Вы находитесь на странице: 1из 5

2.

0 Punca Pencemaran Alam Sekitar

2.1 Pembakaran terbuka

Sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan
membakar kawasan semak samun dan daun-daun kering bagi membersihkan
kawasan rumah mereka. Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai
atau membakar tanah untuk penanaman juga merupakan salah satu punca
pencemaran alam sekitar juga.
Selain itu, pembakaran hutan yang disebabkan oleh cuaca yang panas turut
telah menyebabkan pencemaran udara yang serius. Asap dari api yang dinyalakan
untuk membuka lahan di Kalimantan Selatan (Borneo) dan Sumatera turut banyak
menyebabkan tingkat polusi di Singapura, Kuala Lumpur, dan Bangkok meningkat,
menyebabkan munculnya masalah kesihatan yang berkaitan dengan asap,
kecelakaan lalu lintas, dan biaya ekonomi yang menyertainya. (Rujuk ke Lampiran 4)

2.2 Perkilangan.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran alam sekitar yang


utama. Kilang-kilang boleh mendatangkan dua jenis pencemaran, iaitu pencemaran
air dan pencemaran udara.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik
yang dapat mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan
pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ini biasanya dikaitkan
dengan bahan agrokimia.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan
keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun
menyedari kesannya terhadap persekitaran.

5
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak
mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama
ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
Di samping itu, terdapat juga kilang-kilang yang ingin menjimatkan wang tidak
memasang penapis udara di dalam serombong-serombong asap. Lebih
memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan dan bertoksik. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji
pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi.

2.3 Kenderaan

(Jadual di atas menunjukkan jumlah bilangan kenderaan di Timur-Barat semakin


meningkat dari tahun 2003 hingga ke 2006,
sumber:http://wacanapascapru12.blogspot.com/2008_07_01_archive.html)

6
Jadual di atas telah menunjukkan bahawa manusia kini semakin bergantung
kepada kenderaan untuk sampai ke destinasi mereka. Mengikut laporan yang dibuat
oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun
2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan
sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama
pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan
api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).
Seperti yang kita nampak bahawa kesan negatif yang disebabkan oleh sistem
pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.
Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang
berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk pergerakan yang
menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara..Pelepasan gas beracun
ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan
manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon
monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

2.4 Perniagaan

Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.


Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem
pembuang sampah yang teratur.Bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan mereka,
mereka membuang sampah di merata-rata tempat sahaja.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun
mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat
dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian. Keadaan
menjadi amat serius apabila bungkusan sampah tersebut diselongkar oleh anjing liar
atau kuncing liar.

7
2.5 Petempatan

Bagi petempatan bandar, tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian


untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik
yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan.
Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat
yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus.
Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja kerana kemudahan
pembuangan sampah kurang disediakan. Ini menyebabkan banyak pembuangan
bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.
Pencemaran juga selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan petempatan
baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses
pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan dibuang di tepi-tepi jalan tanpa
kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi
kawasan penternakan nyamuk.

2.6 Penebangan pokok

(Statistik menunjukkan penebangan pokok di Indonesia


Sumber: http://world.mongabay.com/indonesian/pemerintah.html)

8
Jelaslah bahawa kegiatan meneroka hutan menyebabkan pokok-pokok
ditebang juga menyumbang kepada pencemaran udara seperti jerebu. Kegiatan
penebangan hutan dan kerja-kerja pembersihan pokok-pokok banyak dijalankan
untuk tapak perindustrian dan pertanian. Penebangan hutan menyebabkan bilangan
pokok semakin merosot, oleh itu kadar penyerapan gas karbon semakin berkurangan.
Gas karbon yang berlebihan akan terampai di ruang atmosfera menyumbang kepada
kejadian jerebu dan juga pemanasan global.

Вам также может понравиться