Вы находитесь на странице: 1из 3

TAHUN 3

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : Tahun 3

Topik : Darab

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 4.2 (ii)


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(ii) Melengkapkan ayat Matematik darab yang melibatkan sifir enam, tujuh, lapan dan
sembilan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:


Aktiviti 1:

a. Murid-murid diminta memerhatikan bilangan gula-gula yang ditunjukkan oleh guru.

b.Murid membuat anggaran bilangan gula-gula tersebut.

c. Murid mengira bilangan gula-gula secara tiga-tiga dan masukkan ke dalam


6 bekas yang disediakan secara sama banyak. (Kemahiran Menaakul:
Meneroka)

1
TAHUN 3

c) Seorang murid membina ayat matematik dari aktiviti yang ditunjukkan.


3 X 6 = 18

Aktiviti 2:

a. Guru menunjukkan kad ayat matematik seperti berikut:

5X6=

b. Seorang murid diminta menggunakan gula-gula yang disediakan untuk


mendapatkan jawapan tersebut.

c. Minta murid menulis jawapan.

d. Mengulang aktiviti a hingga c dengan menunjukkan ayat matematik seperti di


bawah:

i. 3 × 5 = iv. =2×6

ii. 4× 7 = v. =3 x 8

iii. 3× 9=

e. Guru menjelaskan proses mencari jawapan.

Aktiviti 3:

a. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.


b. Ketua kumpulan diberi taklimat cara permainan ”Siapa Betul Dia Hebat”
dijalankan.
Arahan Permainan:
i. Terdapat 5 sampul soalan yang berbeza. Setiap sampul
mengandungi 5 soalan sifir secara rawak.
ii. Setiap kumpulan perlu memilih satu sampul soalan untuk kumpulan
mereka.
iii. Murid diberi masa 2 minit untuk menjawab. Bunyi wisel akan
dibunyikan. Ketua kumpulan akan menyerah soalan kepada
kumpulan yang lain. Aktiviti berulang sehingga kelima-lima soalan
dijawab oleh semua kumpulan.

Contoh soalan:
Sampul 1: Soalan sifir 6
Sampul 2: Soalan sifir 7
Sampul 3: Soalan sifir 8
Sampul 4: Soalan sifir 9

2
TAHUN 3

iv. Jawapan perlu ditulis pada kad jawapan yang disediakan.


v. Setiap jawapan murid ditampal di papan tulis.
vi. Guru membandingkan jawapan setiap kumpulan dengan jawapan
yang betul.
vii. Kumpulan yang paling banyak menjawab dengan betul diberi
cenderahati. Bagi kumpulan yang paling banyak jawapan salah
dikenakan denda membaca sifir. Contoh: Sifir 6.

Nilai dan sikap: Bekerjasama.

Aktiviti 4: Lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):


 Kreativiti dan Inovasi

Bahan Bantu Belajar:


Gula-gula, bekas, wisel, sampul soalan, kad jawapan, lembaran kerja dan hadiah.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:


Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan latihan yang dijalankan.

Refleksi:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Вам также может понравиться