Вы находитесь на странице: 1из 28

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di

dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri
daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih
daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling
popular di dunia.[1] [2] [3][4] Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-
banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat
dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik.
Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation International Football Association, bahasa
Perancis : Fédération Internationale de Football Association).

Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan
tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya
diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan,
biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk
menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan
ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh
dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada
format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk


pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia
FIFA setiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.
Formasi 4-4-2 adalah salah satu formasi pasukan yang paling biasa digunakan dalam
permainan bolasepak.

Ia adalah satu sistem yang mudah utk disesuaikan dgn memberi kekuatan di bahagian
tengah dan membolehkan permainan dilebarkan di sebelah sayap. Peranan pemain
midfield tengah dan fullback khususnya, boleh diubah-ubah bergantung kepada
keinginan pasukan itu sendiri samada mahu bertahan atau menyerang.
Fullback diberikan juga peranan menyerang yg lebih dalam sistem ini sekarang
berbanding di masa lalu.

Formasi 4-4-2 sangat berkesan kerana ia boleh disesuaikan utk menyerang atau
bertahan.

Tugas Penyerang (FC) dalam Formasi 4-4-2

Adalah perkara biasa dalam sistem ini utk mempunyai seorang shj penyerang yg
bermain jauh dlm kawasan lawan. Istilah yg biasa digunakan utk pemain ini adalah
‘Target Man’.Dia perlu mampu memegang bola (holding up the ball) sementara
menunggu rakan2 lain naik ke atas utk menyertainya dlm gerakan serangan. Pemain ini
juga kebiasaannya mempunyai saiz tubuh yg besar dengan kekuatan fizikal yg hebat
untuk menghalang pemain pertahanan lawan dari merampas bola dari kawalannya.
Dalam permainan bola sepak, pemain pertahanan merupakan pemain yang
ditugaskan untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol.

Posisi

Terdapat empat posisi yang boleh diisi pemain pertahanan.

Centre back

Tugas seorang centre back ialah:

 Mengawal pemain lawan daripada melakukan percubaan.


 Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.
 Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat merbahaya.
 Bertahan semasa pemain lawan melakukan sepakan sudut.
 Membina tektik asas pasukan.
 Mengekalkan postur semasa bertahan.
 Bermain secara ringkas.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi centre back:

 Tinggi, tandukan yang bagus, dan keupayaan melompat untuk bersaing


dalam perebutan diudara.
 Kebolehan dari segikekuatan, mengawal dan melakukan terjahan dalam
situasi satu lawan satu.
 Berani dan agresif dalam mencabar lawan.
 Bijak membaca permainan.
 Kosenstrasi yang tinggi.

Sweeper

Posisi sweeper dilihat sebagai posisi yang lebih bebas berbanding posisi yang
pertahanan lain. Posisi ini juga digelar sebagai libero (daripada bahasa Itali yang
bermaksud bebas.). Sweeper sering kali terbabit untuk melakukan serangan balas.
Justeru, posisi ini memerlukan skil hantaran dan kawalan bola yang bagus.

Sekali sekala sweeper dilihat bergerak ke hadapan. Dalam bola sepak moden posisi
sweeper jarang digunakan oleh kelab-kelab masa kini.

Full back

Pemain posisi full back ditugaskan untuk menghalang pihak lawan daripada membuat
hantaran lintang dalam kotak penalti. Dalam sistem bertahan, full back ditugaskan untuk
mengawal pemain lawan.

Tugas seorang full back ialah:

 Memberi halangan fizikal kepada pemain lawan.


 Lontaran ke dalam sering dilakukan pemain full back.
 Mengawal pemain lawan yang menyerang.
 Mengekalkan disiplin secara tektikal.
 Memberi petunjuk semasa melakukan hantaran

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi full back:

 Stamina.
o Kebolehan menggelecek.
 Kebolehan mengawal dan melakukan terjahan.
 Kebijaksaan dalam permainan.
Wing back

Posisi wing back sering digunakan dalam formasi 3-5-2 dan boleh digunakan sebagai
pemain tengah. Tetapi posisi ini juga diguna pakai dalam formasi 5-3-2 dan lebih
kepada bertahan. boleh menyerang dari tepi.

