Вы находитесь на странице: 1из 17

GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN: FISIOTERAPI

Nur Rawaidah Binti Rahmat


P76166
anzcis@yahoo.com

1.0 PENGENALAN

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan
terapi (penjagaan). Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di
Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan
perubatan (anggota). Ahli Fisioterapi sering dirujuk sebagai ‘pakar pergerakan’ kerana
kepakaran dalam melatih dan meningkatkan ketahanan seseorang individu selepas
kecederaan. Ahli fisioterapi dilatih untuk menilai dan merawat pelbagai keadaan yang memberi
kesan kepada fungsi fizikal orang dewasa dan kanak-kanak. Fisioterapi juga dikenali sebagai
kaedah yang sistematik bagi menilai fungsi tubuh badan yang tidak sempurna terhadap :
 Sistem tulang
 Otot-otot dan sendi
 Sistem kardiovaskular (jantung dan system pengaliran darah)
 Sistem pernafasan
 Sistem saraf
Takrifan daripada Wikipedia (2006) menerangkan bahawa fisoterapi adalah berkaitan
tentang membantu dalam mengenalpasti serta memaksimumkan potensi pergerakan dalam
pencegahan, rawatan dan juga pemulihan dalam kehidupan seseorang. Fisioterapi berkait rapat
interaksi antara pengamal terapi (physiotherapist) dengan pesakit dalam proses mengenali
potensi pergerakan yang mampu dicapai dalam menghadapi proses sama ada proses penuaan
atau kecederaan mahupun penyakit. Fisoterapi yang dijalankan oleh ahli fisioterapi adalah satu
profesion kesihatan yang bertujuan untuk promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif dan
mengembalikan mobiliti serta fungsi tubuh dengan teknik senaman, modalities dan teknik
penilaian yang betul bagi membantu kekurangan yang ada pada pesakit. Ia melibatkan semua
aspek rehabilitasi termasuk psikologi, sosial dan emosi untuk membantu seseorang kembali ke
tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Fisoterapi merupakan satu cara
perubatan dari zaman greek purba iaitu dari era Hippocrates. Ia berasal dari teknik mengurut
yang mudah ke portfolio terapi yang kompleks dengan pelbagai pengkhususan. Pada tahun
460 sebelum masihi , Hector telah mempraktikkan teknik fisioterapi yang dikenali sebagai

Page 1
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

hidroterapi yang bermakna rawatan air dalam bahasa Greek. Penularan penyakit Epidemik
polio telah menjadi titik perubahan profesion fisioterapi. Selepas penurangan penyakit epidemik
polio berkurangan ia lebih bertumpu pada senaman, urut dan traksi (Hamimah Mahfoz, etc. al,
2006). Kaedah rawatan fisioterapi melalui tiga unsur utama iaitu pergerakan, rawatan manual
dan agen-agen fizikal.
Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap
fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan
terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih
baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian
lain boleh dibentuk. Misalnya bagi pesakit strok, adalah teramat penting yang mangsa strok
dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat
otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-
laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Fisioterapi terbentuk dari berbagai kaedah untuk
membantu mangsa strok mempelajari kembali cara untuk mengimbang dan bergerak. Ini
termasuk melatih pergerakan, atau sebahagian pergerakan, untuk menggalakkan kedua-dua
bahagian tubuh bekerjasama. Kedudukan yang betul penting untuk memastikan yang otot-otot
dan sendi kekal fleksibel dan tidak sakit.

2.0 AHLI FISIOTERAPI

Fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan kesesuaian rawatan yang perlu


dilakukan terhadap seseorang pesakit kerana dia arif tentang fungsi tubuh badan manusia,
penyakit serta kecederaan dan proses penyembuhan, boleh membezakan pergerakan yang
normal atau sebaliknya, penggunaan bahan rawatan dengan sebaiknya dan berkebolehan
untuk memberi pendidikan kepada pesakit. Di Malaysia, fisioterapis dikenali sebagai anggota
jurupulih perubatan atau pegawai pemulihan perubatan fisioterapi. Jurupulih fisioterapi
merupakan penjaga kesihatan profesional yang terlibat dengan diagnosis dan rawatan terhadap
keadaan yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang individu untuk bergerak dan
melaksanakan aktiviti–aktiviti yang digemari. Pada masa sekarang fisioterapi telah berkembang
dari hospital ke unit perubatan yang lain dan ahli fisioterapi pada masa ini bekerja di klinik ,
pusat rawatan, sektor swasta dan juga di sekolah. Seiring dengan perkembangan yang begitu
dinamik, fisioterapi kini yang merupakan bahagian integral perkhidmatan kesihatan di mana
aktif memberikan kontribusi terhadap pencapaian kesihatan yang optimal bagi sesorang
individu ataupun kelompok dalam mencegah, intervensi dan pemulihan gangguan gerak fungsi

