Вы находитесь на странице: 1из 8

KITAR SEMULA

Reduce (Kurangkan)
Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang
dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah
produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga
merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber
semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi
perhatian kepada barang-barang yang dibeli,
dihasilkan dan dibuang.

Reuse (Guna Semula)


Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan
berulang kali, dan dengan berbuat demikian
penjanaan sisa dan pembuagannya dapat
dikurangkan.

Recycle (Kitar Semula)


"Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi"
dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang
demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada
meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar
semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-
kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi
produk baru untuk kegunaan kita. Simbol
antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius
Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan
satu kitaran yang berterusan
KITAR SEMULA

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan


Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar
semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran.

Mengapa Perlu Kitar Semula

Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-


sumber yang bernilai. Ia juga boleh mengurangkan
penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana
sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Hari Kitar Semula Kebangsaan

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November


pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula
Kebangsaan.
LOGO KITAR SEMULA

Вам также может понравиться