Вы находитесь на странице: 1из 4

JOM MASUK T6 SMK GADONG

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

1. Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.


2. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta.
Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai
berdasarkan prinsipal terendah.
3. Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi
dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk
universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain,
diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan
universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab
subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu
belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun
belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
4. Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek
laaa.
5. Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di
dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan
sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan
kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba
ambil.

Taraf Sijil STPM

 Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level)
Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma
pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
 Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan
luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh
kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
 Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige..
kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
 STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di
IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu…
cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
 Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan
pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…
Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan

1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am


dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM
dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-
kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas
Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus
Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan
dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi
kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4
subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja
dengan kerajaan.

Kelebihan MASUK KE TINGKATAN ENAM SMK GADONG

1. Prauniversiti Tingkatan Enam SMK Gadong merupakan sekolah yang mendapat


kedudukan antara sekolah yang terbaik peringkat negeri Sabah 3 tahun berturut-
turut
a. Pencapaian 100% dari tahun 2014 hingga 2016
b. GPS melepasi peringkat kebangsaan dengan pencapaian terbaik 2.86 tahun
2016 ketiga terbaik negeri Sabah
c. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai pencapaian sendiri
d. Pemusatan Tingkatan Enam yang memberi ruang kepada pelajar berdikari
dan merasai suasana pembelajaran di Universiti
e. Penawaran kursus yang sesuai dengan kehendak UPU dah mudah untuk
memohon Universiti Awam
f. Mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar yang disegani di daerah Beaufort.

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja,
berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…

Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek
ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus
penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.
Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit
dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah
digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai
kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.

Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus
prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek
yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit
(kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.

Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM
sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama
diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu
SPM dan STPM.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian
kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di
peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau
lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak
bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup
pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera
pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan
ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah
dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta
kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.

Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang
diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya
jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.

Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi
kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program
persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni.
Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.

Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan
jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5
tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,

Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal


A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid


C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau
badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga
peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan
pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh
cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar
negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut
standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal
dari mana-mana subjek.

Вам также может понравиться