Page 2
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

melalui proses fisioterapi. Pada hari ini ia merupakan satu profesion perubatan yang bebas
untuk semua golongan iaitu dari neonatal hingga ke geriatric .Kerjaya ini telah mendapat
pengiktirafan yang meluas dan ramai yang berminat untuk memilih kerja ini sebagai kerjaya.
Pengkhususan mengikut bidang–bidang tertentu di dalam profesion fisioterapi telah
berkembang contohya terdapat kesihatan wanita, geriatric, pengurusan sakit, fisioterapi sukan,
fisioterapi industrial dan lain-lain lagi. Ini telah meningkatkan keperluan ahli fisioterapi di negara
Malaysia (Hamimah Mahfoz, etc. al, 2006).

2.1 MATLAMAT AHLI FISIOTERAPI

Terdapat dua matlamat utama bagi ahli fisioterapi iaitu yang pertama membantu
pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada
tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Manakala matlamat
kedua pula ialah tumpuan utama adalah kepada pergerakan terkawal, seimbang,
peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

2.2 DESKRIPSI TUGAS AHLI FISIOTERAPI

Ahli fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan


kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. Ahli fisioterapi perlu:

 Mempunyai kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia.


 Mempunyai pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses
penyembuhan
 Berkebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang
normal dan tidak normal.
 Menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage’”,
acupressure” dan manipulasi.
 Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan
cara elektrik.
 Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais,
urut dan karan / eleltrik.
 Menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “applinces” untuk
rawatan serta melatih pesakit dan menjaga menggunakan peralatan
dengan betul.
 Memberi pendidikan kepada pesakit

Page 3
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

2.3 KELAYAKAN MEMOHON SEBAGAI AHLI FISIOTERAPI

Di Malaysia, bilangan ahli fisioterapi masih sedikit. Statistik unjuran stok dan
keperluan tenaga manusia menjelang tahun 2010 anggota tenaga paramedik mahir dan
berpengetahuan yang diperlukan sekurang-kurangnya seramai 87,442 orang (Azlina
Mazlin, 2008). Manakala, nisbah jururawat kepada penduduk ialah 1:600, sedangkan
nisbah yang sepatutnya untuk negara Malaysia ialah 1:200. Situasi ini juga berlaku di
negara-negara maju yang lain. Pada masa dahulu kebanyakkan daripada pelajar –
pelajar Malaysia dilatih di luar negara seperti United Kingdom, Australia, India and New
Zealand tetapi sekarang seiring dengan perkembangan di dalam bidang kesihatan,
pelajar – pelajar Malaysia dilatih di Kolej-Kolej Sains Kesihatan Bersekutu yang
mempunyai pelbagai kemudahan sebaik di luar negara. Pada Disember 2005
dianggarkan terdapat 607 fisioterapi yang terlatih yang berdaftar dengan Persatuan
Fisioterapi Malaysia. Di Malaysia ia masih dianggap sebagai satu bidang yang baru di
mana kekurangan ahli fisioterapi masih ketara. Dianggarkan negara kita memerlukan
19,000 ahli fisioterapi pada tahun 2020 (Fong Chan Onn, 2008).

