Вы находитесь на странице: 1из 30

http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.

html
HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai
suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata
(Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959).
Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan
estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih
menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi
atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk
menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang
menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi
dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan
akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri
individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara
meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara
bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka.
Herman (1991), di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran
rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang
digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan
bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap
dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.
A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan
atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata
pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah
rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran
memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan
mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang
disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka
dengan bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu ‘burung’, kanak-
kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan
aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada
seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh
menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak
akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.

A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.


John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan
manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi
dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan
adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh
diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan,
pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah
dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran
pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di
bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan
mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid
untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk
menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga
dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik


Perkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan sosial
seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah
merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata
pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan
kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang
akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan
kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak
meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada
persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya
mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari
segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.

B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan


pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran
murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan
pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.
Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi
tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-
murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’. Sebelum murid-murid
membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan
haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa
soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan
haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan
haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk
mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada
kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan
haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan
kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor
telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?’

Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan
sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat
juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih
berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:-

i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara yang
perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik,
objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji
murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat
merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil
kira tahap kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar.
Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan
tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik
seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh
digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang
bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan
keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat
membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.
Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru
membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta
membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian
akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana
pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid
Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal.
Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran
belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan
diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru
dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep
atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian.
Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang
diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu
pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari
peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan
tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
 tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada
murid
 tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
 sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih
 guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
 guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang
mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang
dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas
matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan
dalam tiga jenis tema iaitu:-

A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang
digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian
Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan
dengan beberapa perkara penting seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan
tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada
manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep
globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid
untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan
dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik
beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama
sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu
pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada
keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah

(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu
pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan
mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini
dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan,
murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini
ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna
kepada murid.
(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan
daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni
Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi
kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai
aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berjalan.

Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-
jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan
tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang


(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan


(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan


(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik),
menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains),
dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah
kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan
seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka
dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang
boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak
akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa,
imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai
murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan
sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk
memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan
mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan
penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan
sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh
dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik
dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing
murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan
pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual,
prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan
dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan
kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan
kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang
pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya
dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan
mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh
dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber
pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan
yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video
yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan
melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan
pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih
jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;
1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran
murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai
pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari
maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu
murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata
pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai
murni dan pemikiran positif murid-murid.

Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000.
Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.
http://wwwnurulaida.blogspot.my/
Wednesday, October 27, 2010

TUGASAN KUMPULAN
APLIKASI SENI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENGENALAN
Seni merupakan satu bidang yang unik. Keunikan bidang ini telah memberikan peluang kepada
manusia untuk berada dalam dunianya. Hal ini kerana, ada yang menjadikannya hanya
sebagai minat, kerjaya, sumber pendapatan dan sebagainya. Namun seni tetap berada pada
kedudukannya yang tersendiri.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni
membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara,
comel bentuk badan. Selain daripada itu juga, seni boleh ditafsirkan sebagai membawa
maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan
daripada tokoh-tokoh seperti Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat
tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani
masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid
dengan lebih menyeluruh. Selain itu, menurut Howard Gardener (1983) lagi, pendekatan yang
berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid
kepada yang lebih kreatif. Manakala Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang
mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran
rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak.
Gabungan dari pelbagai pendidikan kanak-kanak.
Di samping itu, gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal, praktik
dan estetika, holistik dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Sebagai contohnya
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau
adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang
ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Pengajaran seni dalam pendidikan merupakan salah satu matlamat mata pelajaran ini adalah
bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan
ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Murid berpeluang untuk
menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang
bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan
dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan
bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Oleh itu, Seni dalam pendidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian
inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Selain daripada itu juga, Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang
dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu, melalui aplikasi seni dalam
pengajaran dapat membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga
dapat membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.
Tambahan pula, aplikasi seni juga boleh memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif,
inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional serta membantu
perkembangan insaniah secara seimbang dan menyeluruh.
.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan


Kelas : 5 Adil
Bil Murid : 24 orang
Masa : 80 minit
Tarikh : 11 Oktober 2010
Tema : Sejarah Negara Kita
Tajuk : Latarbelakang Parameswara dan Sejarah
Pembukaan
Melaka
Objektif Pengajaran : Guru menerangkan mengenai latar belakang Parameswara
dan
Sejarah pembukaan Melaka.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
i. Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
ii. Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
iii. Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
iv. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.

