumah
Kenangan dan diberikan sedikit taklimat mengenai proses operasi rumah tersebut.

2
Informasi yang dinyatakan oleh pegawai dalam taklimat tersebut telah membantu
saya mengetahui mengenai keadaan penghuni di rumah tersebut dan juga khidmat yang
disediakan kepada mereka. Seterusnya, guru pelatih diberikan peluang untuk menziarahi
penghuni rumah tersebut untuk berkongsikan kasih sayang bersama mereka. Beberapa
aktiviti seperti gotong royong, mainan diadakan sepanjang keberadaan kami di rumah
tersebut. Penglibatan dalam BIG fasa kedua ini telah membuka mata saya untuk
meneroka kehidupan warga tua yang hidup tanpa kasih sayang daripada ahli keluarga di
rumah tersebut.

Saya juga telah mendengari kisah pilu penghuni di rumah tersebut di mana ada
yang dihalau oleh anak, keluarga dan sebagainya. Ini merupakan satu pengajaran
kepada saya agar menghormati ibu bapa dalam apa keadaan jua pun. Tangisan yang
didengari di rumah kenangan tersebut, menjadi satu kenangan dalam hidup saya agar
tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka. Luangan masa bersama
mereka dapat membantu diri saya mengenali erti sebenar kasih sayang dan
kepentingannya dalam kehidupan manusia. Saya juga mengetahui bahawa setiap
individu memerlukan kasih sayang dalam kehidupan mereka tanpa mengira usia. Jika
semua manusia menyedarinya kerajaan tidak perlu meluagkan duit untuk membina
rumah lindungan seperti ini. Saya juga telah menyumbangkan tenaga saya untuk
membersihkan kawasan sekitar rumah Kenangan tersebut.

Seterusnya, sebagai AJK Aktiviti saya telah dipertanggungjawabkan untuk


mengendalikan satu aktiviti mainan iaitu ‘chair game’ kepada penghuni rumah orang tua
Seri Kenangan. Dalam aktiviti ini, warga emas melibatkan diri secara aktif dan dapat
melihat kegembiraan di muka mereka. Peluang ini memberikan peluang kepada saya
untuk berkongsikan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan. Saya juga telah
menyedari akan kepentingan kasih sayang dan wujud perasaan dalam diri saya untuk
meneruskan kegiatan amalan seperti ini. Seterusnya, saya telah melibatkan diri dalam
etiket sosial iaitu taklimat mengenai protokol. Saya telah menimba ilmu yang penting
dalam bidang keguruan iaitu protokol dalam menganjurkan sesuatu program yang rasmi.

3
Di semester ketiga, saya telah melalui BIG fasa ketiga iaitu ceramah mengenai
etiket sosial. Dalam ceramah ini, isu yang dipertikaikan adalah mengenai guru dan
komuniti oleh Encik Rosnan dari Jabatan Pengajian Melayu. Ceramah ini menekankan
peranan guru terhadap komuniti setempat serta memupuk kesedaran dalam kalangan
pelajar tentang kepentingan komuniti. Melalui mendengari ceramah ini, saya telah dapat
menyedari akan tanggungjawab guru terhadap komuniti iaitu ibu bapa, masyarakat dan
negara.

Peranan guru bukan sekadar penyampai ilmu sahaja, malah guru membimbing
tanggungjawab sebagai fasilitator, pembimbing, pemudahcara, dan sebagainya. Guru
juga menjalinkan hubungan yang baik antara ibu bapa untuk membentuk genarasi muda
yang berkaliber. Saya juga memahami bahawa guru perlu memiliki beberapa nilai yang
penting agar sesuai untuk dijadikan teladan kepada murid dan masyarakat. Dalam
tanggapan masyarakat, guru adalah insan yang berlemah lembut, berkemahiran,
berpengetahuan, bersopan dan sebagainya. Jadi, saya mendapati bahawa guru menjadi
pandangan mata masyarakat agar dapat dijadikan sebagai contoh kepada orang lain.

Seterusnya, program BIG diteruskan di semester empat dengan mengadakan


perkhemahan khidmat masyarakat. Perkhemahan khidmat masyarakat ini diadakan di
kampong Mengkuang dengan mengadakan gotong royong bersama penghuni kawasan
tersebut. Perjalanan diteruskan pada pukul 8 pagi di mana bas bergerak dari Institut ke
Mengkuang Titi. Perjalanan ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dan
kedatangan kami dialukan oleh penghulu kampong tersebut. Setelah majlis perasmian,
guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
gotong royong.