Memiliki kemahiran dalam merawat dan memulihkan fungsi anggota adalah


tanggungjawab khusus seorang ahli fisioterapi. Di hospital, ahli fisioterapi bekerjasama
dengan pasukan perubatan lain seperti doktor dan pakar tententu dalam
menyembuhkan pesakit. Selain itu, ahli fisioterapi juga boleh menjadi kerjaya khusus
seperti di pusat jagaan warga emas dan dalam badan-badan sukan tertentu. Untuk
pengetahuan, terdapat pelbagai institusi pendidikan di Malaysia yang menyediakan
pengajian diploma fisioterapi. Memiliki diploma fisioterapi menjadi langkah pertama
seseorang yang ingin menceburi bidang kesihatan dengan menjadi pegawai pemulihan
perubatan (anggota) atau jurupulih perubatan anggota atau dikenali sebagai ahli
fisioterapi. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Agensi Kelayakan
Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menggariskan panduan dan kelayakan
bagi memohon kerjaya sebagai ahli fisioterapi seperti berikut :
2.3.1 Syarat-syarat Asas Skim Perkhidmatan

Pemohon hendaklah terdiri daripada:


• Warganegara Malaysia

Page 4
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

• Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)


• Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan

Kelayakan:
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Naleyu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
• SPM Mengikut Sistem Terbuka - Calon-calon yang menduduki dan
memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat
lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan
kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum
pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka syarat-syarat berikut
perlu dipenuhi :

a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu,


dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian
dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu,


dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan
selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua
peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada kepujian atau


lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam
skim perkhidmatan.

2.3.2. Syarat-syarat Keutamaan Pemilihan

• Lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta 3
mata pelajaran lain.

Page 5
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

• Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak


mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai
menjalankan tugas selepas tamat latihan.

2.3.2 Kurikulum Diploma Fisioterapi

Tempoh latihan: 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut:


 Anatomi
 Fizik
 Psikologi dan Sosiologi
 Agen Elektro-Fizikal
 Kardiorespirotari
 Neurologi
 Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
 Fisiologi
 Patologi
 Sains Pergerakan
 Muskuloskeletal
 Fizik
 Kinesiologi

2.3.3 Elaun Diploma Fisioterapi

2.4 SKIM PERKHIDMATAN KERJAYA AHLI FISIOTERAPI

2.4.1 Perlantikan Ke Skim Perkhidmatan

Page 6
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

• Nama Jawatan: Jurupulih Perubatan (Anggota)


• Taraf Jawatan: Tetap
• Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan
dengan jayanya akan dilantik ke Jawatan Jurupulih Perubatan (Anggota)
U29, tangga gaji (tertakluk pada perubahan semasa)

2.4.2 Ikatan Perkhidmatan

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat


dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

2.4.3 Tangga Gaji / Elaun

3.0 SKOP PERKHIDMATAN FISIOTERAPI

3.1 Muskuloskeletal

Page 7
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

Musculo merujuk kepada otot dan Skeletal pula dirujuk kepada tulang. Maka,
muskuloskeletal adalah mesalah berkaitan tulang seperti ketegangan otot,
kepatahan tulang, kesakitan sendi, scoliosis,masalah postur,kecederaan sukan,
arthritis, sklerosis dan terseliuh. Fisioterapi meningkatkan fungsi dalam julat
pergerakan sendi, kekuatan otot dan tulang agar kembali normal, mengurangkan
kesakitan sendi dan memperbaiki postur duduk dan berdiri. Antara skop
perkhidmatan fisioterapi dalam bidang muskuloskeletal ialah :
 Kecederaan Sukan
 Masalah Am Muskuloskeletal
 Kecederaan Tangan & Rehabilitasi Kebakaran
 PACE ( Patients with Arthritis Can Exercise )
 Spinecor ( Rawatan Scoliosis )
 Hidroterapi Dewasa

3.2 Pediatrik
Fisioterapi dalam pediatrik membantu meningkatkan kebolehan kanak-kanak
yang mempunyai masalah fungsi dan gerak tubuh seperti Cerebral Palsy (CP),
Down Syndrom, Global Delay Development dan masalah-masalah dengan
keperluan khas yang lain. Fisioterapi juga membantu meningkatkan fungsi
anggota badan di rumah, sekolah, dan masyarakat. Antara skop perkhidmatan
fisioterapi dalam bidang pediatrik ialah :
 Rehabilitasi Neurologi dan Muskuloskeletal Kanak-kanak
 EIP ( Program Intervensi Awal ) & Little EIP ( Program Intervensi Awal
bagi baby premature )
 Terapi Obesiti dan Diabetik
 Hidroterapi

3.3 Ortopedik
Antara skop perkhidmatan fisioterapi dalam bidang ortopedik ialah :
 Rehabilitasi Amputasi
 Rehabilitasi Penjagaan Kaki Diabetik
 Rehabilitasi Spinal