Pengetahuan Sedia Ada : Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau
pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, kad arahan,
Lembaran kerja dan LCD.
Nilai-nilai Murni : menghargai dan menyayangi negara kita.
Penyampaian : Kemahiran berfikir, kemahiran koperatif, sumbang saran,
Kaedah pemerhatian, lakonan,inkuiri penemuan

Rancangan Pengajaran Harian

Langkah / Masa Isi pelajaran Aktiviti P & P Catatan


Set induksi Pengenalan tajuk - Guru menunjukkan gambar KBKK:
Kota A Farmosa yang
(5 minit) Menjana idea
terdapat di negeri Melaka.
- Berdasarkan gambar, guru
menanyakan soalan
kepada murid. Kemahiran:

Contoh soalan: Berfikir, melihat,


mendengar
a) Pernahkah murid melihat
gambar ini?
ABM :
b) Apakah yang dapat dilihat
Gambar
melalui gambar ini?
c) c) Di negeri manakah
terdapatnya kota A Farmosa
ini?
- Guru mengaitkan topik
pelajaran hari ini, iaitu
pengasasan Melaka

- Guru meminta murid Kemahiran :


merujuk buku teks Kajian
LANGKAH 1 berfikir, mendapatkan
Tempatan Tahun 5, halaman
(15 minit) maklumat, memproses
51-52.
maklumat,
-Murid diminta membaca menyampaikan
petikan ”Pengasasan maklumat
Melaka” yang terdapat pada
halaman tersebut.
-Guru mengedarkan lembaran ABM:
kerja kepada setiap murid Buku teks,
yang mengandungi soalan Lembaran kerja
berkaitan latar belakang Slide power point
Parameswara dan sebab
Parameswara melarikan diri
dari Palembang.
- Guru bersoal jawab dengan Nilai : Bersyukur
murid jawapan bagi
dan berbangga
lembaran kerja yang diberikan.
-Guru membincangkan
jawapan murid dan memberi
penjelasan lanjut tentang
latarbelakang Parameswara
dan sebab-sebab Parameswara
berhijrah.

-Murid diminta merujuk ABM :


petikan ”Pengasasan Buku teks Kajian
Langkah 2
Melaka”di dalam buku teks Tempatan, Peta Asia
(15 minit) Kajian Tempatan. Tenggara, Slide
-Secara berpasangan murid Power point
diminta menanda dan melabel
perjalanan Parameswara dari
Palembang ke Melaka pada Nilai Murni :
peta Asia Tenggara
berdasarkan maklumat dalam Kerjasama
petikan tersebut.
-Guru memilih murid secara
rawak untuk membentangkan
peta perjalanan Parameswara.
-Guru membincangkan
jawapan murid dan
menerangkan dengan lebih
lanjut peta perjalanan
Parameswara.

LANGKAH 3 -Guru menayangkan sajak Kaedah:


(25 minit ) perjuangan dan sedutan
Koperatif , kolaboratif
animasi kepada semua murid.
-Murid dibahagikan kepada 5
kumpulan.
- Setiap kumpulan diagihkan TKP – Verbal
satu tugasan iaitu melakonkan linguistik, visual
peristiwa pembukaan Melaka ruang, interpersonal,
berdasarkan skrip yang diberi. kecerdasan muzik,
-Murid perlu menggunakan naturalis
kreativiti sendiri bagi
melakonkan watak yang
ABM :
diberikan
Kad arahan Skrip
”Bagaimana Melaka
mendapat nama”

LANGKAH 4 - Pembentangan /persembahan Kaedah:


(15 minit) hasil kerja kumpulan
Koperatif , kolaboratif
-Guru merumuskan hasil
lakonan tadi dengan peristiwa
pembukaan Melaka
TKP – Verbal
linguistik,
visual ruang,
interpersonal,
kecerdasan muzik,
naturalis

