Вы находитесь на странице: 1из 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL
BELAJAR
KE
LOK KAWI WILDLIFE PARK

TARIKH : 17 NOVEMBER 2016


HARI : KHAMIS
MASA : 9.30 PAGI – 12.30 TGH
ANJURAN : PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 2,
KOTA KINABALU, SABAH
1.0 PENDAHULUAN

Lawatan yang dianjurkan untuk murid prasekolah setiap tahun adalah bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan pembelajaran secara tidak formal. Melalui lawatan ini, mereka
dapat menimba pengalaman disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Lawatan ini
juga merupakan salah satu proses pembelajaran murid secara tidak langsung di luar bilik
darjah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melawat tempat-tempat menarik.


2.2 Salah satu proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung
2.3 Memberi pengalaman baru kepada murid-murid.
2.4 Murid dapat belajar sambil berhibur.

3.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 17 November 2016 (Khamis)


Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tgh

4.0 TEMPAT LAWATAN

Lok Kawi Wildlife Park, Kota Kinabalu, Sabah.

5.0 SASARAN

4 orang guru pengiring dan 25 orang murid prasekolah


(Senarai nama seperti lampiran)

6.0 SUMBER KEWANGAN

Diperolehi daripada duit sumbangan ibu bapa dan duit peruntukan makanan harian murid
prasekolah.
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

i) Sewa bas RM 50.00 RM 50.00


ii) makanan dan minuman RM 2.25 x 25 RM 56.25
(sarapan dan makan pagi)
iii) Tiket masuk
- Kanak-kanak Percuma
- Guru pengiring (3 orang) Percuma
- Guru pengiring (1 orang) RM 10.00x1 RM 10.00
Jumlah Keseluruhan RM 116.25

8.0 PENGAGIHAN TUGAS

i) Pengurusan Tempat Lawatan : Pn Elina Zaliha bt Mahizan


ii) Pengangkutan : Pn Siti Julina Bt Pawang
iii) Makanan dan Minuman : Pn Iza Bt Jamaludin
iv) Pengurusan Peserta : Semua guru pengiring
v) Keselamatan : Semua guru pengiring
vi) Dokumentasi : Pn Elina Zaliha Bt Mahizan

9.0 ATURCARA AKTIVITI

7.30 pagi : Murid berkumpul di Prasekolah SK Tanjung


Aru 2
8.00 pagi : Taklimat dan Sarapan pagi
8.30 pagi : Bergerak ke Lok Kawi Wildlife Park
12.00 tengahari : Makan tengah hari dan bersiap sedia untuk
bertolak pulang ke sekolah.
12.30 tgh : Dijangka tiba di SK Tanjung Aru 2
Disediakan Oleh Disokong Oleh

…………………………………… ……………………………………..
(PN ELINA ZALIHA BT MAHIZAN) (PN PG. SITI NOORSIAH BT PG. ABDULLAH)
Guru Prasekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Tanjung Aru 2 SK Tanjung Aru 2

Disahkan Oleh

……………………………………
(PUAN SUKRANI@MIMI BT HJ OSMAN)
Guru Besar
SK Tanjung Aru 2

Вам также может понравиться