3.4 Neurologi

Page 8
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

Neurologi adalah penyakit atau masalah berkaitan urat saraf misalnya alzheimer,
cerebral palsy, cedera atau gegaran otak, multiple sclerosis, parkinson, cedera
saraf tulang belakang dan strok. Neurologi berkaitan boleh menyebabkan
gangguan pada penglihatan, keseimbangan, aktiviti dan pergerakan serta kurang
kefungsian tubuh. Antara skop perkhidmatan fisioterapi dalam bidang neurologi
ialah :
 Rehabilitasi Neurologi Dewasa (Contoh: Strok, parkinson, kecederaan
otak)
 Terapi berkumpulan
 Terapi di kediaman

3.5 Kardiorespiratori
Kardiorespiratori biasanya merujuk kepada masalah berkaitan jantung dan paru-
paru. Antara masalah atau penyakit yang berkaitan dengan kardiorespiratori
ialah asma, radang paru-paru, bronchitis, selepas pembedahan menggunakan
mesin ventilasi (ICU) dan masalah ambulasi. Dalam konteks kardiorespiratori,
fisioterapi menfokuskan kepada aspek pemulihan fizikal, khususnya
meminimumkan keadaan bed rest, meningkatkan fungsi cardio-pulmonal,
melegakan pernafasan, mengurangkan kahak atau lendir penggunaan paru-paru
ke tahap maksimum, mengembangkan paru-paru dan mengurangkan lelah.
Antara skop perkhidmatan fisioterapi dalam bidang kardiorespiratori ialah :
 Program Pemulihan Paru-paru
 Program Pemulihan Jantung
 Terapi Obesiti, Diabetik & Kesejahteraan Mental

3.6 Bahagian Kesihatan Wanita


Kebiasaannya, bahagian kesihatan wanita dalam fisioterapi adalah berkaitan
pelvis dan lantai pelvik. Antara masalah atau penyakit berkaitan ialah kelemahan
otot lantai pelvik seperti cystocele, rectocele, urethrocele, uterus prolapsed.
Selain itu, masalah lain ialah pesakit incontinens, wanita hamil dan wanita
selepas bersalin. Antara skop perkhidmatan fisioterapi dalam bidang bahagian
kesihatan wanita ialah :
 Masalah Incontinence
 Limfodema

Page 9
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

 Kesihatan Lelaki
 Fototerapi
 Kelas Antenatal / Postnatal

3.7 Geriatrik
Faktor penuaan - pergerakan individu seperti penampilan, daya ketahanan,
kekuatan semakin merosot seiring peningkatan usia. Masalah-masalah yang
timbul seperti stroke, lemah daya ingatan, dan lain-lain. Fisioterapi membantu
memperbaiki masalah tersebut.

3.8 Pendidikan Pesakit


Pelbagai khidmat pendidikan untuk pesakit boleh diberikan oleh fisioterapi
misalnya khidmat nasihat dan teknik bersenam. Teknik bersenam dengan betul
dan bersesuaian diajar oleh fisioterapi dalam kes berkaitan pengurangan berat
badan, darah tinggi, asthma, kencing manis, pemulihan jantung dan senaman
pernafasan.

4.0 KAEDAH RAWATAN

Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang digunakan oleh ahli fisioterapi misalnya :

4.1 Elektro Terapi / Stimulasi


Elektrikal stimulasi ialah terapi dengan menggunakan elektrik. Dengan
memasang arus elektrik pada kawasan yang bersangkutan atau mengalami
sakit, saraf yang menghantarkan rasa sakit tersebut diubah. Pesakit akan
merasakan sakitnya berkurang setelah menggunakan rawatan tersebut. Antara
rawatan dalam elektro terapi atau simulasi ialah :
 Ultra Sound
 Interferential Terapi
 Laser
 Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)

4.2 Terapi Manual


 Mobilisasi (mobilization)

Page 10
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

 Manipulasi
 Urutan
 Senaman Therapeutic ( therapeutic Exercises)
 Rehabilitasi selepas pembedahan
 Nasihat dan langkah pencegahan

4.3 Hidroterapi
Hidroterapi, atau terapi air, adalah kaedah rawatan menggunakan air untuk
mengurangkan kesakitan badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan
fisikal

5.0 BORANG PENILAIAN, PANDUAN DAN PENYATAAN KEMENTERIAN KESIHATAN


MALAYSIA BERKAITAN FISIOTERAPI (RUJUKAN DARI PERSATUAN FISIOTERAPI
MALAYSIA) * Hanya boleh dibuka kepada Fisioterapi KKM yang berdaftar sahaja.