Pemain pertahanan (berbaju putih) cuma menghalang pemain lawan


Sepak bola merupakan permainan beregu yang terdiri dari 11 pemain tiap
timnya. Sedangkan untuk memenangkan sebuah permainan, suatu kesebelasan harus
dapat menjaga gawangnya agar tidak kemasukan dan berusaha memasukan bola ke
gawang lawan sebanyak mungkin. Untuk mencapai hal ini setiap pemain harus bisa
mengobinasikan serta mengoordinasi teknik-teknik dasar dalam sepak bola serta
menetapkan strategi penyerangan maupun pertahanan yang baik.
Untuk melakukan permainan sepak bola dan mendapatkan kemenangan, tentunya kita
harus mengetahui pola penyerangan dan pertahanan. Berikut ini adalah pola
penyerangan dan pertahanan yang biasa digunakan dalam sepak bola.

A. Pola Penyerangan
1. Pola penyerangan 4-3-3. Pola penyerangan ini terdiri dari empat pemain
belakang, tiga pemain tengah dan tiga pemain depan. Pemain belakang terdiri
atas bek kanan, dua poros halang dan bek kiri. Tiga pemain tengah terdiri dari
gelandang kiri, gelandang tengah dan gelandang kanan. Sedangkan tiga pemain
depan terdiri dari penyerang kiri, penyerang tengah dan penyerang kanan.
2. Pola penyerangan 4-2-4. Pola penyerangan ini terdiri atas empat pemain
belakang, dua pemain tengah dan empat pemain depan. Empat pemain
belakang terdiri atas dua orang bek kanan dan bek kiri, libero dan stopper. Dua
pemain tengah terdiri dari gelandang kanan dan kiri. Empat pemain depan terdiri
atas dua orang penyerang sayap kanan luar serta kiri luar.
3. Pola penyerangan 3-2-5. Pola penyerangan ini terdiri dari tiga orang pemain
belakang, dua orang pemain tengah dan lima orang pemain depan. Tiga orang
pemain belakang terdiri atas bek kanan, libero dan bek kiri. Dua pemain tengah
terdiri atas gelandang kanan dan gelandang kiri. Lima orang pemain depan
terdiri atas penyerang kanan luar dan kanan dalam, penyerang kiri dalam dan kiri
luar serta penyerang tengah (target man).

B. Pola Petahanan
1. Pola pertahanan 4-3-3. Pola pertahanan yang terdiri dari empat pemain
belakang, tiga pemain tengah dan tiga pemain depan. Pemain belakang terdiri
atas bek kanan, dua poros halang dan bek kiri. Tiga pemain tengah terdiri atas
gelandang kiri, gelandang tengah dan gelandang kanan. Sedang tiga pemain
depan terdiri atas penyerang kiri, penyerang tengah dan penyerang kanan.
2. Pola pertahanan 4-4-2. Pola pertahanan ini terdiri atas empat pemain belakang,
empat pemain tengah dan dua pemain depan. Pemain belakang terdiri atas bek
kiri, bek kanan, libero dan stopper. Empat pemain penghubung terdiri atas sayap
kanan, gelandang bertahan, gelandang serang dan gelandang kiri. Adapun
pemain depan terdiri atas dua orang penyerang.
3. Pola pertahanan 5-3-2. Pola permainan ini terdiri atas dua pemain depan, tiga
pemain tengah dan lima pemain belakang. Dua pemain depan terdiri atas
penyerang kanan dan penyerang kiri. Tiga pemain tengah penghubung terdiri
atas gelandang kanan, gelandang tengah dan gelandang kiri. Lima pemain
belakang terdiri atas stopper, bek kanan luar, bek kanan dalam, bek kiri luar dan
bek kiri dalam.
Pola penyerangan ini dapat di terapkan untuk tim atau kesebelasan kita. Ada baik nya
kita mencoba beberapa pola penyerangan maupun penyerangan dalam setiap
permainan. Sehingga kita akan mengetahui pola seperti apa yang cocok buat tim kita
sendiri. Selain pola penyerangan yang kita terapkan akan lebih baik lagi jika didukung
dengan teknik serta latihan yang baik dan rutin.
Semoga tulisan Pola Penyerangan Dan Pertahanan Sepak Bola ini dapat menambah
pengetahuan dan ada manfaatnya.
Ciri-ciri pemain bola sepak

Seorang pemain bolasepak yang hebat sudah tentu mempunyai pengetahuan asas
yang kukuh dan kemahiran yang tinggi, serta dilengkapi pula dengan sikap yang positif
dan pengalaman yang mencukupi. Permainan sukan bolasepak bukannya sekadar
menyepak, menggelecek, menanduk, mendada, atau menimang bola sahaja tetapi
lebih daripada itu.

