Вы находитесь на странице: 1из 8

SK ST BERNADETTE’S CONVENT

JALAN PUSING,
31000 BATU GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA
MEMBUAT SUDUT SEJARAH

DISEDIAKAN OLEH

MOHD AWIE BIN RANI


GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

1
1.0 PENDAHULUAN

Sudut Sejarah di perpustakaan sekolah merupakan suatu langkah


penting dan bertujuan untuk menyediakan iklim pembelajaran yang
kondusif dan bermaklumat terutamanya bagi matapelajaran Sejarah yang julung kali diperkenalkan
pada tahun 2014 kepada murid di sekolah rendah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek
Sudut Panitia Sejarah ini amat diperlukan kerana sudut ini adalah pertama kali ingin
diwujudkan dan bertujuan untuk memaparkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan
sejarah Negara atau dunia seperti bahan-bahan artifak, maklumat zaman prasejarah,
informasi tentang pra dan pasca kemerdekaan Negara Malaysia. Ianya juga
berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat
dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas tetapi melibatkan persekitaran
sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah.

2.0 MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah,
sifat ingin tahu dan minat murid. Selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat
berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. Selain itu, mewujudkan sebuah Sudut
Panitia Sejarah yang kemas, cantik dan bermaklumat dari segi informasi tentang
sejarah, bahan-bahan bantu pembelajaran dan mural yang indah.

3.0 MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik
dan sahsiah murid.

2
4.0 OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

4.1 Menyediakansuasana yang bolehmerangsangintelekdansahsiahmurid.

4.2 MeningkatkansifatingintahudanminatmuridkepadaSejarah.

4.3 Meningkatkansifatmenghargaikebersihandankeceriaan di kalanganmurid.

4.4 Mempelbagaikansumberpengajarandanpembelajaran.

4.5 Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas.

5.0 TARIKH
19 Februari- 16 Mac 2018

6.0 MASA
Sepanjang tempoh Internship di SK Kem Kabota.

7.0 TEMPAT
Perpustakaan SK Kem Kabota Tawau.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran projek ini ialah untuk para murid dan guru-guru SK Kem Kabota serta para
pelawat ke sekolah.

3
9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : ALIAS BIN ALI


Naib Pengerusi : JOHARI BIN HJ SAID
Setiausaha : MOHD AWIE BIN RANI
Nabi Setiausaha : MOHD FARIS BIN SAHIDIN
AJK : MOHD AWIE BIN RANI
: MOHD FARIS BIN SAHIDIN
Mentor : PUAN SALMAH BIN YASSE

4
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara kuantiti Jumlah Kos

1 UpahMembuatLukisan Mural (15x8 kaki) x 1200.00


RM10

2 Cat putih 1 40.00

3 Cat warna 1 50.00

4 Cat Minyak 8 300.00

5 Kertaswarna 2 20.00

6 KertasLaminasi I 50.00

7 MemasangPapanTanda“Unit 1 300.00
PanitiaSejarah”

8 Kainskerting 3 meter 50.00

9 Pokok 4 pasu 150.00

JUMLAH RM2160.00

5
11. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan d engan lancer di
samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Tujuan untuk
memastikan Projek Unit Panitia Sejarah ini sentiasa berada dalam suasana bersih,
ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan
sahsiah. Sehubunganitu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut.

Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja
ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah
supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh
pihak jawatan kuasa Unit Panitia Sejarah SK Kem Kabota. Akhirnya, dengan kerjasama
pelbagai pihak diharapkan Projek Unit Panitia Sejarah SK Kem Kabota ini akan
mendapat manfaat dan memberi pelbagai faedah serta informasi kepada warga
sekolah.

6
Disediakan Oleh :

...........................................

(MOHD AWIE BIN RANI)

Setiausaha,

Projek Sudut Sejarah.

SK Kem Kabota

Disemak Oleh :

...........................................

(SALMAH YASSE)

Ketua Panitia Sejarah,

SK Kem Kabota Tawau.

Disahkan:

……………………………………………….

(ALIAS BIN ALI)

Guru Besar,

SK Kem Kabota Tawau

7
8

Вам также может понравиться