 General Assessment Form, Guidelines & Best Statement


 Stroke Assesment Form, Guidelines & Best Statement
 Orthopedic Assesment Form, Guidelines & Best Statement
 Spinal Injury Assesment Form, Guidelines & Best Statement
 Burn Assesment Form, Guidelines & Best Statement
 Spine Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Fascial Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Lymphoedema Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Peripheral Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Pelvic Floor Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Cardiorespiratory Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Hand Assessment Form, Guidelines & Best Statement
 Paediatric Neurology Assessment Form, Guidelines & Best Statement

*Physiotherapy Care Protocol Kementerian Kesihatan Malaysia


 Physiotherapy Care Protocol For Critically Ill
 Physiotherapy Care Protocol For Low Back Pain
 Physiotherapy Care Protocol For OA Knee
 Physiotherapy Care Protocol For Shoulder Pain

Page 11
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

 Physiotherapy Care Protocol For Neck Pain

6.0 KEPENTINGAN FISIOTERAPI

Bidang fisioterapi sangat penting dalam kehidupan manusia kerana :


 Meningkatkan dan mengekalkan kebebasan pergerakan dan prestasi fizikal
 Mencegah dan menguruskan kecacatan atau ketidakupayaan
 Meningkatkan keyakinan diri
 Meningkatkan keupayaan psikomotor kasar
 Mengalakkan sosialisasi
 Melegakan kesakitan
 Menggalakkan pencegahan kecederaan
 Menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan
 Meningkatkan kualiti hidup

7.0 TUJUH MITOS TENTANG FISIOTERAPI ANDA PERLU TAHU

1. Mitos: "Saya perlu rujukan sebelum mendapatkan rawatan fisioterapi."


Fakta: Kajian terbaru daripada American Physical Therapy Association (APTA)
mendedahkan bahawa 70% orang percaya mereka perlukan rujukan atau
preskripsi untuk penilaian ahli fisioterapi. Bagaimanapun, kesemua 50 negeri dan
daerah Colimnia membenarkan pesakit dinilai dan mendapatkan rawatan
fisioterapi tanpa rujukan atau preskripsi doktor (termasuk Michigan - mulai
Januari 2015). Di Malaysia, kebanyakan pusat rawatan fisioterapi (swasta) juga
tidak memerlukan rujukan atau preskripsi doktor.

2. Mitos: Rawatan fisioterapi adalah menyakitkan.


Fakta: Fisioterapis akan berusaha untuk mengurangkan kesakitan dan
ketidakselesaan - termasuk sakit kronik (jangka panjang). Pergerakan hanyalah
pada paras sifar sakit sehingga bermula kesakitan - untuk membantu
menyembuhkan dan mengembalikan fungsi dan pergerakan anggota. Kajian
menemui walaupun 71% pesakit tidak pernah mendapatkan rawatan fisioterapi
kerana bimbang ia menyakitkan, jumlah itu berkurangan dengan ketara di
kalangan pesakit yang telah mendapatkan rawatan fisioterapi tahun lepas.

Page 12
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

3. Mitos: Fisioterapi hanya untuk kecederaan dan kemalangan.


Fakta: Fisioterapis bekerja lebih dari hanya meregang dan menguatkan otot
selepas kecederaan atau pembedahan. Fisioterapis mahir dan terlatih dalam
menilai dan mendiagnosa masalah yang mungkin berlaku sebelum pesakit
menghadapi kecederaan yang lebih serius — dari carpal tunnel syndrome dan
frozen shoulder, kepada chronic headaches dan lower back pain.

4. Mitos: Mana-mana ahli penjagaan kesihatan profesional boleh melakukan terapi


fizikal.
Fakta: Walaupun 42 % pengguna tahu bahawa terapi fizikal hanya boleh
dilakukan oleh fisioterapis berlesen, 37% masih percaya ahli penjagaan
kesihatan profesional juga boleh mentadbir rawatan fisioterapi. Terdapat ramai
ahli fisioterapi yang mempunyai pensijilan lembaga dalam bidang-bidang tertentu
seperti neurologi, ortopedik, sukan, atau kesihatan wanita.