Di sini, duniabolasepak.blogspot.com hendak membincangkan tentang tiga aspek yang


utama iaitu teknikal, mental, dan fizikal.

[A] TEKNIKAL

A.1. Mengambil sepakan penjuru (tendangan sudut).


Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan
membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah David Beckham.

A.2. Membuat hantaran silang (hantaran lintang).


Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan
membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka pada masa
yang sesuai. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah David Beckham.
A.3. Menggelecek.
Keberkesanannya bergantung kepada menjangka pergerakan pemain-pemain pasukan
lawan dan kemampuan untuk memperdaya mereka. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Lionel Messi.

A.4. Melakukan penyudah.


Ketepatan tendangan ke arah pintu gol bergantung kepada membuat keputusan yang
tenang dalam keadaan yang tertekan dengan memilih tempat dan masa yang sesuai
untuk menggunakan teknik tendangan yang betul. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Thierry Henry.

A.5. Menampan bola (sentuhan pertama).


Kecekapan mengawal bola dengan kemas apabila menerimanya bergantung kepada
kreativiti (mengenal pasti pilihan yang ada) dan membuat keputusan untuk memilih
jalan yang terbaik sebelum bola sampai ke kaki. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

A.6. Mengambil sepakan percuma.


Ketepatannya bergantung kepada teknik tendangan dan membuat keputusan untuk
menghalakan bola ke tempat sasaran dengan bijak. Salah seorang pemain contoh yang
baik ialah Cristiano Ronaldo.
A.7. Menanduk.
Ketepatannya bergantung kepada menjangka di mana bola akan berada dan membuat
keputusan untuk memilih cara tandukan serta ke mana bola akan pergi. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

A.8. Membuat tendangan jarak jauh.


Ketepatannya bergantung kepada mengenal pasti pilihan yang ada dan membuat
keputusan untuk melakukan teknik tendangan yang deras ke arah pintu gol. Salah
seorang pemain contoh yang baik ialah Steven Gerrard.

A.9. Membaling bola (lontaran ke dalam) jarak jauh.


Ketepatannya bergantung kepada jarak dan membuat keputusan untuk menghantar
bola ke tempat yang hendak dituju. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rory
Delap.

A.10. Menjejaki pemain lawan.


Keberkesanannya bergantung kepada kemampuan untuk mengekori serta menggasak
pemain lawan apabila bertahan di samping memahami kawasan permainannya. Salah
seorang pemain contoh yang baik ialah Fabio Cannavaro.

A.11. Melakukan hantaran.


Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan
mengenal pasti pilihan yang ada serta membuat keputusan bila, bagaimana, dan
kepada siapa untuk membuat hantaran. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah
Xavi Hernandez.
A.12. Mengambil sepakan penalti.
Ketepatannya bergantung kepada membuat keputusan untuk menendang bola tepat ke
sasaran selain dapat menenangkan diri dalam keadaan yang tertekan. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.

A.13. Menggasak pemain lawan.


Keberkesanannya bergantung kepada pemilihan waktu dan membuat keputusan untuk
melakukan terjahan dengan penuh ketangkasan. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Alessandro Nesta.

A.14. Mempunyai teknik tertentu.