Nilai murni :
Bekerjasama

PENUTUP -Guru merumuskan kembali


pelajaran hari ini dengan
(5 minit ) KBKK :
mengimbas kembali pengasas
Melaka dan peristiwa yang Menjana idea
membawa kepada pembukaan
Melaka.
-Guru memberi pengukuhan Strategi :
dengan soalan kuiz ringkas Penerapan
menggunakan multimedia.
-Aktiviti susulan :
Murid diminta membuat
sebuah laporan pendek tentang
peristiwa Pembukaan Melaka
sebagai kerja rumah. Mereka
juga diminta melakar semula
peta perjalanan Parameswara
dari Palembang ke Melaka
dalam laporan tersebut.
REFLEKSI
Di akhir pembelajaran , pelajar merasa gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan
pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada hari ini diselitkan dengan unsur-
unsur kesenian, di mana pelajar memainkan peranan dengan melakukan lakonan dan berpuisi
untuk menjayakan pembelajaran pada hari ini. Melalui subjek ini juga pelajar dapat menghayati
dan merasai sendiri situasi yang ingin disampaikan oleh guru, keadaan ini sekali gus
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dan lancar.
Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk nilai kerjasama di antara mereka. Nilai kerjasama
ini dapat dilihat melalui kerjasama ditunjukkan dalam aktiviti yang dijalankan pada hari ini.
Walaupun setiap pelajar memainkan peranan masing-masing, namun mereka masih lagi
bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan
oleh guru. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa nilai murni masih lagi menjadi tunjang
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan juga hubungan antara guru dan pelajar terjalin
dengan lebih erat. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan guru secara langsung dalam aktiviti
yang dijalankan. Keadaan ini membolehkan pelajar senang berinteraksi dan beramah mesra
dengan guru tanpa ada halangan dan sekali gus menjadikan hubungan antara guru dan pelajar
bertambah erat.
Posted by AyDaa at 9:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: TUGASAN KUMPULAN

ARTIKEL SENI
PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni
pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula
namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional
yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif
keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya
akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga.
Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang
mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat
dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan
badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk
meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar
martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa
isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep “Art Education”


kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan
apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan
dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni
(visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai
suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada
bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah
pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk
kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan
mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan
struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan.
Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana
seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya
ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang
tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu
dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat


Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti
kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian
dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik
darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya
diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat
menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu,
menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu,
berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti
Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti
berfokus kepada tiga komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
• Siapa yang kita ajar
• Mengapa kita mengajar
• Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat
tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti
pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan
ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu
memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar
kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses
mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar
berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain
efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di


bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan
ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat
mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni.
Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar
pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya.
Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah
kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah
kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan
“selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun
lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam
kretiviti guru mengatasi masalah “kekurangan”.

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif
terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti
belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana
guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru
yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam
mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep
DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an.
Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini
merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni
(visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah
atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu
disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma
bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka
mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui
jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang
bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah
melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu
sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat
dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan
berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki.
Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan
menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran
bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam
membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi
pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah
catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar
bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak
langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat
rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman
yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak
salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti
konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman
mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan
yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja
mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan
yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar
menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah
melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada
keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi
Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni,
pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka
akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi
membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-
masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran
(pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau
seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan
seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali.
Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di
institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni
disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau
sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini
bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja
maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk
mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru
di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan.
Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah
rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran
pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan.
Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu
perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah
berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih
kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan
psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu
guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh
manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus
pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? “Siapa saja boleh mengajar Pendidikan
Seni”, Pendidikan Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”
Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh
mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat”
setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak
dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif
masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin
dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam
pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan
jasmani, dan pelajaran lain yang lebih “glamour”.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif
dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu
tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi
mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni
yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan
seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah
pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan
serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama
saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di
kawasan Batang Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu
gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar
pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada
pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur
istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang,
tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik,
berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah
menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis
kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni
ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu
untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain
bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa
memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam
kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan
mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan
sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam
berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam
matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang
mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan
kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan
untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan
seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni
setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya
kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan
penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat
SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk
menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan
seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan
mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah
hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap
tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang
setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih
bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai
masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku
panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada
keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik
darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur
perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya
satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau
matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini.
Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan
? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang


digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan
pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah
kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik.
Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran
Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru
menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses
pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya
dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses
perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni
dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan
mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka
secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh
digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana
bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme
mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan
yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan
sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif
pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin
untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan,
mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke
semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam
pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan
tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan
untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku
ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ?
Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian.
Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar
yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.


Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau
rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi
pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan)
proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui
deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala
ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan
ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan
seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu
proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga
memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum
Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal
persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap
keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan
pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan
pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu


dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan
meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan
sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan
pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang
ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M.
Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan
perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga
domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan,
prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu
suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai
pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor:
iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang
boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi
antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat
seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik
seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang
berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun
tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan
Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan
seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan.
Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan
Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran
dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan
harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah
pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan
ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia
yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita
sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk
merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita
dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat
pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna
dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu
mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea
dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin
melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan
pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

Rujukan:
Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal
Cognition. Behavior Science.
Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt
Brace College Pub
Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press.
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace
Jovanovich Inc.
Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.
http://gigisayachanteque.blogspot.my/2010/10/konsep-integrasi-dalam-seni_31.html

Sunday, October 31, 2010


KONSEP INTEGRASI DALAM SENI
Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah
pembangunaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud
bahawa penguasaan ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilaimurni dilakukansecara bersepadu dan
menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehikemahiran,
mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan
yangdikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran
keseluruhanserta hubung kait antara satu perkara dengan perkara
yang lain membentuk satu kerangka ilmu.
contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yang dipilih.

(i) Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2)


Tajuk :Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:


1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’
2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan
menyemai.
3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru
telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni
muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara
pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang
dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk
dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan
gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang
ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka
tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk
ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar
dengan melukis gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan
tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-
murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk
menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya
pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.
Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk
dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat
dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan
pembelajaran tajuk yang diajar.

(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh
dijalankan dalam P&P.

a) Aktiviti Muzik

Tajuk Lagu : Ayah Dan Ibu


Pencipta : Othman Ali

Ayah Ibu Banyak Memberi


Baju Buku Itu Ku Dapati
Dengan Apa Aku Berterima Kasih
Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘
Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang
bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk
diperdengarkan kepada murid-murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama. Aktiviti ini bolehmenimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan
oleh gurukerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung
kepadapembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajaryang
mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi peluang untuk
bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan keluarga.
Penggubahan lirik lagu yang masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh
membantu pelajarmenjadi semakin berminat terhadap pelajaran.
b) Aktiviti Pergerakan
Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah.
Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid.
Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi
arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkanpelbagai gaya.
Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang berbeza seperti sedang
memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah
anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila
berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.Semasa
berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara tidak
langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan
dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

c) Aktiviti Seni Visual


Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yangtidak kurang
pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru
boleh mengambil inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta
mereka melukis ahli keluargamereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna,
cukup sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka.
Inisudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersamakeluarga.
Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungankekeluargaan mereka yang memang
erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warnadalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan
keluarga mereka melaluipandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?


Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, senivisual dan pergerakan. Contohnya daripada
tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan
kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.
Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu
murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui
aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga
dapat memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-
nilai murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai
murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik,
pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid
memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan
alat/bahan ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat
(1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional
(guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’
ini, gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan
tajuk tersebut. Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih
Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru
boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu
dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu
watak denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan
muridtersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina
sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih
murid lebih berkeyakinan diri.
Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD
Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan
pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh
dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996).
Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika,
kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya
mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan
dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang
berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.
Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru
menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid
menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu
menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri
daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu
perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan
psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak
mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana
bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut
peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan
kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar
itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan
penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan
alat bantu mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan
denganadanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

Вам также может понравиться