Вы находитесь на странице: 1из 4

Teori dan Amalan

Pembangunan Sumber Manusia


DCE 3102
Program Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

1. Pengenalan

Penulis Modul:

Profesor Dr. Aminah Ahmad

2. Biodata Penulis

Profesor Dr. Aminah Ahmad


Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon : (03) 89468225 (telefon pejabat)


Fax : (03) 89450455
E-Mail : aminah@ace.upm.edu.my
Masa berhubung : Rabu petang

3. Tujuan Modul

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang teori dan
amalan pembangunan sumber manusia bagi pemajuan staf dan pembangunan
organisasi.

Secara khususnya pelajar akan dapat memahami pembangunan sumber manusia


daripada segi fungsi dan peranan pembangunan sumber manusia, motivasi dan
tingkah laku pekerja, pembelajaran dan pengajaran, latihan dan pembangunan,
kepemimpinan, pemajuan kerja serta bimbingan dan kaunseling, pembangunan
organisasi dan penilaian program pembangunan sumber manusia.

1
4. Pengisian Unit

Modul ini terdiri daripada 8 unit. Unit-unit dan jumlah minggu untuk anda
menyelesaikan unit adalah seperti berikut:

Unit Tajuk Jumlah


Minggu
1. Pengenalan Kepada Pembangunan Sumber Manusia 1
2. Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Pekerja 2
3. Teori Pembelajaran dan Pembangunan Sumber Manusia 2
4. Latihan dan Pembangunan 2
5. Bimbingan, Kaunseling dan Pemajuan Kerjaya 2
6. Kepimpinan Dalam Pengurusan Sumber Manusia 2
7. Pembangunan Organisasi 2
8. Penilaian Program Pembangunan Sumber Manusia 1

5. Buku Rujukan

1. Harris, D.M. & Desimone, R.L. (2012). Human Resource Development (6th
ed.). Font Worth: The Dryden Press.

2. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Poon, J.M.L. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

4. Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur:


Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

5. Thomson, R. & Mabey, C. (1994). Developing Human Resources. Oxford:


Butterworth-Heineman.

6. Zuraidah Abdul Rahman (1999). Pengenalan Kaunseling Kelompok.


Petaling Jaya: IBS. Buku Sdn. Bhd.

6. Penilaian

Anda akan dinilai dan menilai diri sendiri melalui:

A. Aktiviti-aktiviti dalam teks yang berbentuk soalan, perbincangan dan


bacaan tambahan.

Anda tidak perlu menghantar jawapan anda bagi aktiviti yang diberi.

2
Jawapan bagi soalan yang dikemukakan memang sedia ada dalam teks dan
di dalam bacaan.

B. Ujian Objektif

Ujian ini berasaskan modul dan bacaan tambahan yang telah diberi dan
berbentuk objektif.

Ada 2 ujian

Ujian Pertama : Akan ditentukan oleh UPMET (tarikh,


masa dan tempat), Nilainya: 30%
Unit-unit yang diuji: Unit 1 - 4
Bilangan Soalan: 40 - 50
Masa: 1½ jam

Peperiksaan Akhir : Akan ditentukan oleh UPMET,


Nilainya: 40%
Unit yang diuji: Unit 5 - 8
Bilangan Soalan: 50 - 60
Masa: 2 jam

C. Tugasan

Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat


berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah organisasi.
Persamaan dan perbezaan amalan pembangunan sumber manusia di
organisasi dengan teori yang telah anda pelajari perlu dibincangkan.
Keterangan lanjut mengenai tugasan ini terdapat di halaman. Nilai tugasan
ini adalah 30%.

7. Panduan bagi Ujian Objektif

1. Soalan bagi ujian objektif berasaskan unit-unit dan bacaan yang ditetapkan
bagi tiap-tiap unit.
2. Soalan lazimnya berbentuk `multiple choice’ dan ‘salah betul’.

8. Panduan Membuat Tugasan

I. Tugasan (30%)

Anda diperlukan untuk mengumpul maklumat berkenaan perkara berikut


daripada sebuah organisasi dengan memberi tumpuan kepada bahagian
pembangunan sumber manusia.

3
Maklumat yang diperlukan::

1. Matlamat organisasi.
2. Struktur organisasi.
3. Struktur, fungsi dan peranan Bahagian Sumber Manusia.
4. Penerangan berkenaan pekerjaan (spesifikasi tugas
pengurus/pentadbir di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia).
5. Latihan yang dikendalikan:
Tajuk latihan.
Jenis (dikendalikan di dalam atau di luar organisasi).
Objektif latihan.
6. Pemajuan kerjaya – aktiviti Pengurusan Kerjaya (Perancangan
Kerjaya dan Bimbingan dan Kaunseling).
7. Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Organisasi
(penstrukturan semula, “desentralisasi”, “downsizing”,
‘penggabungan”).

Sila buat satu laporan yang mengandungi 15 – 20 muka surat berdasarkan


format berikut:

II. Format penulisan:

1. Pendahuluan.
2. Kandungan.
3. Perbincangan (Perkaitan antara teori yang dipelajari dengan
amalan organisasi dari segi pembangunan sumber manusia).
4. Kesimpulan.

III. Penyerahan Tugasan

Sila hantar tugasan anda kepada UPMET selewatnya-lewatnya dua


minggu sebelum peperiksaan akhir. Tugasan yang lambat dihantar tidak
akan diambilkira untuk penggredan.

 Universiti Putra Malaysia

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul


Ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salinan foto,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan
Jarak Jauh Pembelajaran (UPMET).

Вам также может понравиться