Kepelbagaiannya bergantung kepada tingkat kebolehan seseorang pemain. Lebih tinggi
tekniknya maka lebih banyak perkara yang boleh dilakukan. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

[B] MENTAL

B.1. Pelanggaran.
Permainan yang agresif adalah lebih bertenaga dan banyak bertempur. Permainan
yang kurang agresif adalah tidak tegas dan suka menurut. Sifat agresif tidak berkait
secara langsung dengan kekerasan kerana permainan yang kasar lebih bergantung
kepada kelicikan dan semangat kesukanan seseorang pemain. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Patrick Vieira.
B.2. Penjangkaan.
Kepandaian membaca permainan atau mengagak pergerakan pemain-pemain lain
adalah sangat membantu dalam membuat keputusan sebelum berlakunya hantaran,
larian, pemintasan, dan lain-lain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah John
Terry.

B.3. Keberanian.
Pengorbanan yang akan dilakukan untuk mendapatkan kelebihan dalam permainan
seperti memenangi bola ataupun mengelak gawang sendiri dibolosi walaupun terdapat
risiko kecederaan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Carles Puyol.

B.4. Ketenangan.
Kehandalan beraksi di sebalik tekanan samada daripada pihak lawan mahupun semasa
ingin membuat jaringan atau hantaran pada saat penting. Keputusan yang bijak adalah
bergantung kepada ketenangan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Frank
Lampard.

B.5. Perhatian.
Kemampuan untuk membuat keputusan serta jangkaan yang betul dalam tempoh masa
yang panjang. Jika tidak, penumpuan atau konsentrasi yang rendah akan
menyebabkan lebih banyak kesilapan. Salah seorang pemain contoh yang baik
ialah Marcel Desailly.
B.6. Kreativiti.
Kebolehan mengenal pasti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan yang bijak.
Lebih kreatif bermakna lebih banyak pilihan. Salah seorang pemain contoh yang baik
ialah Ronaldinho.

B.7. Keputusan.
Kemampuan untuk membuat keputusan yang baik adalah amat penting. Seorang
pemain itu sentiasa disajikan dengan pelbagai pilihan, dan kemampuan itulah yang
akan menentukan samada pilihan tersebut adalah yang terbaik serta bagaimana dan
bila akan dilaksanakan. Keputusan adalah mengenai apa, bila, dan bagaimana.
Keputusan turut bergantung kepada kreativiti dan juga teknik. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Juan Roman Riquelme.

B.8. Ketabahan.
Kesungguhan pemain dalam memberikan 100% dalam perlawanan. Pemain yang tidak
cukup tekad akan menyerah kalah lebih awal berbanding pemain yang berjuang habis-
habisan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Michael Ballack.

B.9. Bakat.
Kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang tidak diduga. Pemain berbakat
mempunyai kelainan serta gaya yang luar biasa. Bakat tersebut membolehkannya
mengatasi jangkaan pemain lawan melalui kreativiti, keputusan, dan apa sahaja
kebolehan yang diperlukan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rene
Higuita.
B.10. Pengaruh.
Kepimpinan boleh menentukan kehebatan seorang ketua pasukan. Sekiranya tiada
pengaruh yang kuat, pemain-pemain lain tidak akan menghormati keputusan pemilihan
kapten mahupun mendengar percakapannya semasa mesyuarat tergempar. Seorang
kapten yang berpengaruh akan mewujudkan keharmonian di dalam skuad. Salah
seorang pemain contoh yang baik ialah Gianluigi Buffon.

B.11. Tanpa bola.


Kemampuan untuk memanfaatkan ruang apabila tidak memiliki bola adalah sangat
mustahak. Bukan sahaja penting buat seorang pemain siap sedia untuk menerima bola,
tetapi juga untuk menarik keluar pemain-pemain lawan dari kedudukan asal mereka
agar dapat membuka ruang serta peluang bagi rakan-rakan sepasukan. Kemampuan
ini bergantung kepada keputusan untuk menentukan bila, bagaimana, dan di mana
untuk melakukan pergerakan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Francesco
Totti.

B.12. Kedudukan.
Kemampuan untuk meletakkan diri di posisi yang betul adalah berdasarkan keadaan
yang berlaku di sekeliling pemain. Kedudukan yang baik turut bergantung kepada
menjangka pergerakan pemain-pemain lain dan juga membuat keputusan ke mana
mahu bergerak. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Claude Makelele.
B.13. Kerjasama.
Kemampuan pemain untuk mengawal ego. Pemain yang kurang kerja berpasukan akan
meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan bersama sebagai sebuah pasukan,
seperti cuba melakukan tendangan ke arah gol daripada membuat hantaran kepada
rakan sepasukan, walaupun hakikatnya rakan sepasukan berada di kedudukan yang
lebih baik untuk menjaringkan gol. Pemain yang bekerja secara berpasukan akan
membuat keputusan berlandaskan apa yang terbaik untuk pasukan, bukan apa yang
terbaik untuk dirinya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Andres Iniesta.

