Вы находитесь на странице: 1из 2

7.

Bincangkan tiga faktor fisiologikal yang boleh mempengaruhi prestasi ujian


melangkah anaerobik.

Faktor fisiologikal yang pertama ialah sistem tenaga. Bagi ujian melangkah
anaerobik, ia bergantung sepenuhnya pada metabolisma laluan glikolitik (sistem asid laktik).
Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar.
Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa dan menghasilkan asid
laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.
Adenosina trifosfat (ATP) yang dihasilkan melalui sistem ini lebih banyak berbanding sistem
anaerobik alaktik. Ia mampu untuk menjana tenaga kepada otot untuk melakukan aktiviti
fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit. Perbezaan penggunaan tenaga yang efisien yang
terdapat pada setiap subjek mempengaruhi prestasi mereka dan bergantung pada tahap
kemampuan masing-masing.

Seterusnya ialah perbezaan kemampuan gentian otot individu. Setiap individu


mempunyai tiga jenis gentian otot iaitu otot sentak lambat, otot sentak cepat dan gabungan
kedua-duanya. Gentian otot sentak cepat perlu dilatih supaya subjek mempunyai enzim
anaerobik untuk proses glikolisis yang lebih tinggi dan simpanan fosfokreatin di dalam otot
yang lebih banyak. Peningkatan penyingkiran laktat yang yang efisien membantu
mengurangkan tahap asid dalam otot. Justeru, prestasi ujian akan berada pada tahap yang
cemerlang.

Akhir sekali ialah faktor fleksibiliti terhadap sistem rangka dan sendi. Fleksibiliti boleh
ditakrifkan sebagai julat pergerakan atau range of movements (ROM) suatu sendi (Haji
Gapor Ahmad, 2007). Kelenturan yang bagus dapat mengurangkan kesakitan pada otot,
mengurangkan risiko kecederaan dan mengurangkan tekanan pada sendi. Oleh itu, subjek
boleh melakukan ujian ini dengan cemerlang.
8. Cadangkan tiga jenis latihan yang boleh meningkatkan tahap ambang laktat.
Berikan justifikasi pada cadangan anda.

Latihan jeda mampu untuk menguatkan otot kaki dan meningkatkan kemampuan
jantung untuk mengepam darah beroksigen kepada otot. Latihan ini membawa kepada
ambang laktat dan memperbaiki kebolehan tubuh badan untuk mengoptimumkan
penggunaan oksigen. Latihan jeda yang sesuai untuk meningkatkan tahap ambang laktat
mesti dilakukan pada jarak sederhana dan jarak dekat.

Latihan bebanan ini adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan
otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga
diaplikasikan bagi meningkatkan saiz atau hipertrofi otot. Bebanan dan ulangan yang
dikenakan bergantung kepada objektif latihan. Untuk menjalani latihan bebanan, konsep
Ulangan Maksimum (Repitition Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah
bilangan ulangan maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang
dikenakan sehingga otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot
sementara (temporary muscular failure).

Pliometrik ialah latihan yang dilakukan untuk meningkatkan kuasa otot. Kuasa otot di
sini bermakna keupayaan otot menjana daya maksimum dalam tempoh masa yang singkat.
Pembinaan kuasa otot ini boleh dilakukan dengan menjalani latihan meningkatkan kuasa
otot. Matlamat utama latihan pliometrik ini ialah untuk membina kuasa dan kelajuan yang
spesifik berdasarkan komponen yang dipilih. Otot dibina dengan mengaplikasikan latihan
yang sistematik dan konsisten kepada subjek.

Ketiga-tiga latihan ini memberi penekanan kepada kemampuan otot untuk bekerja
pada tahap yang terbaik. Ia juga melatih sistem tenaga anaerobik laktik supaya dapat
menghasilkan lebih banyak fosfokreatin untuk digunakan ketika melaksanakan aktiviti.
Justeru, latihan ini dapat meningkatkan ambang laktat dan menjadikan otot mengurangkan
penghasilan asid laktik walaupun pada aktiviti yang berintensiti tinggi.

Вам также может понравиться