5. Mitos: Fisioterapi tidak dilindungi oleh insurans.


Fakta: Kebanyakan polisi insurans meliputi beberapa jenis rawatan fisioterapi.
Selain perlindungan insurans, fisioterapi telah terbukti dapat mengurangkan kos
seperti imbasan pengimejan, pembedahan, atau preskripsi ubatan. Ia juga boleh
membantu dalam menjimatkan kos perubatan dengan membantu pesakit
mengurangkan risiko jatuh atau dengan menangani keadaan (sakit) sebelum ia
menjadi kronik (jangka panjang).

6. Mitos: Pembedahan adalah satu-satunya pilihan saya.


Fakta: Dalam banyak kes ,fisioterapi telah terbukti berkesan (seperti yang
melakukan pembedahan) dalam merawat pelbagai keadaan - dari kecederaan
bahu dan sakit belakang, sehigga kecederaan meniscal dan beberapa bentuk
osteoartritis lutut. Pesakit yang pernah mendapatkan rawatan fisioterapi
bersetuju, dengan 79 % percaya fisioterapi boleh merupakan alternatif kepada
pembedahan.

7. Mitos: Saya boleh melakukan fisioterapi sendiri.

Page 13
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

Fakta: Kerjasama anda adalah kunci kepada kejayaan pelan rawatan, tetapi
setiap pesakit masih memerlukan bimbingan ahli fisioterapi berlesen. Ahli terapi
anda akan memanfaatkan ilmu pengetahuan, kepakaran klinikal dan
menggunakan kajian yang terkini untuk menilai keperluan dan mendiagnosa
sebelum mewujudkan pelan rawatan (penjagaan) individu.

8.0 PERSATUAN / ORGANISASI BERKAITAN FISIOTERAPI

8.1 PERSATUAN FISIOTERAPI MALAYSIA (MALAYSIAN PHYSIOTHERAPY


ASSOCIATION)

Persatuan Fisioterapi Malaysia itu dicetuskan di 19 Januari 1963 di Jabatan


Fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur. Empat ahli fisioterapi dan doktor hadir serta
jawatankuasa penaja telah ditubuhkan. Dr. M. K. Rajkumar (Orthopedic Pendaftar)
merupakan seorang penyokong setia dan tidak mengamalkan fisioterapi di negara ini
namun dia berjaya menubuhkan mesyuarat pertama pada 9 Mac 1963. Sebelum
persatuan ini didaftarkan, hanya terdapat 12 orang ahli sahaja di dalam persatuan ini.
Persatuan telah didaftarkan pada 6 Ogos 1963.
Dewasa ini, Persatuan Fisioterapi Malaysia adalah sebuah persatuan profesional
kebangsaan yang menyediakan rangsangan ke arah professionalization melalui
akredetasi pendidikan berterusan dan pencapaian standard yang lebih tinggi terhadap
pesakit. Saban tahun, persatuan ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti, terutamanya
pada tahun-tahun awal penubuhannya di mana ia juga bertindak sebagai badan
penasihat untuk penubuhan perkhidmatan fisioterapi di pusat-pusat kesihatan awam dan
masyarakat. Pelbagai aktiviti yang telah diusahakan berjaya merangsang minat untuk
menggalakkan pendidikan berterusan dalam bidang fisioterapi seperti dua persidangan

Page 14
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

antarabangsa yang dianjurkan oleh persatuan ini pada tahun 1970 dan 1978, yang
kedua- duanya diadakan di Kuala Lumpur.
Persatuan Fisioterapi Malaysia mempunyai kedudukan di peringkat
antarabangsa dengan menjadi ahli persekutuan dunia untuk Physical Therapy pada
tahun 1974, dan merupakan ahli pengasas Terapi Fizikal Gabungan Asia pada tahun
1980. Inisiatif untuk menyerlahkan Persatuan Fisioterapi Malaysia di peringkat
antarabangsa telah mendorong beberapa ahli membentangkan Persatuan Fisioterapi
Malaysia dalam kongres antarabangsa dan persidangan dari semasa ke semasa.
Alamat Persatuan Fisioterapi Malaysia adalah seperti berikut:
Persatuan Fisioterapi Malaysia
Jabatan Fisioterapi,
Hospital Kuala Lumpur,
50586 Kuala Lumpur,
Malaysia.