B.14. Kerajinan.
Ketekunan akan menentukan berapa kerap seorang pemain itu sedang giat bermain.
Pemain yang pasif tidak menghabiskan terlalu banyak masa dalam membuat keputusan
ketika tidak memiliki bola, sebaliknya hanya menunggu sahaja peluang untuk muncul
dan tidak cuba mencipta peluang untuk diri sendiri. Pemain yang aktif selalu bersiap
sedia dan akan melibatkan dirinya dalam permainan sebanyak yang mungkin. Salah
seorang pemain contoh yang baik ialah Wayne Rooney.

[C] FIZIKAL

C.1. Pecutan.
Kepantasan seorang pemain mencapai kelajuan maksimumnya adalah berhubung
rapat dengan tahap kecepatan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Gareth
Bale.
C.2. Kelincahan.
Pergerakan dapat dilakukan oleh seorang pemain dengan mudah. Pemain yang kurang
lincah kelihatan agak lesu permainannya manakala pemain yang lincah permainannya
adalah sangat tangkas. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Neymar.

C.3. Keseimbangan.
Ketahanan seorang pemain untuk kekal tidak jatuh walaupun dalam tekanan.
Keseimbangan sering kali berkait rapat dengan tahap kekuatan dalam situasi bahu ke
bahu, dan menentukan samada pemain terus dapat bertahan di atas kakinya sendiri
apabila menghadapi tekanan seperti asakan dan sebagainya. Pemain yang mempunyai
keseimbangan yang baik akan bertahan lebih lama. Salah seorang pemain contoh yang
baik ialah Lionel Messi.

C.4. Loncatan.
Ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh seorang pemain apabila melompat.
Lompatan adalah apabila kepala seorang pemain itu sejauh yang boleh dari tanah.
Ketinggian pemain juga turut dikira, pertama sekali untuk menentukan samada pemain
tersebut perlu melompat ataupun tidak. Umumnya, dua pemain yang boleh melompat
dengan baik berupaya mencapai ketinggian yang lebih kurang sama. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.

C.5. Kecergasan semulajadi.


Pemulihan setelah kemerosotan tahap fizikal. Dalam tempoh jangka masa panjang,
kecergasan mengawal kadar penurunan apabila merujuk kepada tahap fizikal. Di
samping itu, kecergasan membolehkan seorang pemain yang mengalami kecederaan
berupaya untuk sembuh dengan lebih baik. Pada dasarnya, kecergasan yang tinggi
bererti kerjaya yang lebih panjang dan kesembuhan yang lebih cepat. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah Ryan Giggs.

C.6. Kecepatan.
Kelajuan maksimal bersangkut paut secara longgar dengan kebolehan membuat
keputusan untuk menggunakan kelajuan pada waktu yang sesuai. Salah seorang
pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.

C.7. Stamina.
Keuletan mengawal kadar penurunan kondisi pemain. Apabila stamina lebih tinggi, lebih
lama seorang pemain itu terus bermain tanpa rasa penat atau letih. Stamina berhubung
sepenuhnya dengan keadaan perlawanan seseorang pemain. Salah seorang pemain
contoh yang baik ialah Javier Zanetti.

C.8. Kekuatan.
Ketegapan pemain hanya digunakan bagi menentang pemain lawan, membantu
menentukan siapa yang akan memenangi asakan, dalam situasi bahu ke bahu dan
sebagainya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Didier Drogba.
Tujuan utama dari permainan sepak bola adalah memasukan bola ke gawang lawan.
Teknik permainan yang tinggi dengan control bola yang baik, kerjasama yang terjalin
rapi,

semangat yang tinggi, daya tahan yang prima dan factor keberuntungan menjadikan
sebuah tim dapat memenangkan pertandingan. Semua usahatersebut bertujuan untuk
dapat menghasilkan permainan yang baik sehingga dapat mencetak gol. Kemungkinan
mencetak dapat mencetak gol jika dapat melakukan pola penyerangan yang baik.

