Вы находитесь на странице: 1из 3

6.

Ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan ialah bersifat sabah.Pelajar perlu bersabar dalam sesuatu
perkara supaya tidak menimbulkan pergaduhan. Sikap memaafkan kesalahan orang lain merupakan
salah satu ciri yang perlu diamalkan. Jika kita tidak lagi berdendam dengan orang lain perasaan
dengki akan hilang dan perbalahan tidak akan berlaku. Kita haruslah bersikap rasional semasa
bercakap dan juga melakukan sesuatu perkara. Kita beradab terhadap orang lain terutamanya orang
yang lebih tua daripada kita.

Guru patut mengamalkan ciri-ciri kesantunan seperti mempunyai budi bahasa yang halus. Pelajar
akan menghormati guru supaya pelajar akan mendengar arahn yang diberikan oleh guru. Guru harus
menjadi seorang pemaaf. Guru harus memberi nasihat kepada sesiapa yang melakukan sesuatu. Jika
mereka masih degil, guru harus memberi hukuman yang setimpal bukannya mengeluarkan sesuatu
yang menyakitkan hati murid-murid. Guru harus menrendah diri pada masa yang sesuai. Apabila
murid-murid memberitahu tentang sesuatu yang baru, guru harus belajar dengan rendah hati.

6.2

Televisyen memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya
dari segi kesantunan bahasa. Rancangan dan iklan dalam yang ditayang dalam televisyen dapat
mempengaruhi fikiran dan kehidupan budaya dengan mudah. Oleh itu, maklumat yang diberikan
dalam televisyen haruslah berkaitan dengan kesantunan terutamanya dalam filem-filem. Melalui
filem yang ditonton, penonton dapat mempelajari sesuatu tentang kesantunan. Kesantunan yang
diamalkan dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dalam negara kita dan seterusnya membawa
kemakmuran kepada negara kita.

6.3 (1)

Pelajar kurang berminat terhadap sukatan pelajaran kerana sukatan pelajaran kebanyakan
memerlukan pelajar untuk menghafal.Sukatan pelajaran yang banyak akan menyebabkan pelajar
yang lemah tidak dapat mengikut sukatan pelajaran. Perkara tersebut akan menyebabkan pelajar
menjadi bosan dan tidak mahu menghadiri ke sekolah.

Cara pengajaran di sekolah juga akan menjadi seseorang berasa bosan dan tidak ingin belajar di
dalam kelas. Pelajar hanya duduk di atas kerusi dan mendengar ajaran yang disampaikan oleh guru.
Contohnya, guru hanya mengajar mengikuti buku teks yang sedia ada dengan cara membaca sahaja.
Pelajar akan hilang tumpuan dalam kelas kerana cara ajaran yang bosan. Keputusan pelajar akan
merosot akibat tidak dapat mengikut sukatan pelajaran dan juga cara mengajar di dalam kelas.
Pengaruh rakan sebaya akan menyebabkan seseorang tersebut untuk melakukan sebarang
perkara yang melanggar peraturan sekolah contohnya ponteng sekolah. Rakan sebaya yang tidak
berminat untuk belajar di dalam akan mengajak pelajar yang lain untuk keluar dari sekolah. Ajaran
daripada rakan sebaya akan mengubah minda pelajar menyebabkan mereka tidak berfikir dengan
rasional. Mereka akan mengikuti rakan-rakan tanpa memikirkan kesannya terhadap diri sendiri.
Remaja akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam semua perkara termasuk perkara yang
negatif.

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang
daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa.
Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai
tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak
dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan
cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya
mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan
orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak
mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan
pelajarannya. Ibu bapa haruslah sentiasa menemani di sisi anak-anak supaya mereka tidak
melakukan sesuatu yang negatif.

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan


keseronokan daripada pelajaran. Terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk
melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat
permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk
menonton wayang. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak
ada unsur-unsur hiburan. Mereka lebih rela berkeliaran di luar sekolah berbanding dengan berada di
dalam kelas.

Pelajar kurang
berminat terhadap
sukatan pelajaran
mementingkan
keseronokan Cara pengajaran
daripada
pelajaran
Punca-punca ponteng
sekolah

hilang kasih
sayang daripada Pengaruh rakan
ibu bapanya sebaya
Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu memainkan
peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal
dan memerhati setiap gerak geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Selain
itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak
mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik.

Guru kaunseling dalam sekolah harus melakukan kaunseling kepada pelajar yang pernah
terlibat dengan ponteng supaya mereka mengetahui tentang keburukan ponteng . Masalah yang
dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan apabila mereka mengkongsi masalah mereka kaunselor.
Masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan kerana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Pelajar akan meletakkan tumpuan dalam pelajaran dan tidak akan ponteng sekolah. Seterusnya,
sentiasa melakukan pengawasan yang ketat di kawasan sekolah. Pengawasan yang ketat dapat
mengawal pelajar dengan lebih senang.Di samping itu,remaja perlu tahu memilih rakan agar tidak
terpengaruh dengan rakan jika mereka bermasalah. Remaja harus memilih kawan yang dapat
menukar pendapat dalam pelajaran dan bukannya selalu mengajak untuk keluar mencari
keseronokan.

Вам также может понравиться