Kumpulan pertama dikehendaki mengecat surau dan kumpulan kedua


membersihkan padang kampong tersebut. Saya dari kumpulan kedua telah
membersihkan padang bersama penghuni dan rakan yang lain. Ini memberi peluang
kepada saya untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat di kampong tersebut.
Saya juga mendapati bahawa penghuni kampong tersebut mesra dan sudi mengulurkan
tangan untuk membersihkan kawasan tersebut. Setelah membersihkan kawasan
tersebut, kami diminta menjamu selera bersama komuniti kampong tersebut. Peluang ini

4
telah memberikan pengalaman kepada saya untuk mengharungi suasana kampong yang
nyaman bersama masyarakat yang prihatin. Perkara ini menyedarkan diri saya akan
kepentingan menjalinkan hubungan sesama manusia amat penting agar dapat
mwejudkan suasana kehidupan yang harmoni. Walaupun, kampong yang saya kunjungi
adalah terdiri dari masyarakat Melayu, namun layanan mereka amat baik tanpa mengira
pegangan bangsa. Saya juga berpeluang untuk meneroka adat kaum Melayu di kampong
di mana hidup setinggan dan harmonis.

Seterusnya, saya telah melibatkan diri dalam BIG fasa kelima iaitu penanda aras
sekolah cemerlang yang diadakan semasa semester 5. Dalam BIG fasa kali ini, saya
bersama guru pelatih yang lain dikehendaki untuk melawati sebuah sekolah yang
merupakan sekolah cemerlang dalam aspek akademik dan kokurikulum. Melalui lawatan
ini, saya telah berpeluang untuk mendapat pengalaman langsung mengenai cara
pembelajaran abad ke -21. Di sekolah saya melawati, semua kelas disediakan mengikut
keperluan pendidikan abad ke-21. Di setiap kelas disediakan keperluan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK), penggunaan kad traffik, info corner, park lot dan
sebagainya. Susunan meja murid juga lebih kepada pembelajaran koperatif di mana
murid ditempatkan mengikut kumpulan yang terdiri kepada empat atau lima orang.

Lawatan ke sekolah ini membantu diri saya untuk mendapatkan gambaran yang
jelas mengenai pembelajaran abad ke-21. Selain itu, saya juga berpeluang untuk
melawati kemudahan yang disediakan di sekolah tersebut seperti makmal komputer,
perpustakaan, bilik muzik, bilik Chrome dan sebagainya. Sekolah ini sempurna dengan
kemudahan dan bahan yang canggih serta peranan guru juga tidak kurang hebatnya.
Saya juga berpeluang untuk meneroka perancangan pengajaran dan pembelajaran
dengan menemubual dengan beberapa guru. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan
berasrama kepada murid yang memerlukan perkhidmatan ini. BIG kali ini, sememangnya
membantu diri saya untuk mendapatkan pengalaman langsung mengenai suasana
pembelajaran sekolah cemerlang dan tips untuk mengekalkan nama baik sekolah.
Sebagai bakal guru, Ilmu ini penting agar dapat dipraktikkan di sekolah yang saya akan
ditempatkan dan membantu murid mencapai kecemerlangan dalam akademik.

5
BIG fasa keenam pula diteruskan dengan mengadakan aktiviti melawati guru
cemerlang di semester 7. Penglibatan dalam BIG fasa ini, telah memberikan peluang
kepada saya untuk bertemu dengan seorang guru cemerlang dari sekolah jenis
kebangsaan Cina. Guru yang kami melawati telah berkongsikan kisah hidupnya dalam
proses mencapai gelaran guru cemerlang. Saya telah memperolehi beberapa ilmu yang
baharu mengenai perancangan pengajaran dan pembelajaran kepada murid, kaedah dan
teknik yang dapat dipraktikkan, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Beliau juga turut
berkongsikan pengalamannya sebagai seorang guru dalam dalam tempoh
perkhidmatannya selama 20 tahun.

Beliau sebagai guru muzik telah memperkenalkan kami dengan beberapa alatan
muzik yang direka sendiri khas kepada murid. Beliau telah bersusah payah membentuk
sebuah bilik muzik di sekolah tersebut tanpa bantuan kewangan yang diperuntukkan. Ini
menunjukkan sikap seorang guru yang ingin berusaha demi kebaikan muridnya tanpa
mengharapkan apa-apa disebaliknya. Melalui ini, saya mendapati bahawa peranan guru
bukan sekadar mengajar sahaja, tetapi perlu berusaha untuk melahirkan seorang
pemimpin yang unggul di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, penglibatan dalam kesemua aktiviti BIG ini telah


membantu diri saya mempelajari beberapa perkara baharu yang dapat dijadikan teladan
di masa akan datang. Selain itu, saya juga telah mengamalkan beberapa nilai murni
secara tidak langsung dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancangkan
dalam BIG. Saya juga telah menimba pengalaman secara langsung yang memberikan
gambaran yang jelas mengenai beberapa perkara yang penting. Program Bina Insan
Guru adalah sesuatu keperluan di alam pembelajaran guru pelatih agar dapat
membentuk guru cemerlang, gemilang, terbilang untuk masyarakat dan negara.

Вам также может понравиться