Вы находитесь на странице: 1из 3

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MATANG


21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU.

KERTAS CADANGAN
KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 1M1S

1.0 PENGENALAN
Karnival Sukan Dan Permainan 1M1S peringkat sekolah diadakan dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan
permainan serta mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam di kalangan anak didik
di SMK Matang. Pihak sekolah juga menjunjung tinggi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan keseimbangan diri setiap pelajar melalui
keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.0 NAMA PROGRAM


Karnival Sukan Dan Permainan 1M1S Tahun 2015

3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam acara sukan.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar yang tidak berpeluang mewakili
pasukan
sekolah untuk bermain dan mewakili rumah masing-masing.
3.3 Mencungkil bakat dalam pelajar dalam bidang sukan permainan.
3.4 Untuk memilih pelajar berbakat untuk mewakili sekolah di tahun hadapan.
3.5 supaya dapat menyiapkan pasukan elit sekolah lebih awal untuk latihan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Melahirkan pelajar SMK Matang yang aktif selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
4.2 Melahirkan minat dan kesedaran yang mendalam di kalangan pelajar bahawa
kegiatan kokurikulum sebagai satu elemen penting dalam pembinaan sahsiah
yang mantap dan seimbang.

5.0 SASARAN
Pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4.
Kotegeri : Bola Jaring P16 dan P14
:Futsal L16 dan L14
:Badminton :P16,P14,L16 dan L14
:Bola Jaring :P16 dan P14

6.0 TEMPAT DAN TARIKH


Tempat : Gelanggang Takraw,Bola Jaring ,Badminton dan Padang Sekolah
SMK Matang,21700 Kuala Berang,Terengganu.
Tarikh : 3,9,11 dan 17 November 2015
Masa : 2.30 hingga 5.30 petang
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Huzni binti Abdullah


(Pengetua)
Pengerusi : Tn. Hj. Emran bin Abdullah
(GPK Kokurikulum)
Pengerusi 2 : Tn. Hj. Zainal Abidin bin Taha
Pengerusi 3 : Hajah Akma bt. Kasim

Penyelaras 1M1S : Encik Zaidi bin Ali


Setiausaha : Encik Rabuan bin Ali
Bendahari : Cik Haslinda bt Mukhatar
AJK : 1. Mohd Azhar b. Ibrahim
2. Abd Rashid b. Ismail
3. Baharin b. Salleh
4. Rostam b. Tahar
5. Tg.Noor Aziyati bt. Tg.Yahya
6. Saadah bt. Shafie

7.1 JAWATANKUASA OPERASIONAL (Lihat lampiran)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


8.1 Medal 120 unit x RM 6.50 RM 780.00
8.2 Bola Takraw 3 unit xRM 32.90 RM 98.70
8.3 Shuttlecock 3 tiub x RM 120.00 RM 360.00
8.4 Bola Futsal 2 unit x RM 69.90 RM 139.80
8.5 Bola Jaring 1 unit x RM 109.90 RM 109.90
8.5 Net Futrsal 1 unit x RM 83.60 RM 83.60

JUMLAH RM 1,572.00

9.0 ANGGARAN SUMBER PENDAPATAN

9.1 Yuran Khas Sekolah RM 1,572.00

JUMLAH RM 1572.00
10.0 PENUTUP
Semoga jalinan kerjasama yang padu dan komitmen dari semua pihak yang terlibat,
program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai matlamat yang
digariskan iaitu meningkatkan kesedaran dan galakkan kepada pelajar-pelajar supaya
lebih berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah,
daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

__________________ __________________
(ZAIDI BIN ALI) (EMRAN BIN ABDULLAH)
Penyelaras 1M1S GPK Kokurikulum SeMAT

Disahkan oleh

Вам также может понравиться