Вы находитесь на странице: 1из 3

LAPORAN EKSEKUTIF

Pada 10 Februari 2018, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan


Islam telah mengadakan satu program Muamalah Milenia yang dianjurkan oleh
Bahagian Muamalah Yadim dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) dan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Pengisian program
kali ini terdiri daripada tiga orang tetamu jemputan khas iaitu Encik Ahmad Yusoff bin
Hamzah yang merupakan Pemangku Pengurus Federation of Investment Managers
Malaysia, Puan Hajah Rohani binti Dato’ Mohd Shahir iaitu Perunding Utama
Hijrahwealth Management Sdn Bhd dan Encik Wan Mohamad Nazman bin Wan
Mahmud yang merupakan Naib Presiden Akademi Takaful Ikhlas.

Program ini telah diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan


siswa dan siswi serta para pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam berkenaan
perancangan pengurusan kewangan yang sistematik. Program ini telah bermula
pada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program dimulakan dengan taklimat ringkas
kemudian diteruskan dengan slot pertama iaitu Pengurusan Kewangan Islam oleh
Puan Hajah Rohani binti Dato’ Mohd Shahir. Jadi, dengan adanya slot ini, ia sedikit
sebanyak telah membuka mata para peserta program tentang betapa pentingnya
menguruskan kewangan peribadi mahupun berkumpulan atau syarikat secara
sistematik serta patuh syariah.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik


Shahrizal bin Mat, Pengarah Bahagian Muamalah YADIM. Kemudian, diteruskan
dengan ucapan perasmian oleh Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam seterusnya merasmikan Program Muamalah Milenia
ini.

Dalam slot kedua, Encik Ahmad Yusoff bin Hamzah telah memberi pengisian
mengenai pelaburan patuh syariah. Banyak kupasan menarik tentang pelaburan
patuh syariah yang kebanyakan masyarakat di luar sana masih tidak mengetahui
tentang hal ini. Dewasa ini, terlalu banyak pelaburan yang ada di Malaysia. Tetapi
kita sebagai seorang Islam , amatlah penting untuk kita melabur di tempat yang
mematuhi syariat. Antara isi penting dalam slot ini berkenaan pelaburan patuh syariah
ialah bebas daripada riba, kontrak yang samar-samar (gharar), dan perjudian dan
aktiviti lain yang melibatkan produk atau perkhidmatan yang tidak beretika.

Dalam slot ketiga, pengisian mengenai takaful telah disampaikan oleh Encik
Wan Mohamad Nazman bin Wan Mahmud. Encik Wan Mohamad Nazman ada
menyatakan mengapa perlunya kita memilih takaful berbanding insurans. Beliau ada
membuat perbandingan antara takaful dan insurans, serta menyenaraikan kelebihan
dan kebaikan takaful. Program ini tamat pada pukul 4.30 petang seperti yang
dijadualkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… …………………………………….
(NURUL MARDHIYAH BINTI MOHD (HAFILAH BINTI ABD. SATAR)
MOKHTAR)
Ketua Unit,
Setiausaha, Bimbingan & Pembangunan Modal Insan,
Program Muamalah Milenia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPGK Pendidikan Islam. IPGK Pendidikan Islam.
Cenderamata diberikan kepada Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah.

Peserta Program Muamalah Milenia yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar.

Вам также может понравиться