8.2 MALAYSIAN PHYSIOTHERAPY STUDENT ASSOCIATION (MPTSA)

Malaysian Physiotherapy Student Association (MPTSA) ialah sebuah


persatuan yang menggabungkan semua pelajar fisoterapi dari pelbagai kolej dan
universiti seluruh Malaysia. Persatuan ini adalah sebuah persatuan yang
bernaung dibawah Malaysia Physiotherapy Association (MPA). Tujuan utama
MPTSA ditubuhkan adalah untuk menggabungkan, melindungi dan
menhubungkan (Unite, Protect, Interact) pelajar-pelajar fisioterapi seluruh
Malaysia dibawah satu persatuan. Syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah :

Page 15
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

• Pelajar-pelajar fisioterapi yang diiktiraf dari universiti-universiti mahupun kolej -


kolej di dalam Malaysia
• Warganegara atau pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia
• Berumur 18 tahun dan keatas
• Dipersetuju oleh ketua jabatan fisioterapi kolej atau universiti

Keahlian adalah secara sukarela dengan bayaran sebanyak RM10


seumur hidup dan keahlian sah sehingga mereka tamat pengajian sebagai
pelajar fisioterapi. MPTSA memberi keistimewaan keahlian seperti berikut:

• Ahli akan menerima T-shirt, key chain dan lencana yang melambangkan
keahlian,
• Jemputan-jemputan untuk menghadiri program MPTSA seperti mesyuarat
tahunan, perjumpaan, makan malam dan sebagainya,
• Keistimewaan dalam menerima informasi atau maklumat terbaru berkenaan
dengan bengkel, persidangan saintifik, kursus dan sebagainya,
• Keistimewaan juga kepada penukaran pelajar antara universiti dan juga yang
bersekutu dengan APTSA
• Ahli menerima diskaun untuk program dan aktiviti yang diluluskan syarikat
organisasi
• Bertindak dalam memberi sokongan dan platform untuk pelajar yang berminat
untuk membuat kajian.

9.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, fisioterapi sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Malah,


Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf Fisioterapis sebagai pengamal
tersendiri dan bukan di dalam kumpulan pasukan perubatan. Mengikut ‘International Standard
Classification of Occupations ISCO Code 2264’, WHO mendefiniskan fisioterapi sebagai
“menilai, merancang dan melaksanakan program-program pemulihan yang meningkatkan atau
memulihkan fungsi motor manusia, memaksimumkan keupayaan pergerakan, melegakan
sindrom kesakitan, dan merawat atau mencegah cabaran fizikal yang berkaitan dengan
kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Aplikasi mereka adalah pelbagai luas misalnya terapi
fizikal dan teknik seperti pergerakan, ultrasound, haba, laser dan teknik-teknik lain. Mereka

Page 16
GGGB 6813 KERJA LAPANGAN : PENULISAN BIDANG PEMERHATIAN

boleh membangunkan dan melaksanakan program untuk pemeriksaan dan pencegahan


penyakit fizikal biasa dan gangguan”. Adalah diharapkan pada masa hadapan, bidang fisioterapi
ini semakin berkembang di semua sektor termasuk dalam bidang pendidikan terutama dalam
bidang pendidikan khas di Malaysia.

10.0 RUJUKAN

2014. Negara kekurangan ahli fisioterapi. Berita Harian. 12 November 2014.

Fisioterapi. Dicapai pada 24 Mei 2016 di laman http://www.xpresi.org/apa-itu-fisioterapi-


dan-kaitan-dengan-perubatan/

Fisioterapi. Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2016 di laman


http://www.moh.gov.my

Fisioterapi. Persatuan Fisioterapi Malaysia. Dicapai pada 06 Jun 2016 di laman


http://www.mpa.net.my/contactUs.php

Hamimah Mahfoz, etc. al. Pola Rekabentuk Profesion Fisioterapi Masa Depan dan
Impaknya Kepada Kurikulum Sekolah Menengah. Universiti Malaya : Malaysia.
1-11.

Pn. Anny. April 2016. Temubual berkaitan Fisioterapi. Hospital Tampin.

Rawatan Fisioterapi. Dicapai pada 11 Jun 2016 di laman


http://medynaphysiotherapy.blogspot.my/

Page 17

Вам также может понравиться