Penyerangan bertujuan untuk memasukkan bola ke gawang lawan sebanyak-


banyaknya. Pola penyerangan dapat dijalankan oleh suatu kesebelasan apabila mereka
sedang mengendalikan permainan di lapangan. Tajamnya serangan dapat menentukan
keberhasilan kesebelasan tersebut, baik secara individu maupun kerjasama tim. Selain
itu, yang diperlukan dalammeyususn pola penyerangan adalah sebagaiberikut:

1) Adanya pemain yang bertugas sebagai pengatur serangan.

2) Adanya pemain yang bertugas sebagai pembantu serangan.

3) Adanya pemain yang bertugas sebagai penembak utama untuk mencetak gol (gol
getter).

4) Adanya pemain yang bertugas sebagai pemancing lawan bertahan, agar teman satu
timdapat menerobos ke daerah lawan.

Supaya pihak lawan mendapat tekanan, maka pola penyerangan yang digunakan harus
dibuat sedemikian rupa dengan kombinasi serangan yang bervariasi. Selain itu,
penyerang harus mencari titik-titik terlemah darilawan. Polapenyerangan dalam
permainan sepakbola yang sering digunakan adalah sebagai berikut:
1) Pola melakukan gerakan tersususn.

2) Pola bermain menghadapi pertahanan sekuat tembok.

3) Pola mencari ruang kosong.

Untuk dapat melakukan pola penyerangan yang baik dan dapat menghasilkan gol,
maka dibutuhkan adanya koordinasi antar pemain perlini, baik belakang, tengah
maupun depan. Karena keberhasilan sebuah tim dalam memenangkan suatu
pertandinagn adalah keberhasilan bersama semua pemain bukan keberhasilan individu
pemain.
Pertahanan bertujuan untuk merampas bola dan mempertahankan wilayah, sehingga
tidak terjadi gol. Pertahanan dapat dijalankan ketika sedang mendapatkan tekanan dari
lawan (pressing). Berdasarkan cara melakukannya, pertahanan dapat dibedakan
menjadi:

1) Pola pertahanan dengan “ Man to Man “

Man to man artinya cara bertahan satu lawan satu yang dilakukan didaerah pertahanan.
Setiap pemain yangmasuk kedaerah. Yang dijaga harus dikawal denganketat
kemanapun dia bergerak didalam daerah yang harus dipertahankan. Jika pemain
penyerang keluar dari daerah yang dijaganya, maka menjaga bukan tugasnya lagi.
Akan tetapi, penjaga tersebut harus selalu siap dan waspada terhadap kemungkinan
adanya pemain lain yang masuk kedaerah yang dijaganya. Pola pertahanan dapat
diterapkan jika para pemain mempunyai teknik dan fisik yang baik dan prima.

2) Pola pertahanan daerah ( Zone Marking)

Pola pertahanan Zone Marking adalah bertahan di aderahnya sendiri dengan cara
membentuk formasi. Prinsip pertahanan zone marking adalah sebagai berikut:

a) Dibutuhkan kerjasama tim yang baik.

b) Dapat menghambat gerakan pemain penyerang.

c) Mengamankan daerah pertahanan dari tekanan serangan lawan.

d) Pola pertahanan harus berlapis sehingga sulit ditembus penyerang lawan

e) Pola penyerangan harus membentuk formasi yangkokoh.


f) Pertahanan harus dapat mendorong pemain lawan untuk kembali kedaerah sendiri.

3) Pola pertahanan Kombinasi “ Man to Man & Zone Marking”

Pola pertahanan ini adalah pola pertahanan yang paling kompleks. Artinya setiap
pemain menjaga lawannya dan dengan tiba-tiba berpindah tempat.kemudian tugasnya
diserahkan kepada temannya yanglebih dekat. Pertahanan ini akan berhasil dengan
baik apabila ada koordinasi antar pemain dan ada tanggung jawab pemain perlini akan
daerahnya masing-masing.

Вам также может понравиться